Aesya: Ummiii….. Allah bergerak macam mana?

Saya: Hmmm…

Belum pun saya temui jawapan yang sesuai…

Aesya: Adakah Allah bergerak seperti ini (sambil berlari) tanpa tangan dan kaki…?

Saya: (ketawa) Tak pe Aesya… Aesya solat dulu.

Sebenarnya saya belum temui jawapan yang sesuai. Aesya pula sedang bersiap untuk solat Asar sambil bertanya itu dan ini.

Saya perhatikan Aesya solat pada perbuatan dan bacaannya. Saya menyuruhnya membaca dengan kuat agar saya boleh semak bacaannya serta memperbetulkan mana yang salah. Sambil itu bolehlah saya fikir lagi apa jawapan yang sesuai.

Selesai solat, Aesya menyalami tangan saya dan saya menciumnya sambil memeluknya.

Saya: Aesya bertambah cantik bila Aesya solat.

Aesya tersenyum.

Saya: Aesya mahu tahu jawapan pada soalan Aesya tadi?

Aesya: Apa dia Ummi?

(La… sudah lupa pula)

Saya: Tadi Aesya tanya macam mana Allah bergerak.

Aesya: Ya… macam mana Allah bergerak?

Saya: Allah bergerak menurut caranya sendiri. Kita tidak tahu.

Aesya: Hmm… ok.

Alhamdulillah, mudahnya dia menerima penjelasan ringkas saya.

 

Saya:  Aesya, pergilah letak  bunga atau butterfly…

Aesya:  Aesya sudah letak Ummi.

Saya:  Untuk solat Asar tadi?

Aesya:  Ya.

 

Cepatnya dia.  Insya Allah… entry akan datang saya berkongsi salah satu cara saya menggalakkan anak-anak untuk solat 5 waktu di awal latihan mereka solat.  Bunga dan rama-rama itu ialah pelekat yang ditampal pada jadual solat Aesya setiap kali dia berjaya menunaikan solat.

 

Ummu Abbas

7 Rabiul Awwal 1433H

7.24pm

Melbourne

3 responses to “Bagaimana Allah Bergerak?”

  1. Avatar abijiddan
    abijiddan

    ALLAH BERGERAK DENGAN SIFAT-SIFATNYA,,, CONTOHNYA SIFAT WUJUD ARTINYA ADA DALILNYA ISI BUMI INI, SEMUA ATAS IJIIN ALLAH SWT…. SEMOGA BERMANFAAAT

  2. Avatar mohdjafri60

    Alhamdulillah sebenarnya pada pendapat saya semua jawapan itu betul kerana soalan itu sendiri umum bukanya tertumpu kepada sesuatu bab,jadi baguslah sebaiknya berikan yang kita mampu dan jika mereka mahu yang lebih kita katakan mari kita sama sama rujuk kpd yg lebih ariff,agar tidak di salah arti dan pemahaman.INGAT ini bab ALLAH dan HUKUM tak bolih di ambil mudah insyallah

  3. Avatar Pen Digital

    Kita daapt melihat sifat Allah dengan melihat zat-zatnya serta alam ini..:D

Tinggalkan komen

Saya Ummu Abbas

Selamat datang ke blog saya :) Tempat saya berkongsi secebis ilmu dan pengalaman. Semoga bermanfaat.

Let’s connect