Assalamu’alaikum semua. Terima kasih kepada para pengunjung yang tidak jemu bertamu di rumah saya ini. 10 hari saya tidak dapat menjenguk rumah ‘keranacinta’ @ Islam Itu Indah ini meskipun dapat mengakses internet secara percuma di Hotel Huafu, Beijing.
Syukur kepada Allah kerana memperkenankan cita-cita saya menjejakkan kaki ke China walaupun ia diluar rancangan saya sendiri. Jutaan terima kasih kepada suami tercinta kerana membawa saya dan anak-anak melancong ke luar negara.
Jumaat 5 Februari, modem di rumah rosak. Allah sudah mengatur sedemikian. Tentu ada hikmahnya. Nasib baik saya sempat menyiapkan suntingan akhir buku Fikah Perubatan sehari sebelumnya. Jadi saya dapat menumpukan sepenuh perhatian berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur pada petang Sabtu, 6 Februari. Pagi Ahad, kami bertolak ke Beijing.
Dua hari di Beijing, laptop saya baru dapat memasuki internet. Impian meng’up date’ blog tergendala dek Kerajaan China blok penggunaan blog dan facebook di negaranya.
Sepanjang 7 hari 6 malam di Beijing, rasa terkurung juga kerana tidak dapat buka blog sendiri namun disebaliknya, terasa nikmat yang sungguh besar.
Blog tidak boleh… facebook tidak boleh…
Semuanya akibat sikap waspada sebuah kerajaan terhadap pengaruh luar dari menguasai rakyatnya. Negara yang majoriti rakyatnya tidak beragama ini begitu tegas terhadap mana-mana unsur yang boleh melonjakkan semangat melawan kerajaan sedia ada.
Nikmat yang sungguh besar yang saya maksudkan sebelum ini ialah saya benar-benar merasa dapat bercuti sepenuhnya dari rutin menulis dan tugasan di rumah. Fikiran saya lapang dan mata dapat menikmati keindahan alam semulajadi di Beijing yang tidak pernah saya lihat di tempat lain. Saya usahakan agar dapat memanfaatkan semaksimum hikmah yang tersembunyi di sepanjang permusafiran ini.
Kami pulang ke Malaysia pada 13 Februari dan ke Kota Bharu pada 14 Februari. Tiba di rumah tengahari semalam, saya terlupa modem tidak sempat dibaiki atau ditukar ganti sebelum bertolak ke Beijing. Hari ini, menumpang internet di rumah Ma dan Abah, baru saya dapat membuka semula pintu rumah ‘Islam Itu Indah’ ini.
Komen pembaca yang masuk sebelum ini belum dibaca, terus menulis entry ini.
Perjalanan ini bukan sekadar melangkah kaki ke bumi orang. Bahkan merupakan langkahan hati menuju Allah. Apa yang diharapkan ialah mahu ikut resmi padi, semakin bertambah ilmu dan pengalaman, semakin merendah diri kepada Allah. Itulah nilai hidup yang bakal dibawa mati.
Ok… setakat ini dulu coretan saya buat kali ini. Travelog Beijing menyusul selepas ini, insya Allah.
Ummu Abbas
4.08pm
15 Februari 2010
Salam akak,
Dah balik ya…mesti epy dan seronok kan dapat bercuti bersama family…nak tunggu cerita dari beijing…ok kak,salam ketemu lagi…moga kita sentiasa di dalam rahmatNya..amin
Salam ziarah..
saja nak berkongsi…
pengalaman ini nampaknya sama waqi’nya dengan Syria.. sebulan ana di sana… stress…. tak leh nak kongsi + contact dengan masy. luar yang umumnya menggunakan FB dan Blog…
erm.. saya pun tak sure positif or negetif tindakan kerajaan mereka tu… pada saya, bersyukur kerajaan UK sangat bebas… banyak mende baik boleh buat melalui internet yang laju di sini… alhamdulillah…
kat malaysia? not sure.. setahun lebih sudah meninggalkannya..
salam kak ummu ,
alhmdllh akak& klrga dh slmt smpai ke tnh air semula dgn slmt.pasti byk benda yg nk dilakukan setlh lama meninggalkn tugasan rutin akak kan..intro cite di beijing dh ada sket2, xsabar menanti tulisan akak slps nie,cerita penuh di beijing.
salam jauh dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog.. 🙂