Kita tinggal dulu buat sementara kisah Nik Nur Madihah yang sedang sensasi.
Rabu 18 Mac 2009: Selepas ziarah rumah Nik Nur Madihah, Aesya mengikut ibu-ibu saudaranya (Su Pah dan Cik Yah) pulang ke rumah Tok Ma dan Tok Abah. Saya berjanji akan ambil dia pada hari Jumaat sempena majlis Maulud (Maulidur Rasul) yang akan diadakan.
Sudah bertahun-tahun, ibu saya tidak mengadakan majlis Maulud. Tahun ini ibu menunaikan hasratnya. Di samping majlis Maulud, ia juga sebagai tanda syukur untuk 2 perkara;
1. Adik bongsu saya yang baru selesai belajar di UIA (Fakulti Ekonomi) terus dapat mengajar di sekolah YIK. Majlis Konvokesyen pun belum dibuat lagi.
2. Kakaknya pula yang akan habis belajar di UPM pada bulan April nanti telah diterima untuk praktikal mengajar pada bulan Julai.
Di bawah ini saya sertakan gambar-gambar yang sempat diambil sempena majlis tersebut.

Sebelum kek dimasukkan dalam kotak, pelayan kedai bertanya, “Nak tulis apa?”
“Nak tulis apa ya. Birthday Aesya baru je lepas,” fikir saya.
Kemudian saya teringat Ma saya buat majlis Maulidur Rasul terus saya beritahu, “Tulis ‘Maulidur Rasul’ ”
Semasa pelayan sedang menulis, saya tersenyum sendiri, “Hmm…kek birthday Nabi tapi Nabi tak boleh makan pun.”

Laksam ialah makanan tradisional Kelantan. Ia dimakan dengan kuah lemak yang dicampur dengan isi ikan. Sedap…nyam…nyam!
Hidangan utama ialah Laksa. Laksam disediakan untuk mereka yang tidak makan Laksa sahaja. Dua jenis kuah Laksa disediakan iaitu Kuah Lemak Kelantan dan Kuah Penang. Tukang masaknya ialah bapa saudara yang membekalkan makanan ke kantin Penjara Pengkalan Chepa. Masakannya memang tip top.
Hidangan cara kampung. Belum disusun di atas dulang. Loghat Kelantan bagi perkataan dulang ialah ‘boko’ atau ‘neka’.
Sudah siap di susun atas ‘neka’. Sedia diambil oleh ‘jong kako’. ‘Jong kako’ ialah orang yang bertugas mengangkat dulang makanan kepada tetamu. Saya percaya pembaca yang cuba menyebut istilah-istilah ini akan salah telornya selagi tidak mendengar sendiri macam mana orang Kelantan melafazkannya.
Gotong-royong sesama adik-beradik dan ibu-ibu saudara dan jiran merapatkan lagi tali silaturrahim.
Tetamu sedang berselawat. Tetamu jemputan ialah jemaah yang baru selesai Solat Jumaat pada 23 Rabiul Awwal 1430H.
Moga semuanya mendapat barakah. Amin.
PS: Dedikasi buat Abang Ki sekeluarga dan Kamal sekeluarga yang tinggal di Johor. Moga enjoy dengan gambar-gambar ini.
Ummu Abbas
27 Rabiul Awwal 1430H
12.55pm
sedap tul tengok gambar laksam tu..ishkk kalo aku ada kat umah tu….sempena
Maulidur Rasul teringat lirik indah(menyetuh sanubari) yang di nyanyikan oleh kumpulan hijjaz:
“engkau taburkan pengorbanan mu
untuk umat mu yang tercinta
biar terpaksa tempuh derita
cekalnya hati mu menempuh dugaan
tidak terjankau tinggi pekerti mu
tidak tergambar indahnya akhlak mu
tidak terbalas segala jasa mu
sesungguhnya engkau rasul mulia
tabahnya hati mu menempuh dugaan
mengajar erti kesabaran
menjulang panji kemenangan
terukir nama mu di dalam al-quran”
selawat dan salam buat junjugan besar muhammad s.a.w.
Ohh…abah-hadi ye…, tak pe lah… kenyang makan gambar je. Hi…hi…
laksam! My faveret!
yummy…!
sedapnya laksa & laksam.. hehehe..!