“Kak Nur, saya datang haid 10 hari. Selepas suci 10 hari, keluar darah lagi. Begitulah berlaku setiap bulan. Yang mana satu perlu dikira sebagai istihadah?”
“Kak Nur, saya datang haid 5 hari. Kemudian saya mandi wajib. Selepas 4 hari, keluar sedikit darah… adakah ia istihadah atau masih dikira haid? Bagaimana dengan solat yang telah saya lakukan?”
Soalan di atas adalah yang biasa sampai kepada saya.
Ada juga yang seperti di bawah ini;
“Kak Nur, saya baru buang implan tapi masalah sekarang, sejak 3 bulan lepas, period satu hari banyak, lepas tu 7 8 hari tompok-tompok kecil sangat. Saya kira itu period.
Lepas suci kurang 36jam, saya bersama suami. Selepas bersuci, beberapa jam lepas itu haid lagi. Satu hari banyak, 7 8 hari tompok-tompok kecil.
Kekadang tidak sempat pun nak bersama suami, sebab lepas dah suci sekejap period lagi 7 8 hari..
Sekarang ni fobia dan tertekan, bila masa nak solat dan bersama suami ni. Akak tentu faham tanggungjawab isteri kan? Dan apa jadi bila suami asyik ‘tertahan’ je, tentu dia tensen..kita pun tensen gak bila dia tensen. Anak2 pun jadi heran mak pak cam tensen2 je tiap hari.
So persoalan saya tentang situasi di atas, bagaimanakah nak kira status darah yg keluar akibat pemakaian implanon tu? Jika kita istihadhah boleh ke bersama suami?”
Kalau macam kes pakai implan di atas, kasihan benar ye…
Dulu ada seorang kawan yang makan ubat perancang, kesannya dia turun darah berbulan-bulan lamanya.
Bagaimana cara mengatasi pelbagai permasalahan wanita seperti di atas? Permasalahan ratusan bahkan ribuan wanita muslimah berkenaan hal ehwal khusus mengenai mereka seperti haid, nifas, istihadah, lendir-lendir dan lain-lain lagi begitu menganggu rutin hidup mereka. Apatah lagi ia berkait rapat dengan kewajipan bertaraf fardu ain seperti solat fardu.
Sebagai agama yang memudahkan ummatnya, Islam mengatur prinsip-prinsip asas dalam mewajibkan ibadah kepada setiap muslim. Ada prinsip-prinsip asas dan ada juga kaedah-kaedah dalam mengenal pasti masalah dan cara mengatasi masalah tersebut.
Apabila kita mahir dalam prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah fikah, insya Allah, kita akan merasa lebih mudah menunaikan ibadah dan kewajipan sebagai hamba Allah.
Bila saya menyoroti soalan-soalan yang pernah dikemukakan kepada saya sendiri, di dalam media bercetak atau media maya seperti blog, website dan lain-lain berserta jawapannya, kebanyakan permasalahan tersebut bermula dari kurangnya pengetahuan am mengenai panduan asas dalam Fikah Islami.
Justeru itu, bagi menampung kekurangan pengetahuan am berkenaan Fikah Islami berserta kaedah- kaedahnya di kalangan orang awam, usaha menyusun ilmu tersebut telah dilakukan oleh 4 orang penulis di dalam satu buku yang dinamakan Fikah Perubatan.
Kenapa ‘Fikah Perubatan’? Hukum fikah yang dibincangkan ialah topik yang berkait rapat dengan bidang perubatan itu sendiri. Insya Allah, tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari sekelian boleh mendalami lagi mengenainya daripada buku berkenaan.
Sebagai gambaran am, saya lampirkan di bawah ini Isi Kandungan buku tersebut;
Tajuk |
Kata Pengantar |
Isi Kandungan |
Perubatan Islam |
Definisi Perubatan IslamTibb Nabawi |
Perubatan Arab Sebelum Kedatangan IslamPerubatan Yunani |
Sejarah Perkembangan Perubatan dalam Dunia Islam |
Tokoh-tokoh Perubatan Islam
|
Asas Fikah Perubatan |
Pendahuluan |
Pengertian Fikah |
Pertama: Fikah perubatan berdiri di atas prinsip umum. |
Kedua: Asal dalam urusan perubatan, adalah diharuskan. |
Ketiga: Fikah perubatan dibangunkan dengan mengambil kira illat (sebab) dan maslahah ( keperluan atau kepentingan). |
Daruriyyat, Hajjiyat Dan Tahsiniyat. |
Hukum Berubat |
HUKUM BERUBAT MENURUT ISLAM |
Jenis Rawatan Yang Diharamkan Islam |
1. Rawatan menggunakan bahan-bahan yang haram. |
|
|
– Tangkal Yang Dijampi Dengan al-Quran. |
6. Rawatan berdasarkan jampi mentera.- Jampi yang dibenarkan syarak. |
7. Perubatan menggunakan jin (makhluk halus). |
HUKUM MENGGUNAKAN BENDA-BENDA HARAM DAN NAJIS DALAM UBAT-UBATAN |
Definisi Ubat |
Definisi Ubat Yang Halal |
Sumber Ubat1. Berubat Menggunakan Arak. |
2. Berubat Menggunakan Alkohol.Hukum Ubat-Ubatan Yang Mengandungi Alkohol. |
3. Berubat Menggunakan Dadah.Definisi DadahJenis-jenis Dadah
Dadah Yang Digunakan Dalam Perubatan Hukum Menggunakan Dadah |
4. Berubat Menggunakan Gelatin Daripada Binatang Yang Tidak Disembelih.
Gelatin Hukum Gelatin |
Rasional Tidak Boleh Berubat Dengan Yang Haram |
Bendalir Badan , Aplikasi Hukum Dan Toharah |
HAID
Haid yang normal: Puberti (baligh) dan Menarke (haid pertama) Tempoh Haid Kitaran Haid Putus Haid |
Masalah Berkaitan Dengan Haid |
Amenorea (Tidak Datang Haid) |
ISTIHADAH- Dalil-dalil Wujudnya Istihadah- Hukum Istihadah
– Bersuci dan Ibadah Ketika Istihadah – Istihadah Dari Sudut Saintifik (Perdarahan rahim yang Haid Semasa Hamil |
Penetapan Hukum Terhadap Permasalahan Haid |
RAWATAN BAGI MASALAH PERDARAHAN BERPANJANGAN
Permasalahan Yang Timbul Akibat Rawatan Ubat-Ubatan |
NIFASPengenalan Nifas Dari Sudut SaintifikNifas yang Normal |
APLIKASI HUKUM KE ATAS WANITA HAID DAN NIFAS. |
HUKUM PERDARAHAN SEWAKTU MENGANDUNG DAN AIR KETUBAN
Darah bercampur lendir Air Ketuban |
BENDALIR BADAN YANG LAIN
Wadi Mazi Mani |
CECAIR BADAN YANG LAIN DAN HUKUMNYA
Hukum Darah Manusia Hukum Air Kencing Hukum Nanah Dan Air Bisa Hukum Air Liur Dan Muntah Keluar Angin Melalui Faraj (Kentut Vagina) |
Perlaksanaan Ibadah Ketika Sakit; Tayammum dan Solat |
IBADAH
Kepentingan Solat Semasa Sakit Konsep Rukhsah Dalam Ibadah |
TOHARAH (Bersuci)Ringkasan Mengenai Wuduk Langkah-Langkah Bersuci Bagi Pesakit Menurut Keutamaan Definisi Pembalut atau al-Jabirah Hukum Menyapu di atas Jabirah dan ‘Ishabah Tip Mudah Berwuduk Bagi Pesakit |
TAYAMMUM
Objektif Tayammum Syarat-syarat Tayammum Alat Tayammum Syarat-Syarat Sah Bertayammum Rukun Tayammum Perkara-Perkara Sunat Semasa Bertayammum Perkara Yang Membatalkan Tayammum |
