Kisah Benar 1
Muhammad berusia 4 tahun dihantar ke sebuah tadika untuk tahun 2010. Seminggu sebelum sekolah dibuka, tadika tersebut mengadakan hari orientasi. Hari orientasi diadakan selama 3 hari untuk membiasakan pelajar dengan sekolah. Setiap hari hanya dua jam digunakan.
Pada hari Rabu dan Khamis, Muhammad elok sahaja ke sekolah. Sebelum pulang dari sekolah pada hari Khamis, seorang guru berkata kepada Muhammad, “Esok cuti panjang”.
Hari Sabtu berikutnya, Muhammad harus menghadiri satu sesi lagi sebelum sekolah dibuka pada hari Ahad berikutnya. Namun Muhammad tidak mahu ke tadika.
Umminya bertanya, “Kenapa tidak mahu pergi? Bukankah dua hari lepas Muhammad pergi dengan elok sahaja?”
“Cikgu kata cuti panjang”
Keesokan harinya Muhammad masih belum mahu ke sekolah kerana cikgu kata cuti panjang.
Cuti Muhammad memang panjang sampai ke hari Khamis 14 Januari 2010, Muhammad belum lagi mahu ke sekolah.
Pandai sungguh Muhammad mengaplikasikan kata-kata cikgunya.
Moral: Guru perlu melatih diri berkata secara tepat. Dalam kes di atas, cikgu seharusnya berkata, “Kita cuti hari Jumaat sehari. Hari Sabtu nanti, Muhammad datang lagi ye…”.
Kisah Benar 2
Suatu hari, seorang pelajar tadika yang sama masuk ke bilik air di rumahnya. Kemudian dia tidak keluar-keluar dari bilik air. Ibunya kehairanan lalu melihat anaknya di bilik air.
“Aiman sudah siapkah? Aiman tidak apa-apa?”
“Sudah ibu. Aiman tidak apa-apa”
“Habis, kenapa Aiman tidak keluar juga?”
“Cikgu ajar di sekolah, bila mahu keluar bilik air kena baca doa”
“Ooo…begitu. Aiman bacalah doanya”
“Aiman lupa doanya sebab itu Aiman tidak boleh keluar”.
Moral: Kanak-kanak masih suci jiwanya. Mereka mudah menerima apa sahaja yang diajar gurunya. Pada usia beginilah, waktu yang paling sesuai mencurahkan perkara-perkara yang baik pada anak-anak. Ibubapa digalakkan memberi penerangan yang betul dan berlemah lembut.
Kisah di atas saya perolehi semasa sesi taklimat untuk ibubapa di tadika tempat Aesya belajar pagi tadi. Banyak perkara baru yang saya dapat belajar. Ibubapa haruslah prihatin dengan persekolahan anak-anak dan beri kerjasama yang baik kepada pihak sekolah. Guru hanyalah pendidik kedua bagi anak-anak kita. Kitalah pendidik utama mereka yang diamanahkan oleh Allah. Moga dengan usaha kita yang peka dengan perkembangan anak-anak dan kerjasama kepada pihak sekolah akan menambah barakah ilmu yang dituntut.
Ummu Abbas
10.05pm
1 Safar 1431H
Ini pula kisah jururawat kurang pengalaman. Nama tempat tidak perlu saya dedahkan. Kisah sudah lama, lebih 10 tahun dulu.
Seorang murid perempuan India, Tingkatan 1, dari salah sebuah sekolah menengah di Selangor, kurang sihat. Gurunya menyuruh ke klinik kesihatan kerajaan. Selepas pemeriksaan dijalankan, murid berkenaan dibekalkan ubat. Seperti kebiasaan, antaranya ialah panadol, vitamin C dan mungkin antibiotik. Berapa banyak? Seperti biasalah, cukup untuk dos 3 atau 4 hari. Murid itu pun beredar, dan kembali ke sekolah sebab tidak diberi cuti rehat.
Kira-kiran jam 3.30 petang itu, murid itu buat hal. Ribut satu kelas kerana dia pengsan tidak sedarkan diri. Maka gurunya terpaksa membawanya ke klinik sekali lagi untuk rawatan.
Dua tiga hari kemudian, murid berkenaan kembali ke sekolah. Penolong Penyelia petang memanggilnya. Lalu ditanya tentang apa yang telah terjadi, “Apa sudah jadi?”
Cerita murid berkenaan, klinik memberi tahu, katanya, “Itu hari dia kasi ubat, kemudian cakap, nanti jam 3, satu kali makan. Cukup jam 3 petang saya makan lah cikgu”. “Berapa banyak awak makan?” Murid itu menjawab, “Satu kali makan kasi habis.”
Bayangkan ubat untuk 3 atau 4 hari ditelannya sekali. Amacam bijak tak si kakitangan klinik itu? Itu sebab kita sewajarnya mengenali bahasa dan budaya orang lain. Jika tidak inilah jadinya.
1.Wacana Pemikiran Dan Pembinaan Ummah 1:Gerakan Tajdid
2.Keistimewaan Sanad Dan Mengapa Ada Yang Menolaknya ?
3.Jadual Pengajian Umum Ustaz Muhammad Fuad – Januari 2010
4.Isu Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang-orang Kristian
5.Pengajian Kitab bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam