
“Anakku, sepanjang hidup, Bonda berpegang
pada 5 petua asas bersumberkan Al- Qur’an dan hadith. 5 Petua itu adalah:
1. Jika kau beribadah kepada Allah, jagalah
hatimu agar tulus ikhlas. (Surah al Bayyinah 98: 5).
وَمَآ أُمِرُوۤاْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ
2. Jika kau mahu Allah perkenankan permintaanmu di waktu susah, banyakkan berdoa di waktu senangmu. (Hadith Al-Tirmizhi)

3. Jika kau merasa banyak masalah melingkari hidupmu, mintalah pertolongan dari Allah SWT dengan penuh sabar dan solat yang khusyuk. (Surah al-Baqarah 2: 45)
وَٱسْتَعِينُواْ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَٰوةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى ٱلْخَٰشِعِينَ
4. Jika kau sedang bersedih, adukan kepada Allah
sebagaimana aduan Nabi Ya’kub a.s, “Sesungguhnya aku mengadu keluhan dan
rasa sedihku kepada Allah SWT”. (Surah
Yusuf 12: 86)
قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

5. Jika kau merasa ujian di dunia sudah cukup
berat buatmu, ingatlah beban akibat maksiat di akhirat kelak jauh lebih
mengazabkan. Justeru itu, carilah solusi
berpandu wahyu dan jauhi memperturuti hawa nafsu. Nescaya kau akan dapati jalan keluar yang
tidak disangka. (Al-Syura 42:10,
Al-Naazi’at 79:40, Al-Tholaaq 65:2,3)
Moga bermanfaat.
Ummu Abbas
18 Muharram 1441/18Sept2019
#dengandakwahummahberubah
Tinggalkan Jawapan