Semalam seharian tidak menjenguk blog. Hari ini, baru saya tahu mengenai keputusan SPM 2008 yang diumumkan. Lebih menarik, pelajar terbaik kebangsaan diraih oleh pelajar MMP (bekas sekolah saya dahulu). Lihat berita di HarakahDaily.net
Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang telah berjaya khususnya adik-adik di Maahad Muhammadi Lilbanat.
Saya tumpang bangga. Sudah beberapa generasi pelajar MMP yang mendapat pelajar terbaik SPM peringkat nasional. Akhir era 90 an dulu, Nor Hafilah Musa (sekarang sambung belajar peringkat PhD di Australia) juga antara pelajar terbaik SPM peringkat nasional dari MMP.
Sebagai bekas pelajar MMP, saya kalih dengan kejayaan akademik di kalangan pelajar MMP. Mereka bukan sahaja meraih kejayaan di peringkat menengah, bahkan di peringkat universiti apabila mendapat anugerah pelajar terbaik universiti seperti YB Senator Mumtaz Nawi.
Semasa belajar di Jordan pun, rakan-rakan dari MMP dicemburui oleh teman-teman dari sekolah-sekolah lain. Ramai juga bekas-bekas ‘best student’ MMP sambung belajar di Jordan.
Paling menarik ialah ‘best student’ MMP biasanya menonjol dari segi akhlak baik, punya keperibadian muslimah sejati, aktif ko kurikulum dan lain-lain.
Ini sebenarnya cita-cita Kerajaan Islam Kelantan yang mahukan kejayaan duniawi berjalan seiring dengan pembangunan akhlak Islami.
Ia bertepatan dengan slogan kerajaan negeri ‘Membangun Bersama Islam’ dan juga 3 asas pentadbiran,
Ubudiyyah (kehambaan)
Masuliyyah (bertanggungjawab)
Itqan (kualiti)
Mahu tahu rahsia kejayaan mereka? Cuba dapatkan VCD Sti Fatimah: Watak Remaja Zaman Ini. Taip tajuk tersebut dan google,insya Allah dapat punya mana mahu cari.
Saya sudah tengok dan hadiahkan pada anak saudara di Johor. Cerita asli dan tidak dibuat-buat.
Kisah Siti Fatimah yang di VCDkan ini boleh dijadikan panduan. Perwatakan yang ada pada beliau merupakan ciri-ciri biasa yang ada pada kebanyakan pelajar cemerlang MMP. (Rasanya, pelajar-pelajar cemerlang dari sekolah lain pun begitu juga, bukan? Beza sikit-sikit itu biasalah).
Akhir kalam, anugerah yang Allah kurniakan buat pelajar SAR ini membuktikan bahawa pendidikan ISLAM adalah yang terbaik untuk dijadikan asas pendidikan negara.
Setuju tak?
Ummu Abbas
16 Rabiul Awwal 1430H
4.51pm
Tinggalkan Jawapan