Assalamualaikum k.nor..
Saya memang ada niat untuk berniqab. Suami memang amat2 menggalakkan..tetapi saya terikat dengan kerja yang tidak boleh berniqab. Apa pendapat k.nor jika saya berniqab kecuali di tempat kerja sahaja buka….rasa tenang bila berniqab..
Nurul
******************************
Wa’alaikum salam wbh.
Alhamdulillah kerana diberikan hidayah Allah utk melakukan kebaikan. Apatah lagi mendapat dorongan dari suami pula.
Pada pendapat Kak Nur… harus Nurul berbuat demikian yakni mengenakan niqab dan membukanya semasa bekerja sahaja.
Ada kawan Kak Nur yang membuat perkara yang sama. Dia pensyarah perubatan di universiti. Dia hanya membukanya semasa ke pejabat. Sebaik habis waktu pejabat, dia akan mengenakan semula purdahnya.
Dari sudut hukum pun sebenarnya terdapat keharusan wanita berniqab untuk membuka niqabnya semasa menjadi saksi di mahkamah, semasa berjual beli, melalui pemeriksaan di bahagian imigresen dan pelbagai urusan lagi yang mana terdapat keperluan mengenali wajah.
Seorang lagi kawan akak bertugas sebagai guru kementerian namun alhamdulillah, pengetua sekolah di tempat dia mengajar mengizinkan dia memakai purdah. Jadi dia membuka purdah hanya semasa berada di bilik guru perempuan dan juga semasa mengajar di dalam kelas.
Petuanya mudah sahaja, dia selalu solat hajat agar Allah permudahkan hasratnya untuk istiqamah dengan niqab meskipun bekerja. Allah makbulkan doanya dengan mentakdirkan majikan tempat dia bekerja lunak hatinya untuk mengizinkan dia memakai purdah.
Ada seorang lagi kerja di bank. Sebaik sampai di pejabat, dia buka purdah. Habis waktu pejabat, dia pakai semula.
Ada seorang lagi, Akak pernah tengok dia tetap memakai purdah semasa bekerja kerana ruang dia bekerja terbuka kepada staf lelaki juga. Dia bekerja di jabatan kerajaan.
Sebaiknya diusahakan tempat bekerja itu diasingkan ruang untuk pekerja wanita dan pekerja lelaki. Banyak kebaikan yang akan diperolehi.
Harap jawapan di atas membantu.
Wassalam.
Ummu Abbas
5.21pm
15 Rabiul Awwal 1433H
Melbourne
kalau nak pakai biar berterusan jgn waktu kerja dibuka nampak tiada kesungguhan saudari…kalau mcm tu apa beza saudari pakai dengan tak pakai kerana ditempat kerja ada juga lelaki bukan mahram yg melihat saudari…ingat islam tidak menilai amalan yg tidak belandaskan keikhlasan dan besifat istiqamah.
Assalamualaikum.. kak nur.. syikin tambah sedikit… sbb syikin dulu mengajar di international school.. boleh berniqob.. tp syikin memilih untuk membuka ketika mengajar sahaja sbb untuk tujuan pengajaran dan expression wajah kita kepada student… ( most of my student 6 month – 12 y’old .. memang memerlukan expression wajah guru mereka ^_^ .. ttp jika aktiviti luar .. syikin mmg pakai.. dan student takda masalah kalau kt luar )
alhamdulillah… kawan syikin juga seorang niqobi .. pernah berkata pada syikin.. kalau macam .. kita terpaksa membuka purdah di tempat ada lelaki…
Amalkan surah yaasin ayat 9… itu yg di beritahu.. supaya Allah lindungi apa yg selama ini kite lindungi…
Cuma syikin tak tau kalau ada dalil @ apa2… syikin just dapat info darinya.. wallahualam..
assalamualaikum, kak nur. alhamdulillah , saya terbuka hati untuk berniqab. tetapi saya tak tahu macam mana ingin saya mulakan , adakah berniqab ini memerlukan banyak persyaratannya ? rata-rata saya mendengar daripada teman-teman saya, berniqab memerlukan banyak syaratnya, dan banyak risiko yang perlu kita hadapi semasa berniqab. saya minta kak nur berikan jawapan atas ketidakpastian saya mengenai niqab ini . assalamualaikum.
Wa’alaikum salam warahmatullah Ainnin Soffea,
Alhamdulillah atas segala nikmatNya.
Berhubung persoalan yang ditanyakan, ia terlalu umum buat Kak Nur memberi respon.
Apa yang dikatakan banyak syaratnya? Kak Nur rasa biasa sahaja… sama seperti kita berhijab penuh tanpa memakai niqab. Jika mahu dikaitkan dengan akhlak, muslimah yang tidak berpurdah pun terikat dengan tuntutan untuk berakhlak mulia selagi mereka mengaku beriman. Begitu juga dengan muslimin.
Banyak risiko pun bergantung pada keyakinan dan prinsip diri. Risiko apa yang dimaksudkan? Alhamdulillah, sejak Kak Nur berniqab kerana Allah semata, rezeki sentiasa murah. Jika ada halangan pun, kembali kepada keikhlasan memakainya. Jika kita ikhlas dan memakainya dengan faham, insya Allah, Allah akan bantu berikan kekuatan dan jalan keluar. Yang penting jangan mudah menurut arus kerana hanya ikan yang mati mudah dihanyutkan arus.
Jika kita perlu mengambil tindakan yang berbeza sedikit dari pilihan kita hari ini yakni memakai niqab, maka biarlah tindakan tersebut juga berlandaskan hujjah syarak sebagaimana kita memakainya kerana ada hujjah syarak mengenainya. Barulah kita tetap menjadi ikan yang hidup.
Tanyakan juga diri sendiri, kerana apa kita memakainya? Jika kerana mahu mendekatkan diri kepada Allah, jika ada halangan dari manusia, kenapa kita harus membukanya kerana manusia? Allah atau manusia yang lebih besar di hati kita?
Jika mereka berhujjah ia tidak wajib, katakan ahli tafsir terkenal yang didoakan oleh Rasulullah s.a.w sebagai ahli tafsir yakni Ibnu Mas’ud dan Ibnu Abbas mengatakan maksud ‘jalaabib’ dalam surah al-Ahzab itu ialah pakaian yang menutupi rambut dan wajah.
Pada pandangan Kak Nur, adalah lebih jelas jika Ainnin bertanya semula kepada mereka yang mengeluarkan pandangan pakai niqab banyak prasyaratnya dan banyak risikonya kerana setiap orang mempunyai tafsiran yang berbeza.
Wassalam.
Assalamualaikum wbt kak,
saya nak tanya dr pengalaman akak sendiri,
bagaimana jika kita berada dalam keadaan bersama-sama dengan saudara mara, contohnya ketika Raya, iaitu tinggal di bawah satu bumbung di kampung..
adakah kita masih perlu menjaga aurat seperri di luar iaitu memakai purdah, stokin dan juga sarung lengan?atau terdapat kelonggaran?
Dan boleh ke sekiranya wanita dan lelaki bergaul untuk study group cth dlm library?
Wa’alaikum salam warahmatullah.
Sebaik-baiknya, bila ada keperluan berkumpul seperti hari raya dan sebagainya, asingkan antara tetamu lelaki dan wanita untuk menjauhi ikhtilat antara perempuan dan lelaki ajnabi.
Dari sudut aurat pun lebih mudah dijaga.
Jika ada ajnabi, maka hukum aurat sama sahaja dengan di luar rumah.
Amalan K Nur, Suami je yang layan tetamu lelaki ajnabi kecuali jika dari keluarga/ saudara mara, lihat pada keadaan. Jika tiada keperluan, K Nur tidak keluar ke hadapan tetamu lelaki. Jika ada keperluan, keluar dengan menutup aurat kecuali muka dan tangan- itu pun jika dirasakan tiada fitnah.
Wanita study sesama wanita dan lelaki study sesama mereka. Jika tiada rakan wanita yang dapat selesaikan sesuatu masalah sedangkan pelajar lelaki ada yang tahu, maka bertanya sahaja kepada mereka dengan mengawal cara berkomunikasi dan menjaga pandangan. Jangan duduk semeja dan bergelak ketawa bersama tanpa ada keperluan mustahak.
Asslm… mngenai email yg akk bgi tu… saya memang tak dapat… ni email saya Anitamohamad75@gmail.com
Alhamdulillah bertambah ilmu saya hari ini
hehe..tutup muka ok jugak..kena nak buka tutup.kalau dah pakai purdah teruskan jer lah..:D
sekadar pandangan
Assalamualaikum..sy nk tnya..sy b’niqab..kadang2 klau sy mkn di restoran,sy membukanya,tpi sy msih lg menutup aurat,bleh x,b’buat demikian??
Wa’alaikum salam warahmatullah.
Diharuskan namun memilih makan di tempat yg terlindung itu lebih baik.
assalammualaikum.
saya masih tak faham kenapa perlu berpurdah. org cntik jer ker yg kene berpurdah. ramai yg bagi alasan nak jaga drpd fitnah. saya tak faham. adakah itu jwpn standard?? atau ade sebab lain kita perlu berpurdah??
Wa’alaikum salam warahmatullah.
Boleh baca rasional syarak di sini,
https://sayangislam.com/2012/02/20/menepis-salah-faham-mengenai-purdah-kajian-kitab-di-pesantren/
saya nk tanya,saya nk berniqab tpi ayh dgn ibu saya xbgi..saya berniqab pn mse kluar dgn kwn,sbb sye ade msok teamhijrah smue prempuan kt stu berniqab..saya sdih sbb xdpt pkai niqab disebabkn ayh dgn ibu xbgi dn ckp kt sye ilmu agama sye xbnyk..dia ckp utazah pn blom tntu berniqab nie kn sye yg xthu psl agama spnuhnya..tpi sye selesa untk berniqab,akak tlg bri pndpat untk sye bleh untk berniqab?
Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah, tadi sy da tempah tudung dn niqab 5 helai , nk tanya hr rules dn regulations d opis.nk sgt berniqab. 🙂 doa kn saya yea. Semoga d termudah kn semua.
Assalamualaikum kak nur. Sy pljr sekolh menengah. Sy berniat nk pkai purdh, niat dh btul kerana Allah. Tp disekolah sy, x boleh pkai purdah. Jdi, adkh dibolehkn jika disekolah sy buka purdah. ? Terima kasih,
Wa’alaikumsalamwarahmatullah.
Jika dirujuk kepada pandangan fuqaha’ yang mengatakan hukum berpurdah itu sunat, maka diharuskan buka purdah jika di sekolah terdapat pelajar lelaki ajnabi.
Jika dirujuk kepada pandangan fuqaha’ yang mengatakan hukum berpurdah itu wajib, maka tidak diharuskan buka jika di sekolah terdapat pelajar lelaki ajnabi. Diharuskan buka purdah dalam keadaan memerlukan dibuat pengecaman seperti ketika menjadi saksi di mahkamah atau urusan jual beli.
Wallahua’lam.
Assalamualaikum kak nur ,saya nak tanya kalau kita tengok orang yang berpurdah,kita ada rasa untuk berpurdah juga.tapi bukan sebab nak mengikut trend,tapi sebab terasa sopan jika berpurdah.bolehke macam tu?mohon penjelasan dari kak nur
Wa’alaikumsalamwarahmatullahi wabarakaatuh.
Nurin, boleh sahaja… Asalkan faham dari segi hukumnya serta dalil-dalilnya. Mohon petunjuk dan kekuatan dari Allah swt.
Semoga diberkati ALlah swt.
Assalamuaalaikum kak nur saya pelajar lepasan SPM boleh ke pakai purdah apabila menjejakkan kaki ke matrikulasi / asasi / diploma.Saya teringin sangat nak menutup aurat dengan sempurna tapi saya takut la nak teruskan niat tersebut .tak tahu nak mula dari mana.setiap malam saya bangun doa supaya hasrat saya tertunai.saya letih mengejar dunia semata mata.
Wa’alaikumsalamwarahmatullah Sanita
Alhamdulillah, atas hasrat dan niat yang baik tersebut. Semoga Allah permudahkan cita-cita yang baik ditunaikan.
Sebaiknya dimulakan dengan memahami perbahasan fuqaha’ dari segi hukum menutup wajah.
Juga survey tempat yang Sanita ingin sambung belajar. Adakah dibenarkan atau boleh juga survey sekiranya sudah ada pelajar di situ yang memakai purdah, maka lebih mudah merujuk pengalaman mereka.
Kefahaman adalah penting sebagai landasan untuk istiqamah dengan amalan baik kerana ujian memakai niqab tidak kecil. Niat ikhlas dan hubungan erat dengan Allah swt akan menjadi pembantu paling ampuh dalam menghadapi cabaran kelak.
Rabbi yassir wala tu’assir.
Wassalam.
Terima kasih atas nasihat dan pesanan yang disampaikan.
Semoga dapat kongsi ilmu lagi
Sama2.
Dengan izin Allah jua.
assalamualaikum. kak nor, mohon kongsi pendapat. seorang wanita memaikai purdah pada waktu dan keadaan tertentu sahaja. boleh ke? contoh, pergi ke program orang ramai,. atau memakai atas sebab kulit sensitif.
Wa’alaikumsalamwarahmatullah Najihah
Setakat yang Kak Nur faham harus berbuat demikian namun memakainya kerana taqwa adalah lebih lebih baik. Maksud memakai kerana memelihara taqwa ialah memakai dengan kefahaman terhadap hukum memakai niqab kemudian istiqamah dengannya.
Assalamualaikum Kak Nur..Saya ingin bertanya..Saya baru bermula untuk berniqab..Cuma saya nak pandangan kak nur..Apabila seseorang sudah berniqab, boleh kah sesekali dia mengenakan purdah pula?Sebab ada yang berkata bila sudah berniqab xelok sekiranya berpurdah pula..Katanya berniqab sudah tutup dahi tetapi tiba2 nak bukak dahi pula sebab berpurdah..
Wsalamwarahmatullah
Sefaham K Nur niqab dan purdah itu sama maknanya iaitu sesuatu yang dijadikan penutup wajah wanita. Sama ada menutup dahi atau tidak itu bergantung kepada keperluan seseorang menurut situasi yang sedang dilalui.
Kalau mahu disandarkan makna asal niqab atau purdah itu, menutupi wajah kecuali mata sahaja yang kelihatan. Bererti dahi pun perlu ditutup bagi pemakai purdah/niqab.
Dalam suasana di Malaysia, boleh sahaja memakai tudung dan purdah gaya orang Malaysia yang mana bahagian atas tudung direndahkan sedikit sehingga melindungi sebahagian dahi. Hanya sebahagian kecil dahi yang kelihatan.
Wallahua’lam.
Assalamualaikum,Kak Nur.Saya nak tanya, saya baru nk start pakai niqab atau purdah tetapi di sekolah peraturan tidak dibenarkan untuk memakai purdah, sekiranya saya berpurdah di luar sekolah dan tidak berpurdah ketika dalam sekolah, adakah dibenarkan? Adakah dikira on/off ataupun tidak istiqomah?
Selain itu,sebelum ini saya tidak berniqab,ada gmbr saya yang di post oleh rakan lama saya di media sosial yang pada waktu itu masih tidak dibuang.Adakah ia salah disisi syarak jika gambar sebelum ini yang tidak berniqab masih tidak dibuang selepas saya sudah berniqab? Mohon pencerahan.
Wa’alaikumsalam warahmatullah Yana
Alhamdulillah, tahniah atas taufiq hidayah Allah utk Yana berniqab.
Berkenaan peraturan sekolah, boleh patuh pada peraturan sekolah utk tidak berniqab dlm kawasan sekolah.
Pakai niqab sebaik keluar pagar sekolah.
Menurut kefahaman saya mengeni hukum berpurdah, tidak termasuk dlm kategori tidak istiqamah kerana memang ada waktu tertentu muslimah berniqab diharuskan membuka niqabnya spt semasa menuntut ilmu, dlm ihram dll.
Boleh baca lagi entry lain berkenaan niqab dlm blog ini utk menambah kefahaman.
Mengenai gambar2, sebaik2nya minta kwn delete gambar2 tersebut selagi mampu. Yg mana di luar kawalan, mhn dipermudahkan Allah SWT utk membuangnya. Asalnya semua imej berkaitan diri kita, kita berhak menyiarkannya atau tidak. Semua org perlu minta izin drpd empunya gambar jika mahu berkongsi di tempat umum.
Wallahua’lam.
assalamualaikum..saya ingin tanya jika kita balik kampung atau pergi rumah ibu dan bapa saudara boleh tak kalau kita ingin berpudah..dan kita boleh tujukkan muka kita pada sepupu kita dan ibu atau bapa saudara kita jika kita di rumah mereka..?mohon pencerahan
Wa’alaikumsalam warahmatullah.
Diharuskan buka purdah di hadapan sepupu asalkan tetap menjaga batas pergaulan ye 🙂