
Saya rasa terpanggil lagi untuk bercerita tentang pengalaman pakai purdah setelah melihat perkataan carian mengenai PURDAH adalah yang tertinggi setakat ini dalam blog saya. Saya akan bercerita mengenai pengalaman sahaja dan tidak bermaksud mengemukakan hujjah ilmiah secara terperinci.
Dalam entri bertajuk ‘Kenapa Tutup Muka?’ sebelum ini telah dimaklumkan bahawa saya kurang berminat berbincang tentang perkara khilaf. Keutamaan saya ialah perkara prinsip-prinsip asas dalam Islam. Perkara khilaf saya akan sentuh bila ada pertanyaan. Justeru, saya akan bercerita sedikit demi sedikit mengenai pengalaman memakai purdah untuk mereka yang mahu mengetahuinya. Saya cuba mengelak berbincang tentang perbahasan fuqaha’ tentang hukum memakainya. Perbincangan tersebut boleh didapati di dalam kitab-kitab tafsir dan sebagainya.
Sudah tentu saya sayangkan para wanita semua. Lebih-lebih lagi kepada yang sedang pulang kepada Tuhan. Saya harap apa yang baik dijadikan panduan. Apa yang kurang baik dijadikan sempadan. Nasihatilah saya dan berikan alternatif di atas kesilapan saya. Allah jua sebaik-baik pemberi balasan.
Kisah pertama saya ceritakan dalam entri bertajuk ‘Purdah: Satu Pengalaman’. Kisah kedua ‘Kenapa Tutup Muka?’. Kali ini kisah ketiga pula.
🙂 🙂 🙂
PENGARUH PURDAH
Pengaruh pertama yang melanda diri ialah kakak-kakak di sekolah yang agak ramai memakai purdah waktu itu. Wajah mereka berseri dengan cahaya zikrullah dan taat padaNya. Akhlak mereka juga baik memikat. Walaupun ramai juga kakak yang tidak memakai purdah yang berakhlak mulia namun hati lebih tertarik dengan pemakai purdah. Tambahan pula, mereka yang tidak memakai purdah sebenarnya berhasrat untuk memakainya namun keadaan tidak mengizinkan.
Pelajar berpurdah tidak akan memakai purdah di kawasan sekolah yang mana sekolah turut dihuni guru-guru lelaki dan pakcik tukang kebun. Bila ada pengunjung atau tetamu lelaki dari luar baru mereka mengenakan purdah.
Pengaruh jemaah al-Arqam pula waktu itu sangat kuat. Jemaah muslimah al-Arqam semua memakai niqab (purdah) berwarna hitam atau gelap. Saya melanggan majalah mereka dan masih menyimpannya sehingga sekarang.
Sekelompok muslimah lagi yang berpurdah ialah yang belajar di Pondok Kg Kasar. Ia diasaskan oleh Ustaz Muhammad ‘Uthman el-Muhammady. Pondok di Kg Kasa khusus untuk muslimah. Pondok untuk muslimin di kampung sebelah iaitu Kg Tal Tujoh.
Saya pernah menghadiri kuliah di Pondok Kg Kasa di hujung minggu. Muslimah di sana memakai abaya hitam sama seperti abaya muslimah di Arab Saudi.
Kali pertama menghadiri kuliah, saya yang sudah memakai jubah waktu itu terpegun melihat wajah-wajah di sebalik abaya hitam. Ada kawasan khas untuk mereka menyangkut abaya. Mungkin kerana itu majlis ilmu, di dalam abaya mereka memakai sepasang kurung berwarna-warni dan berbunga serta tudung kecil (tudung tiga segi- sebagaimana panggilan umum).
Kebanyakan mereka masih remaja. Masya Allah, wajah mereka berseri-seri penuh ketenangan dan penuh senyuman mesra. Ramai juga berwajah jelita. Namun yang tidak jelita pun, hati tetap senang memandangnya. Iya… justeru mereka mengamalkan zikir yang tetap juga menjaga ibadah yang wajib yang lain.
Mereka datang dari pelbagai negeri di Malaysia. Aduh… jika hati saya yang juga gadis seperti mereka boleh terpegun. Saya tidak tahu jika kaum lelaki yang melihatnya. Saya berusia kira-kira 14 atau 15 tahun waktu itu.
Allah memelihara kesucian dan maruah mereka dari pandangan nafsu lelaki ajnabi. Alhamdulillah. Moga mereka yang saya lihat waktu itu masih istiqamah di jalan Allah.
Melihatkan kakak-kakak memakai purdah dan muslimah Arqam memakai purdah, saya tertanya-tanya kenapa ada wanita berpurdah dan kenapa ada yang tidak. Walaupun hati tertarik namun saya tidak akan lakukan sesuatu perkara kerana ikutan/taqlid membabi buta sama ada pada individu mahu pun jemaah. Tabiat saya suka mencari sebab-musabbab dan hujjah yang wajar.
Saya tahu pandangan Tok Guru Nik Aziz dalam hal ini yang tidak menggalakkan memakai purdah. Saya dapat tahu melalui salah seorang anak saudara Tok Guru yang satu sekolah dengan saya waktu itu.
HARI PERTAMA DENGAN PURDAH
Kali pertama saya memakai purdah ialah semasa pra universiti di Akademi Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri [AIUM]. Saya mengambil keputusan memakai purdah setelah membuat kajian lebih kurang 4 tahun yakni sejak tingkatan Dua di Maahad Muhammadi Perempuan [MMP]. Berdasarkan kajian taraf ‘budak sekolah menengah’ itulah, saya membuat keputusan memakainya. Ia tidak lain semata-mata kerana mahu mendekatkan diri kepada Allah.
Hari pertama memakainya ialah hari pertama saya perlu hadir ke kelas yang ada pelajar lelaki di dalamnya. Hari itu juga merupakan hari pertama kelas bermula di AIUM [Sekarang disebut APIUM] bagi sesi 1992/93.
Secara ringkasnya, penting bagi saya mengekalkan rasa malu sebagai gadis Islam. Saya ini jenis peramah. Keluarga saya semuanya begitu. Justeru bila pakai purdah, saya terpaksa kawal sikit sifat peramah saya terutama dengan pelajar lelaki.
Hampir 7 tahun di MMP, saya selesa dan memang sangat selesa serta tenang belajar di sekolah perempuan sahaja. Jadi seboleh-bolehnya, saya mahu kekal dalam rasa tenang dan selesa itu walau di mana saya berada.
Saya memakai purdah bukan kerana saya cantik atau merasa diri cantik. Jauh sekali. Saya hanya gadis Melayu biasa-biasa. Saya memakainya kerana mahu menyolek hati agar lebih cantik.
Namun…ahh… ramai lelaki atau perempuan sendiri menganggap wanita berpurdah ini kerana dia cantik atau merasa diri cantik. Hakikatnya bukan semua begitu. Cantik itu subjektif sifatnya. Ia bergantung pada mata yang memandang dan citarasa seseorang yang Allah jadikan tidak sama. Implikasi persepsi tersebut, bila mereka berpeluang melihat wajah wanita berpurdah dan didapati tidak secantik yang dibayangkan, mereka mula mengutuk atau hati mereka mula didatangi mazmumah mengeji wanita itu. Salah mereka sendiri. Tidak ada siapa yang suruh kita bayangkan apa-apa yang sudah disembunyikan. Ia juga satu khayalan sia-sia yang tidak akan menambah pahala. Sebaliknya menambah dosa mengeji kejadian Allah yang tidak dapat diubah yakni wajah.
- Niqabi dalam urusan jual beli.
Alllah menilai hati dan akhlak. Jika kita menilai bukan menurut neraca Allah, kita sengaja mengundang murkaNya. Na’uzubillah. Bagi wanita yang tidak cantik, usahlah bersedih. Allah buka peluang untuk kita memburu syurgaNya dengan agama yang mampu diusahakan, bukan dengan rupa paras yang sudah ditetapkan oleh Allah. Pedulikan nilaian mereka yang negatif kerana syurga itu bukan milik mereka.
Mereka juga tidak mampu memberi bahagia atau derita walau sebesar zarah tanpa izin Allah swt. Marilah kita make-up wajah kita di akhirat dengan mengamalkan agama sepenuhnya di dunia ini, dengan izin Allah jua. Kelak kita akan lihat, siapakah yang cantik dan siapakah yang buruk di akhirat sana. Ya Allah, tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.
Secara peribadi, saya memakai purdah kerana merasa tenang dan selesa dengannya. Oh ya… sudah tentu pada hari pertama memakainya, saya merasa rimas dan tidak selesa bernafas. Alah bisa tegal biasa. Lama-lama saya boleh menyesuaikan diri dengannya. Alhamdulillah. Bagi muslimah yang baru belajar memakainya, pilih jenis kain yang tidak panas dan tenunannya tidak rapat/padat untuk dijadikan purdah.
AIR MATA SUKARELA MENGALIR KELUAR
Saya masih teringat satu kenangan indah pada hari pertama saya memakai purdah. Waktu itu saya akan keluar dari Asrama al-Malik Khalid untuk hadir ke kelas pertama.
Seminggu sebelumnya kami menjalani minggu orientasi yang Islami kerana program untuk siswa dan siswi diasingkan. Kami hanya berkumpul semasa acara dewan seperti ceramah atau kuliah umum. Bagi acara dewan, saya masih boleh mengelak dari bertembung dengan pelajar lelaki kerana pelajar lelaki biasanya memenuhi dewan terlebih dahulu dan duduk di barisan hadapan. Jadi saya dan rakan-rakan yang datang kemudian akan masuk dari pintu belakang dan duduk di barisan belakang. Selesai acara, kami akan keluar dahulu sebelum pelajar lelaki bersurai dari barisan hadapan.
Alhamdulillah, kami sungguh bertuah diizinkan ALlah berada dalam program orientasi yang diberkati, insya Allah. Tiada pergaulan bebas dan tiada siswi yang mendedahkan aurat.
Kembali kepada kenangan indah tadi, sebaik saya mengenakan purdah di wajah, air mata keluar tanpa dapat ditahan-tahan. Saya tidak tahu kenapa dan mengapa. Seorang sahabat saya yang agak terperanjat melihat saya mengenakan purdah menegur, “Kenapa Nur?”.
Dia juga hairan melihat saya menangis. Pada masa itu satu perasaan yang mengalir tenang memenuhi seluruh lubuk hati menyentap rasa sayu nan syahdu. Satu perasaan yang tidak dapat dimiliki kecuali dari Allah swt. Apakah saya memakainya benar-benar kerana Allah? Saya terpaksa mengambil sedikit masa untuk meredakan tangisan dan menenangkan diri semula. Kemudian baru mampu melangkah keluar menuju dewan kuliah.
Sampai ke hari ini, bila terkenang perasaan yang mengalir semasa kali pertama mengenakan purdah, saya masih hairan, kenapa dan mengapa? Dalam situasi majoriti masyarakat tidak menyukai purdah bahkan ramai juga yang prejudis, Allah campakkan sesuatu ke dalam hati yang tidak mampu dibeli dengan wang berjuta.
Cukuplah Allah bagi diri saya. Baiknya saya kerana menumpang rahmat Ilahi. Buruknya saya kerana lalai dari mengingatiNya. Juga kerana fitrah saya sebagai manusia biasa yang dikelilingi kelemahan. Saya yakin dan percaya pada rahmat Allah. Saya sentiasa berharap keampunanNya setiap kali melakukan kesilapan. Biarlah manusia mahu mencerca dan menilik keaiban dan kesalahan saya, hakikat yang Maha Pengampun adalah Allah jua.
KETENANGAN BAGI WANITA ADALAH RUMAHNYA
Allah berkata tabi’ie wanita itu berada di rumah dan ketenangan bagi wanita itu adalah rumahnya (Al-Ahzab;33). Apabila disebut rumah, sifat sebuah rumah itu melindungi ahlinya dari pandangan orang awam. Rumah juga adalah satu institusi yang memelihara nilai ‘privasi’ bagi wanita. Namun bukan selama-lamanya wanita betah berada di rumah. Ada keadaan yang memerlukan mereka keluar rumah untuk memenuhi keperluan atau bermusafir melihat bumi Allah. Mutakhir ini, tuntutan dakwah dan jihad turut memanggil para muslimah untuk berjuang menurut cara yang sesuai dengan mereka. Dasar fiqh Islami sememangnya begitu. Fiqh Islami mempunyai prinsip asas namun bersifat anjal dalam perlaksanaannya. Ia mudah dan tidak membebankan jika kita memahami serta menguasai ilmu fiqh.
Sebagai gadis atau anak dara waktu itu, setiap kali mahu keluar rumah, saya berfikir untuk menjaga ‘privasi’ agar tidak dikenali umum. Satu-satunya alternatif yang ada ialah memakai purdah.
Saya tidak bermaksud memanjangkan perbahasan mengenainya di sini. Saya akan bincangkan mengenainya di suatu masa yang diizinkan Tuhan, insya Allah.
Tidak dikenali umum itu bermaksud tidak mendedahkan diri kepada pandangan umum lelaki ajnabi. Bagi saya, menjadi satu kebanggaan bila dapat meminimumkan pandangan lelaki ajnabi pada diri saya. Meskipun saya ini biasa-biasa sahaja. Wanita itu sendiri sebenarnya aurat secara keseluruhannya. Oleh sebab itu, dalam blog ini pun saya cuba meminimumkan foto-foto saya kecuali ada keperluan.
Saya masih mahu memelihara rasa malu saya. Pun begitu, memahami prinsip asas aurat wanita seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Sesuai dengan prinsip purdah itu sendiri yang hukum asalnya menurut majoriti fuqaha’ bukan wajib. Ada sesetengah fuqaha’ mengatakan ia wajib. Maka saya akan membuka purdah dalam situasi yang harus saya berbuat demikian. Sebagai contoh semasa menghadiri perbicaraan di mahkamah (semasa membuat kajian amalan di mahkamah sivil untuk disertasi sarjana). Saya buka purdah semasa berada dalam dewan mahkamah. Semasa menunggu diluar ‘court’ saya tetap memakai purdah. Saya juga membuka purdah ketika masuk ke bilik pengetua untuk memperkenalkan diri di sekolah yang pernah saya mengajar dahulu.
Dalam pengalaman bermusafir, saya dilayan baik semasa ke Bangkok. Meskipun sangat sukar mencari muslimah berpurdah di sana. Semenjak saya memakai purdah, hanya dua tempat yang saya membuka terus purdah saya yakni semasa menunaikan haji dan semasa ke Sydney. Di Mekah, saya membuka purdah semasa dalam ihram. Itu pun ada pelajar lelaki yang komen kenapa dibuka walhal saya berpurdah. Komen belakang-belakang.
Semasa ke Sydney, saya buka purdah sebaik menjejakkan kaki dalam flight KL-Sydney dan memakainya semula selepas keluar dari flight Sydney-KL. Saya mengambil kira situasi tekanan kepada ummat Islam di peringkat antarabangsa dan masyarakat di sana. Jadi saya memilih mengamalkan perkara minimum dalam menutup aurat. Alhamdulillah, saya istiqamah dengan jubah dan tudung labuh saya. Namun setelah berada di Sydney, ramai juga warga Arab yang memakai purdah. Mungkin selepas ini, jika berpeluang ke Sydney lagi saya akan memakai purdah di sana. Insya Allah.

TETAP AKTIF WALAUPUN BERPURDAH
Semasa belajar di APIUM, kedudukan kami dalam kelas ialah pelajar lelaki semuanya berada di barisan hadapan. Pelajar perempuan berada di barisan belakang dengan ada sedikit jarak di antara barisan kerusi pelajar lelaki dan barisan kerusi pelajar perempuan.
Alhamdulillah, saya dapat mengekalkan rasa malu untuk membataskan pergaulan dengan lelaki ajnabi. Namun saya tidak menyekat tabiat yang suka bertanya sesuatu yang tidak difahami kepada guru yang mengajar. Dengan perkataan lain, saya tetap aktif di dalam kelas sama seperti saya aktif semasa bersekolah menengah dan juga di sekolah rendah. Kebanyakan guru memang ingat nama saya kerana saya suka bertanya.
“Ainon, saya tidak dengar lagi suara awak hari ini,” seorang guru lelaki yang mengajar subjek Sains pernah menegur apabila tidak mendapat soalan dari saya.
“Ainon, ada apa-apa nak tanya,” guru-guru lain pernah berkata bila saya membisu dari mengemukakan soalan. Kalau tiada soalan itu maknanya saya sudah faham semualah apa yang diajar.
Itu pengalaman di sekolah menengah yang mana saya belum mengenakan purdah.
Di AIUM, seorang guru lelaki berbangsa Cina mengingati nama saya lebih dari rakan-rakan saya yang majoriti tidak memakai purdah. Sudah tentu kerana saya aktif di dalam kelas. Untuk kelas Bahasa Inggeris itu, kedudukan pelajar perempuan dengan pelajar lelaki ialah sebelah menyebelah. Jadi saya sering duduk di saf hadapan dan dekat dengan guru. Saya memang suka saf hadapan bila belajar kerana saya dapat lebih fokus pada penerangan guru.
Cukuplah dahulu catatan saya mengenai purdah untuk kali ini. Sedikit tazkirah buat muslimah yang berminat memakai purdah; Walaupun saya ada ceritakan mengenai wajah yang berseri di sebalik purdah, namun kita perlu ikhlas dalam memakainya semata-mata kerana Allah. Bukan kerana mahu wajah bertambah cantik berseri dan sebagainya. Wajah yang berseri hakikatnya datang dari hati yang bersih dari mazmumah dan mengisinya dengan mahmudah. Ditambah dengan zikrullah yang tidak putus-putus. Ia boleh dimiliki oleh muslimah yang tidak berpurdah sekalipun jika mereka membersihkan hati mereka. Juga oleh kaum lelaki yang menyucikan hati mereka.
Muslimah berpurdah pula jika kurang menjaga kesucian hati, ia tetap memberi warna yang tidak baik pada peribadinya.
Wallahua’lam.
Ummu Abbas
3.43am
17 Syaaban 1430H
assalamualaikum
saya juga dulu ramai rakan apium yang pakai purdah namun tak ramai yg istiqamah. malah ada yang akhlak pun tak baik. memang ada yang hebat seperti saudari kata. sepanjang pergaulan saya dengan ahli jemaah di apium walaupun saya bukan dikalangan mereka. hakikat akhlak mereka lebih buruk dari mata org luar melihatnya. teruskanlah istiqamah saudari
syabas utk kakak
assalamualaikum
sy teringin utk memakai purdah sejak dr zmn sek men lg tp sy tahan smpi sy bkahwin. sjk akhir2 ini, ati mkn kuat utk memakai purdah.tmbh plk, sy tinggal bjauhan dgn suami kerana tuntutan keja. sy tidak berani keluar rmh tnp ada tujuan krn telah dididik dgn cr ini sejak kecil. sy sedar ada mata2 yg sering melihat ke arah sy. sy takut sy mgundang fitnah kpd mereka.sy mahu menjaga maruah sbg isteri walaupun suami tiada di sisi.sy tidak tahu macamana utk membuat purdah.sy prnh melihat, ada wanita yg memakai tudung 3 segi tp masih berpurdah.sy slalu tfikirjg,mcmn mrk design kain itu
Wa’alaykum salam wbh Kelantaniah,
Saudari boleh hubungi sahabat saya Chik di http://kelatemaghi.blogspot.com/ untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara membuat purdah. Blog itu khusus untuk fesyen muslimah dan banyak menyenaraikan link ke butik muslimah. Harap maklumat ini membantu.
Semoga dipermudahkan Allah.
Assalammuaalaikum ummuabbas, betulla apa yang ummuabbas tulis tu…Masih rindu nak pakai purdah semula…tapi sekarang dah kawin….keadaan berbeza…
Jemput lawat blog baru akak Arkib Ilmu!
Wa’alaykum salam ummu afiq,
Terima kasih kerana jujur mengakui apa yg saya tulis. Ada lagi cerita pengalaman pakai purdah selepas kahwin…. nantilah… panjang umur dan diizinkan ALlah, saya tulis lagi.
Allah sebaik-baik penolong dan pemberi kekuatan.
Assalamualaikum kaknor dan para pembaca yang lain.
Satu perkongsian pengalaman yang berbeza dari chik tapi rasanya mempunyai matlamat yang sama. Memakai purdah kerana ingin lebih dekat dengan Allah SWT. Tak sangka pula ada gambar chik di sini. Bila tengok rating referer ke keluargakusayang, lebih 200 yang datang dari posting kaknor yang ini.
Ada juga kenalan yang ingin tahu pengalaman dan kenapa chik berpurdah tapi masih belum bersedia untuk menulisnya. Walaupun kita dah kenal lama tapi baru kali ni chik tahu bagaimana permulaan kaknor berpurdah. Suka.
p/s: terima kasih tolong promot blog chik. semoga ada manfaat utk semua orang.
SYA INGIN SANGAT PKAI PURDAH TAPI SKOLAH TAK BAGI PASAI APA HA.
Wa’alaykum salam wbh Chik. Mujur Chik tak marah K Nor siarkan foto Chik di sini. Ingat nak bagitau dulu tapi lorat menulis dan rasa-rasa Chik takkan marah. 🙂 Terima kasih Chik ye… K Nor pun nak tau juga macam mana Chik yg bersekolah asrama penuh aliran sains mahu pakai purdah. Alhamdulillah, istiqamah pula. Moga Allah tetapkan hati-hati kita yang mencari cintaNya.
K Nor nak letak foto sendiri juga untuk entry ini tapi laptop baru ni masih banyak fail yg tak sempat di copy ke sini. So papar je mana yang ada.
Sekali lagi, syukran.
**********
Lebah yang dikasihi Allah,
K Nor cadangkan Lebah mendalami terlebih dahulu tentang purdah dan perbahasan ulama yg ada mengenainya.
Bila kita mahu memilih penampilan terbaik, cuba dahulukan peningkatan pada peribadi seperti akhlak, pelajaran, hubungan dengan ibubapa, rakan-rakan dan guru. Bila kita nekad, mohonlah pertolongan Allah agar menetapkan hati kita di atas perkara yg baik.
Kita berusaha menjadi insan bertaqwa semaksimum yg mampu kerana itulah petunjuk Ilahi dan RasulNya. Maafkan kekurangan diri yg tidak mampu diubah dan pedulikan penilaian orang lain yg tidak mampu memahami diri kita. Sentiasa merasa cukup dengan Allah, penawar terbaik bila menghadapi tekanan ketika memakainya. Bukankah kita memakainya kerana Allah? Justeru apa lagi yg kita harapkan daripada manusia?
Pujian dan kejian manusia hanyalah dunia yg diuji ke atas kita. Kecuali pujian dan kejian yg dilakukan kerana Allah.
Lebah,
Jika lebah benar-benar berminat memakai purdah di usia sekarang (yakni masih bersekolah), sedangkan pihak sekolah tidak membenarkan, K Nor syorkan Lebah memakainya di luar sekolah dahulu seperti untuk membeli-belah, menziarahi keluarga dan rakan-rakan dan lain-lain aktiviti.
Semasa mahu ke sekolah, Lebah boleh buka purdah sebelum memasuki pagar sekolah dan memakainya selepas keluar dari pagar sekolah. Mulakan dengan yg minimum dan setakat yg mampu dahulu.
Harap saranan ini membantu.
Wallahua’lam.
Salam kak Nor,
bila kak nor sebut tentang APIUM dan pengalaman purdah, mmg saya sebenarnya dapat berkenalan dgn sahabat2 yang berpurdah mulanya di sana. Alhamdulillah, sedikit sebanyak pandangan saya tentang purdah, (yang kurang baik) terhakis apabila berkawan dgn mereka yang benar-benar berpakaian purdah dan berakhlak dengan amat baik.
Saya perhatikan cabaran untuk mereka ini cukup besar. Ujian yang Allah sediakan untuk mereka kekal berpurdah dan istiqamah dgn purdah juga hanya Allah sahaja yang tahu. Cabaran dalam bentuk sahabat2 lain yg ada positif dan juga negetif, tidak termasuk lagi godaan dunia dan juga syaitan. Ada juga yang mendapat gangguan (baik sihir dan juga gangguan fizikal) Ada juga di kalangan mereka hanya dapat berpurdah di nilam puri dan bila pulang ke kampung sewaktu cuti, mereka tidak dapat teruskan krn tentangan dari keluarga.
Oleh itu, bila saya bertemu lagi dgn mereka yang masih kekal berpurdah sampai ke hari ini saya benar2 kagum dgn mereka. Yang tak mampu bertahan terutamanya saya faham, itu bukan kehendak hati mereka. Jauh di sudut hati saya rasa itu adalah keputusan yang sukar untuk mereka ambil terutama apabila mereka berkahwin, keluarga semakin besar, ada yang perlu bekerja untuk membantu keluarga maka kondisi mereka sudah berubah dari iklim biah solehah di nilam puri.
wahh dah lama sy nk tahu pengalaman org bpurdah …tq saudari…
Salam. Sebagai satu perkongsian rasa dan faham, saya persilakan UmmuAbbas dan semua pembaca di sini ke blog saya dengan artikelnya, Selsema Yang Impaknya Maksima dan Tutup Muka, Ala Zorro atau Agama. Moga ada manafaat untuk kita bersama khasnya muslimat semua.
Moga beroleh rasa dan faham juga,
sesiapa
sampaikan salam saya
pada doktor
Pengajian Malam ini bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin
Hari ini di Surau Kemensah Heights
Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir,
Tarikh : 18 Ogos 2009 (SELASA – MALAM INI)
Masa : Lepas Solat Maghrib & Bacaan Ratib Al-Haddad
Tempat : Surau Kemensah Height, belakang Zoo Negara.
http://pondokhabib.wordpress. com
dengan purdah, syawaktu di bukittinggi padang Indon. Banayak orang berpurdah yg datang. waktu itu ada jamaah abuya Ashaari Muhammaad yg sekarang dikenal orang global Ikhwan.Purdah adalah sunnah rasul yg sangat diperjuANGAN. tAPI YG SANGAT Besar adalah sunnah berjamaah. dengan ada jmaah yg dipimpin oleh pemimpin tunujukanTuhan utk zaman ini yaitu Putra Bani Tamim dan Imam Mahdi tentu akan terpimpin dan akan sampai k akhirat. utk itu kita perlu guru mursyd yg sangat menyuluh hati. Guru mursyd itu dibnatudengan karmah dan ilham. Jika takada karamah dan ilham ia jadi guru biasa. moga2 rasa saya iniada gunanya utk kita. mohn maaf. ada benaarnya dari Allah danjika ada salah darisayalah. saya mohon maaf .
salam semua.
seronok baca kisah Nor. Memang begitulah perasaan kita bila mula2 pakai purdah, terharu, gembira, tak tentu arah. Kita pakai bukan kerana kita perasan kita cantik tapi kerana kita merasa kita terlalu kerdil dan kekuatan kita mungkin hanya dengan cara ini saja. Sama2lah kita istiqamah dalam berpurdah terutama dimusim2 H1N1 ini ramai yang nampak akan kebaikan berpurdah ni.
saya pernah berpurdah semasa di sek rendah dulu(sek swasta di Kubang Kerian-Madinatul Ilmi Pondok Tok Kenali) tapi masa tu pakai sebab ikut-ikutan jer,tengok kawan pakai, rasa nak pakai jugak.lagipun masih kanak2 riang.tak istiqomah pun,kejap je pakai, sekadar mencuba. Teringat kesah sepupu datang ziarah ke rumah, kebetulan saya mahu ke sekolah. Pelik je cara dia tengok saya, ye la dengan jubah hitam (uniform sek) dan berpurdah pulak tu, masa di sek rendah ni la saya belajar menjahit purdah sendiri. Masa tu memang femes perkataan Zorro, hantu bungkus dll.. malah menjadi perbincangan di kalangan kami ketika yang masih kanak2.. masing2 bercerita pengalaman berpurdah..
kawan2 bercerita pengalaman berpurdah ketika pulang ke kampung.
Semasa di sek tu saya ada seorang kawan yang memakai purdah dari sek rendah sehingga sek menengah (sama sek ngn saya-MMP-saya junior kak Nur jgk-SPM 98). Dan adik beradik perempuannya memang memakai purdah. Memang tabik ngn dia, tetap istiqomah, cuma dah lost contact selepas abih belajar di MMP. Itu cerita kawan..
Dan sekarang saya ada juga rasa@niat nak pkai smula, tambahan pula suami memang menggalakkan..cuma belum rasa ada kekuatan, kerana memikirkan akhlak tak berapa bagus lagi..huhu..
Pernah jumpa artikel yang menyebut tentang aurat wanita, saya tak pasti hadis ke apa..cuma yang saya ingat.. wanita ni disamping dia ada 10 aurat@fitnah.. jika suami mengahwininya.. masih ada 9 aurat@fitnah yang mengiringinya.. Oleh itu, wanita memang digalakkan duduk dirumah je.. hatta untuk berjemaah di masjid pun tak digalakkan jika boleh timbul fitnah, apatah lagi pergi bekerja kan.. fikir-fikirkanlah..peringatan untuk diri sendiri juga..
Assalamualaikum….Sekadar ingin berkongsi..alhamdulillah,saya mula memakai purdah setahun lalu..Allah buka pintu hati saya untuk pakai,setelah satu ujian besar( putus tunang) menimpa saya..saya nekad untuk memakai purdah dengan niat untuk membataskan pergaulan dan menjaga diri saya dari kaum adam..wktu tu saya masih di IPTA dalam jurusan undang2..
alhamdulillah,beberapa bulan selepas tu saya bertemu dengan suami saya sekarang dan mengikat pertunangan melalui baitul muslim.suami tidak kenal saya,tapi nekad mahu memperisterikan saya dengan alasan dia hanya mencari wanita yang beragama..dia tak mahu,sekiranya dia tengok rupa paras saya,dia akan tolak saya kerana fizikal saya..jadi dia yakin, jodoh yang telah ditentukan ALLAH untuknya…
Suami banyk menyokong saya untuk pakai purdah,namun dalam masa yang sama tak pernah memaksa saya.. waktu mula2 pakai,bermacam2 perasaan yang timbul..bimbang orang lain prejudis terhadap kita,bimbang juga orang kata kita terlalu alim walaupun hakikatnya kita biasa-biasa saja..
Tapi,sesuatu yang positif telah berlaku dalam hidup saya..saya menjadi terkehadapan di dalam kelas,selau menegur rakan2 di kalangan semua peringkat..rasa tercabar untuk buktikan orang yang pakai purdah tidaklah jumud seperti kebanyakana orang sangka..hubungan saya dengan lecturer dan kawan-kawan jadi semakin akrab dan rapat…saya rasa lebih happy dan termotivasi dengan hidup saya….
kalau di tempat2 awam,saya suka menegur non-muslim,atau sesiapa sahaja yang memandang saya dengan pelik..dan kebanyakan mereka seolah2 berrubah persepsi selepas berborak2 dengan saya..mungkin apa yang mereka sangka tentang orang pakai purdah selama ni berubah…
akhirnya,saya nasihatkan sesiapa yang ingin memakai purdah..niatkan ikhlas kerana ALLAH..SEMATA2 INGIN MENCARI REDHA ALLAH..BUKAN REDHA MANUSIA…bawa imej pemakai purdah sebaik mungkin supaya orang tidak lagi memandang serong kepada si pemakai purdah…tunjukkan kepada non-muslim,betapa indahnya cara hidup islam yang sebenarnya..ALLAHUAKBAR!!
mOGA terus Istiqamah
salam..
saudari..
sbagai manusia yang ingin menjadi hamba yang baik,ada juga terdetik dihati sy untuk memakai tudung labuh dan juga berpurdah. tetapi, sy juga seperti gadis remaja yang lain, yang inginkan hiburan dan memakai pakaian yang cantik2..pemakaian sy,kalau ke kelas,sy memakai baju kurung,kalau keluar ke bandar sy akan memakai blouse labuh dan jeans, dan bertudung bawal..akan tetapi sekarang ini, sy merasa sedikit kurang selesa bila memekai tudung bawal,kerana ia agak jarang. tambahan pula, teman lelaki sy sudah mula menegur yang tudung sy jarang. selepas mendapat teguran dari teman sy itu, sy kurangkan memakai tudung bawal. kalau tidak memakai blouse, sy juga akan berjubah ketika keluar. sy sekarang sedang mencari2 bagaimana untuk menjadi seorang muslimah yang diredhai Allah. sy mempunyai teman lelaki, yang memang sy harapkan dan sentiasa berdoa agar dia menjadi suami sy yang dapat membimbing sy.
walaupun sy tau mempunyai teman lelaki itu tidak dibolehkan, tetapi kami masih menjaga batas2 hubungan kami. akak…tlg bimbing sy..bagaimana nak jadi muslimah yang dirinya kenal dan rapat dgn Allah dan RasulNya..
Assalamualaikum…….
Alhamdullillah antara ciri2 calon syurga ialah Allah S.W.T. permudahkan diri seorang hambanya melakukan kebaikan…..
Terus Istiqamah…..Islam datang menjaga bukan menghina
Cantik diri indah peribadi…….
sy bangga ada muslimah macam anti ! ana harap anti ikhlas n istiqomah ya !
ana doakan ! 🙂
Assalamua’laikum
Alhamdulillah kerana akak telah dipilih Allah sebagai muslimah….
Pada saya,akak sbnrnya brada di jalan jihad Allah…
Teruskan jihad sehingga menemui syahidnya…
Cita saya juga mahu jadi sprti akak..
Jadi ….doakan saya turut serta di medan ini bersama barisan mujahidah….
InsyaALLAH doa saya;ALLAHU YUBARIKU FIKI;ameen
wassalam
sy suka tengok orang berpurdah…sy rasa memakai purdah itu nampak cantik dimata sy…terutama berpurdah cara orang arab….sy dah beli sehelai purdah itu…tp sy belum ada keyakinan nak pakai…lagipun keadaan tidak mengizinkan….sy sgt berkeinginan untuk memakai purdah kerana sy rasakan lebih selamat ke mana-mana kalau berpakaian begitu (sy slalu keluar berseorangan)…tp hati sy belum yakin untuk memakainya di tempat umum melainkan didalam bilik (huhuhuhu…takde maknanya)….pernah sekali sy try pakai untuk pergi ke shopping complex…sampai di sana bila keluar dari kereta,jalan beberapa tapak je…terus patah balik (dah la sebelum keluar dari kereta tu hati dah berdebar2.maklumlah 1st time)…rasa kurang yakin pulak..sbb takot dengan pandangan prejudis dari orang sekeliling…ntah bila lagi sy dapat untuk memakai purdah dengan yakin…sy harap satu hari nnt sy dpt keyakinan untuk itu…
Assalamu’alaikum kak..
sy terasa mcm Allah tgh nak bagi hint pada doa saya dulu. Dulu saya ada doa, kalau berniqab tu baik, bagilah saya petunjuk. tapi tak lama lepas tu, hasrat terpendam tu kian pudar. Tapi hari ni, ada sorang pengunjung ILI, bg sy personal message. katanya nak pakai purdah dan nak tau kat mana orang jual. saya tak tau nak tolong dia macamana sebab saya bukan kat malaysia. tapi saya adala bagi org yg saya kenal berpurdah area selangor. mungkin akak boleh tolong adik ni > aliaayusof@yahoo.com
tapi nak ceritanya, rentetan dari saya cuba nak tolong adik ni, saya google ‘beli purdah’ kot dapat la info apa2 utk adik ni. semangat nak tolong dia buat benda baik. n semangat tu jugak menyembur kat saya bila saya terjumpa blog akak. dengan izin Allah. dan bila saya baca komen ka Chik tu, n komen2 lain..uish. itu la apa yg pernah saya rasa sebelum ni.
http://everjihad.blogspot.com/2008/07/niqab.html
http://everjihad.blogspot.com/2008/09/pengalaman-pertama.html
http://everjihad.blogspot.com/2008/09/lets-change-world.html
saya pernah cuba pakai. saya ingat kali pertama saya pakai. dan saat2 awal saya pakai. tapi tu pun on-off sbb saya tak pasti, betul ke apa yg sy buat. rs mcm tak cukup kuat lagi. lagi2 sy rs kena mantapkan dulu dari segi akhlak dan sebagainya. tambahan pulak mak ayah saya macam tak berapa bagi sokongan. tapi ada waktu tu, saya nekad nak pakai, saya pakai juga di luar college. tapi oleh sebab on-off, tak istiqamah pakai. benda tu yg melemahkan saya. tak boleh istiqamah atas sebab2 tertentu n bila pakai pada sesetengah tempat je kdg2 buat sy rs pelik dgn diri sendiri. n at last, bila bersama famili, susah sikit nak pakai. so terus tinggalkan je.
tapi harini, macam buat saya terfikir balik nak pakai. hasrat tu sentiasa ada. insyaAllah, sy cuba perbaiki diri dari segi akhlak dan penampilan yg lain, sbg langkah persediaan sy utk pakai purdah pada musim panas nanti. saya sekarang ni belajar di canada. ada je jumpa muslimah berpurdah. mereka sangat kuat. tapi sangat sikit. tapi masih ada la jugak tgk yg pakai di universiti. so sy rs, memang tak de halangan nak pakai kat universiti. cuma halangan terbesar tu datang dari diri sendiri.
asal kita aktifkan diri, engage dengan org sekeliling kita. sbnrnya dulu sy sgt bersemangat n rasa berkobar2 nak pakai. tapi kakdang2 ada je perasaan risau, takut, dan sebagainya. tapi bila sy amik keputusan nak pakai, dan pakai, perasaan tu tak bleh nak gambar. walhal sy mcm org lain jugak. bukannye tau agama sgt pun, nmpk mcm ‘alim’.. ‘alim r sgt…’ ..padahal tak pun. tapi, itulah..hati kalau Allah campak satu rasa tu..hmm..ssh nk gambarkan..
cabaran berpurdah ni mmg mencabar. dia kuat satu masa tu. sat2 lagi nt dtg r setan bisik mcm2 . dah mula rs lembik balik. tapi sy sbnrnya mmg dapat rasa, mcm akak ckp la. even kita ni takde r baik sgt pon..tapi sbb purdah tu la bg pendorong, yg mcm booster utk kita jadi lebih baik, buat lagi baik. plus niqab tu kan mcm benteng. scr fizikalnya n psikologinya pun akan buat kita cuba didik benteng diri dr benda2 mazmumah.
cuma itulah sy perlukan sokongan. kdg2 sy terfikir bkn ape, takut nt susah nk dakwah org ke ape. tp sbnrnya atas sebab purdah tu sendiri dah bukak peluang kita nk berdakwah dah sbnrnya. entahla skrg ni sy mcm tak sabar pulak nak pakai. buat masa sekarang ni belum sesuai sbb di pertengahan semester. saya fikir nak pakai utk sem baru nt.
cuma yg sy terfikir, camne nak jawab ek kalau org non muslim atau org tanya kenapa kita pakai mcm tu?(berpurdah , tutup muka..)
akak boleh tolong tak, what the best answer to respond to that kind of question.
lagi2 org barat kadang2 fikir, Islam ni suke opress prempuan. padahal kite plak rasa, itu satu kemuliaan. Hmm..
teringin nak kenal akak lagi dekat..
sy tau kalau pakai niqab bleh lead benda baik2.
cuma itulah. bila ada masa, perangai/ amalan tak brp baik, buat sy rs kdg2 berbelah bahagi nak pakai..
tapi ada masa mmg kuat nak pakai sbb nak make myself closer to Him. tapi ada masa, dlm hati ada mempersoalkan, kalau tak pakai pun bleh je nk dekat dengan Dia. tak semestinya kena pakai. tapi dulu2 sy fikir, nak jadikan niqab tu wasilah. lain org lain cara dia. n mungkin dgn berniqab jgk bleh buat perasaan tu tuk slalu ade.
haish..mcm2 r. sy slalu cam ni. kejap rs yes. kejap rase..wait..kejap2 lagi, nak balik.
moga Allah pandu hati sy.
insyaAllah, takde halangan yg lg besar dari diri sy sendiri. nak ikutkan, famili skrg dah jauh. so takde tentangan dr famili kalau sy pakai pun. sbb bkn diorg tau or nmpk. so sy xpyh risau.
erm maaflah kak terkomen panjang. sy kalau bab meluahkan hati n perasaan slalu camni..huhu..
m’aassalam ya ukhti.
Assalammualaikum..sy sdang mlhat gmbr2 pmpuan mmkai prdah..dn sy trbukak blog saudari ini..
kmudian sy ada mmbca pnglman saudari dlm mmkai prdah..
trsntuh jge hati sy mmbcanya..alhmdulillah syukur..
smoga saudari mndpt hidayah driNya dn sntiasa dibrkati Allah s.w.t
dan sy brhrp lbh rmi lg wanita islam lain mmkai prdah..dn bknlah buknlah ikut-ikutan.,tp ikhlas kerana Allah smoga ia brkekalan hngga ke akhr hyat insyaAllah..
sy rse gmbira dn tenang melihat wanita yg mngenekan pakaian yg lbuh.,dn mmkai prdah..Salam.
ASSALAMUALAIKUM…MMG POWER KARKUZARI NIE.. APA PUN ITU LAH NAMA NYA HIDAYAH ALLAH..
tertiba jer nanggis mungkin malaikat tengah bagi salam, kata org alim lah, saya pun lah paham pun
salam….kak
saya teringin sngat nak pakai purdah kak.doa2 kan sya ya…supaya impian sya tercapai untuk memakai purda.amin
salam..kak
saya teringin sgt2 nak pki purdah..tapi saya x tau nak buat purdah cmna..bleh tlg tnjuk ajarkan???
salam..trima kaseh sgt2 kak nur.. ^_^
bahagianya rasa bila baca artikel kakak..
akak sgt bertuah….
semoga saya boleh jadi spt kakak..
salam kpd ummu abbas..
artikel dalam blog akak ni sgt menarik:) saya tertarik membaca pengalaman pertama purdah ni.. lebih tertarik lagi bila akak ada menyebut Akademi pengajian islam nilampuri.. sesi 1992/93.. jadinye akak ni super senior saya la.. saya juga pernah ke situ, nilampuri pada 2005-2007 🙂 n sekarang saya sudah hbs belajar di UM ..sedang menjalankan praktikal..
saya doakan akak sentiasa istiqamah, saya juga dulu ada hasrat utk pakai purdah.. namun rasanya belum tiba kot masa.. lagi pula, saya dr keluarga yg sederhana saja.. walau apapun all the best utk akak 🙂 salam ukhwah
assalamualaikum..semoga semua dalam rahmat Allah s.w.t..sy salah seorg yg memakai purdah. sy dr keluarga yg biasa shj.tetapi hati ni dr kecik ag trpikat ngan purdah.mak mertua sy skrg ini salah seorang yg mghuni di pondok muslimah Tal Tujuh Kg Kasar..yg sedihnya..pd mula sy berpurdah,sy mndpt tntangan hebat dr keluarga sendri.tp sy tetap kuatkn hati bahawa semua ni anugerah dr Allah s.w.t dan tdk akan smpurna iman seseorg itu jika tdk diuji.sy mganggap semua tu ujian dr Allah s.w.t pd sy..Alhamdulillah sy boleh kekalkan berpurdah sampai skrg dan InsyaAllah smpai ble2 pn..s
Terima kasih krn sudi membls.sy amat memerlukan sokongan yg kuat krn sy tdk brada di dalam golongan yg berpurdah.walaupun sy berpurdah.sy ingin bertanya kerana terdapat seseorang shbt sy yg ingin berpurdah.sy tlh memberinya sedikit bimbingan dan Alhamdulillah dia telah berpurdah.tdk lama kemudian suaminya tlah melarangnya memakai purdah.suaminya hanya ingin dia memakai sekadar menuntut aurat seperti wanita yg lain shj.ap yg patut dilakukan?sama ada terus pkai purdah atau bukak..Alhamdulilah suami sy amat menyokong sy berpurdah..Amin..Segala puji hanya lh bgi Allah Yang Maha Berkuasa.
assalamua’laikum..
saya baru berjinak2 dengan purdahni..
sekarang masih belum pakai..
dalam prosess mengenalii, memahami, mengkaji dari segala sudut
dan aspek…
mudah2mudahan saya diberi kekuatan mcm akk2 sekalian..
aminn~
assalamualaikum…sy ade berkeinginan unk memakai purdah kerana sy tertarik dgn hds2 n gnjrn allah kpd org yg memakai prdh scre istiqamah.sy sdh brkhwin.suami sy bekas pljr hafiz quran..sy slalu bdoa kpd allah spya sy dpt pkai prdh scre istiqamah untk mjge aurat sy dgn smprna & untk mngelkkn ftnh yg slame ini mhntui diri sy & suami..tp sy x ase yg sy ni alim sgt..mak mntua sy n ipar sy memakai prdh tp mreka x pnh tgglkn solt2 frdhu, slt2 sunat zikir n mengaji quran..sy msh mengusahakn agr sy dpt solt2 sunat dgn istiqamah u mnampg slt frdhu.tp sy sudh x tahan dgn sgle ftnh y dtaburkn oleh bks2 temn lelaki sy kpd suami & sy..boleh ke?sy teruskn niat u pkai prdh & terus memakainya shgga mati krna sy xnk suami sy malu dgn sgle ftnh
salam ustazah , dalam hati saya ni tersimpan hasrat nak memakai purdah, tp sepeti yg ustzah cerita diats keadaan xmengizinkn. tambah pula sy ni bukan la dari kalangan mereka dari aliran agama. bila nk pakai tu kena fikir seribu kali…jujur dari hati mereka yg memaki purdah mampu memberi ketenagan kpd sesiapa mata yg melihat.Subhanallah..
Assalamua’laikum, ana merupakan salah sebuah pelajar ipt tempatan. Ana teringin memakai purdah tetapi peraturan yg ditetapkn universiti menghalang ana untuk memakai purdah… Boleh ustazah berikan komen..?
asslamualaikum kak..terima kasih atas hadirnya blog akak ni..
alhamdulillah.sy juga mmkai purdah.stuasi sama juga berlaku pd sy
tp mak dan abah sy masih lg tdk boleh menerima sy mmakai purdah..
akak doakan moga pntu hati mak dan abah sy terbuka untuk menerima sy mmkai purdah.
terima kasih kak..
tawaf pun boleh berpurdah. Ada cara-caranya.
assalamualaikum ,
kak ummi , sye nak tye ,
bleh x kak ummi terangkan care2 untuk mmbuat purdah ??
n kain jenis yg mcmne ??
syukran.
assalamualaikum, macam mna nak tau cara2 buat n memakai prda..dan adab2 makan ketika memakai purda??
assalamualaikum…
sy ada soalan utk ditya…
adakah seseorg itu brperangai buruk skiranya trdapat ahli kluarganya yg brperangai buruk???sy menanyakan soalan ini krana sy tlah mghadiri byk ceramah dan pnceramah rata-rata mgatakan skiranya kita hndak mgetahui bgaimana sikap seseorg itu hndaklah kita mlihat kpd kluarganya…bgaimana sikap kluarganya,bgitulah sikapnya…benarkah pernyataan trsebut???
sy mohon mklum bls…
syukran…
assalamualaikum…
dalam proses mengenal dan memahami…moge Allah kuatkan ati utk memakainya secara istiqamah…sblum memakai..nak perbaiki segala kelemahan diri dulu..
assalamualaikum..
saya ingin bertanya..saya sangat berniat utk memakai purdah. Saya telah membuat sedikit sebanyak pembacaan dan membuat sedikit kajian berkaitan purdah dan alhamdulillah,saya terbuka hati utk memakainya tetapi pengajian yg saya ambil di universiti tidak menggalakkan saya memakai purdah di sebabkan oleh aktiviti2 pengajian yg agak tidak mengizinkan.Sebagai permulaan,bolehkah saya memakainya ketika berada di luar kampus dahulu dan seterusnya akan cuba istiqamah dari semasa ke semasa?
Diharapkan ustazah dapat membantu saya sedikit sebanyak mengenai permasalahan saya ini.
Terima kasih.
assalammualaikum….,
kakak….adik nak sangat pakai purdah walaupon adik tidak terdidik dalam family golongan orang alim,,,adik suka menutup aurat kerana kehendak-Nya….TAPI tak mendapat respon baik daripada mak mertua dan adik ipar perempuan kerana mereka mengatakan diri adik tak punya ilmu agama tinggi maka tak perlulah adik berlebih lebih dalam menutup aurat….adik amat sedih,,apa yg perlu adik lakukan ?…Sedangkan mak mertua dan adik ipar adik tuu golongan yg pernah memakai tudung labuh….adakah purdah itu hanya boleh dipakai oleh orang2 yg ariff dalam ilmu agama jaa?sila komen kakak,,adik ingin pengetahuan yg sebenar tentang purdah……
assalamualaikum..
alhamdulill..suka dengan artikel ni.
Biasanya bila dah dapat maklumat sepositif ini, insya ALLAH akan berusaha untuk ke arahnya, teruskan menulis info-info yang sebegini..
salam juang, dari student uIAM..=)
MashaALLAH ukhti,
Ana x tahu,knp ble ana bc entiry psl pengalamn ukhti nie,hati jd sedih d hiba,mata pun dah nak berair.ukhti yg dihormati,pertamanye,ana ingin berterima kasih kerana sudi menulis serba serbi tntg pengalam ukhti,ketahuilah juga ukhti,ana juga slh seorg hmba ALLAH yg ingin sekali berniqob.itu juga satu cita2 dlm hidup ana,mashaALLAH.waktu ana mash di sekolah rendah,ana x pernah terdetik tntg itu,ble sy dah menjelang remaja(waktu form1)ada juga senior2 di madrsh yg memakainye,tiba2 waktu form2(skrg)hati jd mmbuak2 ingin merasa nikmatnye memakai niqob(agar x dilihat oleh hati2 yg mengikut nafsu mrk)..d ana pernah menyatakan hasrat ini pd umi,Alhamdulillah umi setuju dgn impian ana,ble ana kasi tau pula sama kkk ana(skrg berada diMesir),Alhamdulillah dia juga setuju dgn ana.
Ana pernah memakainye ats izin umi ana,pd mula nye ana pakai,pd waktu mlm waktu pertama ana pakai,ana keluar utk ke kedia buku,d before ana pergi ke kedai buku,ana d family pergi ke masjid(Muhammadi)mmg antara waktu magrib ke isyak kami selalu ke masjid.ble ana mula menjejakkan kaki ke masjid,ana masuk utk solat berjemaah,ramai mata2 yg tertumpu pd ana.betapa segan nye pd masa itu,hnya ALLAH yg tahu.semasa hendak solat ana bukak niqob ana,mak cik yg solat disblh ana,matanye melihat ana(sesudah slm diberi)ya ALLAH.tapi sygnye,ana pakai hnya BARU 3X.madrash yg ana belaja skrg,Alhamdulillah para guru mengizinkan tholibah2 memaki niqob nie.hnya ALLAH yg tahu betapa gembira nye hati ini,terasa pd masa itu impian itu tercapai.TAPI,ALLAH menguji lg,pg2 ana pakai purdah utk ke sekolah(itu kali yg terakhir),dlm kerata,tbe2 abi ana x kasi d suruh bukak,pd mula nya ana tdk mahu sgt2,d pd ms itu juga hnya ALLAH yg tahu.hnya air mata yg dpt menafsirkan betapa sedihnye hati ini.ana menangis pd mulanye kerana tdk mahu bukak,tp dgn ht d tgn yg bgtu berat ana bukak juga demi menghormati abi yg dikasihi.
After ana bukak purdah,setiba nye di madrasah,ana menangis sepuas2 nye,ramai yg bertny,tp ana buat biasa2 je.d ada juga terasa dgn abi d ana x pernah bertnye kenapa abi tdk mahu bg?ana try pujuk perasaan sndri.walaupun begitu,niat berpurdah tdk pernah ana lupakan,niat itu tetap sentiasa dihati.setiap kali mntak pd ALLAH,selalu sj menangis.seperti ingin sj melihat wajah ALLAH,d ingin sekali merayu betul2 dihadapanNya.ana tahu,akn tbe waktu nye,tudung labuh d purdah ini akan dipndg seerong oleh org2,tetapi itu bukan halangn bg ana.d sekarang ana tgh berusaha mencari pendapat2 tntg niqob,agar kuat utk mmbri hujah2 pd org yg sedia bertnye.ana harap ukhti tdk lupa mendoakan ana.ana terlalu menginginkan,sehinggi ana merasakan begitu cemburu dgn org2 yg diizinkan ALLAH.walaupun ana tahu,org2 yg memakai nye bukanlah baik(x bermaksud mghina),dan ana pernah tengok akhlak2 org yg berpurdah(dimadrash,senior2).tetapi itu semua tdk pernah meruntuhkan impian ana.d ana tahu x semua si pemakai niqob ini,akhlak nye x secantik niqob nye.
Ya ALLAH ukhti,u know sis,i write this messege with my teary,He know what i feel..bg mengikatkan ukhwah kte ukhti,addlah ana di(zahra_zairah96@yahoo.com).ukhti,i hope u not forget me in ur du’a,pless ukhti i need ur du’a for my stronger..may ALLAH bless our muslimin d muslimat.HE KNOW WHAT I FEEL UKHTI..:(..but anyway,syukran for everything ya sis.WE ARE MUSLIM!!WE WILL NOT GIVE UP!!ALLAH WITH US!!BE STRONG NIQOBIS!!
segala ajaran yang datangnya dari para nabi dan rasul adalah indah.sesiapa yang istiqamah beramal ikhlas kerana allah pasti akan merasai nikmat dan kelazatan hidup beragama
Salam sis,
Alhamdullillah, Allah bagi peluang pada saya untuk singgah di blog sis. sebenarnya saya google ‘bercuti ke beijing.. sangkut kt blog sis, lepas baca pasal trip ke tianjin tu, saje2 la pulak baca pasal purdah ni.. tersentuh hati baca pengalaman sis.
Untuk pengetahuan, saya hanyalah muslimah biasa.. mula betul2 bertudung pn masa sekolah asrama penuh dulu.. walaupun bertudung, pakaian masih belum menutup aurat sepenuhnya. Sampailah saya berkahwin, suami banyak mengubah saya untuk menutup aurat dalam erti kata sebenar. saya mula ‘membuang’ baju2 yg x menepati ISO ISLAM. Daripada kebaya, baju lengan panjang tapi separas punggung, baju ala2 tunic tapi lengan 3/4, tudung pendek dan jarang sehinggalah memakai stokin kaki, suami yang menegur.
Kebelakangan ini, hati saya tertarik dengan jubah & abaya. Oleh kerana jubah & abaya yang dijual samada terlalu mahal atau tidak menepati citarasa atau dimodenkan sehingga nampak susuk tubuh… akhirnya saya jahit jubah sendiri… kemudian, ramadhan lalu saya asyik terserempak dengan gadis berpurdah. x tahu kenapa hati saya jadi sayu. saya teringin mengenakan purdah tapi rasa macam belum bersedia.. sedangkan memakai jubah sahaja, adik beradik saya rasa janggal, inikan pula kalau saya mula memakai purdah. Saya betul2 mohon semoga Allah bimbing dan bantu saya serta saudari muslimah saya kekal menutup aurat.
Mengenai purdah, semoga saya diberi kekuatan untuk mengenakannya..
slm kak..
ini kali pertama saya menziarahi blog akak..asal nya hanya ingin memastikan aurat wanita sehingga kaki atau tidak..tapi tersanggut satu post ke satu post dan sampailah di post ini.. =p
saya bukan lah salah seorang dari orang yang berniqob..walau di hati ni sangat2 nak.. tapi terlalu banyak halangan,dan saya hanya sekadar mampu bertudung labuh..itu pun sudah asyik disindir rakan2..alim n so on.dan kalau dah dilabel “alim”.semua salah kita mudah je nampak..walhal saya juga manusia biasa..yang saya harapkan teguran..bukan sindiran2 pedas..huk3..
btw.. semasa di kelas dahulu,[bru lps spm2010.ehem!] ada seorang murid lelaki di kelas saya tanya ustazah,, bolehkah wanita memakai purdah? bukan kita tidak wajib? ianya wajib pada isteri2 nabi sahaja? lagi pun,,kalau wanita berpurdah bukan ianya makin menarik perhatian lelaki? sebab lelaki lagi membayangkan mcm2 wajah wanita tersebut? dan lagi satu.. bolehkah wanita berniqob lepas kawin? sedangkan sebelum berkahwin tidak pakai pun.niat asal pakai berniqob bukan untuk menutup pdgn llaki? lepas kahwin mengapa kita masih perlu berniqob..
huhu..saya juga agak konfius soalan2 dia nih..dan tambahan lagi..ustazah tidak menjawabnya.. harap penjelasanya ya ukhti^^ syukran =)
tringin juga nak pakai purdah..
Salam Kak Nor. Alhamdulillah, Kak Nor adalah insan terpilih oleh Allah yang diberikan kekuatan rohani untuk memakai pudah/niqab. Moga perkongsian Kak Nor merangsang lebih ramai Muslimah untuk memakai niqab.
Saya seorang yang berpendidikan konvensional. Tapi alhamdulillah, Allah buka ruang kepada saya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Iya, mungkin masih tidak menutup aurat dengan sempurna, berpenampilan daripada tudung yang tidak menutup ‘aset’, berbaju t-shirt lengan panjang yang tidak menutup ‘aset’ dan jeans ke arah pemakaian tudung yang menutupi ‘aset’, blouse paras lutut/paha yang menutup ‘aset’, jeans. iya, masih tetap dengan jeans. Begitu juga penglibatan dengan majlis ilmu, sejak akhir-akhir ini, saya berkesempatan untuk menambah ilmu yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah, saya juga mendapat kesedaran untuk memelihara hubungan saya dengan teman lelaki supaya tidak melanggar batas-batas dalam agama (walaupun kami berhubung secara jarak jauh, tapi maksiat telinga dan suara tetap ada, bukan? ^_^). Dia juga sangat memahami dan kami bersungguh2 ingin mendirikan rumah tangga secepat mungkin atas faktor utama iaitu mengekang hawa nafsu dan menolak maksiat. Doakan kami Kak Nor.
Tujuan saya menceritakan serba sedikit perihal diri untuk membayangkan kepada Kak Nor bahawa saya merasakan berlakunya anjakan diri saya ke arah yang lebih baik. Begitu juga tentang perihal niqab/purdah ini. Dalam 2,3 bulan sebelum ini, saya terasa ingin memakai niqab. Yang anehnya, bila saya cuba membaca mana-mana artikel dan gambar, saya akan mengalirkan air mata. Setelah perasaan itu hilang seketika, pada malam ini, entah mengapa saya terasa ingin menaip kata kunci ‘purdah’ lalu terjumpa blog Kak Nor. Pabila saya baca komen-komen di atas, saya sekali lagi menangis.
Entah la Kak Nor. Saya bingung. Saya gundah gulana. Saya rasa saya tidak kisah tanggapan orang lain. Saya kisah tentang diri saya. Saya seorang yang amat suka bergaya (fashionista). Cuma saya terhadkan pemakaian saya yang saya rasa releven untuk digayakan sebagai muslimah. (Sepertimana telah dinyatakan di atas, saya suka memakai blouse dan sekian-sekian). Ok, tadi saya cuba bayangkan. Jika saya memakai niqab, tapi saya tidak memakai jubah dan tudung labuh, tapi saya cuba menukarkan jubah kepada blouse paras buku lali, tudng labuh kepada tudung yang masih menutup paras ‘aset’, cuma agak ada style sedikit.
Saya bukan ingin memakai niqab sekadar berfashion. TIDAK. Saya ingin sekali memakainya, cuma keinginan memakai niqab atas cara saya tersendiri. Saya dapat rasakan niqab dapat membendung diri saya daripada diusik oleh para lelaki. Di laman sosial, facebook, saya juga tidak mempertaruhkan gambar2 saya, melainkan gambar profile yang seolah-olah memakai niqab. Makin lama, saya selesa berpenampilan menutup aurat dengan lebih baik. Seolah-olah tidak ada pandangan nakal ke arah saya.
Kemudian, saya terfikir lagi..jika saya memakai niqab, adakah aktiviti yang digemari turut terbatas? Contohnya bermain bowling dan menonton wayang?
Sekian dahulu daripada saya. Saya mohon pandangan Kak Nor. Terima kasih.
Tambahan:
http://kelatemaghi.blogspot.com/2009/07/simply-beautiful.html
-cara pemakaian niqab
http://kelatemaghi.blogspot.com/search/label/Maxi%20Dress
-ohh maaf. Blouse sampai ke paras buku lali ialah Maxi Dress >.<
*Link yang dinyatakan di atas memenuhi citarasa saya untuk digayakan dengan niqab*
again, terima kasih Kak Nor.
assalamualaikum.
saya nak tanya, boleh tak berpurdah walaupun kita tak pakai tudung labuh, bidang 60′, tapi pakai selendang, yang xjarang, menutupi paras dada? dan apakah hukum membuka purdah ketika makan di luar, dinner, majlis kenduri?
mintak pandangan kawan-kawan disini..saya budak baru belajar?
Assalamua’laikum warrahmatullah kakak… 🙂
Moga sentiasa berada dalam ampunan dan rahmat Allah disamping keluarga tercinta, insyaAllah.
Akak, sememangnya saya berasa sangat tersentuh melihat muslimah2 yg berpurdah. Terasa suatu perasaan yg sungguh tidak terungkap dengan kata2, hanya Allah yg tahu. Saya juga benar-benar ingin berpurdah dan istiqamah seperti kalian.
Saya rasa masa untuk saya mula berpurdah seakan2 semakin hampir, insyaAllah. Mungkin kerana saya fikir jika bukan sekarang, bila lagi? Hidup ini cuma sementara dan tidak tahu bilakah akhirnya. Dan lagi jika saya tunggu ilmu saya benar2 mantap dan tinggi, mungkin tidak sempat, wallahua’lam.
Skrg saya sedang mempertingkatkan ilmu saya yg sedikit ini semata2 keranaNya. Saya juga mahu jadikan purdah sebagai salah satu cara mendekatiNya kerana secara automatik kita akan rasa perlunya menjaga akhlak dan amalan yg lain setelah berpurdah. Tawaduk, dan istiqamah. Tetapi akak, buat masa ini, saya mungkin tidak memakainya di kolej memandangkan saya masih belajar di kolej swasta. Ibu saya juga mungkin tidak mahu saya memakainya semasa dalam kelas. Tetapi bila di tempat2 lain, insyaAllah, saya cuba istiqamah. Adakah ia tidak mengapa, kak? Boleh bukan membukanya mengikut keperluan dan keadaan?
Assalamu’alaikum w.r.h ya ukhti , ana merupakan pelajar pusat asasi uia petaling jaya . sejak akhir tahun 2009 (tingkatan 5) lagi hati ana tergerak untuk memakai purdah . pernah disuarakan dengan sahabat2 dan mak ana . Tak tahu macamana nak cakap sama ada mereka menyokong atau sebaliknya sebabnya sahabat2 lain cakap takut nanti profession tak sesuai dengan pemakaian .
mak pulak cakap fikir habis2 dulu , takut tak boleh istiqamah . Ana terfikir jugak , buat apa nak dengar cakap2 orang . sebab apa yang kita cari adalah redha Allah .
Tiba2 ana baru teringat , yang ana pelajar uia . dan pihak uia tak membenarkan student2nya memakai purdah sewaktu dalam kelas . jadi bagaimana ana mahu istiqamah ?
Ada juga ukhti2 di sini (uia) yang memakai purdah di luar tapi semasa program atau tamrin mereka tanggalkan purdah yang dipakai . ana tak teringat pula nak tanya kenapa mereka tanggalkan sedangakan ada ramai muslimin yang berada di situ .
Ana harap2 sangat dapat positive feedback dari ukhti kerana setakat ni dah 2-3 orang yang ana private message tapi mereka tak reply mungkin kerana kesibukan masa dsb . jujur ana agak teruja menunggu jawapan dari mereka tapi sampai kini feedback mereka belum ana terima .
Moga dapat feedback dari ukhti .
Wassalam .
ni emel ana – nurillahee92@yahoo.com
assalamualaikum k.nor..
saya memng ada niat untuk berniqab, suami memang amat2 menggalakkan..tetapi saya terikat dengan kerja yang tidak boleh berniqab. apa pendapat k.nor jika saya berniqab kecuali ditempat kerja shj buka….rasa tenang bila berniqab..
Salam kak.sy bru je baca topik nih..sy ade soaln utk di tnya,harap akak boleh bg jwpnnye..
1:sy bkal mlnjutkan pelajaran xlme lg dan akn menyertai PLKN..tp bgaimana sy nk berhdpan dgn pljar lain jika sy berpurdah?sy bimbang akn mengalami kesukaran utk berkomunikasi..
2:org lain ckp kalau kite da pkai purdah xboleh bukak2 dah..betul ke?abg ipar sy menumpang di rumah sy sb xdpt rumah sewa lg..jika sy berpurdah mcmner sy nk jge aurat di dpn dia?
3:kwn2 sy ckp kalau berpurdah dlm usia muda..takut xdpt jodoh n xlaku..btul ke kak?
