Ibu Suka Tahajjud Anak Pun Baik

Islam memberi panduan agar melatih anak solat sejak kecil.

Seorang pengunjung meninggalkan pengalaman menarik sepupunya hamil dan melahirkan anak yang baik di ruang komen entry ‘Hamil Tapi Malas Solat’. Saya teruja untuk berkongsinya di halaman ini. Semoga ia dapat membantu saya dan ibu-ibu di luar sana menghasilkan anak yang soleh dan solehah.

Secara ringkasnya, proses melahirkan zuriat yang soleh bermula dari si teruna dan si dara menjaga darah dagingnya dari memakan perkara yang haram atau syubhat sebelum berkahwin lagi. Selain berusaha memenuhkan dada dengan ilmu agama dan beramal dengannya, usaha memastikan sumber yang halal perlu berterusan sampai akhir hayat. Isteri bertanggungjawab memastikan hasil yang dibawa pulang suaminya adalah halal dan suami pula harus berusaha memberi nafkah dari sumber yang halal. Usaha memberi pendidikan dan asuhan yang baik merupakan langkah ketiga dalam membentuk anak soleh.

Bagi melengkapi segala usaha itulah, kita gunakan senjata orang mukmin yakni doa yang datang dari lubuk hati.

Daripada catatan Muaz di atas, saya melihat sikap Salwa yang suka memakai kopiah itu perlu diubah secara perlahan-lahan.  Ia tidak boleh dibiarkan… bimbang jadi ‘Ustaz Salwa’ pula…   asasnya dirinya sudah baik…moga dapat dibimbing dengan baik juga. 

Saya ada pengalaman anak suka makan tangan kiri (anak yang kelima).  Setiap kali dia makan tangan kiri, saya akan beritahu dan minta dia tukar tangan kanan.  Semasa dia enggan, saya biarkan dulu sebab usianya baru 2 1/2 tahun.  Tidak perlu pukul atau marah berlebih-lebihan kanak-kanak seusia itu.  Memadai memberitahu dan mendorong setiap kali dia melakukan kesilapan.  Sekarang alhamdulillah, bila saya tegur, dia akan segera tukar tangan kanan. 

Anak kedua saya yang berusia 10 tahun sekarang memang kidal dalam menulis.  Namun dia boleh makan dengan tangan kanan kerana dilatih begitu sejak kecil.  Apa yang penting di sini ialah mengubah tabiat yang tidak baik itu harus bermula dari kecil. 

Ummu Abbas

12.08pm

2 Jumadal Akhir 1431H

4 thoughts on “Ibu Suka Tahajjud Anak Pun Baik

Add yours

  1. jadi inget lagunya letto

    “ingatkah kau kepada embun pagi bersahaja
    yang menemanimu
    sebelum cahaya
    ingatkah kau kepada angin yang berhembus mesra
    yang kan membelaimu cinta”
    duh artinya lupa lagi
    tapi kurang lebih ini waktunya sebelum terang dikala subuh hari
    jadi melaksanakan shalat tahajud dikalan orang lain masih terlelap tidur
    di bawah selimut.
    seorang hamba sedang ditemani angin segar dipagi hari menghadap ilahi rabbi
    …..

    Terima kasih atas liriknya… cantik…liriknya hanya setakat itu sahaja?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: