Posted in Famili, MyDiary

Catatan: Pesta Buku Kelantan 2009 & Bercuti

29 Mac 2009 yang lepas merupakan hari saya beruzlah dari menulis untuk blog. Bersambung pula dengan 2 hari cuti am di Kelantan, jadi 3 hari saya tidak dapat update blog.

Alhamdulillah, semalam dan hari ini adalah dua hari untuk anak-anak.

30 & 31 Mac setiap tahun merupakan cuti am di Kelantan sempena hari keputeraan Sultan Kelantan.

UZLAH

Semenjak saya aktif berblog ini, saya menetapkan untuk diri saya hari-hari tertentu setiap minggu untuk tidak menjenguk dan update blog.

Saya mengambil pengajaran dari kisah-kisah para nabi semasa menulis kisah-kisah mereka untuk si kecil.

Saya menemui amalan beruzlah pada hari dan waktu tertentu ini diamalkan secara serius oleh nabi-nabi.

Para nabi merupakan orang yang paling sibuk dan berat tanggungjawabnya membimbing ummah. Justeru, uzlah merupakan mekanisme penting untuk ‘renew’ jiwa agar ‘maintain’ sihat dan cergas.

Saya tidak bermaksud bercerita panjang mengenai uzlah kali ini. Sekadar makluman umum sahaja.

PESTA BUKU KELANTAN 2009

Aqil di Pesta Buku Kelantan 2009
Aqil di Pesta Buku Kelantan 2009

Tengahari semalam, kami bawa anak-anak ke Pesta Buku Kelantan 2009 anjuran Syarikat Muda Osman. Bertempat di Dewan Badminton Kota Bharu, kami hanya pusing-pusing sekejap sahaja sebab Aesya masih demam sedikit.

Sudut buku-buku PTS Publications Sdn Bhd
Sudut buku-buku PTS Publications Sdn Bhd

Dari pintu masuk utama, saya sudah mencari-cari label PTS. Di hujung dewan berhampiran pintu keluar, baru saya jumpa sudut buku-buku PTS. PTS merupakan antara penerbit yang saya suka kerana etika kerjanya yang Islami. Apa sahaja jenis bukunya, insya Allah bercita rasa Islam.

Saya hanya meninjau tajuk-tajuk baru. Sebagai pengedar, saya dapat beli dengan harga diskaun untuk pengedar dari PTS sendiri, alhamdulillah.

Walaubagaimanapun, saya kurang aktif sekarang kerana beberapa hal yang tidak dapat dielakkan. Saya hanya memesan buku yang diminta pelanggan sahaja.

Di luar dewan, ada pasar lambak buku-buku lama. Saya dapat beli buku untuk anak-anak dengan harga berganda murah! Pesta buku ini bermula dari 29 Mac dan akan berakhir pada 4 April 2009.

SUDARA BEACH RESORT

Pulang dari PBK 2009, petang hari yang sama kami bertolak ke Sudara Beach Resort yang terletak di Mukim Telong, Jalan Tok Bali.

Ini kali kedua kami menginap di sana. Foto matahari naik di atas blog ini di ambil di sana semasa kali pertama menginap di Sudara Beach Resort.

Banyak resort atau challet di sepanjang pesisir pantai daerah Bachok ini. Sudara Beach Resort menjadi pilihan kerana mempunyai kolam renang dan kawasan yang menarik.

Seronoknya main air!
Seronoknya main air!

Saya turut mengajak kakak dan 3 orang anak saudara datang bercuti di sini.

Alhamdulillah, hati tenang melihat pantai, ombak, laut dan langit terbentang luas. Namun sayangnya ramai pengunjung yang tidak menghargai nikmat Allah ini dengan menjaga kebersihan kawasan.

Ummu Abbas
1.50am
5 Rabiul Akhir 1430H

Advertisements

Pengarang:

Seorang isteri, ibu, permaisuri rumah, anak kepada Ma dan Abah yang masih hidup, penulis dan da'ie, insya Allah. Menyintai ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah.

5 thoughts on “Catatan: Pesta Buku Kelantan 2009 & Bercuti

  1. Assalamualaikum K.Nor,
    Pertama sekali nak minta maaf sebab tak balas mesej K.Nor sebab tak perasan. Mungkin mesej sampai semasa Chik berada di lautan manusia di perarakan penamaan calon lepas tu terus berkejar ke tempat program hingga awal pagi. Malam baru Chik baca tapi keletihan nak menjawabnya. Maaf ya K.Nor.

    Membaca entri pasal cuti ni, cemburu pun ada sikit-sikit sebab K.Nor sekeluarga dapat juga bersama-sama berehat di tempat yang menarik, boleh juga ke pesta buku (chik ingat nak gi juga tengok kalau sempat)… bestnya… Chik tak tau sempat cuti lagi ke tak sebab exam pun nak mula sabtu ni, harap-harap dapatlah bercuti bersama suami.

  2. Wa’alaykum salam wbh Chik,

    Tidak mengapalah Chik. Kak Nor tak terasa apa-apa pun. Mesej tu sekadar meluahkan perasaan. Allah sudah pun ringankan beban Kak Nor yang itu. Alhamdulillah.

    Rasanya memang Chik layak untuk cemburu. Cuma Kak Nor mahu jelaskan sedikit, pergi Pesta Buku tu rancangan Kak Nor untuk anak-anak. Maklumlah cuti 2 hari, Kak Nor mahu pastikan anak-anak ada pengisian berguna.

    Ia salah satu modul pendidikan untuk menanam sifat cintakan buku dan minat membaca. Anak-anak kecil itu akan menjadi daie satu hari nanti, insya Allah.

    Hakikatnya, paling kurang, sudah 2 tahun Kak Nor tidak berkesempatan ke Pesta Buku di Kelantan.

    Rehlah tu pula rancangan suami. Kak Nor rasa dia nak ambil hati anak-anak sebab dia agak sibuk sekarang hingga tak sempat nak bawa anak-anak bermusafir jauh. Alhamdulillah, suami Kak Nor seorang yang sangat prihatin pada anak-anak.

    Kak Nor tak rasa rehlah itu satu usaha untuk berehat-rehat. Bahkan ia salah satu modul tarbiyah anak-anak. Rutin Kak Nor bersama anak-anak tidak berubah walau di mana kami berada. Uruskan makan minum pakai dan solat mereka.

    Kak Nor pun cemburu juga pada sahabat-sahabat yang mampu terjun ke medan juang di luar rumah. Namun Kak Nor reda dengan pembahagian tugas dan tanggungjawab yang Allah tentukan sejak azali.

    Setakat ini dulu bicara Kak Nor untuk kali ini.

    Terima kasih atas respon.

    Moga Allah kurniakan saat terbaik untuk Chik dan suami bercuti bersama.

  3. Salam..tertarik plak dengan chalet tu.. maaf nak tanya kos pengindapan di tempat tu? cadang nak singgah cuti sekolah ni..kami ada 5 anak antara 11-3 tahun? tolong ye kak..

  4. berapa sewa bilik di resort tu ? nak melancong ke KB sekeluarga ikut jalan tok bali..tolong kak ye!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s