Sebelum ke klinik gigi pagi 26 Mei, saya masukkan printer dan laptop ke dalam kereta. Saya bercadang menghantarnya ke kedai komputer untuk dibaiki dan diservis. Namun, rasa sakit selepas pembedahan menghalang saya berbuat demikian.

Keesokan hari, baru saya dapat hantar kedua-duanya ke kedai. Saya yang dibedah, laptop yang masuk wad! (MOS je … perkara kecil 🙂 )Semalaman berada di kedai, alhamdulillah saya sudah dapat mengambil laptop kerana saya beritahu ‘urgent’ mahu bawa musafir. Printer masuk wad lama sikit.

Tiba di rumah, saya terus buka laptop. Pertama kali lihat ‘wallpaper’, saya perasan ianya telah ditukar. Hmm…pandai-pandai pula ‘si fulan’ menukar ‘wallpaper’ dalam laptop peribadi saya. Pagi ini, saya cek ‘my Recent Documents’, saya dapati beberapa dokumen saya telah di buka oleh ‘si fulan’. Apa erti semua ini?

Apakah seseorang dalam kedai komputer telah membuka dan membaca dokumen saya tanpa perlu meminta izin? Apakah ‘si fulan’ berhak memantau isi komputer yang diamanahkan untuk servis? Saya merasa agak kesal jika benar perkara itu berlaku.

Oleh kerana saya tidak tahu mengenai urusan servis komputer, saya menangguhkan rasa marah yang ada agar saya tidak membuat tuduhan melulu atas perkara yang saya tidak tahu. Hari-hari berikutnya, saya pergi lagi ke kedai tersebut atas urusan tertentu. Saya mengambil peluang bertanya kepada pekerja di situ mengenai apa yang saya alami.

Staf wanita yang melayan saya memberi perhatian terhadap aduan saya. Dia bertanya kepada salah seorang juru teknik di kedainya, juruteknik itu menggelengkan kepala.

Mungkin orang lain yang lakukan servis pada laptop itu. Jelas staf tersebut.

Saya lihat staf itu juga melahirkan perasaan kesal atas apa yang berlaku dan berjanji akan menasihati pekerja-pekerja di situ.

Sebelum keluar, saya tegaskan sekali lagi, bahawa perkara sebegitu tidak harus berulang pada orang lain. Kalau ramai pelanggan yang kena, kemungkinan mereka akan serik untuk datang ke kedai itu lagi.

************

Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang peniaga yang berjaya. Nabi Muhammad s.a.w telah menguruskan harta perniagaan Khadijah dengan baik dan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda. Perkara utama yang diberi penekanan ialah sikap jujur, bercakap benar dan amanah dalam mengendalikan perniagaan. Apabila integriti peniaga dikenal pasti, orang ramai akan terus mahu berurusan untuk satu jangkamasa yang panjang. Insya Allah, keuntungan jangka panjang bakal diperolehi walaupun pada permulaannya, perniagaan tidak begitu memberansangkan.

Peniaga yang amanah dan cekap pengurusannya, akan memperolehi 3 keuntungan; nama baik, laba perniagaan dan kejayaan di akhirat.

Peniaga yang suka menipu dan tidak amanah, hanya akan mendapat keuntungan di peringkat awal sahaja. Apabila pelanggan mengetahui sikapnya yang sebenar, pelanggan akan lari.

Peniaga sebegini akan mendapat 3 kerugian; nama dicemuh orang, perniagaan merosot dan azab di akhirat.

Fikir-fikirkan…

Ummu Abbas
6 Muharram 1431H
11.01am

ps: Saya akan bermusafir hari ini sehingga Sabtu 26 Disember 2009. Mungkin saya tidak dapat update blog dalam tempoh tersebut. Entry ini pun merupakan catatan lama yang baru disiapkan. Sekian. Harap maklum. Tolong doakan kami selamat dalam perjalanan ye… Syukran wa Jazakumullah.

7 respons kepada “Laptop Masuk Wad… Bengang!”

  1. Avatar Chik

    Selamat perjalanan kak nur.
    Bermusafir ke mana ya?
    Dalam apa kerja sekalipun, sikap amanah amatlah penting.

  2. Avatar shafifah
    shafifah

    HIMPUNAN RIBUAN UMAT DI DALAM : MAJLIS BERSAMA ULAMA BESAR : http://wp.me/piAx4-ZY

  3. Avatar el
    el

    errr… dah memang selalu sangat jadi nih.. orang suka korek rahsia orang…

    kalau tak takde la gambar-gambar edison chen leh tersebar merata dalam internet…

    nak selamat… sebelum hantar kedai, kalau masih buleh bukak… simpan je dulu mana-mana benda yang peribadi tu dalam pen drive ke, cd ke…

    jangan nak harap orang lain jujur… memang susah… kita yang kena berhati-hati… tidak tak perlu lah dicipta segala kunci, alarm, vault, polis tu semua…

    Terima kasih el. Betul tu… Kita yang kena hati-hati. Banyak lagi yang saya perlu belajar tentang penjagaan komputer dan segala isinya. Cuma akak tak kenal pula siapa Edison Chen tu…


  4. Avatar daie9
    daie9

    bengang kak…?

  5. Avatar daie9
    daie9

    it’s will b alright tu kak 😉

    Insya Allah Daie9. Akak cuma mahu menegaskan sikap amanah yang perlu ada bagi insan yang berurusan dengan manusia lain melalui entry ini. Apa yang sudah berlaku, merupakan pengajaran bagi akak.

  6. Avatar serisuri

    hari ni berkesempatan masuk blog k.Nur lagi…

    g musafir tu harap2 bolehlah release rasa bengang tu…

    Terima kasih. Rasa bengang tu datang sekejap je… itu pun kisah lama:)


  7. Avatar mat rempit

    akak kene blajer cara kendali komputer,,,example…hide program,,buat masa,tarikh,hari bagi semua program dibuka..keno blajo tu…keje2 jgak,,,blajer mesti….saya harap akak ade mas nak blajer cara kendali komputer..k

    Betul tu mat rempit… nanti akak belajar… terima kasih sudi menjenguk ke sini…harap dapat manfaat.

Tinggalkan komen

Saya Ummu Abbas

Selamat datang ke blog saya :) Tempat saya berkongsi secebis ilmu dan pengalaman. Semoga bermanfaat.

Let’s connect