4:jika sy berpurdah dan teringin nk mkn di kedai2 di tmpt umum..mcmner kak?ape adab2 yg kite kne jge?
salam kak nor…saya juga salah sorng yang pernah memakai purdah..mula pakai masa tahun 2006..pastu masuk ukm 2008 bukak balik sebab halangan pihak pentadbiran tmbh ngn takder kekuatan dan sokongn..tapi bila dah bukak balik prudah..mcm2 fitnah mula melanda diri..mgkin Allah nk bg hint yg sy tak sptutnya bukak purdah saya..hati juga sentiasa terdetik nk pakai purdah..cume kekuatan blom muncul3 lg..uhu..mcm2 sy pk..desakan ht yg terlalu kuat nk pakai purdah..jd masa balik kg baru2 nih..sy trylah pakai sepnjg perjalanan ke kg slama 8jam..ht betul2 hapy sbb masih diberi pluang tok pakai purdah..terasa diri begitu smpurna menjadi seorg muslimah walaupun akhlak masih byk yg plu diperbaiki..tp bila blik ke ukm smula..kekuatan tok pakai purdah tuh hilang smula…huhu..susahnya nk istiqamah dlm buat perkara baik nih…adakah perbuatan sy nih mempermain2kan agama kak???sbb saya ada kaji hukum pakai purdah adalah wajib menurt jumhur ulama’….sy betul2 ingin istiqamah ngn purdah..tmbahan lg dok kat ukm nih mcm2 fitnah ada di sekeliling..dgn percampuran kelas ngn muslimin dan selalu bergerak keje ngn kaum muslimin menguatkan lg hasrat nk pakai purdah..tp kekuatan terlalu sedikit..sy tknak menjadi fitnah di hati2 lelaki2…juga taknk wajah saya menjdi ratapan lelaki2 diluar sana…doakan kekuatan tok saya kak…jazakillah
assalamualaikum..
akak.. sy teringin nak pakai purdah.tp sy tak tahu syarat2 nyer apabila memakai purdah.puas saya cari..tp tak jumpa.saya berharap sgt akak bleh tlg saya.
http://hyu96.blogspot.com/ tlg la beri tunjuk ajar kpd saya.saya masih bersekolah.saya takut sbb apabila ada muslimin yg melihat saya, diorang terus minta berkenalan.kadang2 hati ini rase x rela bila wajah ini sentiasa ditenung. tlg la saya….
assalamualikum kak nor..
saya seorg pelajar skolah menengah.tp sy teringin utk memakai purdah.setiap kali keluar,mesti hati meronta2 utk mengenakan purdah kerana hati ini tak rela ble ad mate2 yg selalu merenung kearah saya.rase seperti tdak menutupkan aurat pula.subhanallah.tambahan lg,saya seorg yang agak peramah tidak kira dgn siapa.jd saya t`fikir,jika saya b`purdah mungkin saya juga dpt mengelak diri saya drpd b`kelakuan sedemikinan. tp saya tak tahu syaratnyer apabila mengenakan purdah.ini kerana,ad teman2 yg mengatakan,kalau b`purdah..tidak lg boleh menanggalkannye.saya mula t`fikir jika ade majlis kenduri dan sbagainyer..apakah boleh saya menanggalkan purdah hanya di khalayak hanye utk mkn? kalau saya tidak memenuhi undangan t`sebut..dikira b`dosa.saya keliru.tlg la saya k.nor.saya perlukan tunjuk ajar.moga allah permudahkan bg mu.in`allah
saya seorang muslimah yg bertudung. saya ingin membuat perubahan untuk memakai tudung labuh. ini kerana saya mempunyai niat untuk memakainya, tetapi saya khuatir terhadap pandangan orang yang mengenali saya. mereka akan berprasangka buruk tentang saya…..kerana sebelum ini mereka tidak pernah melihat saya memakai tudung labuh. saya ingin sekali memakainya….bagaimana saya ingin hadapinya????harap pihak saudari membantu saya…..
assalamualaikum kak nur…..sebenarnya saya teringin sangat memakai pudah. apabila saya ternampak org pakai purdah hati ini rasa ingin menangis kerana rasa kagumnya hamba allah ini memelihara akhlaknya. saya sentiasa panjangkan doa untuk terus bukak pintu hati saya.saya berasal dr keluarga biasa seperti keluarga kak…saya tidak lagi memakai purdah bukan kerana takut kpd masyarakat akan meceritakan wajah saya yg tidak cantik tapi saya belum memakai purdah di sebab kan saya rasa saya kurang ilmu mengenai agama allah ini….pernampilan saya jugak tidak menunjukan saya seorng yg menjaga aurat…saya seorang yg kurang ilmu agama kadang2 saya rasa saya orang yg paling rugi kerana terlambat mencari ilmu allah. saya rasa pergaulan saya juga kadang2 saya tidak menjaganya disebabkan saya seorang yg sangat aktif bercakap……saya dah berusia 19 tahun tapi saya tidak lagi pernah katam al-quran saya rasa malu berdepan dgn adik2 sekolah rendah yg sudah katam al-quran berkali2……saya harap kak nur dapat tolong memberi nasihat atau sebaliknya…sebab saya rasa memang cita2 saya untuk memakai purdah bukan kerana ingin menjadi cantik tapi rasa takut kpd allah dan ingin menjaga akhlak saya……….
subhanaALLAH… berserinya wajah dtg dr hati yg bersih dan suci
Assalamualaikum wbt.. alhamdulillah Allah msih mmberi kte pluang utk brubh.. alhamdulillah y’ xthgga.. syukur, sye pun trlintas niat utk pkai purdah.. insyaAllah.. biiznillah.. doaknlh sye dberi pluang n kekuatan utk mulakn niat sya ni. Niat sudh ada.,, mnggu mse y’ btul utk mlkukn sja.. kwn2 sume support spy pki purdah.. sye mulakn dgn berjilbab.. dri terasa amat trjga, rse tnterm, n dpt mjga bts2 pgerkan n amaln kte..mga Allah istiqamahkan sye utk trus dlm keadaan ini,..amin.
assalammualaikum kak .
saya mempunyai masalah berat..saya tergerak hati ingin memakai purdah setelah saya alami bermacam-macam kejadian di depan mata /mimpi sewaktu di Tanah suci Mekah/Madinah..tapi suami x benarkan..saya x boleh ceritakan kejadian2 di sana takut timbul riak. tolonglah kak cik ..hati merasa sangat kuat ingin memakainya setelah buat solat istikarah x taulah kenapa..kalau boleh ingin jumpa kak cik /sesiapa yany lebih arif tentang inin secara personally..terima kasih kak jika sudi bantu saya. wassalam
salam…
sy begitu tertarik dengan perkongsian saudari..=)
topi purdah ckp wt hati saya terusik.jjur, sy bkn org yg alim.sy cma mmakai tdg biasa sj…sm sprti org kbykan.tp jauh d sudut hati sy, sy tringin nk mngenakan purdah..tp ms dn keadaan sy skrg tdk ssuai..insyaallh sy nk mncri ms yg btl2 utk ubh cra hdp sy, utk dri sndri…
assalamualaikum akk..
hoho..bagus lah pakai purdah..rasa tenang je bile tengok dorang pakai purdah. tapi kadang2 tak paham la dengan rakyat malaysia yang suka hina dan anggap orang pakai purdah ni pelik.
salam..
sy tertarik dengan perkongsian ini..
sy seorg pljr skolah tp bgitu trtarik untuk memakai purdah dan kebanyakan keluarga sy memakai purdah..sprti yg kak cdgkn kpd lebah,sy rasa berguna.tp keadaan sy yg sentiasa brjumpa dgn org rmai ketika pulg dr sekolah mmbuatkan sy terasa tidk selesa jika berpurdah..ini kerana sy berulg alik ke skolh menaiki bas..
assalamualaikum…saya tumpang komen ya…saya skrg da mula pakai niqab…pada mulanya,x nak la bg tau kat umi…(arwah abah da x da)tp sya rasakan seolah2 membelakangkan umi pulak kalo sya buat mcm 2…jadi,beberapa hari yg lalu sya ada luahkan hasrat saya kat umi,dia terus marah2 kat sya,dia kata org kat tanah arab jak yg patut pkai…then dia kat,kalo sya nak pkai jugak,dia x bg sya blik rumah dia,n dia pun x mau dtg rumah sya n suami(suami amat menggalakkn sya pakai niqab)…tp,sya tetap nak teruskn niat sya ni wlu apa pun dugaannya,insyaALLAH…tp,sya nak tanya kepada akak atau sesiapa yg lbih mngetahui,berdosakah sya,x ikut kata umi dlm hal ni???
terima kasih ya akak sebab bgi penerangan kat saya…inshaALLAH,saya akn cuba sebaik mungkin utk meyakinkan umi,wlupun skrg umi masih x mau jumpa saya n anak sya…memang besar dugaan dalam melaksanakn ibadah yg 1 ni…tp sya yakin,inshaALLAH psti besar juga hikmahnya dan rahmatnya utk semua yg berada dlm pjuangan ini…terima kasih byk2 ya akak…wassalam.
Assalamuakaikum kak…
saya rasa sedih sangat sebab mak dan abah tak izinkan saya berpurdah…padahal saya teringin sangat…saya nyatakan hasrat saya kepada cikgu,cikgu tanya kenapa nak pakai?…saya cakap nak istiqamah dan nak jauhkan daripada lelaki2 durjana di muka bumi Allah ini. boleh tak saya pakai tanpa kebanaran mak dan abah?
assalamualaikum…terima kasih di atas perkongsian yang cukup bermanfaat ini… boleh x kak tlg terangkan,,,di mana harus kita membuka purdah ini…lagi2 ana sedang belajar di IPTA skarang ini….sebenarnya dah lama pasang hajat utk berpurdah ni,,,tapi masih belum yakin tentang syarat dan sebagainya lagi…..harap2 kak boleh tlg ana ye…
Assalamualaikum akak , saya nak tanya . Macam mana nak buat cara cara pemakaian purdah ? saya tidak tahu . Terima kasih . Assalamualaikum .
assalammulaikum…………..kak, siti sejak akhir2 ni amat tertarik dgn pemakaian purdah….dalam hati siti sendiri melonjak2 mencari maklumat berkaitan dgn purdah….tapi siti bukan seorang muslimah yg bertudung labuh…just pakai tudung biasa je…suami amat memberi galakan jika siti berminat kearah itu. di sini siti takut jika siti berubah org akan mengatakan hanya ikut fesyen terkini,masih byk dosa dan kesalahan lagi masih dilakukan…..kadang2 setiap hari mesti search di internet berkaitan wanita berpurdah sbb terasa amat tenang sekali dan terasa diri amat hampir dgn ALLAH…ALLAH HU AKHBAR…..Apa yang perlu siti buat?
Salam, saya begitu berminat dengan artikel purdah ini namun saya tidak menemui sesiapa yang memakai purdah ini yang merupakan seorang kakitangan kerajaan atau swasta dan bagaimana mereka bekerja dengan memakai purdah. Saya setuju purdah ini mengelak diri kita dari pendangan kaum lelaki, mencegah maksiat dan menambah kekuatan rohani dan bertaqwa kepada ALLAH namun saya ingin jelaskan bahawa kita hidup di muka bumi ini dengan perjalanan hidup yang penuh pancaroba dan kita perlukan pekerjaan untuk menyara kehidupan sendiri dan apabila berkahwin kita wajib menyediakan keperluan hidup anak kita. Jika di IPTA kita tidak banyak berinteraksi dengan manusia tetapi apabila kita memasuki dunia pekerjaan pemakaian purdah ini adalah halangan yang besar untuk berkomunikasi dengan orangramai kecuali jika seseorang itu bekerja sendiri.
salam alaik..emm sy pn cm akak jgk..sy pkai purdah bukn ase cntik or mke cntik..tp sy ase ble pkai ati ase tenang je..stu ag sy nie jnis ske snyum..sy tkut ble jmpe org lki pn tkt t’senym jgk..hehe n ble pkai purdah nie tbe2 je blh control la..emm tp bg yg org yg pkai nie..wlaupn kte pkai prdah..tp kte kne tgur org yg kte knl or yg xknl..cz kdg2 org xcm kte kn..jgn biarkn org pkir,org yg pkai purdh nie sombng..cz sy pnh dgr dri kwn..2 la yg slalu org bualkn..tp pd hkikatnye xpn
Wa’alaikum salam. Betul tu… Perlu peramah walaupun berniqab. Peramah sesama perempuanlah. Dengan lelaki, berbual menurut keperluan sahaja.
saya adalah seorang suami yang rindukan isteri saya memakai purdah kerana Allah…semoga doa saya sampai kepada Allah…amin
assalamualaikum utk Kak Nor & Sahabat2 Seakidah…
Di sini ana juz nk kongsi pengalaman memakai niqab/purdah..
ana dulu bersekolah harian biasa dn skrg bekerja di sebuah kolej. hati ini mula terdetik utk memakai niqab sejak berukhuwah dgn shbt2 yg memaikai niqab di alam maya ni. frst pakai ptghn thn lepas tp beberapa kali shj cz pakai bila keluar ke bandar seorang diri. ana pakai pakai tanpa beritahu kepada ibu bapa krn segan dn ana jenis yg xbnyk bckp. ana mengambil keputusan utk pakai setelah bnyk bertanya kpd shbt2 niqabis dn melalui bacaan2. ana mengambil masa dkt setahun utk mencari kekuatan dn bfikir mcm2 apa tanggapan org lain nanti serta bnykkn bdoa sblm mengambil keputusan utk memakai niqab.
alhamdulillah bersyukur sgt krn Allah bg petunjuk utk ana pakai niqab. ana suka join komuniti2 islamic secara on9 dn bla blog walking slalu jer jumpa artikel2 yg bkaitan niqab. mungkin ini slh satu hint yg Allah bg tk tmbhkn ilmu pasal niqab. sejak dari itu semanggat utk istiqamah memakai niqab semakin berkobar2 walaupun dlm famly dn saudara-mara dn area tmpt ana tggl xde yg pakai niqab.
alhmdllh lbh krg 2 bln lepas seorg mak saudara ana telah memakai niqab dn skrg2nya ada jgk geng.. huhu.. pada bln 3 bru ini ana telah buat keputusan utk memakai niqab pd hari walimah ana dn juga di depan family, saudara-mara, dn org2 kg. sblm mengambil keputusan yg agk bsr ini ana bnykkn bdoa kpd Allah minta diberikan kekuatan dn alhamdulillah bakal zauj ana pd masa itu membenarkan ana utk memakainya. salah 1 sbb utk ana mahu memakai niqab semasa hari walimah ana adalah krn tdk mahu make up sbg pegantin dilihat oleh ajnabi dn juga sbg permulaan utk memaklumkan ana mahu memakai niqab. blh dikatakan semua terkejut melihat ana memakai niqab pada waktu itu dn hanya nenek ana seorg yg bertanya kenapa pakai dn ana hanya menjawab secara ringkas dgn mengatakan pakai utk suami. blh dikatakan ramai yg bbnyi dibelakang bila melihat ana memakai niqab dn adk ana memberitahu ada yg tdk mahu bergambar krn ana menutup muka. ana juga bsyukur sgt krn ada juga seorg mak saudara yg menyokong ana krn pakai. ana kuatkan diri utk terus pkai dn hanya buka didepan saudara mara shja pada waktu itu. alhamdllh sejak hari walimah sehingga sekarang ana istiqamah memakainya apabila keluar ke mana2 sama ada bersendirian, bersama family atau zauj kecuali dlm kwsn kolej tmpat ana bekerja krn krg kekuatan utk memakainya disebabkn situasi dn juga politik. ana buka niqab sblm msk kwsn kolej dn memakainya semula selepas keluar dr kwsn kolej shgga balik ke rumah.
jika ada urusan kerja diluar ana juga turut memakainya dn rsanya sudah separuh rakan kerja telah tahu ana memakainya sejak bertembung dgn ana diluar dn juga semasa family day tmpt kerja. alhmdulillah mungkin slh 1 nikmat yg Allah bg adalah tiada org yg berani utk bertanya ana seniri kenapa ana pakai jd xdelah susah2 utk menjawabnya dn rasa bebas utk pakai.. huhu… ana bersyukur sgt2 krn zauj menyokong ana memakainya dn bsabar dlm menjawab pertanyaan saudara-mara tentang pemakaian niqab ana. skrg dlm usaha utk terus istiqamah dn berusaha utk menyesuaikn dr dgn persekitaran dn juga dlm keadaan tertentu. ana berdoa semoga Allah tidak menarik balik nikmat yg istimewa ini serta sentiasa menetapkan niat pemakaian ana pd jln yg betul yg diberikan ini krn bkn mudah utk mendapatkannya dn memberi kekuatan kpd ana utk terus istiqamah pd jln yg diredaiNya. ameen ya Rabb
assalammualaikum..kak..saya pun tibe2 terdetik dalam hati nak pakai purdah masa saya form5.. tp bila kenangkan keadaan keluarga yg x mengizinkan.. saya jadi takut untuk teruskan niat saya ni.. makin hari makin tebal perasaan saya nak pakai purdah.. bile saye tgk kwn2 blaja saya pakai mcm ni.. rasa tenang kat hati.. ape yg saya cari skg ni cahaya dari Illahi. ketengan dan keredhaan dari dia.,. saya impikan diri saya sebagai seorg muslimah islam yg sejati.. yg menjaga batas2 … saya harap akak dpt berkongsi sikit sebanyak & membantu saya.. insyaallah… harap kite dpt teruskan lagi persahabatan dan bertukar pendapat…
assalamualaikum ya ukhti …
bagaimana pula caranya jika kita belum pernah berpurdah ..
dan apabila saya berkahwin … suami menggalakkan saya berpurdah …
tentu caranya saya belum belajar sepenuhnya …
ada siapa yg bole beri bantuan atau pandangan ? 🙂
Insyaallah, sy juga akn mengikut jejak lgkah antum yg berpurdah…
slm..saya org baru di sini.. slm perknalan.. bnyak info yang saya dapt dri blok akk.. smga Allah prmudahkan urusan akk…..
slm.. tersentuh hati baca artikal akk tu… Saya hanyalah org biasa… stlah berkhwin suami sruh pakai jubah n tudung labuh… 2thun jgak sya wat apa yang suami suruh.. TAPI…2 thun itu jua lah hati saya tidak IKHLAS MEMAKAINYA.. setiap kali pakai tudung labuh ,, hati saya memberontak.. sehingga saya berkata pd suami saya tak boleh pakai,, biarlah ianya datang dari hati saya.. seandainya suatu hari ALLAH memberi hidayah tuk saya pakai tdung labuh mskipun niqab sekalipun saya akn pakai… saya taknak pakai kerana disuruh, ikut orang.. @ ape skalipun.. saya nak pakai kerana ALLAH…tuk pngthuan akk.. sblum ni saya pakai tudung biasa tapi masih tutup dada, malah labuh cikit dari dada… tapi baru2 ini.. dalam 6 bulan jgak.. hati saya bagai ditarik2 untuk memakai tudung labuh… sudah lama saya fikirkn.. lepas hari raya tuari ni.. saya terus ajak suami beli kain tuk buat tudung.. saya taknak tangguhkn lagi.. takut saya mati tak sempat perbaiki aurat saya.. sebak betul hati saya setiap kali bukak blog mengenai aurat wanita di sisi islam.. takutnya saya.. ALHAMDULILLAH.. saya bersyukur di beri kesempatan ini .. skrng ni pun saya sedang mempersiapkan diri utk memakai niqab.. suami gembira dgn kputusan saya.. dia tidak memaksa.. aslkn saya istiqamah dan tahan ujian kalau ad org yang mengata… saya jgk berdoa bkn aurat saya saja yg harus di jaga.. malah mdhn hati saya Allah pelihara.. moga Allah bersihkan hati saya juga..jadi seperti akk….
slm.. thanks atas nasihat akk tu… saya ad satu perkara nk minta pandangan akk,,,,,,,sebnrnya saya seorang tukang jahit n mmpunyai kedai sendiri… baru2 ni saya ad terbaca di blog lain .. tntang hukum menjadi tukang jahit yg mnjahit bju fesyen… dikatakan termasuk dlm katgri brsubahat! untuk puaskn hati saya.. saya bertanya dgn 2/3 org ustaz.. dimana jwpnnya adalah sama.. iaitu ” islam tidak pernah redho benda yg di larang.. seolahnya kita dah bg satu jalan kpd org itu untk mmkai pakaian trsbut.. dan seolahnya jahitan kita itu , org tu buat dosa, sbb bkk aurat.. jd dr sbb kita dia buat dosa dan kita juga dpt saham pakaian yg di pkinya..”kbnykkn reglr custmr saya sume suka bju mngikut bntuk bdn n kain terblh.. sprt saya bgtaw akk.. smnjk saya tergrk nk pki tdung lbuh n niqab,, saye tertanye sndri sesuai ke saya jahit bju fesyen.. sbb itu saya tnya ustaz… saya da putuskn smpi mnggu ni je saya amek tmphn bju fesyen.. awl thun ni saya tak nak wat… poblemnya kak.. bagaimana harus saya beritahu kt custmr saya yg mlnggn ngan saya slma 6 thun ni..? kalau custmr baru sya ckp tak ambil bj fesyen,,, dorang kata ok… cuma ni la kak reglr custmr… saya tak reti nak bg jwpn.. saya bkn org yg pndi hjah tntg ilmu agama.. tkut trslh ckp da mngcilkn hati org.. hrp akk dpt mmbri pndangn tntng ini.. tq bnyk2!!
Assalammualaikum…trsetuh hti apabila saya mmbaca nya…akak,saya ni seorang plajar lgi…….tpi saya slalu mlihat rmai kalangan muslimah yg memakai purdah hnya skolah thfiz…saya ada satu solan untuk akak..iaitu:
Kalau semasa kita sdng blajar di skolah mnengh kta tidak memakai purdah tpi slepas hbis blajar tmpat yg rmai wnta muslimah memakai purdah..hti kita trdetik ingin memakai purdah…apakah boleh? walaupun orng yg bukan muhrim kita sudah melihatnya..
saya ada pernah diberitahu yg jikalau kita memakai purdah kita tidak boleh membukanya..kita kena memakainya trus…walaupun sudah berkhawin..adakah betul?
Anita, akak sedang mencari masa yang sesuai untuk menjawab persoalan di atas. Akak juga ada hantar email pada Anita, adakah Anita sudah membacanya?
Ainaa… sebaiknya Ainaa belajar sendiri mengenai hukum memakai purdah secara ilmiah. Insya Allah, lebih mudah untuk Ainaa buat keputusan dan menghadapi situasi berbeza pandangan. Persoalan yg Ainaa tanya di atas sudah sering ditanya orang. Kalau boleh, cuba Ainaa search dalam blog ini menggunakan perkataan purdah dan baca komen2 yang ada. Insya Allah akan jumpa jawapannya. Akak kesuntukan masa untuk mengulangi jawapannya. Mohon maaf.
Asslammualaikum…kak Nor..
terima kasih akak mmblas komen saya…saya sudah membaca jawapan yg diberi..Alhamdulillah jawapan yg diberi cukup mudah di fahami…
Kak Nor,saya teringin memakai purdah sebenarnya tapi saya takut berasa janggal di hadapan keluarga saya..pasa cti petengahan bulan 2011 ibubapa sya menghantar saya ke kem berasaskan agama..di situ lah bermula nya saya ingin memakai purdah..kerana saya melihat ada beberapa orang pelajar muslimah dri tahfiz memakai purdah…selepas sya blik dri kem itu,saya menanam niat untuk berubah dan memakai purdah..ada sikit perubahan yg sya buat seperti memakai tudung di hadapan orng yg bkan mhrim saya,memakai pakaian yg tdk mnampak bntuk bdan,memakai bju lbuh..tpi solat sya msih blum ada prubahan..saya ada memohon doa agr Allah mnjga slat sya…skarng sya msih mmperbaiki solat sya..dhulu sblum sya msuk kem tu sya jrng solat..slalu tnggal..slpas sya msuk kem tu bru sya bersa berdosa krna tnnaglkn solat..mla2 sya mlu jgk brcerta ttng sya tnggal solat krana sya dh bsar..tpi sya buang prasaan mlu tu..sbb bkan smua orng smpurna..Akak,saya ingin brtnya adkah bleh kita memakai bju mslimah dgn sluar jeans?(hrap akak mnjwabnya)..apbla sya mlakukn prubhan akak sya tdk mnyokong prubhan yg sya buat…sya brsa sdih dan kecewa..sbb ada 1 hari tu sya ada mnyuruh kakak sya smbhyang..tpi dia mlambatkan..sya mmbrithu nya yg tak baik mlambtkan slat..dia (kakak saya) kta mntang2 lah bru blik kem dh buat jdi alim..smenjk dri hari itu sya tkut mnegur orng dan sya tdak yakin dgn prubahn saya…akak,saya ada memakai bju mslimah dan tdung bwal tpi sya tdak memakai stokin? (harap di jawab ) tdung bwal itu sya mlabuhkan di bhagian dada…
Saya menanm cta2 untuk smbung blajar di tnah arb apabla sya sdh hbis blajar di alam menengah…..mlanya sya ingin skolah agma tpi sya rzeki tak ada..oleh krna itu ibubapa sya mnghntar sya skolh mnengah biasa…sampai di sini sya mnulis srba sedikt tntang dri sya…
Saya harap jwapan sya di jawab oleh Kak Nor..dn cta2 sya dimkbulkn…amin…
Wasalam..
Wa’alaikum salam Ainaa,
Insya Allah, Akak [Rasanya lebih sesuai dipanggil Ummu kot… sebab Ainaa masih di sekolah menengah ye…], Ummu akan cuba respon secepatnya. Sebenarnya masih banyak persoalan dari orang lain yang belum terjawab. Hajatnya, mahu dahulukan soalan2 yang datang dahulu.
Pasal jeans, cuba baca artikel ‘Aku Mahu Pakai Jeans’. Mungkin sedikit sebanyak membantu.
Berkenaan kaki, boleh baca artikel “Adakah Kaki Wanita Aurat?”
maaf ummu..ainaa masih baru lagi dengan internet ni…sbb dekt rmah ainaa x de kmudahn nk mlyari internet…skrng pon alhmdulillah ada kmudhan nk mlayari intrnet…ainaa akan cuba mencari artikel itu…tapi yang ainaa tahu melalui ceramah kaki ialah aurat wanita…terima kasih ummu..kalau ummu tidak kisah..boleh tak kalau ainaa mempunyai soalan yg ainaa tidak boleh jawab,boleh ainaa bertnya pda ummu??
ummu…
ainaa sudah membaca artikel kedua-duanya..alhamdulillah ainaa sudah faham dan dapat jawapannya…terima kasih atas bantuan ummu…
ummu…
ainaa ingin bertanya 1 soaln lagi…adakh boleh jika ainaa memakai tudung bawal tiada corak (kosong) just dekat tepi tudung tu adsa renda2 bunga dengan baju muslimah?ummu kan thu tudung bawal tu jarang so sesuai kah ainaa memakainya bersama baju muslimah?
harap di jawab…
wasalam..
Asslmualaikum…. maaf kak .. tp saya x dpt email yg akk mksudkn….pepun timekasih…. info yg akk bg tu … saya krng tngk paper.. mjlh lg lh lama x beli… tngk tv pon sskli.. mngkin trlps pndng….
Assalamualaikum…. mmmmmmm sbnrnya saya malu join sahabat niqab… di hdpn ALLAH , saya rase sayalah hamba yg daif kt dunia ni…. tp antara manusia , saya malu ngan sahabat niqab………sahabat niqab.. sume pandai bhsa arab.. sya tak pandai… trus trng sya katakn.. dulu priksa arab sellu fail…sbb itu saya tak pandai tuk mnggunakn bhsa arab… mknanya pon ad yg sya tak taw.. trukn saya…
kalau ummu taka dapat nka jawab soalan ainaa…tak apa..insyaallah nanti ainaa akan tanya pada ustazah ainaa…terima kasih ummu jawab soaln ainaa…ummu sekarang ada dekat kelantan ke?masih merantau?
Wa’alaikum salam warahmatullah Anita,
Tidak semua pandai Bahasa Arab. Ada yang baru memeluk Islam dan masih merangkak belajar fardu Ain, ada yang kerja bank, ada yang cikgu, ada yang engeneer dan pelbagai lagi. Yang penting, buat dengan faham. Alhamdulillah, sekurang2nya Anita pernah belajar Bahasa Arab… boleh improve bila2 masa. Asalkan ada usaha. Semua manusia ALlah beri kebolehan dan mampu berubah. Tinggal lagi, kita perlu berusaha mengubah diri dengan langkah2 yang betul yakni belajar dari mereka yang alim dan ikhlas.
Ainaa,
Ummu sangat sibuk sebenarnya. Ada persoalan lain yang sudah lama pun tidak berjawab lagi. Persoalan Ainaa mengenai tudung bawal tu, secara mudahnya, Ainaa perlu merujuk syarat menutup aurat yang asas dan sesuaikan pemakaian dengan syarat-syarat tersebut. Contoh: Tudung bawal biasanya nipis. Jadi pakai tudung alas di dalamnya agar bahagian leher tidak terbayang.
ainaa akan cuba mencari tudung yg tidak jarang dan boleh di padankan dengan baju muslimah….insyaallah nanti ainaa merujuk kepada syarat menutup aurat…
assalamualaikum…
saya nak bertanya tentang kedudukan pemakaian purdah ni.. saya amat berminat.. tapi, saya amat takut saya tak boleh istiqamah memakainya.. saya sekarang belajar di kaherah, dan sudah tentu ramai penduduk di sini,hatta pelajar malaysia pun memakai purdah.. tapi, saya mengambil kos perubatan… saya amat dan memang nak memakai purdah, tapi bila mengenangkan kos yang saya ambil,saya jadi takut.. saya takut saya tak boleh istiqamah bila pulang ke malaysia untuk berkhidmat.. maklumlah, doktor di hospital kerajaan setakat ini tidak dibenarkan memakai purdah.. dan sewaktu clinical year juga, pelajar(di mesir) tidak boleh mengenakan purdah ketika deal dengan patient…. jadi, apa pendapat ustazah(boleh ke saya panggil ustazah?) dalam masalah saya nie… adakah sekiranya saya memakai purdah dan membukanya dalam waktu2 seperti ini dikatakan tidak istiqamah dan mempersendakan wanita berpurdah?? harap ustazah dapat berikan pandangan..terima kasih..=)
Wa’alaikum salam warahmatullah Miza,
Insya Allah, K Nur cuba respon melalui email bila berkelapangan nanti ye…
Ada cara mengatasinya, insya Allah.
Wassalam.
update pada 25 Januari 2012.
Kak Nur sudah beri respon melalui email. Harap maklum.
Wassalam.
Assalamualaikum,saya ada soalan, bagaimana jika ingin mula memakai purdah, bagaimana untuk mulakan…perlu tukar wardrobe dan mcm mana dapat saya sesuaikn dgn bidang saya dlm perladangan?
suke ayat kak yg last tuh..jaga kesucian hati
Assalamualaikum..boleh berkenalan..saya ada niat utk memakai niqab..harap sudi bimbing saya utk ke arah ini..Nanti bila dah kenal…bolehla..saya kongsikan apa yang saya rasa…sampai nak memakai purdah ini…harap puan sudi berkenalan dengan saya…:)
setakat yg sy tahu, hukum pakai purdah atau tdk sama saja tarafnya. maksudnya x ada yg trpilih n lbh baik. sape yg suka purdah, dia x blh kata yg x pakai purdah kurang baik, begitu juga sebaliknya. n sy sndiri memilih utk tdk brpurdah bila mengambil kira fatwa semasa yg dikemukana oleh ulama’ yg ada kreeibiliti spt Dr. Asri n Dr. Yusduf al-Qaradhawi
hati telah disapa utk ber[urdah…tetapi msh memikir mampukah utk beristiqamah dengannya…
Assalamu’alaikum warahmatullhi wabrotuh. MashAllah ,,nice girls. thank’s . I hope Allah give our a good muslimah and istiqomah wear niqob forever. if you have time we can chat discus about niqob, inshAllah. nice to know you. Jazakallah ..salam
Assalamualaikum w.b.t.
sy seorang hamba Allah yang baru berhijrah amal muharam. Alhamdulillah, sekarang sy sudah mula memakai niqob awal bulan 6. Tetapi sy ada sedikit masalah, pada mulanya keluarga sy membenarkn sy utk memakainya. Tp, lama kelamaan sy dpt rasa yang mak ayah x setuju dgn cara pemakaian niqob ini. sy amat sedih.. hanya Allah yang tahu. sekarang ni mak ayah sy takut org2 sekeliling akan mngata sy. Saya buntu sgt. Sekarang ni telah fikir masak2. samaada nak buka atau tidak.. tp, salah dan berdosakah sy jika sy membuka semula..sy ingin mencari kekuatan.. bantu sy..terima kasih.
Assalamualaikum
saya nak pakai purdah dan niqab..tapi ibu bapa saya xberapa setuju… macam mne nak lalui smua tu
????
Ambil hati ibubapa dalam semua perkara selagi tidak melanggar syarak. Contoh sentiasa tolong mak tanpa perlu disuruh, rajin belajar etc. Insya Allah lama-kelamaan mereka akan mula memahami bahawa sejak memakai purdah, akhlak anaknya bertambah baik. Nanti ibubapa tidak akan marah lagi.
Selain itu, banyakkan berdoa agar Allah lembutkan hati mereka berdua untuk menerima sesuatu amalan yang masih ada dalam syariatNya.
Wallahua’alam.
assalamualaikum…airmata sy xtertahan-tahan membaca luahan hati saudari..sebab saya pernah merasai pengalaman memakai niqab selama 2 tahun..namun slps sy menanggalkan niqab terasa diri semakin lama semakin teruk..pakaian yg dipakai pula bermacam-macam gaya..tudung labuh kadang2 bertukar dengan tudung tiga segi..bukannya saya mengatakan memakai tudung tiga segi itu salah dan sebagainya…kerana selagi pakaian kita menutupi aurat pakailah apa saja…cuma ini adalah konflik diri sendiri..terlalu rindu pengalaman yg pernah dirasai..tp kurangnya kekuatan utk memulakan langkah..hari yg berlalu sentiasa terasa payah…mungkin kerana mujahadah dlm diri agak goyah..atau mungkin diri semakin jauh dari Allah..dek kesibukan dunia yg sentiasa menjengah…nasihatilah diri ini kerana ukhuwwah fillah..
Wa’alaikum salam warahmatullah.
Insya Allah, kalau Ummu mampu… semua persoalan mahu Ummu beri respon namun apakan daya… terbatas pengetahuan, pengalaman dan masa mengekang semua itu.
Buat Adik Syuhada, buatlah sesuatu yang menenangkan hati setelah pasti ia selari dengan kehendak al-Quran dan sunnah. Pedulikan pandangan manusia dan kata-kata mereka asalkan hati kita berbahagia di sisi Allah dengan pilihan kita.
Biar manusia marah, asalkan Allah tidak marah.
Sayang Syuhada.
Wassalam.
terima kasih kak…doakan diri ini sentiasa diberi kekuatan oleh Ilahi..kutitipkan sebuah puisi yang kukarang ketika kegelisahan menjengah hati…smg Allah merahmati hidupmu…
Mohon Berakhir Kegelisahan Ini
Sampai bila harusku begini?
Bersalah pada diri sendiri?
Ingin kutebus kegelisahan ini,
Namun masanya tak kunjung pasti.
Salah terbias ke jantung hati,
Mewarisi kebebalan hutang berbaki,
Ilmu dicurah belum terisi,
Di dada pejuang yang tidak mengerti.
Akulah yang bodoh dan bebal itu,
Akulah yang lembap dan lembam itu,
Aku yang masih mencari,
Bagaimana boleh aku memberi?
Namun kaki terikat ketat,
Pundak menanggung galasan berat,
Kepala sesak sakit menyengat,
Menahan bebanan yang maha dahsyat.
Kudambakan ketenangan itu…
Ketulusan berbakti sepenuh hati,
Kurindukan kezuhudan dulu…
Pakaian yang menutupi maruah diri,
Kudahagakan kasih Khaliqku…
Agar bahagia di alam abadi.
9/9/12
12.20 tghari
Terima kasih atas perkongsian yang indah di atas. Tersentuh….
Jazakillah.
saya teringin nak pakai… insyaAllaH bulan 12 nie…doa2kn ye
salam… ana nk tnya ukhti… ana mohon sgt respond dri ukhti.. insyaALLAh ana bakal smbung blajo d APIUM… trlalu byk y ana nk tnye tntg kos tu… mohon klo ukhti xkberatan bg no.tel kt email ana spya lbh mudah u ana berhubung dgn ukhti.. tp klo ukhti keberatan, email pn jadi la…
hmm…adakah skrg ni di UM masih benarkan pmakaian niqab???? mohon respond ya ukhti..
Ummu tinggal di Melbourne. Jika pakai telefon, bimbang kos tinggi.
Email Ummu: ummu_abbas@ymail.com
assalamualaikum ,sy sungguh berminat memakai purdah .lg lg pabila abg sndiri telah berubah .AlhamduliLah .abgku pernah menanya kpdku sekiranya mahu memakai purdah .dia akn membeli kpdku ttpi hndaklah menanya kpd ibuku .Ya Allah ,ibuku ckp insyaALLAH lpas spm ,akn memakai .skrang pun tgah belajar .sy tahu tiada kmudahan internet bkn 1 hlngan utk sy menambahkn ilmu ke jalan NYA. insyaALLAH.
Dulu waktu belajar agama sangat selesa dengan jubah dan tudung labuh-lebih selamat. sekarang aurat masih dijaga tapi semakin compang camping. Diri terasa ingin kembali semula namun amat payah mendidik hati yang terkadang rasa semakin jauh..
Mohon kekuatan dari Allah. Pun pernah rasa begitu kemudian terus ingat, jangan putus asa dari rahmat Allah.
salam. utk pgetahuan akak sy pun pelajar dari mmpp&nilam puri kias,sy juga dh lama simpan niat utk memakai niqab tp perasaan xlayak utk memakainya selalu mggu sy smpai skrg sy sudh brkhwin tetapi blum dpt penuhi niat sy utk brniqab,mohon nasihat dr akak buat panduan utk sy…emel sy ye…
kita menggunakan purdah adalah untuk Allah..dan bukannya untuk berfesyen..
sesetengah pelajar yg menggunakan purdah adalah semata-mata untuk menunjuk..
salam..bagus tu akk,knp pakai purda?bkn utk org..tp utk Allah, kelebihannya nnt di akhrat, Allah sendiri akn mncari mereka yg memakai hijab di dunia.
Assalamualaikum..
Sy sgt kagum dgn sesiapa yg brpurdah..sy sgt2 mahu memakai purdah..dan sy memerlukn bimbingn..bleh sy msg private pd email penulis??
Wa’alaikumsalamwarahmatullah Nur
Boleh, insyaa Allah. Dipersilakan ye… 🙂
Assalamualaikum . Saya ingin sekali memaki niqab . Saya teringin dari form 2 . Tapi sekarang hati dan perasaan saya ingin lebih dekat untuk memakainya . saya perlukan nasihat dan tunjuk ajar . boleh tak kalau saya ingin meminta nasihat dan tunjuk ajar daripada akak ?
Wa’alaikumsalamwarahmatullah
Alhamdulillah atas kurniaan hasrat yg baik itu.
Insyaa Allah, boleh. 🙂
* Boleh panggil saya Ummu sahaja sebab anak sulung pun sudah Form 3.
Assalamualaikum,..salam kenal,..saya wanita muslimah dari Indonesia,. Entah sudah berapa kali membaca tentang purdah,.bukan Karena sombong,.tapi setiap ada orang yang memberi komentar tentang wajahku,.justru ada keinginan menutupnya secara penuh,.Seperti para wanita muslimah di mekkah,.ada perasaan takut saat seseorang bilang cantik atau yang lain,..takut saat pria memandangku,.dan timbul fitnah dan dosa karena ku,..tapi masih berat memakainy karena lingkungan dan keluarga,..aku pernah mengungkapkannya kepada seorang pria keinginanku memakai cadar setelah menikah nanti,..tp sptny tdk ditanggapi,..semoga Alloh memberi jalan,..amiin,..
maaf sebab saya lmbt membalas.. boleh saya dapatkn email penulis?
Wa’alaikumsalamwarahmatullah
Semoga Allah berikan kekuatan untuk memahami dari sudut dalil dan juga kemampuan untuk memakainya. Cubalah pakai, akan terasa keindahannya.
email saya di ummu_abbas@ymail.com
ummu_abbas#ymail.com
sy juga ingin bepurdah suatu hari nanti
Insyaa Allah, moga Allah permudahkan.
kekasih hati saya kekal berpurdah semenjak 1987 di Texas. Bayangkan aja apabila berpurdah dikalangan pelajar University Texas dan mengambil kursus Engineering. Tak ramai gadis buat course Engineering kerana terpaksa ada discussion group, project group dan field work bersama pelajar lelaki. Dia sanggup melalui pelbagai cobaab dan rintangan terutama bila di Campus dan bila ke Downtown untuk grocery. Daripada anak gadis yang lincah dan ranggi, dia bertukar menjadi gadis pemalu. Alhamdulillah, dia masih kekal berpurdah sehingga kini 2016.
Masyaa Allah. Bolehkah Saudara hubungkan saya dengannya?
saya sudah lama ingin memakai purdah tetapi banyak yang datang dalam fikiran mengenai kehidupan memakai purdah. tambahan pula, keluarga saya tidakmengizinkam saya memakainya.saya ingin mintak pandangan.
Solat hajat dan solat istikharah adalah yang terbaik dalam membuat keputusan setelah berbincang dan memahami hukum memakai purdah secara ilmiah. Ikutlah apa yang menenangkan hati selepas berdoa.
Hanya Allah SWT yang maha mengetahui situasi dan keperluan Nurul dalam hal ini.