Beijing: Disambut Salju di Tianjin Binhai

Assalamu’alaikum wbh kepada semua pembaca… Ni hao ma… ?  

Setelah selamat tiba di Kota Bharu, dua hari demam sikit-sikit membuatkan badan tidak ligat mengurusi kerja-kerja rumah.  Pakaian musim sejuk bercampur pakaian biasa perlu dibasuh hingga 6 basuhan menggunakan mesin pencuci 9.5 kg.  Berbaki 1 basuhan lagi.  

Alhamdulillah, hari ini, internet bernafas semula setelah modem baru diambil.  Namun handphone yang  mati semasa dalam perjalanan pulang dari Beijing-Tianjin belum dapat digunakan (‘innalillahi wainna ilayhi raaji’uun).  

Rumah yang ditinggalkan selama seminggu perlu dibersihkan dan dimop di keseluruhan ruang.  Hari ini baru selesai Fasa 1 yakni di tingkat bawah.   Ada dua fasa lagi yakni di tingkat atas dan di halaman rumah.   Badan masih kepenatan… namun saya harapkan pengampunan dari Allah atas usaha menunaikan tanggungjawab.   

Belum bersedia menulis lanjut perjalanan ke Beijing namun saya sertakan beberapa keping foto untuk tatapan pengunjung.   Moga terhibur melihatnya… 

Kedatangan kami disambut hamparan putih salju di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin Binhai
Di luar TBIA (Tianjin Binhai International Airport).

 Waktu di Tianjin-Beijing sama seperti di Malaysia.  Oleh kerana di sana musim dingin, siangnya lebih pendek.  

Kami mengetahui di sana masih musim dingin namun tidak menyangka masih ada salji.   Rezeki beberapa orang anggota rombongan kami yang belum pernah melihat salji. 

Suami sempat bergurau dengan seorang anggota, ” Ha Mat… Allah perkenankan doa Mat la ni… masih ada salji… puas hati Mat boleh tengok…”

Saya tumpang gembira bila hasrat sebahagian anggota rombongan tercapai.

Sebelum mengundur diri, sukacita dimaklumkan bahawa foto-foto di sini adalah milik peribadi dan penulis tidak mengizinkan ia di salin dengan apa jua cara sekali pun.

 

 

Sekian, harap maklum.

 

 

 

 

Ummu Abbas

3 Rabi’ul Awwal 1431H

11.40pm.

6 thoughts on “Beijing: Disambut Salju di Tianjin Binhai

Add yours

  1. Assalamualaikum k.nur.
    Bertuahnya dapat meluaskan pengalaman melancong ke negara orang. Dapat pengalaman pakai selipar dalam salji, hehe. Selamat membersihkan rumah. Semoga dapat dibuat dengan jayanya walaupun k.nur masih jet-lag.
    Lama rasanya kita tak jumpa, rindu la jugak.

    Wa’alaikum salam wbh, Rindu kat Chik juga…


  2. Assalamualaikum wrbt..
    salam bersua kembali…moga akak sekeluarga sihat…maaf saya nak bertanya,kalau akak rasa perlu jawab,jawablah,klu x xpe….terpulang pada akak…saya kagum dengan penampilan akak berpurdah…adakah akak telah lama berpurdah sejak zaman belajar kat Jordan lg dan terus istiqamah sampai skrg?atau adakah suami menjadi pendorong utk akak brpurdah?bagaimana akak mencari kekuatan untuk terus berpurdah dan berhadapan dengan masyarakat?maaf klu soalan ni terlalu peribadi….sekian,terima kasih…

  3. Salam akak,
    maaf saya dah jumpa jawapan akak…akak xperlu jawab soalan ni…hehe..abaikan je…saya dah terbaca entri akak ” purdah:hari pertama memakainya ”
    sori ya akak,xperasan…
    syabas untuk akak…..

  4. Assalamu’alaikum Wrt… Syukur Alhamdullilah kak Nur sekeluarga dah selamat sampai di Kota Bharu… :):) rindu pada akak…

    Wa’alaikum salam wbh, Semoga syurga merindukan kamu. Akak up date maklumat diri dalam Facebook.


  5. Assalamualaikum…apa khabar kak nor, saya dah install program Targeted Chinese yang dibeli kat Foreign Language bookstore beijing aritu. Kalau kak nor nak installkan, bolehlah nanti..Abbas dia berminat.

    Wa’alaikum salam wbh… Alhamdulillah semua baik kecuali Azzam yang baru demam sejak semalam. Sampai juga Dr Jam ke blog saya ye… terima kasih atas kunjungan. Oh ya.. ingat juga pasal program belajar Bahasa Cina itu. Abbas memang nak. Insya Allah selepas habis ujian bulanan Khamis ini, Abbas hubungi Dr untuk dapatkan program tu.


  6. ok…sampai salam saya buat abbas, azzam dan aziz. Harap kak nor, dapat teruskan dakwah pada maggie.

    Insya Allah. Amanah itu berat namun tetap akan dilakukan dengan rasa cinta dan tanggungjawab kepada sesama insan. Terima kasih atas dorongan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: