Utusan Malaysia lupa kepada berita menarik yang pernah ia sendiri siarkan yakni mengenai non muslim yang memeluk Islam kerana pernah memasuki masjid sebelumnya. Apakah nilai yang baik yang pernah dititip melalui akhbar mereka sendiri mahu dihapuskan oleh fitnah terhadap Islam yang ditafsirkan oleh golongan yang jahil? Semata-mata kepentingan politik mereka yang tidak takutkan Allah, apatah lagi mahu mengajak rakyat tunduk dan patuh hanya kepada Allah secara mutlak.
Kisah Teo memasuki surau digembar gemburkan sedemikian rupa sehingga ia menakutkan non muslim terhadap Islam itu sendiri. Islam bakal dipandang agama yang ‘rigid’ dan tidak mesra alam. Asalnya rasional rekaan yang diberikan ialah kerana orang kafir itu berhadas besar. Bila hujjah itu tidak relevan dengan hujjah syarak yang sebenar, mereka menukar alasan berpakaian tidak sopan pula. Betapa banyak pengalaman saya singgah di surau R&R dan masjid-masjid yang memperlihatkan ramai wanita Melayu Islam yang berseluar sendat, berbaju ketat sama ada memakai tudung atau tidak masuk ke surau begitu sahaja tanpa rasa segan langsung kepada Allah atau lelaki ajnabi yang ramai di sekitarnya. Apakah mereka ini tidak menghina Islam, agama anutan mereka sendiri? Apakah mereka ini menghormati Allah dan masjid yang menjadi rumah Allah? Apabila mahu solat, bertelekung cantiklah mereka… selesai solat, kembali menjadi hamba nafsu dan syaitan kerana hanya syaitan yang menyuruh kaum muslimah membuka aurat dan tuntutan tersebut amatlah kontra dengan perintah Allah swt.
Rezeki Allah diambil, nikmat Allah yang tidak terhitung seperti nikmat melihat, mendengar dan pelbagai lagi digunakan namun perintah Allah disanggah. Atau ambil separuh-separuh. Walhal setiap perintah dan larangan adalah untuk kebaikan individu dan masyarakat seluruhnya.
Sebolehnya, saya mahu mencadangkan agar Teo masuk sahaja ke masjid dengan pakaian tradisional Cina yang sopan sebagaimana yang banyak dipertontonkan lewat kisah-kisah dinasti Cina yang lampau. Baju kurung itu pakaian tradisional Melayu dan ia tidak perlu dipaksakan kepada bangsa lain untuk memakainya sedangkan pakaian mereka sendiri masih ada yang sopan dan mampu memenuhi tuntutan syarak.
Perempuan India juga masih punya jenis pakaian yang sopan pada pandangan Islam. Iya tentu sahaja, jika mereka menganut agama Islam, mereka hanya perlu menambah tudung yang labuh di kepala mereka. Itu sahaja. Memeluk Islam bukan bererti menukar bangsa kepada bangsa lain. Islam adalah agama universal yang sesuai dengan semua bangsa dan relevan sepanjang zaman.
Gadis Melayu yang banyak meniru budaya Barat dengan jeasn ketatnya dan t-shirt ‘adik’nya itu jelas-jelas menyeleweng dari ajaran Islam, kenapa tidak bising dengan puak-puak ini? Begitu juga yang mengaku muslimah dan memakai tudung namun tidak memenuhi syarat hijab…tudung yang nipis, baju yang ketat, seluar sendat, kebaya ‘alahai’ yang menampakkan lekuk-lekuk di tubuh atau yang bernama jubah tetapi disempitkan untuk memenuhi golongan penurut hawa nafsu. Kenapa Utusan atau Berita Harian atau lain-lain media seumpamanya tidak bising-bising? Biar gegak gempita dan bising berhari-hari pun tidak mengapa asalkan salah satu punca gejala pembuangan bayi dapat dikurangkan.
Ummu Abbas
23 Ramadan 1431H
1.13pm, Melbourne.
![]() |
Lucy Bushill Matthews kini tenang meneruskan kehidupan sebagai muslimah.
|
Masjid bawa Lucy peluk Islam
HATINYA begitu tertarik kepada Islam apabila penganutnya kelihatan begitu santun dan mengamalkan gaya hidup sihat. Tetapi apabila dirinya memeluk Islam atau lebih tepat menjadi muallaf di sebuah negara majoritinya bukan Islam tentunya menjadi satu kehidupan yang sangat sukar untuk dilalui. Segala-galanya memerlukan kesabaran yang lebih.
Kerana itu jika tidak kuat menghadapinya maka Islam itu akhirnya menerima cemuhan pelbagai pihak. Sebaliknya, jika segalanya berjaya dilalui dengan ketabahan dan kesabaran dengan sendirinya cahaya Islam akan senantiasa menyinari di setiap sanubari.
Inilah situasinya yang dilalui oleh seorang wanita Inggeris, Lucy Bushill Matthews sejak memeluk Islam 16 tahun lalu. Dalam buku Welcome To Islam, ibu kepada tiga anak itu mengisahkan liku-liku perjalanan hidupnya untuk menemui Islam.
Segala-galanya bermula pada usia 16 tahun, apabila orang tua Lucy mula menghantarnya ke sebuah sekolah berasrama, yang para pelajarnya terdiri daripada lelaki dan perempuan. Saat itu juga Lucy berkenalan dengan seorang pemuda, Julian, seorang Muslim berdarah campuran Inggeris dan Iran.
Jika dilihat dari aspek fizikalnya, Julian mungkin tidak ada bezanya dengan pemuda-pemuda Inggeris yang lainnya. Namun Lucy mendapati Julian ternyata berbeza, yang membuatkan hati perempuannya benar-benar tertarik. Lebih-lebih lagi Julian tidak pernah mengambil minuman beralkohol bahkan segelas air anggur pun tidak diteguknya.
Kebiasaan Julian itu tentu sahaja sangat berbeza dengan begitu aneh sebenarnya berbanding remaja-remaja lain yang kebiasaannya akan menghabiskan masa terluang dengan minum arak sehingga mabuk.
Lucy menganggap Julian seorang yang tidak wajar apabila tidak pernah minum arak namun Lucy ingin mengetahui dari mulut Julian mengapa, sikapnya itu cukup berbeza. Lantas Lucy segera menemui Julian bagi mendapatkan jawapan. Lalu Julian menerangkan kepada Lucy akan pegangan agama Islamnya yang tidak memungkinkan seluruh penganut agama itu menyentuh arak atas segala macam sebab dan musabab. Ini termasuk kesan buruknya yang menyebabkan seseorang itu boleh hilang kewarasan akal dan tindak tanduknya.
“Apabila sudah tidak waras, Lucy pasti tahu apakah perlakuan-perlakuan buruk yang timbul menyebabkan hidup tidak lagi aman dan harmoni,” kata Julian.
Islam? Inilah kata kunci kepada Lucy yang membawanya untuk terus mengenali Islam yang selama ini beliau menganggap Islam adalah agama yang biasa, sama seperti agama-agama yang lain yang wujud di dunia ini. Lalu Lucy menghabiskan banyak masa lapangnya membaca apa sahaja mengenai Islam. Sehinggalah pada suatu hari, Lucy tertarik dan berani untuk menjejakkan kakinya ke sebuah masjid berdekatan Regent’s Park London.
Lucy dibawa melawat ke seluruh masjid tersebut dan di akhir kunjungan, beliau diberikan sebuah buku What Everyone Should Know About Islam and Muslim. Menurut Lucy, buku itu mampu menjawab pelbagai persoalan mengenai Islam yang selama ini begitu berkecamuk dalam hati dan fikirannya.
“Yang membuatkan saya benar-benar tertarik sebelum saya meninggalkan masjid itu apabila saya melihatkan ruang atau tempat berdoa (dewan sembahyang) dalam masjid itu. Tidak ada sebarang perabot. Kecuali yang ada hanyalah hamparan permaidani dari tembok ke tembok dan beberapa orang sedang membaca doa sambil menadahkan tangan dalam keadaan yang begitu tenang dan sunyi. Saya melihat mereka memberi tumpuan dan begitu mengharap memanjatkan doa,” kata Lucy.
Ini membawakan Lucy menyertai kumpulan mahasiswa-mahasiswa Muslim ketika beliau mula melanjutkan pelajaran di Universiti Cambridge walaupun beliau belum lagi memeluk Islam ketika itu. Ini semata-mata untuk memantapkan lagi minatnya terhadap Islam.
Apabila bercakap mengenai ibadat dalam Islam, Lucy mengakui bahawa kesemua jenis ibadat agama itu dapat diterima dek akal.
“Ikrar keimanan (lafaz kalimah syahadah) harus diucapkan berulang kali, solat lima waktu, berpuasa sebulan sekali dalam setahun, menyumbangkan harta (zakat) dan beribadat di Makkah sekali seumur hidup. Namun yang menariknya, umat Islam boleh beribadat lebih dari semua itu, terutamanya adanya amalan-amalan ibadat yang sunat tanpa mengurangi yang wajib atau ibadat yang pokok itu,” katanya.
Akhirnya pada November 1991, secara rasmi Lucy meninggalkan Kristian untuk menganut Islam yang telah dipercayai, dipelajari dan tentu sekali dengan seribu satu hidayah dari Allah yang membuka hati sepenuhnya kepada Islam.
Berita pengislaman Lucy itu diterima dengan pelbagai reaksi oleh warga kampus namun yang penting, keluarganya menerima perubahan yang dialami oleh Lucy itu. Kecuali si ibu yang begitu terkejut tetapi perlahan-lahan mampu menerima apabila si anak tidak mengurangkan sedikitpun kasih sayang dan perhatian terhadap dirinya.
Sementara bapa Lucy menganggap puterinya itu sedang mengalami fasa-fasa baru dalam kehidupan dan kakaknya sendiri, iaitu Julie memberikan sokongan dan bersikap positif terhadap keputusan Lucy untuk menjadi Muslim.
Apa pun cabaran selepas memeluk Islam, Lucy mampu hadapi dengan tabah kerana beliau telah melewati cabaran yang lebih getir yang lazimnya sering dialami oleh saudara-saudara baru yang lain, iaitu tentangan pihak keluarga. Malah mungkin lebih sukar sekarang bagi Lucy untuk mendapatkan makanan yang halal, ruang untuk beribadat dan sehinggalah membalas pandangan bukan Islam yang cukup hairan melihat seorang wanita Inggeris yang menutup aurat dan memakai tudung.
Begitu pun kerana kuatnya kepercayaan Lucy bahawa Tuhan itu ada, lalu sering menyandarkan bahawa Allah sentiasa berada di sisinya dan pasti akan membantu mana-mana hamba-Nya yang memerlukan bantuan.
“Semakin kuat saya mempercayai kewujudan tuhan, semakin kuat saya merasakan bahawa Allah ada di sisi saya lebih-lebih lagi Allah pasti tahu bahawa saya kini merupakan golongan yang minoriti dalam masyarakat saya sendiri sedangkan dahulunya saya adalah majoriti,” ujarnya.
Dipetik dari: Utusan Malaysia, Bicara Agama ; 18 Rabiul Awal 1431 / 4 Mac 2010
sangat beza kes Teo dengan kes Lucy.
Lucy masuk masjid kerana ingin mencari kebenaran dan tak ada pula dia minta nak bercakap di dalam semua masjid yg dia lawati.
Berbeza dgn Teo, dia masuk masjid kerana nak berpolitik dan menyampaikan syarahan kepada org Islam yg khusyuk mendengar.
Terima kasih.Perkongsian yang menarik,semoga isu-isu yang timbul mencelikkan umat Islam menilai sesuatu dengan ilmu bukan prasangka yang dibalut kejahilan.Jazakillahu khaira
assalamu’alaikum Nur,salamrindu,salam sayang, salam Ramadhan,salam Aidilfitri. Alhamdulillah terpanggil oleh ALLAH SWT dan juga diberi kekuatan utk mencoret sebuah bingkisan di sini.sekarang ni, 8.19 ppagiJumaat,akak sdg buat research utk pebincgn fiqh awlawiyyat utk usrah Mothers di rumah ukhtie Mazidah pukul 10 pgnanti. Buku hilang entah ke mana ^_^makanya akakpun ambil jn termudah dgn melayari internet. Alhamdulillah jumpalah artkel PdF ustaz Zaharuddin mengenai Intro pd Fiqh Awlawiyat.Alhamdulillah,kami semua sihat dan masih cuba istiqamah.Hehe,tiba2 takde idea,sambung kemudianlah.doakan kami dari jauh.kami sentiasa merinduimu namun ALLAH SWT MAHA BIJAKSANA mengatur segalanya.
1.Bila Lailatul Qadar 1431H ? : http://wp.me/piAx4-2KH
2.Jadual Lailatul Qadar : http://wp.me/piAx4-2K6
3. Lailatul Qadar Hadiah Allah Kepada Kita : http://wp.me/piAx4-2LT
4. Lailatul Qadr : http://wp.me/piAx4-Lj
5. Kapan Lailatul Qadar itu ? : http://wp.me/piAx4-Pi
6. Pencarian lailatul qadar : http://wp.me/piAx4-Qj
7.Malam Lailatul Qadar : http://wp.me/piAx4-Pw
8. MENGGAPAI LAILATUL QADAR : http://wp.me/piAx4-OH
9. LAYLATUL QADAR : http://wp.me/piAx4-Qk
Amin! moga ia diberi hidayah nur islam yang berkekalan dan tabah menghadapi dugaan yang mendatang.Sudah pasti A.S.W.T akan memberinya pertolongan selagi ia istiqamah dengan islam.Tetapi sayangnya dinegara kita yang dikatakan negara islam yang diPerintah oleh pemimpin Islam ternyata menolak para pendokong islam.Masjid yang seharusnya dipelihara dan diimarahkan,senang senang je mereka robohkan,ustaz ustaz dilarang buat tahkirah kerna tidah sealiran dengan mereka.Sedangkan wajib bagi seorang pemimpin(Khalifah) memelihara akidah umat islam tetapi sebaliknya syariat islam mereka permainkan demi kuasai pemerintahan yang diamanahkan.Sebagai umat islam yang tidak mahu disoal kemudian harus menentang hatta kita dalam keadaan nazak sekalipun.Kalau Catriona Ross boleh memilih islam dalam keadaan penduduknya non muslim,mengapa kita di malaysia takut menentang pemimpin Melayu yang islam tetapi permainkan islam atas kepentingan Dunia semata mata. Setakat dibuang kerja,kita masih tidak tersiksa lagi itu hanya sedikit ujian yang allah uji kita tapi dah kuffur.Sekatan yang mereka lakukan itulah ujian namanya dalam kehidupan yang Allah turunkan kepada hambanya yang beriman.
mohon kebenaran copy arikel ke blog sy..syukran