Assalamualaikum..

Kak, apa hukum pakai cincin waktu solat?
Sebab cincin itu kan halang jari kita sentuh sejadah masa sujud..

Syukran

Sakinah

cin

Jawapan

Hukumnya harus dan sah solat berdasarkan amalan Nabi Muhammad s.a.w sendiri yang memakai cincin.

Anas bin Malik memberitahu, “Rasulullah S.A.W memakai cincin perak di tangan kanannya dan batunya dari Habsyah. Beliau meletakkan mata cincinnya bertentangan dengan tapak tangannya.”

Hadis direkod oleh Imam Muslim.

Selain hadis yang menyebut Nabi Muhammad s.a.w memakai cincin, tiada pula hadis-hadis yang melarang memakai cincin semasa solat. Jika ianya ditegah, sudah tentu Rasulullah s.a.w akan melarangnya sebagaimana beliau melarang memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk.

Ali r.a telah berkata, “Rasulullah s.a.w melarangku memakai cincin di jariku yang ini atau yang ini” sambil dia menunjuk ke jari hantu dan jari telunjuk.

Hadis direkod oleh Imam Muslim.

Sekiranya para pembaca menemui pendapat yang bertentangan dengan apa yang dinyatakan di sini, harap dapat beritahu saya.

Wallahua’lam.

Ummu Abbas
28 Rabiul Awwal 1430H
1.03pm

3 responses to “Hukum Pakai Cincin Semasa Solat”

  1. Avatar sakinah
    sakinah

    Kak,

    Ada juga seorang ustaz kata tak sah solat pakai cincin tapi tak pula terangkan dengan hadis

  2. Avatar ummuabbas

    Sakinah,

    Cuba tanya Dr Mohd Asri (mantan Mufti Perlis) di blog beliau http://www.drmaza.com pula. Nanti beritahu akak semula ya!

  3. […] Itu Indah Hukum Pakai Cincin Semasa Solat 1 hari yang […]

Tinggalkan komen

Saya Ummu Abbas

Selamat datang ke blog saya :) Tempat saya berkongsi secebis ilmu dan pengalaman. Semoga bermanfaat.

Let’s connect