Mereka Saudara Kita

Dari kiri; Dr Jim Chew (Cina Malaysia menetap di Sydney), Chan Op Saw (Warga Laos kahwin dengan mat saleh Australia), penulis dan anak-anak
Dari kiri; Dr Jim Chew (Cina Malaysia menetap di Sydney), Chan Op Saw (Warga Laos kahwin dengan mat saleh Australia), penulis dan anak-anak

خَلَقَكُمْ مِّنْ نَّفْسٍ وَّاحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا
Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Dia menjadikan daripadanya, isterinya (Hawa). [Al-Zumar 37:6]

******************

7 Kumpulan pantomim dan nasyid diamanahkan dengan 4 tajuk persembahan:

1) Cinta dan Kehidupan Remaja.
2) Nilai Persahabatan.
3) Anak Solehah Permata Ayah Bonda.
4) Sebaik-baik Perhiasan Ialah Wanita Solehah.

2 Kumpulan yang diberi tajuk Anak Solehah Permata Ayah Bonda memilih plot cerita anak non- muslim kembali kepada agama fitrah yakni Islam.

Meskipun pada peringkat awal, si anak mendapat tentangan hebat dari ibubapa dan keluarga, namun berkat sabar dan berakhlak mulia, akhirnya si anak menjadi anak kesayangan. Mesejnya tepat dan bagus sekali. Sememangnya Islam tidak memutuskan hubungan silaturrahim antara ibubapa dan anak sekalipun aqidah mereka tidak sama. Bahkan anak wajib taat pada perintah ibubapa selagi ibubapa tidak menyuruh menderhaka kepada Allah.

Kumpulan PPSK 3 (Mawaddah) yang membawa tajuk Nilai Persahabatan mengemukakan isu semasa. Berlatar belakang suasana peperangan di Palestin, masih ada segelintir bangsa Yahudi yang lembut hati dengan Islam. Saya kira mereka mengadaptasi kisah penulis berbangsa Yahudi terkenal yakni Maryam Jameelah. Iya, di celah kejahatan dan keganasan bangsa Yahudi, masih ada dari kalangan mereka yang mahu menerima Islam. Watak Yahudi yang dibawa akhirnya mati dengan mengucap dua kalimah syahadah.

Kumpulan Medden 1 (Zukhrufuddunya) yang membawa tajuk Cinta dan Kehidupan Remaja mengemukakan kisah cinta biasa remaja hari ini. Apa lagi kalau bukan dengan lelaki. Ia menarik dan berjaya menyampaikan mesej cinta Islami.

Kumpulan Medden 2 membawa tajuk yang sama dengan Medden 1 namun tema yang dipersembahkan lebih berminda sejagat. Saya kira kelainan ini amat bagus kerana pelbagai mesej dapat disampaikan. Berlatar belakang suasana dan semangat jihad di Palestin, cinta antara dua sahabat dan cinta si bapa kepada perjuangan berjaya dipaparkan. Kumpulan ini juga berjaya menghidupkan suasana dengan efek media berkesan. Skrin latar memaparkan suasana peperangan di Palestin dan pemimpin Hamas yang sedang berpidato.

Ada sesuatu yang menarik perhatian di dua babak akhir kisah ini. Dua siswi Tionghua turut berlakon. Hampir tidak percaya saya melihatnya, saya segera berbisik kepada siswi penjaga masa, “Mereka tu tahu ke akan berlakon dalam cerita sebegini?” Siswi itu mengangguk. Saya sedar sudah tentu mereka maklum dari awal akan skrip dan perjalanan cerita. Bukankah mereka turut berlatih bersama yang lain?

Rupa-rupanya Dr Husna, salah seorang juri turut kagum seperti saya. Dia berbisik kepada saya, “Mereka dah muslim ke?” Dua pelakon chinese itu memakai selendang panjang di atas kepala kerana penganjur mensyaratkan pelakon berpakaian sopan dan menutup aurat. Saya bertanya kembali kepada penjaga masa. “Mereka non muslim”, beritahu siswi itu.

Hmm…tidak mengapalah kerana mereka sukarela melibatkan diri dalam pantomim itu. Tahniah buat jawatankuasa yang julung-julung kalinya membuka penyertaan kepada non muslim.

Akhir program, setiap juri diminta memberi ulasan ringkas. Dua juri menyinggung tentang persembahan secara umum. Saya yang terakhir mengucapkan tahniah atas kerjasama dan komitmen peserta. Tidak lupa saya meraikan dua siswi chinese dengan membahasakan mereka adalah saudara kita.

Iya, sememangnya mereka saudara kita dari moyang yang sama yakni Adam dan Hawa. Bertepatan dengan slogan kerajaan negeri yang baru dilancarkan dua malam lepas di stadium.

********************
يٰۤاَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِىْ خَلَقَكُمْ مِّنْ نَّفْسٍ وَّاحِدَةٍ وَّخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيْرًا وَّنِسَآءً‌ۚ وَاتَّقُوْا اللّٰهَ الَّذِىْ تَسَآءَلُوْنَ بِهٖ وَالْاَرْحَامَ‌ؕ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا‏

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu. [ Al-Nisa 4:1]

Ummu Abbas 2009
3.55pm
8 Januari 2009/ 11 Muharram 1430H

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: