Khamis 5 Mac, kami sekeluarga ‘shopping’ di KB Mall. Semasa membelek-belek barangan, terjumpa ‘itik keretapi’ [lihat gambar] yang comel ini. Sementelah saya sedang mencari ruang atau alat penstoran sesuai untuk simpan napkin anak kecil, saya dapati ‘itik gantung’ ini boleh disesuaikan dengan ruang bilik.

Dua aras di atas saya susun napkin. Mudah dicapai dan cepat pula. Dua aras di bawah sudah di’booking’ oleh anak-anak untuk letak barangan mereka. Saya raikan kemahuan Aesya. Lagi pun, Aqil si kecil itu rajin ‘mengemas’ sekarang. Terkejar-kejar saya menyimpan semula barangan yang ‘dikemasnya’. Itu pun tidak sempat habis.
Banyak barangan penting perlu dialih ke tempat yang lebih tinggi. Saya perlu menjimatkan masa menguruskan hal ehwal rumah supaya dapat beri tumpuan lebih pada ilmu.
Mengemas pun dapat pahala. Bukankah Allah itu cantik dan suka pada yang cantik? Niatkan aktiviti harian kerana mahu tarik perhatian Allah. Mata senang hati pun tenang. Itu tandanya Allah reda pada kita, insya Allah.
Para suami juga seharusnya berkongsi minat mengemas rumah. Suami pun suka pada kasih sayang Allah, bukan? Membantu isteri juga sunnah Nabi. Ini salah satu tip mengeratkan kasih sayang suami isteri.
Oh ya… selain bentuk itik, ruang penstoran ini ada juga berbentuk gajah [warna biru pekat] dan ladybird [merah].
Wallahualam.
Ummu Abbas
14 Rabiul Awwal 1430
9.48am
Tinggalkan Jawapan