Posted in Gadisku, MyDiary

Menjadi Tetamu VIP di Pesona Gala CSWK

22cikwan7 Mengimbau kenangan lama

Semasa dijemput oleh seorang sahabat ke pertunjukan fesyen ini, teringat zaman kampus.  Pelajar perempuan yang belajar di University of Jordan dulu pernah buat pertunjukan fesyen di dewan universiti khusus untuk wanita sahaja.   

Pelajar-pelajar yang pakai jubah dan bertudung labuh di luar bergaya sakan dengan kebaya, kurung dan pakaian tradisional yang lain. Wajah di make-up dan siap belajar catwalk lagi.  Cuma mereka masih mengekalkan tudung kecil kerana terdapat di kalangan Arab yang non-muslim.

Tiket Gala
Tidak terbeli tiket se'anggun' ini. Terima kasih daun keladi, Na (penaja)

Pesona Gala Cik Siti Wan Kembang

Kembali ke Pesona Gala Cik Siti Wan Kembang (CSWK).  Kenapa Cik Siti Wan Kembang?  Cik Siti Wan Kembang merupakan tokoh pemerintah (raja) di Kelantan.  Kelantan amat sinonim dengan nama-nama wanita sebagai tokoh selain nama-nama tokoh ulama nusantara seperti Tok Kenali. 

Sejak zaman berzaman, Kelantan dikenali dengan Serambi Mekah.  Serambi Mekah yang berkait rapat dengan medan ilmu Islam dan pengamalan Islam di kalangan rakyatnya.  Islam sering dituduh mendiskriminasi kaum wanita.  Realitinya, Kelantan dengan imej Islam sejak dulu begitu mesra dengan nama-nama kaum wanita.  Terbaru adalah Pasar Buluh Kubu yang ditukar kepada Pasar Besar Siti Khadijah (PBSK).  PBSK dinamakan sedemikian demi menghargai jasa kaum wanita Kelantan yang mendominasi sebahagian besar perniagaan di pasar tersebut.  Siti Khadijah sendiri merupakan isteri pertama Rasulullah s.a.w yang terkenal sebagai tokoh korporat di zamannya.

Saya bertanya kepada diri, apakah saya akan hadir Pesona Gala CSWK?  Kalau saya mahu hadir, untuk apa?  Apa faedah yang saya bakal perolehi?  Akhirnya saya memutuskan untuk hadir bagi memantau keadaan dan mengimbau kenangan lalu.  Juga mahu sedikit hiburan yang dibenarkan.  Saya bukanlah peminat fesyen walaupun mengikuti perkembangan fesyen.  Saya suka berpakaian ringkas dan selesa.  Setiap kali saya cuba memakai fesyen yang di luar kebiasaan, akhirnya baju itu hanya sekali dua sahaja saya mampu pakai.  Kemudian akan disedekahkan pada orang lain.  Tidak selesa.  Itulah rasionalnya. 

Gala yang meriah

Suasana gala bertemakan warna pink.  Mungkin sebagai tanda sokongan kepada kempen kesedaran kanser.  Bermula dari pintu masuk, pentas sehinggalah kepada ahli Cempaka yang bertugas, semua serba pink.  Warna ini dikatakan sinonim dengan wanita.  Benarkah?  Gala itu sendiri bermaksud pesta.  Sesuai dengan pesta, hiasan pentas dan suasana keseluruhan menepati istilah yang digunakan. 

Menjadi Tetamu VIP

 Masuk ke dewan, saya dan 2 lagi sahabat baik, Chik dan Ni’mah dipersilakan duduk di meja VIP sebelah kanan meja VVIP (Meja Datin isteri Menteri Besar Kelantan).  Rupa-rupanya tiket kami yang ditaja oleh isteri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (CEO PMBK) itu tiket VIP, alhamdulillah.  Kalau di akhirat esok, macam ini kan best… dipelawa malaikat duduk di samping para nabi dan rasul.  Terutama kalau dapat syurga di sebelah syurga Rasulullah s.a.w … hmmm jauh dari layak rasanya.  Diuji dengan kerenah anak-anak pun, jarang-jarang lulus.

 Tentatif Gala

Atas kerusi, sekuntum ros berwarna pink diletakkan untuk tetamu.  Wah… saya suka ros (alhamdulillah).  Ros itu sekarang saya letak dalam gelas menghiasi sudut ruang makan.  Dapat paperbag pun khusus untuk VIP.  Apa perbezaannya dengan paperbag untuk orang awam saya tidak tahu.  Apa yang penting, VIP di sisi manusia belum tentu VIP juga di sisi Allah.  Allah lihat hati… Allah lihat amalan dan taqwa kita.  VIP hari ini, belum tentu VIP di hari esok.  Dunia ibarat roda, ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah.   Beringat-ingatlah.

Selepas ketibaan Penaung Cempaka, YABhg Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan beberapa tetamu VVIP, acara bermula.

Ucapan Maya dari Dua Lelaki

SANY0582
Ucapan maya Tok Guru Nik Aziz

Syarifah Nor dari TV9 menyerikan majlis sebagai pengacara tetap.  Selesai ucapan Presiden Cempaka, Puan Nik Aida, ucapan dari CEO PMBK, YABrs Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dibuat secara maya.  Begitu juga ucapan perasmian dari Pengerusi PMBK, YAB Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat turut dibuat secara maya.

Ucapan dua lelaki ini dibuat secara maya memandangkan majlis ini adalah majlis tertutup untuk kaum wanita sahaja.  Inilah salah satu bentuk teknologi moden yang diislamkan.  Bukannya memodenkan Islam sebagaimana yang diusahakan oleh ramai pihak hari ini seperti Islam Liberal dan Islam Hadhari.  Islam itu sendiri sudah sempurna namanya kerana diberi oleh Allah, pencipta alam ini.

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ

Sesungguhnya ugama (cara hidup yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.

Ali Imran 3:19

Dalam program pelajar di Jordan dulu, Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Jordan berucap dalam dewan diiringi beberapa pengiring lelaki.  Seusai berucap, mereka keluar dari dewan dan acara bermula untuk wanita sahaja.  

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Penaung Cempaka dengan gimik yang menarik.  Bunga api yang terpancar di tepi pentas menarik perhatian Aesya.  Saya tidak dapat mengambil foto kerana meriba Aqil yang tidur.  Kemudian bermulalah acara yang ditunggu-tunggu yakni pertunjukan Pesona Gala Cik Siti Wan Kembang.

Penaja utama ialah Al-Habshee. 

Ummu Abbas

5.53pm

14 Zul Qi’dah 1430H

Advertisements

Pengarang:

Seorang isteri, ibu, permaisuri rumah, anak kepada Ma dan Abah yang masih hidup, penulis dan da'ie, insya Allah. Menyintai ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah.

2 thoughts on “Menjadi Tetamu VIP di Pesona Gala CSWK

  1. Assalamualaikum semua,
    Wah bestnya, Bagusnya kalau dapat di realisasikan di tempat akak. Bagus juga ummu Abbas pergi tu, sekurang-kurangnya mengurangkan sedikit pandangan serong sesetengah masyarakat.

    Wassalam.

    Wslm Kak Nisha. Terima kasih atas pandangan yang baik ini. Tidak terfikir pula tentang persepsi masyarakat tersebut.


  2. saya masih terfikir2 akan rasionalnya majlis tersebut diadakan. jika ia salah satu kempen menutup aurat ataupun menghargai wanita yg menutup aurat mengapa perlu dibuat secara mewah, ekslusif dan tertutup. saya kira mewah apabila diadakan di hotel dan yuran penyertaannya boleh tahan mahalnya. saya faham ekslusif di sini sebagai hanya untuk golongan tertentu yg mampu dan tertutup di sini maknanya terhad manfaatnya hanya kpd yg turut serta. mungkin saya silap anggap di sini, sbb saya tak hadir dan mengikuti perkembangannya beribu2 batu jauhnya.

    kalaulah yuran rm300 diagihkan untuk membeli tudung kpd 15 orang yg tak menutup aurat. jika ada 10 orang yg membayar 300 , sudah boleh sumbang kpd 150 orang untuk menutup kepala mereka.

    kalau yuran rm200 diagihkan membeli 2 kain ataupun pakaian yg menutup aurat – jika ada 10 orang yg membayar yuran sebyk itu dan dikumpulkan jumlahnya sudah boleh diberikan kpd 20 orang wanita menutup aurat badan mrk yg kita pakai. ini tak masuk lagi byran pengacara, pakaian urusetia, kos jamuan dsb.

    sampai kini saya masih terfikir dan tertanya2 ttg upacara tersebut terutama motif utamanya.

    Jazakumullah sahabat fillah atas percambahan idea yang bermanfaat untuk maslahah umum.

    Sementelah Kak Nur masih mahu berbicara tentang Pesona Gala tersebut, maka info yang ukhti berikan akan Kak Nur masukkan dalam artikel baru nanti.

    Moga ia akan sampai kepada pihak penganjur nanti.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s