Memahami Al-Quran Di Rumah

Assalammuaalaikum ummuabbas,

Saya ingin sekali meminta pandangan ummuabbas tentang bagaimana caranya untuk kita memahami ayat2 Al quran secara sendirian di rumah. Selama ini saya cuma membaca terjemahan dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Tapi ada masanya saya tak dapat memahami bahasanya, kadang2 keliru dengan cerita2 dalam ayat2 tertentu. Saya pula belum berkesempatan menghadiri mana2 kelas tafsir. Kadang2 cuma sempat mengikuti program di TV9 hari Jumaat.

Ummu Hakim

Jawapan:

Wa’alaykum salam wbh Ummu Hakim.

Tahniah saya ucapkan kepada Ummu Hakim kerana berusaha memahami ayat-ayat al-Quran yang dibaca. Menurut Fiqh Keutamaan, memahami ayat yang dibaca walaupun sedikit lebih baik dari membaca banyak ayat namun langsung tidak difahami.

Bagi menambah kefahaman ayat-ayat al-Quran, saya sarankan Ummu Hakim memiliki beberapa jenis kitab tafsir dalam Bahasa Melayu.

Ada beberapa kitab tafsir lengkap 30 Juzuk seperti;-

1. Terjemahan Tafsir Fi Zhilal al-Quran karya al-Syahid Syed Qutb.
Terjemahan dalam Bahasa Malaysia dihasilkan oleh Yusuf Zaki Yaakub. Tajuk yang diterjemahkan berbunyi ‘Di Bawah Naungan Al-Quran’. Harganya agak mahal yakni RM3000/set.

Penerbitnya dari Kelantan.

Kawan saya seorang doktor telah membelinya dengan cara bermain kutu. Dia mengumpul 10 orang kawan-kawannya yang mahu memiliki tafsir tersebut dan mengutip RM300/seorang sebulan. Setiap bulan, seorang daripada ahli akan memiliki tafsir tersebut.

fi-zilal

Alternatif kepada terjemahan edisi Bahasa Malaysia ialah terjemahan dalam Bahasa Indonesia. Suami saya membeli edisi Bahasa Indonesia semasa berkunjung ke sana kerana ia jauh lebih murah. Kalau tidak silap saya tidak sampai RM500. Kalau beli di Malaysia, mungkin lebih mahal tetapi belum sampai RM1000 rasanya.

Kalau mampu, sebaik-baiknya dapatkan terjemahan Bahasa Melayu kerana lebih mudah difahami.

Antara keistimewaan tafsir ini ialah pengarangnya tidak mengutip kisah-kisah Israiliyyat yang diragui kebenarannya.

Sesiapa yang memahami Bahasa Arab, lebih baik baca dalam Bahasa Arab kerana antara ciri istimewa tafsir ini ialah pada kesusasteraan Arab yang menjadi bidang kepakaran Syed Qutb. Ia juga boleh dibaca di web http://www.altafsir.com/ .

2. Tafsir Al-Azhar karya HAMKA (Bahasa Indonesia).

3. Tafsir Ibnu Kathir (Bahasa Indonesia)
Harga RM170/set.

Tafsir yang tidak lengkap 30 Juzuk pula antaranya ialah;

1. Tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
1.1. Tafsir Surah Hud
1.2. Tafsir Surah Nuh
1.3. Tafsir Al-Furqan

2. Tafsir Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
2.1. Tafsir Surah al-Fil (Gajah) dan Surah al-Hasyr (Pengusiran)

3. Terjemahan Tafsir al-Munir karya Dr Wahbah al-Zuhayli.
Sehingga kini, hanya Juzuk 28 dan Juzuk 29 yang sudah diterjemahkan dan diterbitkan. Insya Allah, ia diterjemahkan dalam Bahasa Melayu moden oleh sekumpulan pakar-pakar tafsir tempatan.

Saya memiliki stok kedua-dua juzuk Tafsir al-Munir edisi kulit keras. Juzuk 29 berharga RM45 dan Juzuk 28 berharga RM40.

4. Tafsir Surah An-Nur (Kehidupan dan Pergaulan Dalam Rumahtangga Islam) karya Ahmad Sonhadji Mohamad.

Mengenai Tafsir Pimpinan al-Rahman (TPR), saya akui Bahasa Melayu (BM) yang digunakan merupakan BM era 80-an. Ditambah pula kaedah terjemahannya yang agak terikat dengan nahu (tatabahasa) Bahasa Arab. Justeru terdapat ayat-ayat atau cerita yang sukar difahami.

