Posted in Islamika, MyDiary

Hang Jebat ditembak

Seni pertahankan diri warisan Melayu
Seni pertahankan diri warisan Melayu

Lima sahabat itu sungguh akrab. Nama mereka amat masyhur seantero dunia lagenda. Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka belajar silat bersama dan menjadi pahlawan. Diantara mereka, yang paling menonjol ketokohannya ialah Hang Tuah.

Suatu hari Hang Tuah dipanggil oleh permaisuri.

Permaisuri: Beta mahu Tuah carikan beta seorang pemuda bernama Mawi. Beta mahu jadikan Mawi sebagai suami beta.

Hang Tuah: Mawi? Siapa Mawi. Patik tidak kenal Mawi.

Permaisuri: Beta tidak peduli. Beta mahu kamu carikan juga Mawi dan bawa pulang ke istana.

Hang Tuah: Perintah Tuanku patik junjung.

Mawi oh Mawi

Sebulan sudah berlalu. Permaisuri resah menanti jodoh. Suatu hari dipanggilnya Datuk Bendahara.

Permaisuri: Datuk Bendahara ada mendapat khabar berita Hang Tuah? Sepurnama sudah berlalu. Tuah belum juga pulang.

Datuk Bendahara: Ampun tuanku, apa yang patik tahu, Hang Tuah belum berjaya menemui Mawi.

Permaisuri: (Nada sedikit menjerit) Apa? Apa-apa ajelah. Datuk Bendahara pergi cari Hang Tuah dan bunuh dia.

Datuk Bendahara: Baik tuanku.

Datuk Bendahara segera keluar mencari Hang Tuah. Sebaik menemui Hang Tuah, Hang Tuah merintih.

Hang Tuah: Mawi? Siapa Mawi? Hamba tidak kenal Mawi. Macam mana mahu cari dia?

Datuk Bendahara tidak mampu berkata apa-apa kecuali menyuruh Hang Tuah pergi bersembunyi sahaja.

Hang Jebat Mengamuk

Berita hukuman bunuh ke atas Hang Tuah segera sampai kepada 4 sahabat beliau. Hang Jebat tidak puas hati lalu mengamuk. Permaisuri bimbang negerinya huru-hara lantas dicarinya orang yang sanggup menewaskan Hang Jebat. Datuk Bendahara memaklumkan bahawa Hang Tuah masih hidup. Permaisuri mengarahkan Hang Tuah mengatasi masalah tersebut.

Berkeris tapi tertembak

Tanpa membuang masa, Hang Tuah mendapatkan Hang Jebat. Hang Jebat mengeluarkan kerisnya. Hang Tuah juga mengeluarkan keris. Belum sempat langkah silat dimulakan, tiba-tiba Hang Jebat menjatuhkan kerisnya dan mengeluarkan sepucuk pistol.

Hang Jebat: Aku tembak kan…

Hang Tuah: Nanti dulu. (sambil menghampiri Hang Jebat lalu meminta pistol untuk dilihat)
Apa ni? (Hang Tuah membelek-belek pistol itu)

Hang Tuah yang tidak tahu apa-apa mengenai pistol terpetik picunya, lalu tertembak Hang Jebat. Hang Jebat rebah di situ juga.

Hang Tuah terperanjat lalu meraung menangisi kematian Jebat. 3 lagi sahabat menerpa dan meratap di sisi mayat Hang Jebat.

{Gambar latar mengimbas kembali detik-detik mereka bersama}

Dalam suasana sedih dan pilu itu, tiba-tiba Hang Jebat bangun dan berkata: Ala sikit je kena.

Mereka gelak bersama. Ada yang marah-marah dan memukul manja Hang Jebat.

*****************

Jumaat, 3 Januari 2009: Kami para juri dan para penonton asyik ketawa melihat persembahan ke 6 hari itu. Saya coretkan semula kisah yang lakonkan di pentas Dewan Utama USMKK setakat yang saya ingat.

Dua hari sebelumnya, saya terima sms dari jawatankuasa Minggu Penghayatan Islam ke 11(MPI) meminta saya jadi juri. Aduh… saya tidak layak untuk menjurikan pertandingan pantomim dan nasyid. Saya tanyakan suami. Lampu hijau. Saya pun setuju kerana mahu memudahkan adik-adik. Sempat saya selitkan dalam sms bahawa saya tidaklah pandai sangat.

Tak pe. Ada 2 orang juri lagi bersama saya nanti. Saya rasa lega sedikit. Saya bimbang tidak mampu berlaku adil. Nasib baik saya pernah ada sedikit pengalaman masuk pertandingan nasyid semasa di sekolah rendah dan berlakon pantomim di era mahasiswi. Semasa sekolah menengah, saya hanya aktif sebagai penonton sahaja. Tak sangka, semasa di Jordan terpaksa berlakon pula. Hi..hi..hi.. Nasyid pun masuk juga. Buat persembahan di hadapan pengantin siswi dan juga acara dewan sesama perempuan sahaja.

Pelajar Yang Kreatif

Kisah yang dipaparkan di atas diadaptasikan dari lagenda masyhur Tanah Melayu, Hang Tuah. Kreatif betul adik-adik Medic & Dental 3 dari Kumpulan Medden 5. Kumpulan ini diamanahkan membawa tema ‘Nilai Persahabatan’.

Anak-anak perlu dididik bersahabat kerana Allah.
Anak-anak perlu dididik bersahabat kerana Allah.

Ada 7 kumpulan semuanya yang buat persembahan. Semuanya menarik hati juri. Setelah dikira purata markah, akhirnya tempat pertama jatuh untuk Kumpulan Medden 5.

Antara aspek yang diambil kira ialah gaya bahasa, kesan bunyi, prop, kesan cahaya, kerjasama anggota kumpulan, efek media, penghayatan watak, ketepatan jalan cerita dengan tajuk yang diberikan dan lain-lain.

Kreativiti Dalam Menyampaikan Dakwah

MPI dianjurkan setiap tahun di USMKK. Ia dikelolakan oleh Pusat Islam, USMKK. Ia berjalan selama hampir sebulan. Pelbagai pengisian dijalankan. Antaranya forum, ceramah, pertunjukan fesyen, larian amal, jualan buku dan lain-lain. Penganjurannya sangat bagus. Para pelajar boleh meningkatkan kefahaman tentang Islam. Mesej positif pula diselitkan dipelbagai program. Antara yang santai dan menyentuh rasa ialah persembahan pantomim dan nasyid. Tambahan pula perempuan, emosinya mudah dilembutkan dengan pujukan bergaya menawan.

Tahniah, adik-adikku! Teruskan usahamu yang murni.

*******************

اُدْعُ اِلٰى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ‌ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِىْ هِىَ اَحْسَنُ‌ؕ اِنَّ رَبَّكَ هُوَ اَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيْلِهٖ‌ وَهُوَ اَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِيْنَ‏

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. [Al-Nahl 16:125]

Ummu Abbas 2009
11.56pm
8 Januari 2009/ 11 Muharram 1430H

Advertisements

Pengarang:

Seorang isteri, ibu, permaisuri rumah, anak kepada Ma dan Abah yang masih hidup, penulis dan da'ie, insya Allah. Menyintai ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s