Assalamu’alaikum.
Anda berbakat?
Anda suka melalak?
Jika sebelum ini anda hanya melalak dalam bilik air, sekarang peluang menterjemahkan bakat di hadapan juri bertauliah.
Persembahkan bakat anda dalam keadaan selamat dan maruah terpelihara.
Dibawa khas untuk gadis-gadis comel Kelate oleh Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan.
Sapo kato keraja’e negeri berjiwa Islam tok pehe jiwo anok mudo puwe Kelate?
Pehe doh ni… jom ajak saing-saing gi rama-rama ke sana…
wah…bagusnya………semoga diberkati ALLAH SWT
🙂
Reblogged this on KUkial_Jr@com.
Bagi PAS, jika berlaku kat negeri tadbiran BN ianya digelar MAKSIAT… Sebab wanita menyanyi terlalak-lalak atas pentas… Suara wanita adalah aurat…. Tapi bila berlaku kat Kelantan… PAS akan cakap ‘KAMI MEMAHAMI JIWA ANAK MUDA’ ataupun ‘SEKADAR HIBURAN’ ataupun ‘ SEMUA PENYANYI MEMAKAI TUDUNG’… Itulah PAS, berpegang teguh pada slogan ‘MATLAMAT MENGHALALKAN CARA’… Walaupun ianya LADIES NIGHT… Suara wanita tetap aurat…
eXception,
Assalamu’alaikum warahmatullah.
Terima kasih kerana sudi ke sini dan meninggalkan komen.
Saya syorkan saudara baca artikel berkaitan https://sayangislam.com/2012/01/29/wanita-kelantan-juga-mahu-berhibur/
Jika masih ada yang belum faham, silalah tanya ya…
Saya tertarik dengan kata-kata saudara, “Suara wanita tetap aurat…”
Suara wanita itu aurat kepada siapa? Dan bila ia menjadi aurat?
Assalamualaikum kak..
Kalau berjogging macamane ye…sebab sy part time niqabi..bila jog sy buka niqab sbb masih confuse.
terima kasih atas bantuan.