Disiplin Memahami Al-Quran

Selain kitab-kitab tafsir, saya cadangkan juga Ummu Hakim dapatkan buku-buku berkaitan Al-Quran seperti;

1. Buku Pengantar Usul Tafsir (Ulum al-Quran) karya Dr Fauzi Deraman dan Mustafa Abdullah.

2. Buku berkenaan sebab-sebab turunnya ayat al-Quran (Asbab al-Nuzul).

Saya tidak mempunyai maklumat kiranya terdapat buku Asbab al-Nuzul dalam Bahasa Melayu. Namun dalam kitab tafsir seperti Tafsir al-Munir ada diterangkan tentang sebab turun satu-satu ayat.

Kedua-dua ilmu ini harus difahami bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai maksud ayat-ayat al-Quran.

Walaubagaimanapun, sekiranya Ummu Hakim atau mana-mana pembaca berpeluang belajar melalui guru, ia adalah yang TERBAIK dan menepati sunnah dalam memahami ajaran Islam.

Membaca adalah sebagai wasilah menambah ilmu di dada.

Saya harap maklumat di atas membantu Ummu Hakim.

Mohon maaf di atas segala kekurangan.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Ummu Abbas
3.31pm
30 Rabiul Awwal 1430H

12 thoughts on “Memahami Al-Quran Di Rumah

Add yours

  1. Assalammuaalaikum ummu abbas,berbanyak terima kasih atas semua info yang diberi.Insyallah akan saya usahakan mana yang termampu.Moga Allah merahmati ummuabbas..

  2. Assalamualakum,

    Saya sangat teringin ntuk mendapatkan Tafsir Fi Zhilal al-Quran karya al-Syahid Syed Qutb.

    Saya telah bersaha mencarinya tetapi tidak ketemu.

    Bagaimana dan di mana saya boleh dapatkan tafsir ini?

    JazakAllah Ummu Abbas.

  3. Wa’alaykum salam wbh Siddiq,

    Tafsir Fi Zhilal ada dua edisi sebagaimana yang saya ceritakan dalam entri.

    Edisi terjemahan Bahasa Malaysia sudah habis stok dengan penerbit. Memandangkan kos percetakannya tinggi, penerbit memaklumkan ia tidak akan diulang cetak dalam tempoh terdekat.

    Terjemahan Indonesianya berharga RM960/set.

    Jika saudara berminat mendapatkannya dari saya, boleh hubungi saya melalui email dan berikan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat dan nombor telefon.

    Harga masih boleh dirunding.

    ummuabbas@yahoo.com.

    Sekian, wassalam.

    PS: Menurut nahu (tatabahasa) Bahasa Arab, apabila kita mengucapkan ‘semoga Allah membalas jasa kamu’ kepada seorang lelaki, kita sebut ‘Jazakallah’. Bila ucapan ditujukan kepada seorang wanita, kita katakan ‘Jazakillah’. Lebih selamat jika kita gunakan lafaz umum seperti ‘Jazakumullah’. Walaupun ia adalah untuk lelaki pada asalnya namun maksud ia lebih umum. Sekadar sedikit perkongsian ilmu.

  4. Assalamualaikum..

    Saya teringin nak beli Tafsir Fi Zhilalil. Akak tahu tak ada berapa jilid?

    Agaknya versi bahasa indonesia nya mudah difahami tak? Pernah baca buku hamka saya tak faham.

    insyaAllah, ada kesempatan saya teringin nak jumpa kak. masih ada urusan tak selesai di kelantan

  5. Wa’alaykum salam wbh,

    Versi Indonesia ada dua versi. Versi lama bersaiz besar ada 12 jilid. Harga lebih kurang RM1300. Versi terbaru dikecilkan sedikit saiznya tapi tak perasan ada berapa jilid. Kak Nur tengok di PBAKL09 hari tu. Insya Allah, mudah difahami bahasanya.

  6. salam.di mane boleh saye ikut kelas tafsir??
    dan berape yurannye??

    Waalaikum salam Safwan,

    Safwan tinggal di area mana ye…

    Kalau di Kelantan, boleh belajar di pondok-pondok atau kuliah tafsir mingguan.

    Harap maaf, saya tidak dapat membantu secara tepat.

  7. Sebagai makluman, sekiranya ada yang berminat Tafsir Fi Zilal
    dan juga kitab tafsir klasik dan kontemporeri lainnya boleh hubungi
    kami 014 6615748 atau layari oursacha.blogspot.com.
    Itu pun kalau memang tidak ada lagi stok pada
    Ummu Abbas, insya Allah kami boleh sediakan.

    Harga yang kami sediakan sangat berpatutan dan boleh dirunding.
    Jazakilah sebelumnya kepada empunya blog.

  8. salam. terima kasih in fo. cuma pembetulan sikit, tafsir al-munir tu karya DR Wahbah az-Zuhaili kan?bukan Dr KarimZaidan.. BarakaLahulak.. wslam

    Wsalam. Terima kasih atas pembetulan. Saya akan betulkan maklumat tersebut. Moga Allah merahmati Tuan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: