Doa Main ‘Game’

Semalam.

Aziz baru selesai mandi. Seusai dia memakai baju, saya menegur,

“Ziz, doa pakai baju pun ada”. Saya mengatakan demikian kerana dia sudah ingat sendiri untuk berdoa ketika makan.

Aziz tersenyum-senyum. “Aziz lupa la Umi”.

“Bukan Aziz lupa… Aziz belum tahu dan ingat lagi bacaan doa tu”. Saya menjelaskan.

Sebenarnya salah saya yang tidak mengingatkan dari awal. Walau sudah selesai pakai baju, saya ajar juga doa itu padanya. Dia sendiri suka belajar membaca doa. Alhamdulillah.

“Allahumma inni…”. Saya memulakan.

“Allahumma inni…”. Aziz mengikut.

“ As aluka…”

“ As aluka…”

“Khoyrihi…”

“Khoyrihi…”

“Wa khoyruma huwalah”.

“Wa khoyruma huwalah”.

“Wa a’uuzubika…”.

“Wa a’uuzubika…”.

“Min syarrihi…”.

“Min syarrihi…”.

“Wa syarrimaa huwalah”.

“Wa syarrimaa huwalah”.

Selesai membaca doa, Aziz berkata,

“Umi, semua ada doa kan Mi…(ringkasan Umi) Nak makan, nak tidur… nak main game je tak payah baca doa kan?”

Saya ketawa mendengar ayat terakhir. Suami turut tersenyum.

“Haa.. tahu pun. Itu maknanya tak berapa eloklah main game kan?” Saya bertanya kembali.

Aziz masih tersenyum-senyum.

“Tanya Mu’allimah kat sekolah Aziz. Ada tak doa main game?” Abinya menyarankan.
ps2
“Betul tu… nanti Aziz tanya cikgu… ada tak doa main game.” Ulang saya pula.

Aziz yang akan genap usianya 6 tahun Julai nanti bersekolah di PASTI berhampiran rumah.

Ada sesiapa yang mahu berikan pandangan tentang hal di atas?

Menurut syariat Islam, sesuatu perkerjaan akan menjadi ibadah apabila ia memberikan manfaat kepada pengamalnya. Manfaatnya mestilah memberi kesan positif kepada fizikal, minda dan spiritual. Jika ia mempunyai manfaat tersebut, maka bacaan paling minimum untuk melakukan sesuatu ialah ucapan Basmalah.

Apakah manfaat ‘game’ kepada kanak-kanak? Anak-anak saya memiliki PS2. Selain itu, mereka juga bermain ‘game’ dalam internet.

Setakat ini, saya meninjau jenis permainan anak-anak. Mana yang tidak baik, saya menegah mereka dari memilih jenis ‘game’ tersebut.

Ummu Abbas
25 Safar 1430H/ 21 Februari 2009
12.42pm

2 thoughts on “Doa Main ‘Game’

Add yours

  1. alhamdulillah,terjumpa juga rakan yg boleh diajak berbual pasal anak2.saya diamanahkan dengan 4 orag anak lelaki.ps 2 .. memang sangat sinonim dengan mereka.malah ketagihan anak kedua saya sangat merunsingkan… walaumacamana pun saya dan ayahnya sedang mengawal masa yg diuntukkan pada ps2.tentang doa main game… menarik juga..bergantunglah pada game apa yang nak dimainkan,ada juga game yg menjana minda malangnya kanak2 selalunya tak berapa tertarik dengan game macam tu..anak sulung saya dah darjah lima,dah mula tertarik dengan internet…itu satu hal lagi nak dikawal…

  2. lawak pulak rasanya jika ada doa main game, hehe tapi, itu kan barang duniawi? jika game tu dapat membawa faedah diri kita mungkin boleh dan dimulai dgn bismilah? tapi jika kerana suka-suka? tak tau lah..

    maaf jika terlalu direct..

    segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk datangnya dari diri saya sendiri,

    wassalam.

    Biasa je.. 🙂 Terima kasih atas komentar.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: