بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُزَّمِّلُ
Wahai orang yang berselimut!.

قُمِ ٱلَّيۡلَ إِلَّا قَلِيلاً۬
Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

نِّصۡفَهُ ۥۤ أَوِ ٱنقُصۡ مِنۡهُ قَلِيلاً
Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

أَوۡ زِدۡ عَلَيۡهِ وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلاً
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.

إِنَّا سَنُلۡقِى عَلَيۡكَ قَوۡلاً۬ ثَقِيلاً
(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيۡلِ هِىَ أَشَدُّ وَطۡـًٔ۬ا وَأَقۡوَمُ قِيلاً
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.

Al-Muzammil:1-6

tgna1

Saya kira masih ramai antara kita yang tahu mengenai kelebihan solat Tahajjud tapi masih ‘bercinta’ dengan gebar selesa di dini hari yang sepi. Susah betul mahu bangun pagi-pagi buta itu, bukan? Tahu dan mahu tapi belum mampu berpisah dengan tilam dan selimut. Apatah lagi saat orang lain lena dibuai mimpi. Sayang betul mahu korbankan waktu tidur itu, iya tak?

Alangkah Subuh ditangguh-tangguh, inikan pula mahu bangun Tahajjud!

Saya ingin berkongsi secangkir nasihat dari tokoh ulama bertaraf wali, Tuan Guru Nik Abdul Aziz (lebih mesra dipanggil Tok Guru) mengenai solat Tahajjud.

Dalam satu kuliah Jumaatnya seperti biasa. Dalam Dewan Zulkifli itu saya menadah hati untuk dicurahkan permata hikmah. Waktu itu saya masih di sekolah menengah.

Tok Guru berkata, “Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.

Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”

Selepas saya mengetahui hal itu, saya berusaha mengamalkan apa yang Tok Guru pesan. Rasa malu pada Allah bila terjaga pagi-pagi buta, Allah sedang tunggu permintaan kita untuk dikabulkan tapi kita menyombongkan diri dengan memejam rapat mata kita.

Begitulah saya lakukan bertahun-tahun sepanjang sekolah menengah itu. Jarang-jarang sekali, saya bangun untuk solat. Maklumlah, ruang bilik air di rumah orang tua saya ialah telaga yang beratapkan langit. Walaupun berdinding simen dan bersambung dengan dapur, saya jenis penakut. Kalau terdesak pun, saya akan kejutkan sesiapa untuk temankan. Nasib baik adik beradik ramai.

Macam-macam jugalah yang saya minta tapi pendek-pendek sahaja. Paling kurang, saya mohon ampun dan minta Allah sedarkan lagi saya malam berikutnya. Saya bimbang kehilangan anugerah agung itu. Anugerah yang Allah kurniakan kepada Nabi Muhammad sebelum terfardunya solat 5 waktu.

Suweileh, Amman, Jordan

Tahun pertama di Jordan, saya masih liat bangun Tahajjud walaupun bab solat fardu, saya segera menunaikannya sebaik masuk waktu kecuali ada rukhsah syar’ie. Pesanan Hassan al-Banna itu dapat pula saya lunasi, alhamdulillah. Saya istiqamah dengan nasihat Tok Guru sebelum ini. Doa sahaja dalam selimut. Apalah pandangan Allah pada saya…!

Takdir Allah, seorang teman serumah yang baru saya kenali dan tinggal sebilik pula suka bangun Tahajjud. Bukan sekali sekala, tetapi setiap malam kecuali datang bulan. Saya tahulah dia bangun Tahajjud setiap malam sebab saya pun terjaga setiap malam juga, alhamdulillah. Masa-masa tertentu ada juga yang tidak sedar. Teman saya itulah yang kejutkan saya agar bangun Tahajjud.

Dalam diam saya kagumi dia tapi opss… teman saya itu sedar hanya dia yang bangun malam. 3 orang lagi rakan serumah membuta sahaja kerjanya. Jarang-jarang gagahkan diri untuk Tahajjud. Dia paling muda di antara kami berempat. Suatu hari, dia membebel pada kami menyebut tentang kepentingan Tahajjud.

Hmm…patutlah dia kelihatan biasa sahaja dengan Tahajjud, rupa-rupanya ahli keluarganya dilatih sejak kecil untuk bertahajjud. Bapanya salah seorang ulama di Perak (sekarang Allahyarham). Banyak didikan yang baik dari keluarganya dikongsikan dengan kami.

Sejak kena bebel itulah, saya mula rajin bangun malam. Itu pun banyak juga ’last minute’- menunggu saat azan Subuh dikumandangkan. Apa pun, syukur kepada Allah yang mengurniakan teman yang baik dan ikhlas. Khasiat Tahajjud ini memang besar.

Kita sambung lain kali pula ya berkenaan khasiat Tahajjud. Buku-buku pun ada yang cerita tentang Tahajjud dan kelebihannya. Bolehlah baca.

Akhir kata, memang benar apa yang Tok Guru pesan sebelum ini. Hargailah waktu sedar di tengah malam dengan memohon kepada Allah walau sedikit. Insya Allah, lama kelamaan, kita akan ada kekuatan untuk menunaikan Tahajjud.

Ummu Abbas
12.51am
5 Rabiul Awwal 1430H/ 3 Mac 2009

24 respons kepada “Petua Tuan Guru Nik Aziz Untuk Bangun Tahajjud”

  1. chemekmolek Avatar
    chemekmolek

    jzkk ummu abbas – amat bermakna dan amat bagus peringatan ini.
    saya nak copy paste pada sahabat2 yg lain ya.

  2. ummuabbas Avatar

    Ahlan wasahlan, dipersilakan tapi saya ubah sikit yakni ayat Quran dipermulaan artikel. Tersalah ambil ayat sebagai mukaddimah artikel.

  3. Khairuddin Avatar

    Quote:

    “Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.

    Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”

    Betul juga apa yang dikatakan.. Saya jugak alami macam tu.. Dua tiga hari saya terjaga pukul sblm pukul 6, dua tiga minit sblm azan.. Tapi saya tidur balik.. Sebab ingat nak solat 6.30 kang.. Pastu, hari keempat, terus tak terjaga time tu.. Subhanallah.. Lepas ni, saya akan cube berubah..

  4. Alia Abdul Rashid Avatar

    Allah…

    insyaAllah…mari sama2 usaha

    jzkk

  5. shafifah Avatar
    shafifah

    MAJLIS SEMPENA MAULIDURRASUL 2009(SELURUH NEGARA)

    aturcara @ 7 feb 2009:
    1) KULIAH SUBUH oleh:
    AL-HABIB SOLEH BIN MUHAMMAD AL-JUFRI

    2) MAJLIS UTAMA bermula 6.00 PTG :
    – CERAMAH oleh HABIB SOLEH AL-JURFI .
    – bacaan WIRDUL LATHIF
    – Solat Maghrib
    – bacaan MAULID & QASIDAH
    – CERAMAH UTAMA oleh :
    HABIB KAZIM BIN JAAFAR AS-SAGGAF
    (Pendakwah dari Tarim , Hadramaut, Yaman)

    anda juga turut dijemput
    ke QIYAMULLAIL & BACAAN BURDAH
    bermula pada :
    3.30 pg ISNIN (9 MAC 2009)

    ANDA SEMUA DI JEMPUT HADIR
    ————————————————————
    Posted by MASJID AL-FALAH USJ 9 at 2:20:00 PM 0 comments Links to this post
    Labels: MAJLIS ILMU, MAJLIS KHAS MAF, TAZKIRAH
    JADUAL MAJAALIS HABIB KAZIM AS-SAGGAF

    TARIKH
    mASa
    PROGRAM
    TEMPAT MAJLIS

    5/3
    7 mlm
    Maulid
    Masjid AlBukhari K.Lumpur

    6/3
    7 mlm
    Maulid
    Masjid Nahdatul Islam Sek 18 Shah Alam

    7/3
    6 mlm
    Maulid
    Masjid Al-Falah USJ 9

    8/3
    12 t/hari
    Kelas
    Madras An-Nur di Pantai Dalam

    8/3
    7 mlm
    Maulid
    Baitul Qurra,Sg.Udang Melaka

    9/3
    7 mlm
    Maulid
    Masjid Baitul Aman,K.Lumpur

    10,11,12/3
    Program di Pulau Pinang,Kedah dan Perlis

    13/3
    12 t/hari
    Khutbah
    Di Masjid UIA

    14/3
    11 pagi
    Bahas
    Perbahasan di Jenderam

    14/3
    7 mlm
    Maulid
    Di Jenderam

    15/3
    12 t/hari
    Kelas
    Madras An-Nur

    di Pantai Dalam

    15/3
    7 mlm
    Maulid
    Masjid Kg.Kuala Tekal,Temerloh,

    Pahang

    16/3
    7 mlm
    Maulid
    Masjid Seremban N.Sembilan,

    17/3
    7 mlm
    Maulid
    Melaka

    18/3
    7 mlm
    Mauid
    Rumah Ben Alawi di Kemensah Heights

    http://pondokhabib.wordpress.com

  6. milla Avatar

    Tak terfikir pun macam tu Kak Nur. Terima kasih kerana ingatan ni. Alhamdulillah.

  7. Tok Li Avatar

    Salam Ummuabbas,

    Terima kasih atas perkongsian ini…

  8. Tahajjud « my museum Avatar

    […] Tahajjud Jump to Comments Bacalah.. cerita pasal tahajjud di sini […]

  9. ummuabbas Avatar

    Khairuddin,

    Saya percaya Allah Yang Maha Pengasih berikan anugerah ini kepada semua hamba-hambaNya. Cuma kita yang tidak tahu dek kurangnya ilmu.

    Terima kasih kerana berkongsi pengalaman di sini.

    Buat semua pengunjung,

    Moga perkongsian ini dapat melahirkan lebih ramai individu muslim yang teguh jiwanya dan mantap akidahnya. Lebih-lebih lagi cabaran yang lebih hebat sedang dituju kepada Islam dan ummatnya.

    Terima kasih kerana berkunjung ke sini. Kalau sudi, jenguklah lagi.

    Al-Faqiirah ila Rabbiha,
    Ummu Abbas

  10. Zen Avatar
    Zen

    Saya mahu jaga solat lima waktu biar sempat berjemaah di masjid dulu. Saya tidak layak lagi untuk bertahajjud. Mungkin boleh buat sekali sekala. Moga2 Allah ampunkan dosa silam saya. Huhuk..

  11. ummuabbas Avatar

    Zen betul. Bagi lelaki, perlu utamakan solat 5 waktu berjemaah di masjid terlebih dahulu. Kemudian bolehlah latih Tahajjud sekali-sekala.

    Mulakan dengan yang wajib. Kemudian yang sunat tetapi mudah dahulu.

    Bagi wanita, perlu utamakan solat 5 waktu di awal waktu terlebih dahulu.

    Wallahua’alam.

  12. ummuhakim Avatar
    ummuhakim

    terima kasih kerana berkongsi ilmu ini..

  13. ummuhakim Avatar
    ummuhakim

    Assalammuaalaikum ummu abbas, jangan lupa tulis mengenai khasiat tahajjud pula ye….

  14. khatib Avatar

    Bagus apa yang dikatakan oleh tok guru.(insyaallah) saya cuba buat.Ok bye

  15. dayang Avatar
    dayang

    salam…
    boleh dikatakan tiap2 mlm dyg terjaga,baru dyg sedar hikmahnya.. anugerah dr ALLAH… satu pagi,housemate bgtau dyg,smlm dyg bangun solat tahajjud? dyg terdiam,padahal dyg uzur.syukran..

  16. Mujahidah_dakwah Avatar

    Salam ‘alaik..
    izinkan sy nk amek sedikit dr artikel nih/ keseluruhannya utk letak di blog sy ye.. Syukran…

    Ahlan


  17. nurarzyra Avatar
    nurarzyra

    Salam. mohon ambik sedikit/sebhagian dri artikel ni yea… trmksh..smg bermanfaat wbuat kita semua..Ameen

  18. linda_haniff Avatar
    linda_haniff

    rasa kerdilnya diri ini…..bila rajin bangun la…bila malas terus tido walaupun blh dikatakan kerap terjaga malam…..saya akan cuba berubah!!

  19. ROJAK Avatar

    terima kasih kongsi tips mudah bangun tahajud dari tok guru kesayangan kita.

  20. Wan Avatar
    Wan

    Saya nak tanya.. Saya kerja 12-6 pg..sblm itu saya tido.boleh ke saya solat tahajjud Di 1/3 mlm Di waktu saya berkerja?

  21. ummuabbas Avatar

    TQVM

    Jazakumullahu khoyra

Tinggalkan komen

Saya Ummu Abbas

Selamat datang ke blog saya :) Tempat saya berkongsi secebis ilmu dan pengalaman. Semoga bermanfaat.

Let’s connect