Farah menamatkan ijazah Sarjana Muda semasa berusia 24 tahun. Beberapa orang kawan-kawannya ada yang sudah berkahwin semasa belajar. Biasanya kawan-kawan yang kahwin semasa belajar berfikiran agak matang.
Seusai tamat belajar, Farah mengisi masa dengan menjadi guru ganti di sekolah-sekolah yang gurunya bercuti. Farah seronok mendapat pengalaman baru. Farah juga aktif dengan aktiviti masyarakat terutama berkaitan program membimbing remaja sekolah.
Farah jenis yang tidak boleh duduk diam. Ada sahaja perkara yang akan dilakukannya jika tiada aktiviti di luar rumah. Antaranya, Farah menjadi editor sambilan.
Dalam meneruskan rutin harian, Farah tidak dapat menafikan desakan fitrah yang mahu berpasangan. Cinta yang disimpan selama ini, pada siapakah akan diluahkan?
Zaman Farah menyelesaikan pengajiannya, masalah gadis tidak berkahwin sehingga lewat usia 30-an sudah agak berleluasa. Farah sedikit bimbang.
“Paling elok usia berkahwin bagi seorang gadis ialah 25 tahun. Pada masa itu, fikiran lebih matang dan lebih bersedia memikul tanggungjawab berat dalam rumahtangga”, kata seorang teman Farah semasa di kampus dahulu. Farah teringatkan pesanan itu.
Teman Farah itu sebenarnya seorang janda berusia 40-an. Mereka saling mengenali kerana wanita itu mengambil kursus Bahasa Arab di tempat Farah belajar. Disebabkan faktor usia, seorang sahabat mengesyorkan agar wanita itu dipanggil ‘Ummi’. Ramai yang setuju. Jadilah wanita itu ‘Ummi’ kepada ramai pelajar di kampus Farah. Apa yang Ummi nasihatkan adalah berdasarkan pengalamannya yang terlebih dahulu makan garam.
Apa pun pandangan yang ada, urusan jodoh hakikatnya telah tertulis di Luh Mahfuz. Berapa usia seseorang itu bertemu pasangan, hanyalah Allah yang tahu. Manusia boleh berusaha dan sememangnya disuruh berusaha, namun hakikat ketentuan adalah milik Allah jua.
Bagi Farah, dia berusaha memilih jodoh menurut kehendak agama. Prinsip mengutamakan kehendak Allah dan Rasul melebihi kepentingan diri tidak sekali-kali akan dirungkaikan. Sekali mengenal Allah, tiada lagi makhluk yang bisa mengambil tempat Allah tersebut dalam hatinya.
Cinta Farah pada manusia adalah selepas cintanya kepada Allah dan RasulNya. Allah telah menzahirkan cintaNya sejak Farah berusia 13 tahun. Usia yang masih mentah namun pabila dikatakan baligh dan berakal, setiap manusia mampu memahaminya. Terserahlah kepada mereka mahu memikirkannya atau tidak.
Farah akan menyintai sesiapa sahaja yang dicintai Allah dan RasulNya dan membenci sesiapa jua yang dibenci Allah dan RasulNya. Itulah cinta yang diredai Allah.
-
“Aku menyintaimu kerana agama dan akhlakmu menurut lunas-lunas Islam. Apabila hilang permata Islam tersebut, hilanglah cintaku padamu. Meskipun engkau tampan, jutawan dan berkedudukan tinggi, semua itu tidak mampu memalingkan hatiku dari Allah dan apa sahaja yang dicintai Allah”.
Beberapa jejaka datang melamar, namun prinsip Farah tetap pada yang beragama dan serasi dengannya. Walaupun demikian, Farah sedar, dalam usaha menjadikan diri solehah, Farah tidak dapat lari dari kelemahan dan kekurangan. Farah perlu bersikap realistik dan tidak boleh terlalu ideal dalam memilih pasangan. Justeru itulah, Farah sentiasa meminta pandangan Allah sebelum membuat keputusan menerima atau menolak sesuatu lamaran.
Inilah yang dimaksudkan menerima kerana Allah dan menolak pun kerana Allah.
Sesiapa yang mampu melakukannya, akan merasai kemanisan iman.
Farah juga mengutamakan pandangan ibubapanya. Farah bernasib baik kerana punya ibubapa yang ‘sporting’ dan tidak memaksa anak-anak.
Akaun CINTA belum dikeluarkan; Esok Untuk Siapa?
Hari berlalu pergi, bulan silih berganti. Masuk tahun ke 25, Farah belum bertemu jodoh walaupun ramai yang mengusahakan pasangan untuknya.
-
“ Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku dan berapa usia yang layak bagiku menerima tanggungjawab berumahtangga.
Perkahwinan bukan sekadar berkongsi kasih sayang dan institusi melampiaskan cinta, bahkan ia merupakan tanggungjawab yang amat berat untuk dipikul.
Lelaki dan wanita yang berkahwin disebut sebagai suami isteri dan bukan sekadar kekasih hati. Dalam kalimah suami dan isteri terkandung hak-hak yang harus ditunaikan.
Biar pun aku turut risau dengan usia yang semakin meningkat, namun aku tidak akan meminta Allah menemukan jodoh secepat mungkin.
Aku bimbang, aku akan meminta sesuatu yang tidak mampu ku pikul tanggungjawabnya”.
Farah berfikir lagi. Farah tidak mahu tertekan dengan situasi yang ada. Farah lebih suka hidup tenang dan diredai Allah. Bagi Farah, apa pun keadaan dirinya, selagi Allah masih reda padanya, cukuplah. Bukankah masih banyak lagi nikmat Allah yang harus disyukuri; anggota badan, kesihatan dan pelbagai lagi.
-
Berkahwin tidak semestinya bahagia. Ada gadis yang tidak pernah dilempang bapanya sendiri namun bila bersuami, suami sanggup melukakan dirinya.
Ada gadis yang bila bersama ibunya, ibunya mampu memahami dirinya dan saling bekerjasama menyelesaikan kerja-kerja rumah, bila bersuami, suami lakukan dirinya umpama babu sahaja.
Suami balik hanya mahu tidur, makan dan goyang kaki sambil mengadap internet. Sunnah menolong isteri dan bergurau senda dengan isteri tidak dipedulikan. Dengan rakan wanita sekerja boleh bergurau senda, dengan isteri diam membisu.
Itu hanya beberapa contoh realiti rumahtangga hari ini.
Memikirkan semua itu, Farah jadi takut. Memohon jodoh rasanya tidak kena. Tidak memohon pun, tidak kena juga. Farah insan biasa yang mahu meluahkan kasih sayangnya pada lelaki dan juga mahu dikasihi. Akhirnya selepas memuji Allah dan berselawat, Farah merafakkan doa,
-
“Ya Allah, ya Tuhanku…
Engkaulah yang Maha Penyayang dan amat memahami diriku ini.
Engkau ciptakan diriku berpasangan dan hanya Engkau yang maha tahu siapakah yang Engkau ciptakan untukku.
Ya Allah, kurniakanlah padaku suami yang soleh dan beragama.
Ya Allah, kurniakanlah padaku suami yang dapat memberikan kebaikan pada agama, dunia dan akhiratku.
Ya Allah, aku yakin Engkau maha mengetahui apa yang terbaik untukku.
Ya Allah, jika pada pengetahuanMu, aku mampu memikul tanggungjawab sebagai isteri dan sebagai ibu nanti, maka pertemukanlah jodohku dan berkatilah hubungan kami.
Ya Allah, jika berkahwin itu tidak baik untukku, maka aku serahkan segala urusanku padaMu… Ya Allah. Jadikanlah aku dari kalangan hambaMu yang sabar dan reda pada segala ketentuanMu.
Ya Allah, apa jua takdirmu padaku, hanya satu yang aku mahu pastikan…
Engkau tentukan segala sesuatu untukku kerana belas kasihanmu padaku…
Dan bukan kerana Engkau marah padaku…
Ya Allah, jika Engkau tidak marah padaku… maka aku tidak peduli lagi apa pandangan dunia padaku…
Akhirnya Ya Allah, kembalikanlah daku kepadamu dengan sebaik-baik keadaan.
Dan janganlah Engkau ambil nyawaku dalam keadaan Engkau murka padaku”.
Farah berdoa setulus hati dan penuh mengharap kepada Allah.
Setiap takdir ada hikmahnya. Apa yang penting, Farah sentiasa mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Ramai juga rakan-rakan Farah yang sudah berkahwin, Farah perhatikan mereka banyak berubah. Dari bertudung labuh kepada tudung singkat yang menampakkan bentuk dada. Dari berjubah longgar kepada pakaian sempit. Dari berwajah bersih kepada wajah yang dipenuhi make up.
Itu baru perubahan kecil yang mudah nampak.
Jika begitu, rumahtangga begitu bukan lagi menguatkan agama, sebaliknya menjadi fitnah kepada agama.
Punya suami tetapi suami menggalakkan kepada perkara mungkar. Atau mereka sendiri yang lalai?
So… hakikatnya, siapakah yang menguatkan diri kita selama ini untuk mematuhi perintah Allah selain Allah itu sendiri?
Ya Allah, kuatkanlah hati-hati mereka untuk mentaatiMu dan istiqamah dijalanMu.
Setiap kali diusik fikiran-fikiran mengenai andartu, Farah panjatkan doa panjang di atas kepada Allah. Berkahwin atau tidak berkahwin, ia bukan persoalan utama, namun kehidupan yang mampu di isi dengan ketaatan kepada Allah itulah yang menjadi matlamat.
Selepas setahun Farah menamatkan pengajiannya, Farah bertemu jodoh di usia 25 tahun. Alhamdulillah. Suami Farah seorang yang lemah lembut, penyabar dan bertanggungjawab.
Benarlah janji Allah.
Ummu Abbas
10.56am
24 Muharram 1431H
salam,
ni novel terbaru nor ke?
Salam,
gembira sy ,ada lg rupanya sambungan cerita farah ni. terima kasih di atas doa yg diberikan.. mg2 doa ini juga mjadi amalan sy juga…
1Penggunaan kalimah Allah Yayasan Sofa
2Antara Nama dan Hakikat
3HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH
4Antara Celaru Dan Keliru
5Isu Kalimah Allah – Dr. Siddiq Fadzil
6Keputusan Majlis Fatwa : Penggunaan Kalimah Allah
7Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah – Haron Din
8PENYELEWENGAN TAUHID DAN KALIMAH ALLAH
9Penghakiman hakis keistimewaan Islam
10PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH AGAMA-AGAMA LAIN
insyallah, sy doakan smg impian kak ummu tcapai & succes hendknya..dengn izin Allah. jgn lupa war2kn nanti bila sudh dterbitkan, moga2 Allah permudahkn impian akak ini..amin..
Alhamdulillah, syukur padaMU ya ALLAH menemukan artikel ini yang sedikit sebanyak mengubat hati yang terluka…menyedarkan saya dari tidur yang melekakan dan dunia yang penuh penipuan….Syukur..Syukur….Ya ALLAH…kita tidak akan pernah merasakan kehilangan sedangkan kita tidak pernah memiliki kerana Allah itu adalah PEMILIK….sebenarnya….
salam kak nur…mohon kebenaran kak Nur untuk menyalin doa Farah untuk disampaikan kepada sahabat saya..maaf ya kak Nur..
syukran jazilan kak nor 🙂
salam.
saya teramat menyukai artikel2 yg di tulis oleh kak Nur. Walaupun umur diri ini sudah melewati usia pertengah 30an, aku redha dgn apa yg dtentukan Allah. Aku masih belum diketemukan jodoh. Allah itu maha mengetahui apa yg terbaik untuk diri ini. Aku sudah berusaha dan berdoa agar di bukakan hati dan di lapangkan fikiran supaya menerima jodoh dgn wanita yg baik2 dan menerima seadanya.
Aku berharap suatu hari jodoh aku akn tiba….
Assalamualaikum..walaupun artikel ini dah lama,tapi ianya tetap ada kaitan dengan diri saya.saya mohon share…