Fira
Submitted on 2009/03/27 at 10:56am
assalamualaikum.
saya suka bergaul dan saya sudah kerap dibenci oleh orang…saya sendiri tak tahu masalhnyer,,,,saya cuba berubah tapi mereka pula yg kurang ajar dengan saya,caci maki saya…kutuk dari belakang…saya sabar …..saya juga jenis yang rendah diri la sampai ader org sangka saya miskin…tapi kekadang saya dpt rasakan bahawa rendah diri sayala yg membuatkan kwn2 saya benci saya.tolong saya kak….
************
Wa’alaykum salam Fira,
3 prinsip umum dalam Islam yang perlu kita cek setiap masa sebelum mahu melakukan sesuatu ialah:
1) Akidah yang betul- yakni percaya hanya Allah tuhan yang satu serta menerima sepenuh hati syariatNya dalam apa jua bidang kehidupan seperti politik, ekonomi, pergaulan, rumahtangga, kehakiman dan lain-lain.
2) Menepati sunnah Rasulullah s.a.w (atau kita sebut juga syariat Allah) – contoh solat 5 waktu sehari semalam, bercinta selepas kahwin, menjaga lisan dari berkata keji, menghormati orang lain dan lain-lain.
3) Niat semata-mata kerana Allah.
Kaitannya dengan masalah yang sedang Fira hadapi ialah;
1. Dari sudut akidah, Kak Nur percaya Fira tiada masalah dalam hal ini. Tentunya Fira percaya sepenuh hati bahawa apa-apa yang diturunkan oleh Allah, baik berupa suruhan atau larangan adalah untuk kebaikan kita sebagai hambaNya.
2. Setelah memantapkan akidah dan pergantungan kita kepada Allah, kita berusaha semaksimum mungkin untuk beramal dengan syariatNya.
Kita lakukan dahulu menurut apa yang kita tahu dan tahap kemampuan kita.
Dalam hal pergaulan dengan kawan-kawan, Islam telah menggariskan adab berkomunikasi dan berinteraksi yang cukup sempurna sesama manusia. Fira boleh mendalami lagi hal ini dengan membaca buku-buku berkenaan.
Artikel Kak Nur sebelum ini berjudul Tip-tip Menjadi Sahabat Yang Baik merupakan antara syariat Allah dalam hal berkawan.
3. Menyentuh masalah khusus Fira, apa yang Fira usahakan yakni memperbaiki diri adalah sikap yang dicintai Allah. Kak Nur harap Fira istiqamah melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
Fira menyebut kawan-kawan tetap memberi respon negatif terhadap Fira walaupun Fira rasa sudah berubah. Menyentuh hal ini, Fira perlu mendalami prinsip ketiga yakni niatkan kita berubah untuk mendapat reda Allah. Bukannya reda kawan-kawan.
Contoh monolog untuk mendapat reda Allah ialah;
“ Ya Allah, sebelum ini aku suka bercakap perkara yang menyakitkan hati kawan, sekarang aku sudah meninggalkan kata-kata yang tidak baik itu keranaMu, Ya Allah!
Ya Allah, aku lakukan ini semua kerana mengharapkan belas kasihan dan redaMu.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku selama ini. Lembutkanlah hati kawan-kawanku agar mereka dapat menerimaku.
Wahai Tuhan yang memiliki hati-hati manusia dan berkuasa membolak-balikkan hati-hati manusia, tetapkanlah hatiku dan kawan-kawanku di atas agamaMu dan mentaatiMu.
Wahai Tuhan yang Maha Mendengar rayuan hamba-hambaNya, Engkaulah yang Maha Memahami diriku dan usaha-usahaku selama ini untuk memperbaiki diri.
Sekiranya perkara yang menyakiti hati dari kawan-kawanku itu boleh mengkaffarah dosa-dosaku, maka aku reda Ya Allah dengan apa jua ketentuanMu.
Ya Allah, adakah Engkau reda dengan apa yang kulakukan?
Sekiranya Engkau memandangku dengan reda dan penuh kasih sayang serta sudi mengampunkan dosa-dosaku yang lalu, maka cukuplah Engkau bagiku.
Ya Allah, sekiranya Engkau tidak murka atasku atas perbuatan mereka yang menyakitiku, maka aku tidak peduli lagi apa sahaja tindakan mereka.
Ya Allah, cukuplah Engkau sebagai sebaik-baik temanku.”
Iya Fira, serahkan segala hasil usaha kita kepada Allah. Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan usaha-usaha kita Bila kita ikhlas, hanya orang-orang yang ikhlas juga akan menerima kita.
Percayalah, Allah sedang menguji keikhlasan Fira berubah.
Mohonlah juga kepada Allah agar mengurniakan sahabat yang baik dan ikhlas.
Fira yang dikasihi Allah,
3 prinsip umum yang digariskan di atas apabila benar-benar diamalkan akan memberi impak positif pada diri Fira. Antara ciri positif yang akan diperolehi ialah;
1. Yakin pada diri sendiri.
2. Sabar menghadapi cabaran.
3. Memandang kecil terhadap perkara yang menyakiti peribadi kita sebaliknya rasa tercabar bila Islam diperlekehkan.
4. Tetap dan teguh berpegang pada prinsip.
5. Menjadikan diri lebih menarik, berwibawa serta dihormati.
Akhir kata, berdasarkan pengalaman, bila kita mengasihi Allah dan dikasihiNya, Allah akan dekatkan hati-hati orang beriman kepada kita dan menjauhkan hati-hati yang busuk dari kita. Bukankah ini satu keuntungan yang besar buat kita apabila yang baik mengelilingi kita dan yang buruk menjauhkan diri dari kita?
Kak Nur percaya, kalau kawan-kawan Fira itu terdiri dari kalangan orang yang memahami etika pergaulan Islam dan ikhlas berkawan dengan Fira, mereka akan bersangka baik dan memandang perkara yang positif yang ada pada Fira. Justeru berlapang dadalah dengan mereka. Doakan mereka mendapat petunjuk dan teruslah memohon sahabat yang baik dari Allah.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui hati-hati manusia.
Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang buruk datang dari kelemahan Kak Nur sendiri.
Kak Nur mohon maaf sekiranya pandangan di atas tidak menepati persoalan Fira.
Sekiranya masih musykil, tanyalah lagi.
Ummu Abbas
16 Rabiul Akhir 1430H
1.08pm
inilah ujian dalam kehidupan..banyakkan bersabar!!!
kalau banyak kawan dan disanjung tapi Allah benci… tak guna… macam firaun, haman dan qarun
kalau tak banyak kawan, dikeji, dihina tapi Allah sayang… alhamdulillah… macam nabi isa dan nabi2 yg lain
kalau banyak kawan, disanjung dan Allah juga sayang… subhanalllah… macam nabi kita, nabi muhammad
tapi nasib orang lain2… ujian setiap orang juga beza2… apupun yg paling penting ialah kita berdiri di jalan yg benar! tak kira orang benci atau orang sayang! yg penting ialah taat perintah Allah dan rasulnya! dan selalu muhasabah diri. titik!
jangan mengharap makhluk munafiq! hanya Allah tempat bergantung harap.
aku dah rasa…
aslam………
sy tompang gmbira atas kjayaan awk….sbb x ramai dri pd golongn kita(sekolah agama)yg dpt mencipta nama dlm sejarah malaysia….tahniah di ucapkn utk awk……semoga teruskn lg kejayaan yg munkin dpt mencipta nama di seluruh dunia……amin………..
amirul fahmi tersalah tempat komen agaknya ye…
Mungkin sebenarnya amirul mahu hantar komen untuk entri berkenaan Nik Nur Madihah.
Fira.
Saya pon mengalami masalah yg sama. Kdg2 sy akan rasa sakit sgt hati ni. bila disindir, dikutuk, dibenci dan dicaci. Sedangkan sy x pernah langsung sakit kan hati org disekeliling sy. bila sy lihat semule dr ini. mgkin sy sgt lemah dlm interaksi dgn org luar. PR sy teruk. x suke bersosial. terlalu sensitif. terlalu memikirkan ape yg org akan katakan pd sy. sy hndk org kate yg baik2 shj ttg sy. sy nk smue org blh terime sy. sbb ni smue la sy rasa selamat klu hnya duduk dirumah. sy phobia pd aktiviti sosial. tmpt yg ramai org. Fira sy hairan knp smue ni blh jd pd sy. mungkin ada dosa yg sgt besar sehingga sy di benci oleh Allah. dan sbb itu juga sy dibenci oleh manusia lain. Ya Allah ampunilah hamba mu ini.
semasa f4 sy masuk sek asrama sains tp hanya tahan seminggu setengah.
bile masuk U pon sy x dpt abiskan ijazah saya.
da 3 bank sy berkerja tp smue x tahan.
disbbkn masalah ni byk peluang sy terlepas. stiap manusia x smpurna. mgkin sy lbh di bhgn lain tp kurang di bahagian ini. sy trime ini sbg qada’ dan qadar Allah. smoga Allah ampunkan sy, dan berikan sy kekuatan. dan sekarang sy malas da nk pk pasal kwn2 ni. biarlah. yg pntg sy jaga hati mak saya. sbb dr redha die shj la hidup sy akan tenang. InsyaAllah.
salam..sy simpati dgan pe yg fira alami..sy juga mengalami masalah yg lebih kurang sama.cuma yg mebezakan sy tidak dihina,dikeji,disindir dan sebagainya..sy mempunyai masalah dgn kwn baik sy kerana cemburu sy baik dgn org lain..sudah 2 bulan kami tidak bertegur mesra seperti dulu.kekadang sy terfikir dugaan ap yang Allah berikan kepada aku ini.sesunggunhnya sy tidak mampu untuk menanggung dugaan ini.tp jauh disudut hati sy,sy sematkan semangat sesunggungnya Allah tidak akan menurunkan dugaan @ ujian kepada hambanya yang tidak mampu..setiap hari sy menangis seorang diri dan mengadu hanya pada Allah betapa sedihnya dn tdk tertahan kita untuk menanggung dugaan ini..sehingga hari ini kami masih tidak tidak berbaik wlaupun hari2 berjumpa..dan menjadi orang asing.kepada fira,kuatkan semangat,jgn jadi seperti sy, lemah untuk menghadapin dugaan ini..Allah Maha mnegetahui apa yang terbaik untuk hambanya..
salam…..kak…..benda ni banyak sangat mengajar saya tentang arti kawan…kawan adalah insan yang paling penting kepada kita….kawan adalah segala galanya…….
salam………usah lah kau bersedih kerana allah itu sentiasa bersama dengan orang yang benar dan sentiasa bersabar
Saya pun dlm situasi yg sama. Sy dh mintak maaf ats kkurgn sy tp lepas sy mintak maaf sikapnya makin menjadi2. Saya pun dh buntu.. Saya sokong apa yg akak ckp.. cukuplah Allah sbg sebaik2 teman.. #deep