Kenapa Tutup Muka?

Gambar di ambil di www.flikcr.com/
Gambar di ambil di http://www.flikcr.com/

Kenapa tutup ini?” Tanya seorang lelaki tionghua sambil tangannya menunjukkan ke arah mukanya sebentar tadi. Dia bertanya kepada saya dengan nada positif mahu tahu rasional di sebalik pemakaian purdah di kalangan muslimah. Ini kali pertama saya ditanya oleh seorang lelaki non-muslim sepanjang tempoh saya memakai purdah.

Usianya saya agak di pertengahan abad.

“ Supaya lebih selamat.” Jelas saya.

“Ooo…ada orang cakap sebab muka lawa kena tutup.” Dia tergelak kecil.

“ Tidak semestinya.” Beritahu saya lagi. Saya sendiri pun bukannya membuat keputusan memakai niqab kerana merasa diri saya cantik. Jauh sekali. Saya bukan tergolong wanita sebegitu pun. Ada perkara lain yang lebih besar dari sekadar menjaga sesuatu yang bersifat material.

“ Tidak semestinya ya…” Lelaki yang belum Islam tadi mengulangi.

“Iya, yang penting lebih selamat. Orang pun tidak kacau.” Saya menjawab ringkas dan lojik yang mudah difahami.

Dalam hati saya meyakini sesuatu yang lebih mendalam dari apa yang saya lafazkan namun saya tidak mampu menyatakannya. Sesuatu yang saya yakini dan telah pun merasai kemanisan mengamalkan menutup wajah sejak 16 tahun yang lalu. Memadai saya berikan penjelasan sesuai dengan tahap dia. Pengalaman kerohanian sukar dijelaskan kecuali oleh mereka yang merasai sendiri pengalaman tersebut. Saya teringat pepatah Al-Syahid Syed Qutb, “ La yazuquha illa man zaaqaha.” Maksudnya lebih kurang, “Seseorang itu tidak dapat menikmati sesuatu kelazatan kecuali setelah dia sendiri merasakannya.”

“Ooo…supaya orang tidak kacau.” Sahutnya lagi bagai setuju dengan lojik saya. Kemudian dia diam dan tidak bertanya lagi.

Kira-kira 20 minit yang lalu, saya singgah di kedai hardware untuk membeli cat. Sepanjang tempoh menyiapkan rumah kira-kira 2 bulan yang lalu, saya kerap juga membeli keperluan rumah di kedai tersebut. Sambil menunggu seorang stafnya mencampur cat yang dikehendaki, lelaki tionghua tadi mengambil peluang bertanya. Agaknya dari tadi dia memerhatikan saya yang ramah menawarkan harga cat hingga saya dapat kurang RM12 dari harga standard. Bolehlah tampung kos petrol yang masih mahal walaupun telah diturunkan harganya.

Kebetulan Sabtu 18 Syawal yang lepas, salah seorang anak buah bertanyakan tentang pemakaian niqab menurut syariat. Kami baru selesai membincangkan sebahagian bab dari buku Fiqh al-Awlawiyyat karya Prof Dr Yusuf Qaradawi. Dia langsung bertanya perkara yang dia anggap mempunyai kaitan dengan tajuk. Saya melayani kemusykilannya sepintas lalu dan menggalakkan dia membuat kajian sendiri berkenaan perbezaan pendapat yang wujud. Saya juga tegaskan, agar dia mantapkan dulu pengetahuannya sebelum mengambil sebarang keputusan dan tindakan. Justeru di sana terdapat pujian Rasulullah SAW berkenaan cantiknya sikap istiqamah dalam beramal perkara-perkara sunnah.

Saya nyatakan demikian kerana saya saksikan ramai muslimah berpurdah tidak sanggup menghadapi badai serta kurang ilmunya untuk menyesuaikan diri dengan situasi dan tuntutan semasa. Jika mahu pakai, fahami betul-betul hujjah yang ada, risiko yang bakal dihadapi serta tahap ketahanan jiwa dan mental. Jika tidak mahu pakai, maka perlu faham juga kenapa tidak mahu pakai.

Jawapan saya kepada lelaki tionghua tadi sebenarnya bertepatan dengan maksud ayat 59 dari surah Al-Ahzab, “ Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan para wanita yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara yang demikian itu lebih sesuai agar mereka dikenali sebagai perempuan yang baik-baik. Justeru itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Daripada 2 persoalan yang ditimbulkan oleh dua orang yang berlainan jantina dan agama itu, saya terfikir adakah wajar saya menulis sedikit berkenaan tajuk purdah atau niqab?

Sebagai individu aliran Fiqh dan Usul Fiqh dari peringkat Sarjana Muda hingga Sarjana, secara peribadi saya lebih suka berbincang perkara-perkara dasar dan prinsip-prinsip asas yang mana masih ramai ummah belum memahaminya. Ini termasuklah mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai aktivis Islam serta pernah melalui pelbagai tahap tarbiyah di kampus. Justeru perkara-perkara khilaf hanya saya akan terangkan jika terdapat pertanyaan dari mana-mana pihak.

Ummu Abbas©Islam Itu Indah 2008
21 Syawal 1429H/ 21 Oktober 2008
4.36pm

9 thoughts on “Kenapa Tutup Muka?

Add yours

  1. Assalamualaikum..

    saya baca juga sikit2 pandangan tentang aurat muka.

    sebelum islam dulu, ketika mencari, seorang kawan Muslim kata wanita yang pakai purdah dan sarung tangan lebih selamat.

    suatu hari jalan2 di KB ketika melalui satu kedai, diluar jual produk kecantikan, seorang lelaki dalam promote barangan tu, dia buat demo kat tangan saya.. huh terkedunya saya..

    sejak itu sebenarnya saya tekad suatu hari nanti saya nak pakai purdah..

    sekarang pun pergi kedai kalau kebetulan cashier lelaki dan tak dapat nak elak masa bagi baki duit tu kadang2 tersentuh, nanti saya akan pakai sarung tangan..

    saya pernah cari2 sarung tangan masa di KB dulu tapi tak baguslah jahitannya..

    akak ada tahu tak mana yang jual sarung tangan yang bagus?

    kalau pakai purdah, saya bukan anggap muka sebagai aurat tapi pakai untuk lebih selamat, bolehke kak?

    kalau pakai purdah tapi etika kerja tidak membenarkan, jadi tak pakai masa kerja tapi pakai ketika diluar kerja boleh ke?

    harap kak nor dapat terangkan berdasarkan contoh2 keadaan yang saya sebutkan..

    pendapat saya walaupun tentang khilaf tapi tak salah bertanya, sebab dengan itu kita boleh tahu mana khilaf, mana wajib dsbnya.. contohnya dalam solat ada “orang” yang kata tak payah bincangkan ini khilaf saja, tapi kalau kita tahu mana khilaf dalam solat kita, bukankah itu ilmu?

  2. muslimah juga sepatutnya kena menitikberatkan kebersihan di samping menjaga pakaian..

    setahu saya ada yang pakai jubah dan tudung 2/3 kali tanpa berbasuh..
    telekung kotor, yang kain bawah dagu tu dah kuning2 busuk..

    ketika masa mula2 masuk Islam dulu pun kawan ajar tak perlu basuh tudung setiap kali pakai, boleh recycle beberapa kali hehe..

    kawan-kawan kristian dulu kata kawan mereka ni bila buka tudung busuk rambut..kakak saya pun cerita begitu..mestilah tak semua.

  3. Wa’alaykum salam wbh Sakinah,

    Baru Kak Nur perasan ini Sakinah empunya blog penahatinursakinah itu ye? Insya Allah, Kak Nur jelaskan persoalan ini di muka hadapan blog. Namun perlukan sedikit masa untuk menjawabnya kerana ada nilai-nilai ilmiah yang perlu disertakan.

    Terima kasih kerana bertanya.

    Kak Nur memang sengaja tunggu ada orang tanya untuk jelaskan perkara ini.

    Wassalamu’alaykum wbh.

  4. Assalamualaikum kak,,
    em,,sye nk bertanya..
    saye seorang pelajar tingktn tiga..
    sye mmg nk sgt pkai purdah itu utk tujuan lebih selamat..
    tetapi mslhnye sy hny seorg pljr,di skolah pn x dbnrkn dan dlm kluarga sy x de pn yg pkai purdh,,
    sy takut skiranya ad yg tdk sng dgn akn ap yg sye nk lkukn tu..
    adkh sy prlu tnggu brpe thn lg..?
    atau sy boleh ke melakukn niat sye itu?
    sye hrp akk dpt bntu sye…

    Wa’alaikum salam, Nabila. Harap Nabila dapat bersabar menunggu respon dari akak ye…

  5. Assalamualaikum… baru2 ni timbul niat di hati utk memakai purdah, walau pun saya jenis bekerja maybe saya pakai hanya slps waktu kerja. ttp ade seorg hamba Allah ni menerangkan pd saya bahawa telah kluar fatwa yg mengatakan purdah itu haram. saya x nmpk & x prnh dgr fatwa tu. pkr ni membuat kan saya dgn hamba Allah ini berbalahan ttg isu ini…jadi ape yg saya nk tnye kan di sini adlh hukum memakai purdah, kelebihan, dll….

    Wa’alaikum salam whb… mengenai hukum haram memakai purdah telah dijelaskan di sini. . Saya rasa hamba Allah itu mungkin agak kurang senang dengan pemakaian purdah, jadi bila keluar isu fatwa haram pakai purdah, dia terus kutip tanpa mendalaminya betul-betul pandangan tersebut.

    Pada pandangan saya, lebih baik diam daripada berbahas tanpa ilmu yang mantap. Jika kita yakin dengan apa yang akan dilakukan, terus buat dan pedulikan pandangan orang lain. Juga jika kita yakin keputusan yang dipilih semata-mata untuk mendapat reda Allah, maka yakini bahawa kata nista manusia itu tidak akan menjejaskan pahala amalan kita walau sebesar zarah selagi mana kita bersabar dengan cemuhan mereka.

    Saya dapati sudah banyak blog atau web yang membicarakan secara ilmiah isu purdah. Ummu Ira boleh buat sedikit research dan mengkajinya secara mendalam bagi mendapatkan keyakinan diri. Secara umumnya, hukum yang jelas mengenai purdah ialah sunnah. Ia boleh menjadi wajib bagi sesetengah wanita. Wallahua’lam.


  6. asalamualaikum..kak sha nk sgt pkai…tapi keluarga macam xbgi..erm kire bila sha utarakan nk pakai mreka kata jgn nk beria2..kita bukan orang alim.kita ilmu agama cetek lagi..sha nk sgt pakai kak..nk sgt….sha byk buat kajian ttg niqab dan sha tanya juga pada org lain yang sudah istiqomah pkai niqab nie…sha dah terbuka hati lma tapi takut nk pkai..pasti rakan2 akan tertawa sebab rakan2 sha terdiri dari pelajar sekolah biasa yng sosial.tetapi sha jauh sekali jika nk disamakan dgn mreka….rasa myesal xmasuk skolah pondok atau mdrasah dulu…skrg sha rasa jahil…

    Wa’alaikum salam wbh.

    Sebelum ini sudah ada yang bertanya persoalan seperti di atas yakni di bawah artikel Purdah: Hari Pertama Memakainya. Untuk menjimatkan masa, saya ‘copy paste’ jawapan tersebut di sini. Saya juga menambah sedikit maklumat untuk disesuaikan dengan persoalan di atas.

    ” Hak memakai purdah adalah hak semua muslimah yang mahukan perkara terbaik untuk dirinya. Asalkan dia memahami dari sudut ilmunya kenapa perlu memakai purdah dan hukum yang berkisar mengenainya, maka dia sudah layak memakai purdah. Sama seperti muslim yang belajar tentang solat dan memahami tuntuntannya, maka dia harus menunaikan solat walaupun dia belum belajar lagi perkara lain.

    Buatlah apa yang kita tahu dan tambah ilmu yang kita tidak tahu sedikit demi sedikit.

    Jika alasan belum mendalami ilmu agama atau kerana bukan dari latarbelakang pendidikan agama dijadikan faktor menolak amalan memakai purdah, samalah seperti menolak mengamalkan hukum-hukum lain kerana belum faham mendalam ilmu agama.

    Persepsi negatif begini sering wujud di kalangan masyarakat.

    Pentingnya ilmu dan faham terlebih dahulu mengenai hukum memakai purdah dan perkara yang berkaitan dengannya adalah sebagai persediaan menghadapi pandangan dari kalangan cerdik pandai agama sendiri. Oleh kerana isu purdah adalah perkara khilaf dalam fikah Islam, maka perlu bersedia mendengar pelbagai pandangan. Namun yang buat keputusan untuk diri sendiri adalah kita sendiri.

    Kalau mahu ikutkan pandangan atau persepsi manusia, ia tidak akan habis sampai kita masuk ke kubur sekalipun. Jadi, buatlah apa yang memberi ketenangan kepada hati sendiri kerana ketenangan itu dari Allah. Manusia tidak berkuasa memberi ketenangan kepada hati kita.

    Sekadar itu sahaja pandangan akak buat masa ini.

    Wallahua’lam.

  7. Btl….purdah xsmstinye org yg cntik shja mmkai nye.tp krna Allah kite memakai.slgi xrse nikmat itu.slgi itu la xdpt rse nikmat nye ktenangan yg dberi oleh
    Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: