Setiap tahun, pelajar-pelajar di Kuliyyah al-Syari’ah (Fakulti Syariah), Al-Jaami’ah al-Urduniyyah akan sibuk membuat persiapan menyambut hari mengenang para syuhada’ Palestine. Gambar-gambar mereka akan menghiasi dinding-dinding yang dipaparkan secara kreatif. Ada antara para syuhada’ itu adalah pelajar University of Jordan sendiri.

Al-Syahid Abdullah Azzam, syahid yang tersohor dengan khutbah-khutbah seruan jihad pernah mengajar di fakulti ini. Sehingga sebuah menara jam dibina di laluan utama dalam kawasan University of Jordan sempena memperingati kesyahidan beliau. Itulah yang diceritakan kepada kami.
Bumi Syam ini menjadi saksi kepada nyalaan api jihad sejak di zaman Rasulullah s.a.w yang mana ramai sahabat menemui syahid di Medan Mu’tah.
Apakah ruh dan semangat para syuhada’ itu dapat kami jiwai atau tidak bergantung kepada apakah yang menjadi kecintaan kami. Jika antara pelajar Malaysia itu niat belajarnya mendapatkan dunia… mereka akan kembali ke Malaysia untuk menjadi hamba kepada pemerintah toghut. Andai langkah pengalaman mereka di bumi para nabi dan rasul itu kerana menjejaki kebenaran, maka mereka akan pulang ke Malaysia membawa obor perjuangan Islam. Obor itu nantinya akan menyinari ummah yang sedang meraba-raba dalam kegelapan jahiliyyah.
Saya terkenangkan sahabat-sahabat Arab yang sentiasa hidup jiwa mereka dengan ruh Islam dan bersemangat mengangkat Islam ke persada agung tatkala melihat foto-foto syuhada’ Mavi Marmara.
Ramai lagi yang menyintai syahid namun ada di kalangan mereka, Allah perkenankan hajat mereka lebih awal.
Sebahagian yang lain pula sedang menunggu giliran mereka.
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
AL-AHZAAB 33; 23
Adakah kamu berharap mereka yang sedang lalai dengan keasyikan dunia akan rindu kepada sebuah kematian? Apakah kamu berharap dari mat rempit-mat rempit, minah-minah murahan, blogger-blogger lucah, penggemar web lucah, kaki arak, kaki judi, kaki rasuah, kaki riba dan lain-lain jenis maksiat akan sanggup menumpahkan darah dan mengorbankan nyawa mereka demi Islam? Fikir-fikirkan…
Mereka berlumba-lumba menuju syahid
Dalam jihad, hati mereka begitu tenang
Mereka menjadi abid di malam hari
Di siangnya, mereka menerkam musuh penuh gagah perkasa
Tiada masa lagi melihat kejelitaan yang haram
Kerana hati sudah menggapai kecantikan bidadari syurga
Keazaman mereka seperti gunung
Sedangkan hati mereka penuh kedamaian
Tahniah buatmu… para syuhada’
Isteri di dunia kau tinggalkan
Bidadari syurga sedia menanti
Rahmat Allah tidak bertepi
Doakan kami agar menyusulimu…
Dikau tidak mati… wahai pejuang agama Allah
Bahkan sentiasa hidup di sisiNya
Mendapat rezeki melimpah ruah
Tanpa perlu lagi memerah keringat
Tiada lagi air mata kesedihan dan kepayahan
Semuanya sudah bertukar menjadi nikmat dan kegembiraan…
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
ALi Imran 3: 169, 170
Ummu Abbas
2 Rejab 1431H
9.00pm
KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.
Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.
Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:
1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.
2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.
3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.
4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.
5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.
6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.
8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.
9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, Merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.
Semoga anak-anakku menjejaki langkah kalian semua!
Allahuakbar!
SALAM ZIARAH..
IZINKAN SAYA COPY POST NI..UNTUK DIKONGSI DENGAN SAHABAT-SAHABAT
Subhanaallah…..
sesungghnya terlepasla mereka dr segala azab aminnnnnnnnn
allahuakbar!
Tidak ! Tidak Sekali Kami Lupakan (Palestin) Tidak….
Masya-Allah. Semoga teguh hati mendidik anak2 yg rela berjuang dan syahid.