Andai Setiap Bulu Haiwan Itu Bertukar Menjadi Emas

Bismillah.

Suasana pandemik yang kita hadapi hari ini sangat menguji keimanan ramai orang.  Sejak tahun lepas (2020), selain tidak dapat menunaikan haji seperti biasa, ibadah korban juga tidak dapat ditunaikan secara beramai-ramai di kampung-kampung kerana mematuhi SOP.  Namun di sebalik kekangan yang ada, kita masih lagi dapat melakukan korban melalui wakil-wakil yang dibenarkan sama ada di dalam negara, atau di luar negara.

Ibadah tanpa SOP Covid 19

Walau kemuncak Raya Haji ialah menunaikan solat sunat Eidul Adha dan berkorban bagi mereka yang tidak menunaikan haji, namun di sana banyak ibadah yang boleh dilakukan tanpa terikat dengan SOP pandemik Covid 19.  Antaranya ialah:-

  1. Memperelokkan ibadah fardu dan wajib.
  2. Berpuasa sunat terutama pada 9 Zulhijjah (Hari Wukuf).
  3. Zikir khusus iaitu tahlil, takbir dan tahmid.
  4. Menahan diri dari memotong kuku, bulu dan rambut bagi yang berniat untuk berkorban.
  5. Membaca al-Quran serta tadabbur.
  6. Menambah ilmu yang bermanfaat sama ada dengan membaca buku atau mendengar kuliah.
  7. Menambah solat-solat sunat.

Andai Setiap Bulu Haiwan Korban Itu Bertukar Emas

Jika ditanyakan kepada setiap orang, “Mahukah anda kepada kambing ini jika setiap bulunya dari yang halus sehingga yang paling kasar bertukar menjadi emas?”

Saya percaya semuanya tidak akan menolak.

Apa yang bakal dituai oleh empunya korban di akhirat kelak lebih bernilai dari emas. Aisyah r.a melaporkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah berkata,

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

 “Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari al-Nahr (Hari Eidul Adha), yang lebih dicintai Allah selain daripada menumpahkan darah (haiwan korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat  berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) korban itu.”   

Hadis direkodkan oleh Imam al-Tirmizi

Saya teringat Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah menyarankan untuk berkorban walau dengan seekor ayam bagi mereka yang tidak berkemampuan mengambil satu bahagian korban.  Ia menunjukkan betapa besar nilai ibadah korban sepanjang hari raya Adha ini.

Bagi mereka yang baru terfikir untuk menunaikan korban, masih berkesempatan berbuat demikian sama ada di dalam negara atau mengambil pakej korban luar negara yang masih dibuka penyertaannya.

Wassalam.

Ummu Abbas

Tulisan asal:  sayangislam.com  

12 Zulhijjah 1433H/28 Oktober 2012 (Published)

Melbourne, 6.51pm

Edited:

2 Zulhijjah 1442H/12 Julai 2021

Serambi Mekah 12.35am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: