Teknik Mendorong Anak Cara Rasulullah s.a.w

Sebenarnya, saya patut berkongsi cerita mengenai Kajian Hadis Psikologi terlebih dahulu.  Oleh kerana saya teruja berkongsi apa yang sudah dipraktikkan bersama anak-anak dan melihat hasilnya, maka saya dahulukan hasil percubaan itu dahulu.  Insya Allah, ada masa mengizinkan, saya bercerita lagi mengenainya sedikit demi sedikit.

*********************

Pagi semalam saya cuba aplikasi teknik Rasulullah s.a.w mendorong orang lain melakukan kebaikan kepada anak-anak. Saya terus mempraktikkan selepas membaca percubaan seorang guru di sini.

Anak yang terpilih ialah Aesya, 6 tahun. Kebetulan dia yang masuk ke dapur dahulu semasa saya sedang menyediakan sarapan.

Saya berkata kepada Aesya, “Aesya, Ummi suka kalau Aesya boleh baca Quran dulu sementara Ummi siapkan sarapan”. (Ummi suka – aura positif yang mendorong)

Aesya tersenyum-senyum. Ini reaksi pertama yang berbeza daripada biasa.

Dia masih tidak bergerak. Saya faham sebab dia baru bangun dari tidur.

“Aesya, Ummi suka kalau Aesya baca Quran”, saya mengulangi sambil tersenyum.

“Ok Ummi tapi dua kali sahaja”

“Ok dua kali” (Kadang-kadang saya menurut kehendaknya yang mahu mengulang baca sebanyak dua kali sahaja. Situasi menang-menang )

“Tidak mengapalah… dia baca sedikit lebih baik dari tidak baca langsung”, saya berfikir sendirian.

Kali ini, Aesya bangun dengan senyuman masih menguntum dan berlalu untuk mengambil Quran.

Seusai baca Quran, saya berkata, “Kalau Aesya rajin baca Quran, Aesya cepat lancar dan akan dapat pahala”. (Menyatakan impak dari membaca Quran)

“Pahala itu apa Ummi? Apa ada kat dalam pahala tu…” (Erk… saya berfikir-fikir untuk memberikan jawapan)

“Pahala itu balasan baik yang Allah akan beri di akhirat”

“Selepas kita mati ye Ummi”

“Iya”

Aesya terus tersenyum-senyum sambil berlalu untuk menyimpan kembali al-Qurannya.

Hari ini, saya nampak Aesya mengaji dengan rasa seronok.

Situasi Perbandingan

Biasanya saya cakap dengan nada biasa, “Aesya, ambil Quran dan mari mengaji dengan Ummi di sini”. (Ayat perintah )

Biasanya diwaktu pagi, Aesya agak liat sedikit untuk mengaji. Sekarang ini cuti sekolah panjang, saya sudah beritahu anak-anak perlu mengaji lebih kerap dibanding pada hari persekolahan.

Kalau Aesya buat apa yang disuruh pun biasanya dengan wajah tidak ceria atau masam mencuka. Dia buat dengan rasa tidak seronok.

**************

Selepas praktik dengan Aesya, saya cuba lagi dengan anak-anak yang lain. Saya masih fokus pada lafaz, “Ummi suka….”. Saya mahu cuba sedikit demi sedikit.

Hasilnya memang berbeza jika disuruh tanpa lafaz “Ummi suka” di depan.

Anak-anak melakukan sesuatu dengan berwajah manis :). Alhamdulillah.

Ia menandakan mereka seronok melakukan pekerjaan mereka.  Ini yang kita mahu.  Bila mereka rasa seronok, itu tandanya mereka menunaikan dengan rasa relahati, bukan lagi secara ‘paksa rela’.

******************
Perkongsian dari seorang Ustaz yang terkenal warak dan lemah lembut semasa di Maahad Muhammadi dahulu.

“Bila ana suruh anak-anak berbuat sesuatu, ana gunakan perkataan ‘tolong’. Biarpun ibubapa ada hak memerintah anak-anak buat sesuatu namun ana elakkan guna lafaz perintah. Sebagai contoh; Tolong buka lampu. Jadi anak-anak akan terasa dia berbuat sesuatu kerana menolong ibubapa, bukannya kerana diperintah. Ia menimbulkan kesan berbeza.”

Benar, sejak saya mendapat satu lafaz begitu dari Ustaz Mokhtar itu, saya terus menggunakannya sehingga ke hari ini.

“Abbas, tolong Ummi angkat kain”

“Azzam, tolong Ummi vakum karpet, boleh?”

Mana yang kita sudah tahu, kita cuba amalkan dahulu.
Kemudian, kita tambah lagi ilmu kita… dan tambah lagi praktik, insya Allah.

Indahnya ISLAM :).

Ummu Abbas

12.46am
19 Safar 1433H
Melbourne

4 thoughts on “Teknik Mendorong Anak Cara Rasulullah s.a.w

Add yours

  1. Tahniah! Satu usaha yang baik dalam mengikuti teknik memuji nabi Muhammad.
    Saranan saya, selepas anak Puan membaca Al-Quran, puan boleh nyatakan sekali perasaan puan.
    Sebelum membaca , puan berkata, “Ummi suka kalau Aesya baca Quran.” (ada kalau)
    Selepas membaca Quran, puan boleh cuba berkata, “Ummi suka Aesya baca Quran dan…(sambung dengan apa yang telah puan katakan iaitu impaknya)
    Puan telah mendidik anak dengan cara yang baik dan membimbing mereka ke jalan yang benar. Sesungguhnya bertuah anak-anak puan mempunyai ibu soleha seperti puan.
    Terima kasih atas perkongsian ilmu. Saya juga belajar sesuatu dari catatan puan. Semoga saya pun boleh menjadi seperti puan,ibu yang soleha dan mendidik anak menjadi anak-anak yang soleh.Amin!
    Ya Allah! Permudahkanlah saudaraku ini mendidik anak-anaknya. Kurniailah beliau pahala yang berlipat kali ganda atas usaha dan penat lelahnya itu. Masukkanlah beliau dalam syurga-Mu dan dalam kalangan golongan hamba-Mu yang beriman dan beramal soleh.Amin!

  2. Terima kasih Puan atas komen yang diberikan.

    Hasilnya, saya nampak apa peningkatan teknik yang perlu dibuat selepas ini.

    Saya masih dalam perjalanan menuju solehah, Puan… Banyak lagi pendekatan yang perlu diperbaiki. Moga Allah permudahkan usaha kita menjadi ibu terbaik buat anak-anak.

    Amin. Semoga doa itu kembali kepada Puan juga…insya Allah. Itu memang janji Allah, kita akan mendapat kebaikan dari doa kebaikan kepada saudara kita.

    Wassalam.

  3. salam puan – Alhamdulilah Syukur padaNYA perkongsian yg sgt baik…Insya ALLAH lepas ini lina akan menukar perkataan bila mahu anak perempuan ku membaca QUran dgn lebih kerap dgn menggunakan perkataan yg lebih lembut dan enak di dengar semuaNYA kernyaNYA…Allah hu Allah
    Allah hu Allah utk mengapai redha dan Rahmat Allah tidak semudah lafaz….
    Benar mitos ” You are what you want to Be”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: