
Semalam saya menunaikan janji kepada Aesya untuk membelikannya sebuah beg sekolah. Sejak awal tahun, Aesya pernah minta belikan beg namun saya tidak memperkenankan atas alasan dia tidak perlu membawa buku-buku ke sekolah. Tadika islami tempat Aesya belajar sudah menyediakan buku-buku di sekolah dan juga makan minum. Aesya pula berusia baru 5 tahun. Dia hanya membawa sepasang pakaian untuk persalinan selepas waktu sekolah. Alhamdulillah, dia akur pada alasan yang diberikan.
Sejak akhir-akhir ini, Aesya suka membawa buku-buku latihan dan bacaan yang ada di rumah ke sekolah. Begitu juga alat tulisnya yang banyak terutama pensel warna. Selain itu jarang-jarang sekali dia membawa bekal dan hampir setiap hari dia membawa botol minuman. Saya lalu bercadang membelikan beg untuknya.
Apa lagi, sejak lama dulu Aesya suka beg yang ada gambar’ Barbie’ lalu itulah yang dimintanya. Saya berjanji membelikannya namun bersyarat. Syaratnya ialah dia hanya boleh membeli makanan ringan atau ais krim yang bernilai RM1 ke bawah setiap hari dalam tempoh seminggu. Lagi pula, Aesya dan abang-abangnya tidak digalakkan membeli makanan ringan setiap hari. Aesya selalu juga membandingkan abang-abangnya yang membawa wang sekolah sedangkan dia tidak. Walaupun dijelaskan, yuran sekolahnya sudah termasuk makan dan minum, dia tetap mahu berbelanja selepas waktu sekolah. Saya mengambil peluang ini untuk melatihnya berjimat cermat Kalau tidak, sekali membeli mahunya RM2 atau lebih yang digunakan. Dia akur kerana mahukan beg ‘Barbie’.
Kedai pilihan saya pada mulanya ialah kedai pakaian dan peralatan sekolah yang murah-murah sahaja. Namun semasa ke pasaraya berhampiran kediaman, kedai-kedai yang berjiran dengannya belum dibuka. Lalu saya membuat perkiraan, mungkin di pasaraya ini juga ada beg murah. Hanya dua pilihan gambar yang ada iaitu gambar Barbie dan juga watak animasi puteri-puteri Disney.
Kedua-dua beg berwarna pink. Harganya pula boleh tahan tetapi sesuai dengan kualiti beg dan zipnya. Trolinya juga nampak lebih kukuh. Sebelum ini, abang-abangnya pernah menggunakan beg troli yang berharga murah tetapi mudah patah. Saya berfikir beg ini boleh juga digunakan untuk bermusafir ke mana-mana. Jadi rasanya berbaloi membeli beg yang lebih mahal sedikit daripada biasa. Fungsinya juga boleh dipelbagaikan untuk tempoh yang lebih lama. Harap-harapnya begitulah. Sementelah pula Aesya sudah pandai membaca rumi dan sudah mengenal Al-Quran. Apa salahnya saya gabungkan tujuan antara keperluannya dan hadiah.
Akhirnya beg ‘Barbie’ itu keluar juga dari pasaraya tersebut.

Tengahari Selepas Zohor
Saya mengambil Aesya di sekolah dengan membiarkan beg ‘Barbie’ berada di dalam kereta.
“Aesya suka tak beg ni?”
Aesya yang baru bangun dari tidur hanya menganggukkan kepalanya.
“Aesya… Barbie ni tak cantiklah sebab dia tak pakai tudung. Mahu tak kalau Ummi lekatkan gambar ‘Ana Solehah’ di sini? Ana Solehah pakai tudung. Nampak comel…”
Aesya angguk lagi kepalanya.

Malam
Saya menggunting poster Ana Solehah dari majalah Ana Solehah dan menampalnya di atas gambar Barbie. Di atas kertas poster yang sudah digunting, saya lekatkan plastik bergam dan menjahit sedikit di bahagian tepi agar tidak mudah tercabut. Barbie dengan rambut kekuningannya yang mengembang itu pun bertukar wajah menjadi Ana Solehah yang ‘cute’ dengan tudungnya.
Ibu-ibu yang mahu menerapkan watak-watak muslimah yang baik pada anak-anak bolehlah berbuat demikian. Beg ‘Ana Solehah’ ada dijual di sini. Saya baru tahu syarikat Blue -T Publication mengeluarkan beg-beg bergambar watak animasi Ana Solehah dan Satria Bulan Bintang setelah melawat web tersebut. Saya sudah lihat katalog produk Ana Muslim dalam majalah terbaru tetapi tidak terdapat gambar beg sekolah tersebut. Di kawasan berhampiran rumah, saya tidak menemui kedai yang menjual barangan ini. Saya berharap pasaran barangan kanak-kanak dengan watak-watak Islami dapat diperluaskan oleh pihak penerbit.
Ummu Abbas
6.28pm
4 Jumadal Akhir 1431H
bagus2… kreatif. Saya pun tak berapa suka gambar barbie ni…
Wah, idea bagus ni. Terima kasih.
Wah, mudah sungguh hendak diterapkan ciri2 Islamik.
Doakan ana dapat anak seperti ini kelak!
*Beg barbie yang sudah di ubah itu kelihatan menarik spt tanpa cacat celanya.
Jazakillah atas kesudian share cerita ini.
idea yang bagus
sy ckew pada beg itu…
dyew amat comey dan cntik….
bgoz cdangn kamoo e2 …
saya suka bca bku ana muslim.
sya pon suka beg nye cantik dan beroda.
barbie ana muslim e2 oooooooo?
cute la kan…
sya suka ska.
SY SKA ANA MUSLIM
salam hai semua
saya pun juga tak berapa suka
saya suka ana muslim saya nak baca novel lah
bagus betul,semoga anak mak cik jadi anak solehah….
bestn nya buku ana muslin……………………….
Pendidikan Islam bermula dari saat anak dikandungkan dan dilahirkan, contohnya kita bacakan anak-anak ayat suci Al-quran selalu.
Bagus tu kalau dpt ditukar kepada Ana Muslim atau Ana Solehah, kadang-kadang gambar-gambar Barbie ni banyak yang tonjolkan aurat, yalah walaupun cuma gambar sedikit demi sedikit ianya boleh pengaruhi anak-anak kita kan?..