Bismillah.
Dalam Kelas Darjah 5.
Suria (Nama samaran): Apa la sembah patung… patung tu tak hidup pun. Ha..ha… Kita sembahlah Tuhan. [Nada mengejek]
Mei-Mei (Nama samaran): Orang Islam pun sembah benda juga. [Dengan nada marah]
Suria: Mana ada…
Mei-Mei : Itu saya tengok awak dan kawan-kawan awak sembahyang sembah dinding… benda juga.
Suria: Lho… kami sembah Allah, tuhan yang tidak nampak. Bukan sembah dinding.
Mei-Mei: Sama saja… dinding juga ada kat depan.
Suria: Kami mengadap arah kiblat. Jadi ada dinding atau tiada, kami tetap mengadap arah yang sama.
PS: Jangan tiru cara Suria. Fokus pada penerangan apa yang benar tanpa mengejek kefahaman orang lain.
*********
Seorang Tuan Guru menaiki kapalterbang. Lalu disapa seorang non-muslim, Tan (nama samaran),”Boleh saya bertanya sesuatu?”
Tuan Guru: Iya, boleh.
Tan: “Saya lihat orang Islam pun sembah benda seperti agama lain yang menyembah tokong-tokong dan patung-patung.”
Tuan Guru: Apa buktinya?
Tan : Itu, mereka sembah Kaabah di Mekah. Bukankah Kaabah itu adalah benda yang diperbuat dari batu-bata?
Tuan Guru: Kaabah di Mekah sebagai simbol penyatuan umat Islam. Allah yang menetapkan arah demikian. Kami tidak menyembah Kaabah itu sendiri tetapi menyembah Allah yang tidak mampu dilihat mata zahir kita.
Tan : Maksudnya samalah dengan penganut Budha atau Hindu yang menyembah patung-patung mereka. Mereka hakikatnya menyembah Tuhan yang tidak nampak. Patung-patung itu sebagai wakil sahaja.
Tuan Guru: Penganut Islam menyembah Allah secara langsung, bukan menjadikan Kaabah sebagai perantara. Kalau kami sembah Kaabah itu sendiri, makanya jika kami berada di atas kapal terbang seperti sekarang, kami perlu sembahyang meniaraplah sebab Kaabah berada di bawah.
Atau jika kami berada di dalam kapal selam, maka kami perlu solat baring menelentanglah sebab Kaabah berada di atas tanah.
Begitu juga, andaikata JWW Bush bawa lari Kaabah ke Amerika dengan kapal, kami tetap akan mengadap ke arah Baitullah yang berkedudukan di Mekah. Sekali-kali kami tidak akan solat mengadap ke arah Amerika walaupun Kaabah di bawa lari ke sana atau perlu meniarap jika berada di atas pesawat dan juga menelentang jika berada di bawah laut. Cara solat orang Islam tetap sama walau di mana mereka berada iaitu berdiri mengadap ke arah Kaabah di Mekah.
Berbeza dengan penganut agama lain yang menyembah patung-patung, di mana ada patung, ke arah patung itulah mereka mengadap.
~****~****~****~
Katakanlah Allah itu esa (satu).
Say, “He is Allah , [who is] One,
Allah itu tempat tumpuan segala.
Allah , the Eternal Refuge.
Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.
He neither begets nor is born,
Dan tiada sesiapa pun yang serupa (sama) denganNya.
Nor is there to Him any equivalent.”
Al-Ikhlas 112: 1-4
Ummu Abbas
4 safar 1434H
12.19pm
Melbourne
Terima kasih atas perkongsian ni. Bila teringat waktu kecil dulu, cara suria la yang biasa di gunakan untuk menjawab persoalan sembah benda ni.
Belajar menjawab persoalan-bersoalan yang diajukan oleh kawan-kawan yang tidak meng esa kan tuhan yang maha tinggi juga adalah kaedah dakwah secara tidak langsung. Ia juga menguji diri sendiri, samada benar kefahaman kita atau kita juga keliru dengan agama sendiri. Benarlah, tidak layak untuk kita mengatakan telah beriman sedangkan kita belum diuji. Salah satu ujian yang datang bertubi-tubi ialah mengesahkan kefahaman kita dengan mengatakan apa yang kita faham kepada orang lain. Ramai juga di antara kawan-kawan kita yang tidak ingin berbicara mengenai “agama” kerana kononnya ini bukan bidang kuasa mereka, mereka ingin membiarkan supaya orang tertentu sahaja untuk mengatakannya dan mereka hanya ingin jadi pengikut yang belum diuji kefahamannya samada faham atau “mungkin faham” seperti yang diajarkan.
Saya juga ingin menguji kefahaman saya, jika tuan memahami sebagai saya tersalah faham, silalah berterus-terang. Kerana berterus terang mungkin baik untuk saya dan tuan. Hanya Pencipta alam ini yang maha mengetahui.