Semalam, sebelum tidur… Abbas anak sulung saya yang akan menyambut ‘birthday’ ke lima tahun 31 Ogos nanti merungut; (Loghat keanakannya telah diedit agar dapat difahami)
Abbas: Kenapa la nyamuk ni suka gigit orang. Sakitlah…
Ummi: Dia nak hisap darah tu, sebab tu kita rasa sakit. Nanti Ummi pasang ubat nyamuk.
Abbas: Kenapa dia hisap darah kita, mi…
Ummi: Sebab dia lapar.
Abbas: Biarlah dia minum air, mi… Kenapa dia suka hisap darah?
Ummi: Allah jadikan dia begitu.
(Kebetulan Abi & Umminya sering juga membacakan buku “Allah Makes”, jadi dia boleh faham sikit dengan jawapan begitu)
Abbas: Kenapa Allah jadikan dia hisap darah? Dia boleh minum air oren…
(Aih… ada lagi soalan dia…)
Ummi: Dia tak minum air oren, Allah jadikan darah kita sebagai makanan dia baru nyamuk tu boleh kenyang.
Azzam (yang akan menyambut birthday yang ke empat pada 31 Ogos nanti menyampuk): Ha, biar dia minum air oren…
Abbas (masih tak puas hati): Kenapa Allah jadikan dia hisap darah kita, mi…?
Ummi (sementelah saya tidak mendalami bidang sains: kehabisan idea nak beri jawapan lojik akal spontan menjawab…): ‘ Liyabluwakum ayyukum ahsanu ‘amala’. {terj: Untuk menguji kamu siapakah yang terbaik amalannya. al-Mulk(67): 2}
Diam. Tiada lagi soalan.
Saya tidak terjemahkan ayat al-Quran di atas. Abbas Azzam pun tidak bertanya apa maksudnya. Saya tidak sangka dia boleh berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mula-mula saya teragak-agak mahu berikan jawapan sedemikian. Bimbang dia tidak mampu memahaminya dan akan bertanya lagi… Masya Allah. Inilah yang dinamakan al-Quran itu mukjizat. Kanak-kanak seusia 4,5 tahun boleh tertunduk dengannya walaupun tidak faham apa maksudnya. Atau mungkin dia faham tapi kita yang tidak menyedarinya. Hmm…kebetulannya saya sendiri sering memberi jawapan tersebut kepada diri sendiri apabila berhadapan dengan masalah…justeru spontan sahaja teringatkan ayat tersebut.
Ummu Abbas
13 Jun 2004
Hakcipta Terpelihara Kerana Cinta’s Weblog 2008
Bolehlah saya cuba tips ini untuk anak saya Ammar pulak.Terima kasih ummuabbas.