بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
وَنَفْسٍ وَّمَا سَوَّاٮهَا
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
فَاَلْهَمَهَا فُجُوْرَهَا وَتَقْوٰٮهَا
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;
Surah al-Syams: 7 & 8
************
Setelah Allah melengkapkan kejadian manusia dengan pelbagai anggota badan, Allah mencipta dua lorong kehidupan buat mereka. Lorong-lorong yang dipenuhi maksiat dan dosa serta lorong-lorong yang dipenuhi taat dan pahala.
Potensi manusia untuk berlaku taat dan derhaka sama tahap. Di antara dua tahap kemampuan manusia itu, Allah menyebut naluri manusia yang cenderung melakukan perkara jahat sebelum memilih amalan baik.
Namun bagi menegah manusia menurut nafsu yang cenderung kepada kejahatan, Allah memintas dengan motivasi melalui ayat 9 surah al-Syams,
قَدْ اَفْلَحَ مَنْ زَكّٰٮهَا
Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan dirinya yang sedia bersih (dengan iman dan amal kebajikan)
Fitrah manusia suka berjaya dan berjaya dalam setiap perkara yang dilakukan. Justeru Allah menyebut balasan kejayaan itu adalah bagi mereka yang berusaha menyucikan dirinya. Menyucikan diri manusia mestilah bermula dari membersihkan hati dari mazmumah serta mengisinya dengan mahmudah. Apabila hati bersih dan terpandu dengan hidayah Allah, barulah ia menggerakkan anggota badan untuk beramal soleh.
Perkara sebaliknya akan berlaku apabila manusia mengotorkan hatinya. Binasa, kecewa, hampa dan putus asa dalam hidup adalah ganjaran yang sepatutnya bagi jiwa yang tidak bersih. Meskipun pada zahirnya ia dikurniakan pelbagai nikmat hidup duniawi seperti kaya, cantik/kacak dan berpangkat tinggi.
Allah menegaskan dalam ayat seterusnya dari surah al-Syams, ayat 10,
وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسّٰٮهَاؕ
Dan sesungguhnya binasalah orang yang mengotorkan dirinya yang sedia bersih itu (dengan maksiat).
Allah memberi manusia membuat pilihan secara bebas menentukan arah hidup mereka. Syurga atau neraka. Tiada tempat berkecuali atau tiada pilihan ketiga, keempat dan seterusnya.
Allah juga hanya akan mengubah halatuju dan taraf hidup kita setelah kita sendiri mahu mengubah dan berusaha mengubahnya. Allah menyebut dalam surah al-Ra’du, ayat 11,
إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri
**********
Saya salah seorang dari manusia yang Allah sebutkan di atas. Tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan surirumah bukanlah kecil dan remeh. Berapa ramai isteri mendorong suami menjadi tokoh pejuang di muka bumi.. berapa ramai pula ibu-ibu melahir serta membentuk para ulama’, intelektual Islam dan saintis Islam.
Benarlah kata pepatah, “Tangan yang menghayun buaian itu bakal menggoncangkan dunia”
Para-para ibu terkemuka telah menggoncang dunia melalui Khalifah Umar Abdul Aziz, Sultan Solahuddin al-Ayyubi, Sultan al-Fateh, Tok Guru Nik Abdul Aziz dan lain-lain. Para isteri meneruskan kesinambungan tugas seorang ibu dengan kelembutan sikap dan kehalusan kasih sayang nan tulus buat suaminya.
Apabila saya kagum dengan mana-mana tokoh, saya cuba menelusuri tulang belakang mereka. Saya percaya dan yakin, kehebatan dan ketokohan mereka dihasilkan dari kelembutan seorang wanita. Disebalik kelembutan dan kasih sayang wanita itulah menyerlah kehebatan kasih sayang dan Maha Lemah Lembutnya Allah. Kita nampakkah semua itu?
Begitulah cara Allah mendidik kita. Penuh lemah-lembut dan kasih sayang. Namun, dalam meniti hari sebagai seorang isteri, ibu dan surirumah…saya merasa sungguh lemah dan jahil dalam banyak perkara. Saya sering melakukan kesilapan kerana saya punya nafsu yang cenderung bertuhankan keinginan sendiri. Namun Allah menegur dan sering mengingatkan saya agar berusaha membersihkan diri serta menambah ilmu.
Saya berusaha menambah ilmu mendidik anak-anak melalui buku-buku, suami, ibu kandung, ibu mertua, kawan-kawan yang senior dan usrah. Saya baru belajar Khalifah Method secara borong dalam Usrah Mothers.
Saya ingin jadi ibu yang baik dan diredai Allah. Antara perkara yang mampu mendorong saya untuk memperbaiki diri ialah membaca pengalaman orang lain. Antara buku terbaru yang saya beli di PBAKL09 ialah buku Bidadari dari Timur. Saya habiskan sehari untuk membaca buku ini, alhamdulillah.
Teknik bercerita yang dipersembahkan memudahkan saya membacanya dengan cepat.
Saya kagum dengan seorang isteri dan ibu seperti Cik Yah (panggilan mesra di kalangan kami) yang tiada pendidikan formal namun mampu menjadi sayap kiri Tok Guru Nik Aziz, tokoh ulama dan pemimpin terbilang saat ini. Bacalah kisah hati dan jiwanya yang penuh tawaduk. Walaupun ia tidak ditulis secara sorohah (terus terang), namun saya dapat mengesannya lewat dirinya yang mudah menerima ilmu dari suaminya sendiri. Beliau juga seorang isteri yang qanaah dengan rezeki suaminya.
Pembacaan saya jadi lebih menarik kerana saya terbayang-bayangkan wajah Cik Yah yang murah dengan senyuman ikhlas. Cik Yah dan 5 orang anak perempuannya pernah bermalam di rumah saya di Sweileh, Amman, Jordan. Mereka transit di Jordan dalam perjalanan pulang dari Saudi.
Pada masa itu, mereka mengikuti rombongan Tok Guru ke Cordova, Sepanyol.
Saya mahu meneladani Ummahatul Mukminin, isteri para ulama dan ibu-ibu orang beriman, insyaAllah. Namun satu perkara yang harus kita awasi, ialah IKHLASkan hati kerana Allah semata.
Siapa pun suami dan anak-anak kita, yang penting mereka mampu menjadi manusia berjiwa hamba kepada Allah.
Iya, insan berjiwa hamba itulah status tertinggi di sisi Allah.
Mampukah kita menjadi BIDADARI dunia buat suami dan anak-anak kita?
La hawla wala quwwataillah billah.
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan izinNya jua.
Ummu Abbas
10.49am
11 Jamadil Awwal 1430H
Salam ziarah
Saya & adik dah beli buku ni d PBAKL dlu
Tp tak sempat nak baca
Alangkah sejuknya hati, jika dapat isteri yg solehah nti
Assalamu’alaykum Zamani,
Insya Allah, jika kita berusaha dari sekarang ‘shaping’ diri kita menjadi soleh, ALlah akan beri kita isteri solehah.
Moga Zamani dan semua pemuda-pemuda Islam yang tekun mentaati perintah Allah dikurniakan ‘Bidadari dunia’ penyejuk hati, penenang jiwa. Amin.
Assalamualaikum..
teringin juga nak baca, insyaAllah kalau ada kesempatan dan nampak akan beli..
Assalamualaikum..
kak, boleh tak akak tulis pandangan akak tentang suri rumah sepenuh masa?
saya tahu akak pasti bagi pandangan menyeluruh dari suami gaji rendah, tinggi dari wanita kurang pendidikan hinggalah tahap pendidikan tinggi dan semestinya akak bagi pandangan dari perspektif Islam..
harap sangat. tapi bila2 akak ada masa lah.. tahun depan pun takpe..
syukran
Wa’alaykum salam wbh,
Sakinah,
Insya Allah.
Iya, akak akan beri pandangan berdasarkan pandangan Islam itu sendiri.
Secara ringkasnya, keutamaan seseorang wanita untuk berkerja itu tidak sama antara satu sama lain.
Banyak aspek yang perlu diambil kira.
Faktor luaran (keperluan masyarakat) dan faktor dalaman (tanggungjawab asas).
Kita diskus lain kali, insya Allah.
Terima kasih atas pertanyaan.
aku dah baca dahhh bagussss ya yay ya
Collecting Blogs
Para blogger yang dihormati,
Saya sekarang dalam proses menyenaraikan blog2 mengikut kategori masing-masing. Jika anda berminat untuk memaparkan blog anda disini sila tinggalkan maklumat berikut.
terima kasih, diatas sokongan.
I am currently collecting blogs from All Around Malaysia. If you are interested to be listed here, North Krai Latest Blog Headlines lists, kindly leave:
1. Your blog’s name.
2. Your blog’s url.
3. Your blog’s category.
Thanks for support.
Hmm… Saya memang mengagumi ketokohan Tuan Guru 🙂 Nanti saya nak beli buku nie 🙂