Posted in Islamika, Rasulullah Sayang Kamu..., Siasah

Teknik yang betul ‘Mengutuk’ Datuk Hasan Ali

Bismillah.

Fitrah wanita tidak meminati politik.  Kalau ada yang menceburkan diri ke dalamnya, ia lebih kepada memenuhi tuntutan dakwah semasa.  Itu pun tidak ramai dibandingkan lelaki.  Saya pun begitu.  Kalau saya baca isu politik kerana merasa bertanggungjawab terhadap kepimpinan negara sekarang dan akan datang.  Tanggungjawab yang datang kerana politik memberi kesan langsung kepada pendidikan anak-anak- untuk maslahah dunia dan akhirat mereka.

Cuma dalam menjadi pemerhati itu, bila timbul isu-isu hangat lagi panas, seringkali terbaca bahasa cacian, makian, kutukan dan kejian yang melampau terhadap pelaku kesalahan.  Baik dari blogger atau pengkomen-pengkomen.  Sama ada ia ditujukan kepada pendokong Barisan Nasional, DAP, PKR dan PAS sendiri.  Bila terasa panas, saya biasanya segera ‘cabut’ dari blog-blog begitu dan untuk melawatnya sekali lagi, terpaksa fikir banyak kali.

Sedari kecil, saya tidak pernah mendengar Ma atau Abah menggunakan bahasa cacian, kutukan dan makian walau pada individu yang menganiaya mereka sekalipun.  Memadai bersabar, berdoa kepada Allah dan jika mampu, menasihati dengan cara yang baik.

Kes terbaru yang melibatkan Datuk Hassan Ali mengundang banyak kutukan pada beliau.  Begitu juga dengan bekas Pelajar Terbaik SPM 2004,  Nur Amalina Che Bakri.  Cukuplah saya membawa dua contoh mutakhir ini.

Islam begitu kaya dengan akhlak mulia dalam menghadapi apa jua situasi.  Jadi bagaimana adab kita dalam berhadapan dengan kes seperti kes Datuk Hassan Ali dan juga Nur Amalina?  Mari kita sama-sama selusuri kajian hadis di bawah:

AHAD, 25 DISEMBER 2011

Nabi Muhammad Tidak Mengizinkan Pedosa Berat Dikutuk

[Klik pada tajuk untuk lihat sumber-Kajian Psikologi Hadis]
Dari satu segi, jenis-jenis kesalahan dapat dibahagikan ke dalam 2 kategori.
1. Kesalahan yang ada hukumannya di dunia, oleh itu kesalahan itu dibawa ke hadapan hakim. Contoh kesalahan dalam kategori ini adalah kesalahan meminum arak.
2. Kesalahan yang tiada hukumannya di dunia, oleh itu kesalahan tersebut tidak dibawa ke hadapan hakim.

Dalam rekod sejarah, terdapat catatan yang menunjukkan Nabi Muhammad tidak membenarkan orang yang sudah terbukti melakukan kesalahan berat minum arak sekalipun daripada dikritik dan dikutuk.

Kes 1: Umar bin al-Khattab melaporkan, pada suatu masa ada seorang lelaki bernama Abdullah yang nama jolokannya adalah ‘Himar’ (keldai), seorang yang selalu menyebabkan Nabi Muhammad ketawa. Nabi Muhammad pernah mengenakan hukuman rotan kepada Abdullah atas kesalahan meminum arak. Pada suatu hari, sekali lagi Abdullah dibawa ke hadapan Nabi Muhammad atas kesalahan minum arak, Nabi pun merotan dia lagi. Melihat peristiwa itu seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke hadapan Nabi.” Nabi Muhammad berkata, “Jangan kutuk dia, kerana demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya.” — Hadith No. 2161 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari.

Kes 2: Abu Hurairah melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki peminum arak dibawah ke hadapan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad berkata, “Pukul dia.” Abu Hurairah melaporkan lagi, sebahagian orang yang ada di situ memukul lelaki itu dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar, ada yang memukul dengan baju. Apabila selesai, ada seseorang berkata, “Moga-moga Allah merendahkan kamu!” Mendengar kata-kata itu Nabi Muhammad berkata, “Jangan kata begitu, kerana saudara menolong syaitan menguasai dirinya.” — Hadith No. 2159 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari

Dalam peristiwa itu Nabi Muhammad melarang perbuatan mengutuk pedosa berat sekalipun, apatah lagi pedosa yang lebih ringan. Alasan yang diberikan oleh Nabi Muhammad adalah, apabila kita mengutuk seseorang sebenarnya kita menolong syaitan menguasai orang itu.

Apakah yang dapat kita fahami tentang kata-kata Nabi Muhammad “…kita menolong syaitan mengusai orang itu.”? Antara tafsiran yang dapat kita beri adalah orang itu akan membenci orang yang mengutuk, sedangkan si pengutuk itu adalah orang baik dan niatnya baik. Malah dia akan membenci orang-orang lain yang satu kelompok dengan si pengutuk. Sebagai contoh jika si pengutuk itu seorang ustaz, dia akan membenci semua golongan ustaz. Lebih serius lagi, dia mungkin bukan hanya membenci semua ustaz, malah dia mungkin membenci agama Islam. Dalam keadaan begitu, dengan mengutuk dia kita telah memberi kemenangan kepada syaitan.

Saya kira tidak perlu mengulas panjang tentang hadis di atas.  Penerangannya sudah cukup jelas.

Kenang Dosa Sendiri Adalah Lebih Baik

Apabila kita melihat kekurangan pada orang lain, selain kita diminta menasihati dengan baik menurut prosedur yang betul, kita perlu mengambil iktibar yang lebih untuk diri sendiri.  Kemudian berdoa agar Allah selamatkan kita dari melakukan kesalahan yang sama.  Mungkin dosa-dosa yang kita kumpulkan lebih besar dari kesalahan orang lain yang diperbesarkan.

Daripada kita menambah dosa yang tiada dengan mengutuk pelaku kesalahan, lebih baik kita mengaut berbilion pahala secara mudah.  Rasulullah s.a.w berkata,

 ‘Ubaadah melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang memohon ampun bagi orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, Allah akan menulis baginya kebaikan bagi setiap lelaki beriman dan wanita yang beriman.”  [Direkod oleh Tabrani]

Berdasarkan hadis di atas, teknik yang betul ‘mengutuk’ Datuk Hasan Ali ialah dengan mendoakan hidayah kepadanya dan memohon keampunan untuknya.  Datuk Hasan Ali masih lagi Islam.  Begitu juga Nur Amalina.  Lembutkan hati-hati mereka dengan siraman doa yang tidak mereka ketahui.  Boleh rujuk hadis dalam entry “Perkembangan Mengenai Nik Nur Madihah”.

Kita memang tidak suka dan marah pada tindakan mereka namun ia bukanlah lesen menghalalkan kutukan melampau dengan pelbagai label.   Sesiapa yang mampu menyampaikan teguran terus kepada mereka, sampaikan.  Jika tidak mampu, tinggalkan komen-komen yang memotivasikan mereka menjadi lebih baik- tanpa mengutuk dan tanpa mencaci.   Dalam melihat keburukan mereka, ingat juga pada kebaikan yang pernah mereka lakukan yang mungkin lebih banyak.  Saya kira peringatan dari Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat kepada Datuk Hasan Ali adalah contoh yang baik.

Berusaha menutupi pintu-pintu syaitan menguasai manusia kerana syaitanlah musuh utama yang kafir sampai hari kiamat.

Akhirnya, kita perlu beringat juga dengan pesanan Nabi s.a.w di bawah ini,

“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.” (Hadis direkod oleh Tirmizi)

Ujian untuk orang lain adalah ujian untuk kita juga –  siapakah yang paling baik amalannya?  Surah al-Mulk: Ayat 2.

Wassalam.

Ummu Abbas

16 Safar 1433H.

12.08pm.

Melbourne.

Advertisements

Pengarang:

Seorang isteri, ibu, permaisuri rumah, anak kepada Ma dan Abah yang masih hidup, penulis dan da'ie, insya Allah. Menyintai ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah.

12 thoughts on “Teknik yang betul ‘Mengutuk’ Datuk Hasan Ali

  1. Assalamualaikum Kak Nur. Alhamdulillah… syukur sangat sebab Kak Nur telah menulis apa yang Chik rancang untuk tulis tapi tidak kesempatan menyudahkannya dan rasanya tulisan Kak Nur lebih baik lagi.

    Chik setuju dengan apa yang Kak Nur kata iaitu penggunaan bahasa dalam memperkatakan kesalahan orang (dengan tujuan sebagai pengajaran). Chik pun sama juga bila membaca tulisan di blog2 atau komen2 di ‘wall’ yang penuh caci-maki, bahasa lucah dan seumpamanya, Chik akan cepat tarik diri.

    Penggunaan bahasa ni sangat penting dalam berdakwah selain akhlak dan ilmu sayangnya ramai juga di kalangan kita yang tidak bertapis bahasanya. Semoga apa yang Kak Nur kongsikan ini memberi ingatan kepada kita semua terutama kita yang berjuang untuk Islam.

  2. assalamualaikum kak.. syukran berziarah ke teratak belog saya yg serba kekurangan…

    subhanAllah.. suka sangat kupasan akak tentang ini.. dan syikin sgt setuju …. alhamdulillah.. lebih bnyk penerangan gini.. makin berlapang dada pada insan lain dan merenung diri sendiri yang penuh dosa =)

  3. Salam’alaik Ummu Abbas,

    Subhanallah, pandangan dan ulasan yg sangat baik. Mohon share boleh? Syukran Kak 🙂

    Wa’alaikumsalam warahmatullah. Silakan, Khaulah:)

  4. Asslmualaikum….. pandngn dan ulasan yg akk berikan sngt bernas.. bg saya ckup puashati… mereka yg mngutuk itu lupa.. walaupun perkara itu benar sekali.. maksudnya org itu mmg buat salah …. dan kita tidak mereka2 cerita..,ianya tetap dikira mengumpat… itu yang pernah saya dengar ceramah ustaz di radio… ini lah dunia akhir zaman… apa yg dah tertulis dah terjadi…. Allahuakbar….

    Wa’alaikum salamwarahmatullah.

  5. Assalamualaikum kak Nur…syukran atas entry yang penuh bermanfaat ini..izinkan ain copy paste ke blog peribadi dan akan sertakan link akak di sini..syukran kak..

  6. Assalamualaikum semua,

    Alhamdulillah kita sependapat dalam hal ini. Sebagai manusia biasa ni, ada juga yang kita tak berapa setuju. Tapi bila ingatkan diri sendiri tak beranilah nak kata lebih2. Memberitahu dan mengingatkan orang lain ada caranya(lebih lemah lembut) dan mengutuk atau ingin mengaibkan orang lain pun boleh nampak caranya. Apa2 pun pandangan mata kasar akak je, hati hanya Allah sahaja yang tahu. Terima kasih atas peringatan ini. Semoga kita sama2 bermuhasabah diri kita sendiri, ameen….

  7. Assalammualaikum Ummu Abbas,

    Alhamdulilah, terima kasih diatas peringatan ini. 🙂 Cara kita menggunakan bahasa menggambarkan peribadi kita,kan. Jika kita suka mencaci, maki hamun itu menunjukkan peribadi kita yang keras. Jika kita mampu berkata dengan lemah lembut walaupun hati disakiti menunjukkan kekuatan jiwa. Mendoakan orang yang menyakiti kita pun satu tanda kekuatan jiwa. Siapalah kita nak berlebihan kerana kita ini cuma hamba Allah. Apabila kita mengata orang, sepertinya kita meludah dilangit, pasti akan terjatuh dimuka sendiri. Semoga Allah pelihara kita dari sifat tercela, dan semoga Allah merahmati setiap urusan Ummu Abbas didunia dan akhirat. Walahu’alam.

    Wa’alaikum salam warahmatullah. Terima kasih atas perkongsian menarik di atas. Moga Allah merahmati kita semua.

  8. Komen yg cukup tepat dan bernas..ana amat setuju dengan nur..itulah yang sepatutnya kita buat bukan kutukan yg menunjukkan keburukan diri kita, sebenarnya lagi kita mengutuk orang lagi banyak keburukan kita terserlah..

  9. Assalammualaikum Puan,
    Terima kasih diatas tulisan diatas. Memang benar sungguh menyedihkan orang Islam/ Melayu sudah hilang adap dan tatasusila dalam memberi pandangan dan ulasan. Kita sering dihimpit dan dikuasai oleh andaian hati sendiri tampa menyelidiki perkara sebenar dengn lebih teliti penyebab punca permasaelahan berlaku. Kita juga sering lupa utuk bermuhasabah diri antara orang yang jadi mangsa kutukan dan diri kita sendiiri.
    Yang paling sedih ialah ada kolumis akbar bukan saja menjadi dalang malah orang2 ini juga mencipta gelaran kepada yang dikutuk.
    Nasihat dan akhlak Rasullah s.a.w kita buang ketepi hanya kerana kita benci seseorang (yang belum tentu bersalahnya dia) lalu kita kutuk dan humban dia dibumi ketujuh dan bila kita suka sesaorang itu kita sanjung dia sampai kelanggit tujuh.
    Firaun yg begitu sifat jahatnya sebagai manusia pun apabila Nabi Musa & Harun A.S diperintahkan Allah bertemu dengannya, Allah memerintahkan keduanya bersikap penyantun terhadap Firaun, iaitu apabila bercakap dengannya mengunakan perkataan yg baik2 moga-moga Firaun memperolehi kebaikan.
    Inikan pula mereka2 yg saudara seIslam kita dan kita tidak tahu duduk perkara sebenar dilemparkan dengan kata nista dan cacian. Siapalah kita ni?.
    Banyakkan tulisan seperti diatas supaya bangsa dan umat Islam kita belajar dan terus berpegang pada akhlak Rasullah s.a.w biarpun ianya sekelumit perbuatan baik itu kita ujurkan atau kita lakukan agar kita semua menjadi umat yg terbaik sentiasa ingat kita adalah pendakwah terbaik bagi Islam.

    Wallah’hualam.

  10. “Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.” (Hadis direkod oleh Tirmizi)

    sahihkah hadis ini??saya x jumpa rujukan nya..minta admin tolong bantu saya…

    Insya Allah, selepas saya jumpa rujukannya, saya maklumkan melalui email atau di sini. Terima kasih atas pertanyaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s