Berita Sedih: Najib Jadi PM Ke 6

Baru terbaca berita di pemudabesut.blogspot .com yang menyatakan ‘Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan telah memperkenankan perletakan jawatan Pak Lah, tetapi Tuanku mohon perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 esok pagi ditangguhkan’.

Gembira juga kalau ia benar-benar berlaku namun takdir Allah mendahului perancangan dan usaha manusia.

Walaupun pelbagai usaha dibuat untuk menghindar Najib jadi PM termasuk usaha terakhir, Pakatan Rakyat memohon limpah restu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin agar menangguhkan pelantikan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Namun apakan daya, dalam sebuah negara ‘Malaysia Boleh’ ini, segala yang buruk boleh diangkat menjadi pemimpin. Manakala yang baik pula ditindas dan dianiaya.

Berita terbaru yang dilaporkan Utusan Online dan Berita Harian Online bahawa Najib angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke 6 begitu menghibakan.

Cukuplah kalamullah dari ayat 216 Surah al-Baqarah ini menjadi penawar bagi kita,

“…boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ”

Allah jua yang Maha Mengetahui segala perkara yang akan berlaku dan rahsia yang tersirat.

Lagikan Firaun yang mengaku tuhan itu, Allah izinkan dia berkuasa di Bumi Mesir. Namun kuasa Firaun tidak lebih dari istidraj bagi hamba yang takabbur sepertinya. Akhirnya, kuasa Firaun tenggelam bersama jasad Firaun dalam belahan laut mukjizat Nabi Musa.

Allah mengingatkan kita dalam Surah al-Anbiya’ ayat 35,

Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”

Biarkan Najib dengan amalannya. Moga di penghujung hayatnya, dia masih sudi dan mahu kembali kepada Tuhan.

Manakala kita tetap akan terus menolong menyekat Najib dan para sekutunya dari menzalimi rakyat marhaen.

Kita lakukan itu semua kerana menunaikan amanat Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi,

انصر أخاك ظالما أو مظلوما
Tolonglah saudaramu yang zalim dan dizalimi.”

Hadis direkod Imam Bukhari.

Moga cebisan hidup kita yang tersisa ini mendapat rahmat dan keampunan dari Allah.

Tahniahlah Najib! Impianmu tercapai jua walau ia sangat menyedihkan kami, pendokong Pakatan Rakyat. Hu..hu..hu..

Ummu Abbas
7 Rabiul Akhir 1430H
1.06pm

5 thoughts on “Berita Sedih: Najib Jadi PM Ke 6

Add yours

  1. Suka Atau Tidak

    Suka Atau Tidak…Najib Akan Jadi PM Malaysia ke 6
    Suka Atau Tidak…Tun Mahathir Akan Kembali Ke UMNO
    Suka Atau Tidak…Khairy Bakal Jadi Menteri
    Suka Atau Tidak…Politik Wang Sudah Merebak Menjadi Kanser
    Suka Atau Tidak…Akan Lahir Kroni Baru
    Suka Atau Tidak…Kroni Yang Bermasalah Akan Diselamatkan
    Suka Atau Tidak…Ekonomi Malaysia Semakin Merudum
    Suka Atau Tidak…Banyak Syarikat Bakal Gulung Tikar
    Suka Atau Tidak…Jumlah Pengangguran Semakin Meningkat
    Suka Atau Tidak…Tanah Rezab Melayu Semakin Berkurangan
    Suka Atau Tidak…Tol Akan Naik Tak Lama Lagi
    Suka Atau Tidak….Wang KWSP Digunakan Lagi Untuk Pelaburan
    Suka Atau Tidak…Slogan Cemerlang Gemilang Terbilang Dilupakan
    Suka Atau Tidak…Islam Hadhari Bakal Dipinggirkan
    Suka Atau Tidak…PPSMI Akan Terus Diperjuangkan
    Suka Atau Tidak…Pakatan Rakyat Semakin Disukai Ramai
    Suka Atau Tidak…UMNO Tidak Lagi Di Hati Rakyat
    Suka Atau Tidak…PRU13 Menyaksikan UMNO Pula Tersungkur

    Posted by pakabuana at 10:49 PM 2 comments
    Labels: suka atau tidak
    di-petik dari:
    http://bicaraselatan.blogspot.com/

  2. Wajar dirasakan pusingan pengenalan dan pengukuhan semula demokrasi menyerlahkan kemelut krisis kepimpinan yang agak tenat di hampir keseluruhan
    lokasi yang menggunakan piliha raya sebagai sistem memilih kerajaan.
    Terma mengubah malangnya disyaratkan perlu mengikut/melunasi tema kekuatan Amerika sehingga menghilangkan pengukuhan kekuatan kemandirian merdekanya sesebuah negara.
    Hari yang malang dan semalam cuaca di sini dibasahi siraman hujan.

  3. Sudah lah tu. Jangan terlampau dengki dengan kejayaan orang lain. Serahkan semuanya kepada ketentuan Illahi. Lebih baik beri tumpuan pada ekonomi. Semua ahli politik di Malaysia ni sama sahaja, gilakan kuasa. PR dan BN sama saja. Tuduh menuduh, dengki mendengki dan cakap tak serupa bikin.

  4. Pakatan Rakyat,

    Pada siapa sebenarnya anda tujukan perkataan, ‘Jangan terlampau dengki dengan kejayaan orang lain.’

    Pada saya, entry saya hanya luahan dari rakyat mustadh’afin yang mahukan pemimpin yang diredai Allah. Ia tiada kena mengena dengan perasaan dengki seperti yang dinyatakan.

    Dengki itu ialah urusan hati yang hanya Allah yang tahu.

    Ramainya yang suka bercakap tentang sesuatu yang bukan dalam pengetahuannya.

    Allah berpesan dalam Surah al-Israa’, ayat 36,

    ‘Dan janganlah engkau mengambil pendirian tentang sesuatu perkara yang engkau tidak tahu. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.’

    Menyerahkan semuanya pada ketentuan Ilahi merupakan sikap PAS sejak dahulu lagi. Setelah berusaha, memang PAS bertawakkal dan reda pada apa sahaja ketentuan Allah. Namun konsep tawakkal dan reda di sini tidak bertentangan dengan konsep usaha seterusnya untuk islah negara dan masyarakat.

    Kalau saya salah faham, harap betulkan.

    ‘Semua ahli politik di Malaysia ni sama sahaja, gilakan kuasa. PR dan BN sama saja. Tuduh menuduh, dengki mendengki dan cakap tak serupa bikin.’

    Ini satu lagi bentuk tuduhan yang tidak berasaskan bukti.

    Saya tidak mahu mengulas satu persatu tuduhan di atas. Kalau saya ulas, akan jadi satu artikel pula.

    Cukuplah saya sebutkan apa Allah kata mengenai hamba-hambaNya melalui ayat 18-20 dari surah al-Sajadah untuk kita renungkan bersama,

    [18] Adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidak sama.

    [19] Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka adalah syurga sebagai tempat tinggal tetap. Ia dikurniakan sebagai balasan terhadap apa yang mereka telah kerjakan.

    [20] Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu.

    Kalau tidak faham maksud ayat di atas, tolong buka kitab-kitab tafsir atau berguru dengan mereka yang tahu serta ikhlas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: