Posted in MyDiary

Catatan: Buku Tentang Nik Nur Madihah

Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan menemui Nik Nur Madihah lagi di rumahnya. Kemudian kami bertolak ke rumah Senator Mumtaz Nawi.

Banyak perkara yang dibincangkan. Saya sendiri menyatakan hasrat menulis buku mengenainya.

“Sudah ada dua orang yang mahu tulis mengenai saya, kak,” jelas Madihah.

Penulis Ummu Sakinah memberi judul “Nik Nur Madihah: Permata Parang Puting.” Sebuah lagi buku yang akan diterbitkan oleh Hijaz berjudul “Catatan Hati Nik Nur Madihah.”

“Kak Maznah juga mahu tulis mengenai Madihah,” Kak Taz menyampuk.

“Hmm…sudah jadi 3 pula,” fikir saya. Saya sudah ada tajuk cadangan yang berbeza dari 2 tajuk di atas. Namun saya tangguhkan dulu beritahu Madihah. Mungkin isi yang saya mahu tulis saling tak tumpah dengan 2 penulisan yang sedang berjalan…rugilah masa saya!

“Beginilah Madihah, akak akan baca dulu apa yang mereka tulis mengenai Madihah. Jika ada perkara yang akak mahu sentuh, mereka belum masukkan, baru akak akan tulis,” beritahu saya.

Madihah mengangguk setuju.

SEDIH BILA ADA YANG MENDAHULUI

Kali pertama membaca laporan ringkas akhbar Siasah berkenaan kisah Madihah akan dibukukan, saya rasa sedih juga sedikit. Namun pengalaman saya menyelidik untuk siapkan tesis sarjana dahulu sedikit sebanyak mengubati rasa sedih.

Satu topik boleh diulas dari banyak persepsi.

Saya juga berpegang kepada konsep fardu kifayah, yang mana bila sudah ada yang menunaikan sesuatu perkara, maka kita tidak perlu berebut melaksanakan perkara yang sama.

Sesuatu kewajipan itu akan terangkat daripada ummah bila sudah ada yang menunaikannya. Namun, kadang-kadang kuota menunaikan fardu kifayah itu belum terpenuhi. Dalam keadaan begini, menjadi tanggungjawab individu yang mahir dalam bidang tersebut mengisi kefarduan itu. Jika tiada tenaga mahir, maka sesiapa yang mempunyai minat harus belajar sehingga pandai bagi mengisi ruang yang masih kosong.

Sesungguhnya ruang amal Islami masih banyak yang lompong. Kitalah yang perlu pandai mencari, menyelidik dan mengisinya.

Lakukan segalanya kerana Allah dan mendapat redaNya, insya Allah diberkati segala usaha.

Kalau kita lakukan sesuatu kerana berebut pasaran, bimbang mesej tidak sampai ke hati meskipun kita dapat meraih keuntungan darinya.

Apa gunanya dapat mengeluarkan duit dari kocek pembeli, namun jiwa mereka tidak dapat dipaut kepada Allah- pencipta kita dan mereka.

Setiap daie mesti jelas matlamatnya- menuju hati-hati manusia.

Ganjaran duniawi yang datang mengiring hanyalah imbuhan sementara dari Allah. Guna memenuhi keperluan untuk hidup. Bukannya hidup untuk imbuhan dunia.

Daie seharusnya sentiasa memuhasabah diri tentang hal ini. Bimbang nikmat syurga yang didambakan, ‘haba an manthura’ yang dituai.

(Haba an manthura: Debu-debu berterbangan. Maksud ayat. Rujuk artikel ‘Bila Ulama Cintakan Dunia’)

Sekadar tazkirah untuk diri saya.

PS: Apa pandangan pembaca mengenai hasrat saya menulis buku mengenai Nik Nur Madihah? Isu besar yang akan diketengahkan antaranya ialah mengenai pendidikan berasaskan ilmu akhirat (agama), peribadi muslim untuk mencapai al-Falah (kejayaan) dan lain-lain.

Terima kasih atas perkongsian pendapat.

Ummu Abbas
18 Rabiul Akhir 1430H
12.30pm

Advertisements

Pengarang:

Seorang isteri, ibu, permaisuri rumah, anak kepada Ma dan Abah yang masih hidup, penulis dan da'ie, insya Allah. Menyintai ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah.

7 thoughts on “Catatan: Buku Tentang Nik Nur Madihah

  1. Assalamualaikum Puan,

    Warga berasa bertuah memiliki pelajar-pelajar yang upaya membebaskan rantaian kemiskinan dari mempengaruhi keberdayaan mempotensikan anugerah minda dari Allah. Sebagai perantau banyak kejayaan anak warga membuatkan kami berkongsi berasa bangga.

    “Apabila kesemua manusia berfikiran serupa pastinya tidak akan ada yang upaya berfikiran serius.”
    “Sedangkan yang baik dan buruk disandarkan kepada pemikiran dan gagasan sahaja.”

    Kami juga ingin mengenali pelajar ini.
    Pendidikan dari aliran agama kekuatan yang sering dinyatakan sebagai mudah kerana sifat menghafal berbanding aliran sains sedangkan hakikatnya tiada perbezaan andai ilmu dimanafaatkan sebagai maklumat.

    “Tanda pengenalan hamba-hamba Ku di hatinya terhadap Zat Ku ialah dengan sentiasa bersangka baik terhadap keputusan Ku, tiada ingin ia berkeluh kesah terhadap hukum-hukum Ku, tidak pula ia berasa lewat dan lambat terhadap kurniaan Ku dan sering pula ia berasa silu dengan maksiat yang ingin dijauhinya kerana takutkan Ku.”

    Sifat-sifat batin perlu diinformasikan apabila orientasi perniagaan menjadi tema masa kini. Pengetahuan telah menjadi industri yang memasarkan ekonomi. Dan pasti warga yang tidak berkesempatan berpendidikan tinggi berasa terhutang budi pada keikhlasan-keihklasan menerima pengetahuan dari buku-buku yang dituliskan.

    Saya pernah mengambil catatan dari blog Puan mengenai inovasi angka menjenamakan kandungan lemak khinzir sebelum mendapat kebenaran.

  2. Waalaykum salam Thanaif,

    Terima kasih atas pandangan yang berguna.

    Beberapa point yang dapat saya terbitkan dari komen Thanaif antaranya ialah;

    1) Sejarah Islam telah membuktikan orang miskin telah berupaya mendominasi dunia dengan al-Falah. Dia adalah Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat.
    Ini hujjah yang akan diketengahkan.

    2) Mereka yang banyak mengamalkan perkara sunnah (peribadi muslim mukmin)muncul sebagai tokoh terbilang di bidang ilmu dunia dan ilmu akhirat. Rantaian cendikiawan muslim ini berkembang untuk beratus abad sejak zaman sahabat, tabie, tabi’ tabie dan seterusnya.

    Saya juga sudah nampak apa yang mahu dibahaskan melalui petikan Thanaif yang berbunyi,

    “Pendidikan dari aliran agama kekuatan yang sering dinyatakan sebagai mudah kerana sifat menghafal berbanding aliran sains sedangkan hakikatnya tiada perbezaan andai ilmu dimanafaatkan sebagai maklumat.”

    MMP ada sejarahnya sendiri dalam mempertahankan pelajar-pelajar bijak semasa aliran sains belum diwujudkan. Meskipun mudir (pengetua) kami waktu itu beraliran UMNO- namun saya sangat hormat dia (allahyarham) dalam bab-bab ini. Sempat juga dia menurut aliran Semangat 46 dan mengisytiharkan di hadapan kami.

    Visi dan misi dia jauh ke hadapan. Beliau juga merupakan pemidato Kelantan pada waktu itu. Moga Allah rahmati rohnya.

    Untuk perenggan terakhir Thanaif- saya ambil artikel itu dari tranungkite dan terjemahkan dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia.

    Saya syorkan agar artikel itu diberikan rujukan dari mana ia di ambil.

    Keizinan sebaran sebarang artikel sudah ada di sebelah artikel.

    Harap maklum.

    Terima kasih kerana sudi memberi pendapat.

  3. Assalamualaikum, kak nik,
    Sebelum itu say nak ucapkan syabas kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm yang lepas. Saya respect kak nik sebab kak nik tidak pernah tahu erti mengenal putus asa. Bagus!!! saya nak tahu, apakah rahsia kak nik yang kak nik lakukan untuk mencapai kejayaan? Saya ingin mengetahui rahsianya supaya dapat dijadikan pedoman untuk saya. Jadi dengan itu, saya nak kak nik teruskan lagi usaha kak nik untuk mencapai impian kak nik untuk berjaya di dunia dan akhirat. wassalam…

  4. salam..kak madihah..sayer kagum laa ngan kak madihah.. bleh tak sayer jadi kawan akak??

    Wsalam. Dik, Kak Madihah sedang belajar di Jordan sekarang. Dia mungkin tidak membaca komen-komen untuknya di sini sebab ini bukan blog peribadinya. Ummu harap adik dapatkan bukunya kerana di sana sudah banyak tip dan faktor kejayaan yang dicurahkan.


  5. hhhhhhhhhhhhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaaiiiiiiiiiii………………kak nur…….

    Hai Shuhada 🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s