Alhamdulillah, jika tahun lalu menyaksikan adik Nik Nur Madihah menggegarkan Malaysia sebagai anak nelayan yang meraih Pelajar Cemerlang SPM 2008, tahun ini dua pelajar sekolah agama anjuran Yayasan Islam Kelantan terus mengharumkan nama negeri Kelantan dengan pencapaian cemerlang mereka. Nampaknya ‘yang jadi kerja’ untuk terus cemerlang, gemilang dan terbilang adalah apabila kita melaksanakan ISLAM yang asli dan bukannya ISLAM yang dihadharikan. ISLAM hadhari pun sudah pupus sebelum sempat melihat hasilnya. 1 Malaysia pula mengambil alih.

1 Malaysia yang bagaikan adik beradik dengan 1 Israel itu pula turut menyaksikan perlaksanaan Islam di Kelantan sekali lagi berjaya menonjolkan 2 orang pelajarnya sebagai Ikon Pelajar Melayu 2010. Terima kasih kepada Utusan Malaysia atas paparan foto di atas.
Diharapnya adik Ahmad Harith dan adik Nor Habibah Hanan bukan sahaja membawa misi Score A dalam subjek peperiksaan, bahkan turut membawa mesej Islam sebagai Duta Kerajaan Negeri Kelantan. Adakah GPMS membenarkan sebaran mesej sedemikian? Jika anggota GPMS itu bangga dengan Islam yang dianutinya, tiada sebab mereka mahu menghalangnya. Bahkan mereka wajar membuka ruang seluas-luasnya untuk dua orang pelajar dari sekolah agama ini menyampaikan kebaikan dan keindahan Islam sebagai motivator unggul bagi mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
Antara mesej Islam yang penting disampaikan kepada remaja muslim sebaya mereka ialah mengenai apa erti mereka menganut Islam, apa itu aqidah Islam, apa itu syariat Islam dan apa itu akhlak Islam. Jika mereka dapat menguasai 3 asas ilmu Islam yakni aqidah, syariat dan akhlak, tentunya remaja hari ini dapat bangkit sebagai pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajarannya, bahkan gemilang dalam ibadahnya serta mempunyai keperibadian yang unggul. Seterusnya, kejayaan yang dicapai bukan sahaja memberi manfaat di dunia, bahkan di akhirat ganjaran syurga sedia menanti.
Teruskan langkahmu wahai adik-adikku… berilmu, beriman dan beramal.
Jangan lupa faktor pertama kejayaan orang-orang beriman ialah score A dalam solat!
Allah berkata dalam surah Al-Mu’minuun, ayat 1 dan 2,
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.
Ummu Abbas
1 Jumadil Awwal 1431H
5.28pm






Tinggalkan komen