PESAKIT YANG TIDAK DAPAT MENGELAK DARI NAJIS
Contoh Aplikasi Solat Wanita Yang Sakit Untuk Bersalin |
Pesakit Tidak Mampu Berwuduk dan Tidak Mampu Bertayammum |
KAEDAH SOLAT SEMASA SAKIT. |
Solat Perawat Dalam Keadaan Darurah Menyelamatkan Pesakit Dan Pembedahan Yang Panjang. Hukum Solat bagi Perawat yang Terlibat dengan Operasi Pembedahan |
Adakah Pesakit Boleh Melakukan Solat Jamak? |
Puasa & Kaedah Rawatan Moden Yang Tidak Membatalkan Puasa |
Puasa dan Puasa PerubatanHujjah di SyariatkanKeutamaan Puasa di Bulan Ramadan |
Hikmah Puasa – Faedah Saintifik |
Perkara yang membatalkan puasa
Kaedah Rawatan Moden Berhubung Perkara Yang Membatalkan Puasa |
Puasa Pesakit |
BIBLIOGRAFI |
GLOSSARI |
Buku ‘Fikah Perubatan’ berusaha memberi penjelasan dengan cara yang mudah difahami orang awam.
Beberapa artikel yang pernah disiarkan dalam blog ini, turut dimuatkan di dalam buku ini.
Contoh kes-kes yang ditanya di atas diberi penjelasan bukan sahaja dari sudut fikah,bahkan diberi keterangan dari sudut perubatan agar kita berada dalam keadaan sedar apa sebenarnya yang telah berlaku kepada tubuh kita. Gambarajah dan foto-foto berkaitan tajuk juga dilampirkan untuk memudahkan lagi ia difahami.
Alhamdulillah, buku ini sudah berada di pasaran sekarang.
Ia diterbitkan oleh PTS Millennia dengan kerjasama PAPISMA. Harganya RM22 sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan RM25 bagi Sabah/Sarawak.
Di mana dan bagaimana saya boleh dapatkan buku ini?
Cara mendapatkan buku ini bagi mereka yang berada di Malaysia;
1. Hubungi Saudara Syakir di 019-9009321.
2. Semua rangkaian kedai-kedai buku yang menjadi pengedar PTS. Untuk mengetahui kedai-kedai berhampiran tempat anda yang menjadi agen PTS, lihat Portal PTS dan klik pada ‘Pengedar’.
Bagi mereka yang berada di Australia, boleh membuat pesanan dengan menghantar email kepada saya di ummu_abbas@ymail.com atau wannor_ainon@yahoo.com. Harga AUD15 tidak termasuk kos penghantaran bagi kiriman melalui pos.
*Jika berminat mendapatkan tandatangan penulis, sila maklumkan dalam email. Tawaran ini
adalah mereka yang membuat pesanan terus melalui saya.
Setiap insan tidak dapat lari dari kelemahan, justeru itu kami sentiasa mengharapkan teguran dan cadangan terhadap kualiti penulisan dalam buku ini dari semua pembaca.
Apa yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang itu dari kelemahan kami sendiri.
Selamat membaca!
Ummu Abbas
26 Rejab 1432H/ 28 Jun 2011-06-28
5.47pm
Melbourne.
wah..kena beli nih….
shafa dah dapatkan akak 🙂 sgt-sgt merindukan akak & anak-anak… bilalah akan balik ke m’sia ya… semoga ada peluang utk bertemu InsyaAllah
Buku ni ada jual online tak?
Insya Allah, ada di sini :
http://pts.com.my/index.php/buku/fikah-perubatan/
salam..shipping ke brunei ada tak?