Pada tahun 2004, saya pernah hasilkan satu pamphlet berkenaan hijab wanita. Saya namakan ia Risalah Ringkas Hijab Wanita. Pamphlet itu dicetak di atas kertas bersaiz A4 dan boleh dilipat tiga. Saya cetak di atas kertas pelbagai warna.

Pamphlet ini adalah satu usaha dari nurani yang kasihkan wanita. Ia turut disebarkan oleh adik-adik yang prihatin dan dianugerahkan kasih sayang murni terhadap ummah.
Hari ini, saya mahu kongsikan dengan pembaca blog saya. Saya mempelawa individu atau organisasi yang berminat untuk menyebarkannya di kalangan para wanita Islam agar mencetaknya sendiri.
Pamphlet ini boleh dibahagi kepada adik-beradik perempuan, saudara mara, kawan-kawan, rakan sepejabat, isteri dan orang awam. Jika kita mahu hadiahkan pada seseorang, baik juga jika dimasukkan ke dalam sampul surat yang cantik. Saya cadangkan ditulis di atas sampul, “Warkah Kasih buat Muslimah yang Bijak”.
Selepas menulis risalah ini, saya cuba survey dengan anak saudara yang bersekolah menengah. Saya mahu tahu reaksi remaja perempuan yang membaca risalah ini. Saya cetak 10 salinan dan minta Cik Tim (anak saudara yang sekarang belajar di UIAM) bahagi kepada 3 kumpulan responden. Responden yang sedia baik, responden pertengahan dan responden yang ‘hu ha hu ha’ (yang lincah dan kurang beragama). Pandangan yang diperlukan ialah pada uslub penyampaian isi risalah. Maklum balas yang saya terima ialah bahasa yang digunakan kurang sesuai untuk remaja ‘hu ha hu ha’. Oleh sebab itu, saya mempelawa sesiapa yang pakar dalam berbahasa dengan remaja untuk mengolah semula risalah ini agar sesuai dengan jiwa remaja.
Para pembaca yang ingin memberi komen tentang isi dan kandungan risalah dipelawa meninggalkan pandangan mereka di sini. Semoga mutu risalah ini dapat dipertingkatkan.

Semoga usaha ini diberkati Allah.
Sesiapa sahaja yang berminat mendapatkan risalah ini dalam formatnya yang asal, harap dapat hubungi saya melalui email. Insya Allah, saya akan berikan softcopy melalui email.
Usaha saudara/saudari hanyalah mencetaknya sendiri. Niatkan perbelanjaan itu derma fisabilillah. Insya Allah ia akan memugar tuannya dari azab neraka.
Teks penuh risalah ini saya sertakan dalam entry di bawah dengan tajuknya, “Siapa Gadis Intelek?”
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mendedikasikan siaran risalah ini buat Dr Marwah el-Sharbini yang mati dibunuh di mahkamah Jerman semata-mata kerana hijabnya. Semoga bertambah ramai srikandi muslimah yang sanggup lakukan apa sahaja bagi mempertahankan hijab mereka. Allahuakbar!
Dr Marwah telah menemui Ilahi bersama anak dalam kandungan dengan sebaik-baik khatimah yakni syahid. Ya Allah, tempatkanlah kami bersama orang-orang yang beriman dan mendapat redaMu.
Sama-sama kita menjadi warga Islam yang pro-aktif. Jika si kafir itu menghina kita kerana Islamnya kita, maka marilah kita pertingkatkan amalan dan sumbangan kita untuk deen tercinta ini. Hanya muslim yang mukmin diberi bantuan dan kemenangan oleh Allah swt sebagaimana Allah pernah memenangkan jundu (tentera) Muhammad s.a.w.
Amin, ya Rabbal ‘alamin.
Ummu Abbas
14 Syaaban 1430H
11.18pm
Assalamualaikum,
Sungguh murni usaha adik utk menyedarkan para gadis agar sentiasa menjaga aurat mereka. Bagi akak sendiri yang bertugas sebagai guru, inilah yang menjadi masalah pd kami bagaimana nak menyedarkan para pelajar ttg aurat. Memang akak dah lama mencari pamphlet seperti ini utk di edarkan pada pelajar-pelajar. Kalau tak keberatan minta adik tolong e-mailkannya kepada akak. Semoga usaha kita nanti mendapat keberkatan.
Wa’alaykum salam. Insya Allah kak, saya akan menguruskan tugas menghantar softcopy itu malam ini. Diharap sesiapa lagi yang berminat agar dapat tinggalkan mesej dan email add di ruang komen ini. Insya Allah saya hantar serentak nanti. Lebih menjimatkan masa.
kak nor,
saya ada bbrp cadangan meliputi tajuk, isi dan gambar
1) tajuk – perlu agak catchy jika nak tarik minat remaja muslimah cth yg saya boleh fikirkan spt ‘I cover’ (means Saya tutup) dibuat dengan font yang menarik. – ataupun lain2 tajuk yg menarik
2) isi – tu dah molek dah – kalau diringkaskan dan dibuat dalam bentuk skrip santai dan serasi dgn gambar
3) gambar – kalau ada remaja kita yg ingin jadi model dan ambil gambar mereka bertudung dan berbaju yg menutup aurat – gambar – gambar ni diserasikan dengan isi di atas
selain tu, saya suka kunjungi website ni – busana muslim (mungkin boleh ambil bbrp bentuk fesyen pakaian yg boleh disesuaikan dgn umur remaja muslimah) http://www.shukr.co.uk
boleh hantar satu copy yg kak nor buat tu pd saya, mana tau boleh tambah pahala untuk projek Ramadan tahun ni.
hmm satu lg..tahun ni, surah apa akan dibaca oleh negeri Kelantan utk tilawah. harap kak nor boleh update ya. jazakillah khayr.
sahabat fillah,
Terima kasih atas cadangan.
Semua pandangan di atas itu baik dan Kak Nor pun berfikir mengenainya. Kalau ada orang lain yang boleh tolong olah bagus juga.
Pandangan ketiga itu kena sesuaikan dengan pamplet yang ringkas dan terhad ruangnya. Mungkin satu foto sahaja yang sesuai dimuatkan.
Kak Nur sudah lawat blog tu. Menarik dan Kak Nur pun jatuh cinta dengan fesyen-fesyennya yang mempunyai cutting menarik bagi hijab muslimah. Luas dan longgar tapi tetap menarik.
Terima kasih atas infonya.
Insya Allah Kak Nur akan dapatkan surah untuk Ramadan tahun ini. Boleh juga dikongsi di blog ini.
Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin
Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin
Hari ini di Surau Kemensah Heights
Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir,
Tarikh : 11 Ogos 2009 (SELASA – MALAM INI)
Masa : Lepas Solat Maghrib & Bacaan Ratib Al-Haddad
Tempat : Surau Kemensah Height, belakang Zoo Negara.
http://pondokhabib.wordpress. com
Salam alaykum
dear sis,
i’m impressed reading ur ‘fruitful’ blog
i just wanna ask you about the pamphlet, where can i get it?
hopefully you’ll send it via email to me
salam n thanks
salam kenal
by http://uni.byethost32.com
salam ummu abbas..
saya ada satu soalan yang selalu berlegar2 dalam kepala..
perlukah hijab yang dipakai labuhnya menutupi bahagian punggung, sedangkan baju yang dipakai sememangnya labuh dan longgar ataupun apabila memakai jubah @ baju kurung.. perlu ke kak? saya tahu, adalah lebih tertutup dan sopan sekiranya tudung tersebut labuh melepasi punggung. Tapi, adakah sekiranya tidak melepasi punggung (tetapi tetap melepasi bahagian dada), seseorang muslimah itu tidak menepati syariat berpakaian islam?
saya sendiri lebih selesa sekiranya ianya labuh, namun adakalanya saya ditanya oleh rakan2 dan, pernah seseorang mempersoalkan kelabuhan tudung yang dipakai,
“nampak rimas, besar sangat, kan baju dah labuh.. tak yah la tudung besar sangat..”
terkedu jua dibuatnya, kerana yang menegur saudara rapat..
adakala ketika bersama ipar duai, saya tidak bertudung labuh ke punggung, tetapi tetap tudung melepasi dada. saya juga tidak memakai stokin.. saya pernah membaca di blog ummu husna, ada situasi2 yang diberi sedikit kelonggaran(seperti tidak memakai stokin)
diharap akak dapat memberi penerangan dan tunjuk ajar..
terima kasih kak.. maaf kalau pertanyaan saya seakan tak tahu ilmu.., saya masih baru dan sentiasa ingin membaiki diri..insyallah..
salam..
sis, i’m interested in getting the pamphlet. hope u can send one for me.
tqvm