
Dalam entry sebelum ini, saya paparkan khabar Sara Bokker, warga Amerika memeluk Islam serta memakai purdah dan Puan Rozita Jutawan Sendayu Tinggi juga memilih purdah, kali ini heboh lagi mengenai purdah apabila selebriti Waheeda pula mengenakan purdah. Sesiapa yang belum membacanya, search perkataan purdah di ruang carian,insya Allah, artikel berkenaan purdah akan dipaparkan.
Alhamdulillah, jika foto-foto di atas menggambarkan realiti si pemakai di luar sana. Saya sempat memerhati beberapa respon dalam beberapa blog mengenai hal ini. Seperti biasa dalam apa-apa isu, komen ada yang positif dan ada yang negatif. Komen-komen itu menggambarkan ilmu dan akhlak si penulisnya.
Ada juga komen-komen yang boleh menggoncangkan iman seperti mengatakan ia tiada kena mengena dengan agama. Pembaca perlu berhati-hati apabila mahu merespon sesuatu isu. Jika tidak tahu secara mendalam hal agama, lebih baik diam. Akidah boleh rosak bukan sahaja melalui perbuatan seperti menyembah patung, bahkan boleh gugur dengan kata-kata yang mempersendakan hukum agama.
Adalah lebih baik, jika pembaca tidak tahu hujjah sesuatu perkara, google sahaja perkataan ‘purdah’ contohnya dan lihatlah perbahasan mengenainya. Kemudahan internet di depan mata sewajarnya digunakan untuk menambah ilmu pengetahuan, dan bukan sekadar mengata itu dan ini tanpa ilmu di dada. Up grade cara berfikir dengan menambah pengetahuan di hujung jari. Bersyukur kepada Allah dengan nikmat mengakses maklumat yang tiada had melalui medan internet. Jika masih ada kekeliruan, bertanyalah kepada yang lebih tahu. Itulah petunjuk yang Allah berikan dalam al-Quran.
Apabila pembaca mendapati khilaf dalam sesuatu isu, pembaca harus tahu pula adab berbeza pendapat dalam Islam. Imam Syafii tidak pernah menghina Imam Malik apabila ada perkara yang beliau tidak sependapat dengan Imam Malik dan sebaliknya. Begitulah para ulama berakhlak apabila berbeza pendapat.
Begitu jugalah kita, apabila kita setuju dengan sesuatu perkara dan tidak setuju dengan perkara lain, maka raikan perbezaan tersebut selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip asas Islam. Saya bagi panduan ringkas sahaja dahulu.
Kembali kepada Waheeda yang memakai purdah, saya berharap ia dilakukan kerana mahu menambah taqwa di dada dan semata-mata mahu meraih cinta Allah swt. Saya optimis dengan Waheeda yang mengatakan dia merasa gembira dan lega kerana hasratnya untuk memakai purdah selama ini telah dapat ditunaikan. Setiap perkara yang dihalalkan oleh Islam merupakan perkara yang sesuai dengan naluri manusia. Dan segala perkara yang diharamkan oleh Allah merupakan perkara yang memudaratkan buat manusia seperti menuduh, menfitnah, mencaci maki orang lain dan lain-lain.
Semoga Allah memberi ketenangan dan kebahagian buat Ustaz Akil Hayy, Waheeda dan anak-anak. Semoga Allah menggantikan yang lebih baik buat Maizawati.
Moga Allah perteguhkan agama kalian dan moga kalian istiqamah di jalanNya.
Ummu Abbas
3 Muharram 1431H
11.43am
**********************************
Ini antara berita positif mengenai Waheeda pakai purdah. Orang yang suka bersangka baik dengan orang lain dicintai Allah.
Sumber: http://demokrasi93.blogspot.com/
LAMA tidak mendengar kisah tentang penyanyi ini sejak dia mengumumkan persaraannya dari dunia seni sebaik mendirikan rumahtangga dengan penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Akhil Hayy Ogos lalu.
Khabarnya, Waheeda kini lebih tenang menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak tirinya, Maisara dan Sharif yang tinggal bersamanya dan Akhil.
Malah, ketika ditemui pada majlis persandingan mereka di Dewan Guthrie Bukit Jelutong, Shah Alam, akhir Oktober lalu, Waheeda akui kehidupannya kini cukup bahagia di samping menumpukan kepada amalan ibadah.
Terbaru, wanita berusia 30 tahun ini dilihat sudah tampil dengan imej terbarunya – berpurdah. Waheeda dilihat berpenampilan sedemikian sewaktu menghadiri sebuah majlis bersama suaminya, baru-baru ini.
Cuba dirisik kepada empunya badan, Waheeda akui dia kini senang dengan imej sedemikian. Malah, sejak dulu lagi memang penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini ini sudah menyimpan hasrat untuk berpurdah, cuma ketika itu dia belum berpeluang untuk berbuat demikian.
Malah, ketika seorang kenalan menghubunginya baru-baru ini, Waheeda kedengaran cukup ceria dan melahirkan rasa lega kerana hasratnya itu kesampaian jua.
Tiada siapa memaksa, tetapi apa yang dilakukannya itu datang daripada dirinya sendiri.
Dan berpegang kepada prinsipnya, jika boleh, dia tidak mahu lagi terlibat di dalam sesi fotografi mahupun temubual tentang kehidupannya kini. Kata Waheeda, lebih baik diajukan kepada suaminya saja kerana dia bukan lagi seorang selebriti.
Difahamkan, Waheeda juga bakal melatih anak tirinya, Sharif untuk menyanyi dan mengeluarkan album berjudul Zikirallah.
Ditanya lagi sama ada dirinya kini sudah ‘berisi’, kata Waheeda, rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri masih belum dikurniakan Allah. Apapun, dia tetap bersyukur kerana dapat mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak tirinya yang juga menghormati dan menyayanginya sebagai ibu sendiri.
– Doakanlah yang baik-baik sesama saudara kita, insya ALlah, malaikat di langit mendoakan kebaikan kepada kita sebagaimana doa yang baik kita pohonkan untuk saudara kita. Ummu Abbas. –
KUNJUNGAN HABIB UMAR BEN HAFIZ KE MALAYSIA JANUARY 2010 : http://wp.me/piAx4-ZY
salam ukhwah. saya tertarik dengan setiap entri akak. banyak memberi kesedaran yang boleh membawa kepada perubahan. harap diizinkan untuk link web akak ye. terima kasih atas perkongsian.
Majlis Bersama Ulama Besar Dari Yaman : http://wp.me/piAx4-ZY
Program Bersama Dr Wahbah Mustafa Al Zuhaily : http://wp.me/piAx4-103
Amalan Yang Disunatkan Pada 10 Muharram : http://wp.me/piAx4-ZT
assalamualaikum. mabruk atas tulisan2 yg bermanfaat untuk muslimah dan ibu. Saya tak mau komen pasal waheeda…tapi nak tanya pasal plugins widget iluvislam ke wordpress. mcm mana caranya ye? cantik blog kak ni..harap dpt respon ke website saya di cikguadilah.wordpress.com. shukran.. semoga Allah memberkatimu…
jemput ziarah ke blog ana di http://temanmuslimah.blogspot.com 🙂 syukran khatira ahlan wa sahlan…
salam..saya mintak izin bc blog dan izinkan saya untuk link web akak ye, ingin berkongsi dgn teman-teman dlm facebook..time kasih.
Salam…saya suka sgt dgn tulisan2 akak..tiap kali membaca tulisan akak rasa keinsafan sering hadir dlm diri…MAHA AGUNG KEKUASAAN ALLAH…
Syukran..Moga ALLAH sentiasa meredhai kita semua….amin
Salam, Terima kasih atas pengosian. Saya tertarik dengan web anda.
aslamualaikom..alhamdulilah akak waheeda dh mendirikan umahtanga dgn bahagia sekali,,sya mmg niat nk memakai purdah tp masanya blm tiba lg,,ape pendapat akak sma ade sya leh lakukan atau x??rmai rkan xbenarkan sya pkai purdah.akak cmne cara makn semasa kita memakai purdah 2 kalau nk makan kt luar??
Assalamualaikum, Alhamdulillah dapat sy menimba ilmu disini……dalam hati meronta2 mencari jawapan persoalan mengenai purdah ini, syukur Alhamdulillah ada kemudahan internet untuk sy menimba ilmu, seperti soalan nadia…bagaimana wanita berpurda makan, mohon kongsi ya………………..
Assalamualaikum. gembira bila melihat kak waheeda pakai purdah. hati saya sehingga terbuka nak pakai purdah :)) ❤
Ana ingin bertanya apa reaksi parents anti bila anti memgemukakan mahu memakai purdah
Mohon jawab
Saya pakai terus tanpa beritahu atau minta izin sama seperti saya pakai tudung :).
Abah dan adik beradik semua diam tidak beri respon. Mungkin respon dalam hati sahaja.
Cuma ibu yang sedikit menentang.
Beritahu secara baik dan jelas. Kemudian dia ada lagi marah-marah. Saya ignore sahaja dan bertawakkal kepada Allah sebab saya yakin Allah reda dengan apa yang saya putuskan untuk diri sendiri melalui ketenangan hati yang diperolehi.
Alhamdulillah, lama kelamaan, ibu menerima juga sehingga ke hari ini.
ana ingin memakai purdah tapi umi ana menentang kerana masih muda dan sbb yg lain apa perlu ana buat
Yang muda lebih utama pakai niqab.
Cuba bincang elok-elok dengan Ummi… beri rasional mahu pakai. Insyaa Allah, jika dia faham, dia tidak akan menentang.
Apakah kita perlu merubah perangai kita apabila kita mahu memakai purdah.maksud saya berubah dulu bru pakai or pakai dulu bru berubah
Perubahan lahir biasanya datang dari perubahan dalaman.
Perlu seiring dan seimbang antara perubahan dalaman kepada perubahan lahir dengan penambah baikan akhlak. Tidak semestinya berubah akhlak dahulu, baru berubah penampilan atau sebaliknya.
Penambah baikan akhlak perlu sentiasa ada walaupun tidak memakai purdah, jubah, tudung labuh ect kerana akhlak yang baik merupakan antara tujuan utama Rasullah s.a.w diutuskan. Apatah lagi jika berazam mahu berpenampilan lebih baik. Sudah tentu kita mahu pakaian yang baik memberi imej yang baik pada akhlak pemakainya.
Akhlak yang baik merupakan salah satu penguat atau faktor membuat kita bertambah keyakinan diri untuk terus berpenampilan baik.
Bahkan ada orang yang memilih pakaian yang baik-baik sebagai pendorong diri berakhlak lebih baik.