
Pra Lawatan Ke Beijing 2010
Persiapan pakaian musim dingin anak-anak disediakan sekadarnya. Semasa ke Cameron Highland pada 24 Disember 2009, terjumpa gerai (pasar malam) menjual pakaian musim dingin. Jadi saya terus beli untuk anak-anak yang belum memilikinya. Sebahagiannya, masih ada pakaian musim sejuk semasa tinggal di Sydney yang boleh dipakai. Pakaian yang dijual agak murah harganya. Sehelai ‘winter coat’ kanak-kanak lebih kurang RM40. Jika dibeli di supermarket, harganya tidak kurang RM100 kecuali bila ada jualan murah. Bila dicek, rupa-rupanya ‘Made in China’. Patutlah…
Jika mahu lebih jimat, beli sahaja di kedai bundle. Kami beli di kedai bundle semasa mahu ke Sydney, Mei 2007.
Pengalaman tinggal di Jordan,negara 4 musim banyak membantu saya menyediakan pakaian yang sesuai untuk anak-anak. Alhamdulillah.
Sesetengah ibubapa mungkin merasa sukar membawa anak-anak yang ramai bermusafir jauh. Begitu juga dengan kami. Namun sikap ikhlas dan mahu anak-anak belajar sesuatu dari permusafiran ini membuatkan kami berusaha membawa anak-anak bersama. Lagi pula, kami sudah biasa menghadapi pelbagai situasi anak-anak dalam perjalanan jauh. Yang berbeza hanya bilangan anak yang bertambah. Susah memang susah untuk mengawal mereka yang masih kecil dan lasak. Namun daripada menyusahkan keluarga terutama orang tua di kampung, lebih baik kami yang susah kerana mengasuh dan mendidik mereka.
Cukuplah ibubapa kita menanggung keperitan kerana membesarkan kita.
Makan minum pakai kita sejak bayi…
Sakit demam jatuh bangun kita…
Pendidikan kita…
Kerenah dan ragam kita…
Bila mereka sudah tua, tenaga mereka semakin lemah dan sewajarnya kita berusaha meringankan beban mereka. Bukannya menambah beban ke atas jasad yang semakin uzur dimamah usia.
Seboleh-bolehnya kami berusaha untuk tidak tergolong dalam kelompok yang disebut Nabi s.a.w sebagai tanda hampir kiamat, iaitu anak-anak menjadikan kedua ibubapa sebagai babu mereka (amah atau seperti orang gaji).
Setakat ini, kami tiada pilihan untuk meninggalkan anak-anak semasa bermusafir kerana semua anak dijaga sepenuh masa oleh ibu kandung mereka sendiri. Saya suka juga punya pembantu namun rasa kurang selesa bila ada ‘orang luar’ dalam rumah menyebabkan saya menahan diri dari memiliki pembantu sepenuh masa. Lagi pun kami kurang mampu.
Anak-anak yang sudah besar dan boleh mengurus diri sendiri boleh sahaja ditinggalkan namun selagi mampu, kami tetap membawa mereka bersama. Jarang sekali kami tinggalkan anak-anak di rumah datuk mereka kerana nenek mereka tetap perlu menyediakan makanan untuk mereka. Hanya bila terdesak dan mendapat persetujuan dari datuk dan nenek, baru kami tinggalkan anak-anak. Biasanya saya memilih masa adik perempuan berada di rumah. Jadi adik boleh menolong menengokkan anak saudaranya.
Kemungkinan selepas ini, mereka perlu berdikari untuk melihat negara orang.
Banyak berjalan… jauh pandangan…luas pergaulan…
Insya Allah…

Berapa Kos Ziarah Beijing?
(Manual ringkas untuk mereka yang berhasrat melawat Beijing)
Sesuai dengan motonya, ‘now everyone can fly’, syarikat penerbangan murah Air Asia memang benar-benar membantu golongan sederhana seperti kami. Suami tangkas ‘booking’ tiket ke China sebaik Air Asia membuka penerbangan ke Tianjin. Hanya RM300 untuk satu orang tiket pergi dan balik dari KB-KL-Tianjin-KL-KB. Ia ditempah awal setahun dari tarikh penerbangan yang dipilih iaitu pada Januari 2010.
Risiko menempah penerbangan murah ini ialah ia akan ‘burn’ jika kita mendapat halangan pada tarikh tersebut. Penerbangan tidak boleh diubah ke tarikh lain. Harga tiket juga adalah sama untuk dewasa dan kanak-kanak. Perlu sediakan sedikit bajet untuk kos barang kargo dan juga ‘shopping’ di atas ‘flight’ nanti. Biasanya suami membuat bayaran awal untuk beg kargo dan juga tempahan makanan dan minuman. Setelah membayar kos tambahan tersebut, ia masih murah sebenarnya dibandingkan harga tiket biasa.
Beg yang mahu disimpan di ruangan kargo perlu dibayar RM15/beg. Jika semasa ‘check- in’, perlu dibayar RM15/kg. Tempahan makanan kami ambil set dewasa 3 dan set kanak-kanak 3. Si kecil 2 tahun hanya perlu menumpang makanan kami atau berkongsi dengan abang-abang dan kakaknya. Itu pun selalunya tidak habis juga dimakan.
Tianjin terletak kira-kira 120km dari Beijing. Jika menaiki keretapi ekspress, perjalanan memakan masa 30 minit dan 1 jam 30 minit dengan bas. Jika jalan sibuk dan licin, mungkin memakan masa 2 jam dengan bas.
Dari Ziarah Famili menjadi Rombongan Bersama Staf
Selepas menempah tiket, barulah kami ‘survey’ mengenai bagaimana jadual lawatan kami di sana. Memandangkan kebanyakan warga China tidak tahu berbahasa dengan bahasa lain kecuali bahasa ibunda mereka sendiri, kami tiada pilihan kecuali menempah pakej lawatan melalui agensi pelancongan. Sebelum ini, kami berjalan di Medan dan Bangkok menggunakan perkhidmatan warga tempatan yang boleh membantu. Kami membuat perjanjian awal mengenai bayaran perkhidmatan dan jadual kami bebas untuk berjalan di sana. Setakat ini, alhamdulillah… urusan kami dipermudahkan Allah melalui pemandu musafir yang mesra dan mudah memberi kerjasama dengan baik.
Tempoh setahun sebelum tarikh bertolak membuatkan kami tidak tergesa-gesa untuk bersetuju dengan tawaran mana-mana agensi. Kami mempunyai masa yang panjang untuk meneliti kelebihan dan kekurangan pakej yang ditawarkan.
Kemudahan internet dimanfaatkan sepenuhnya, suami membuat tinjauan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Ia juga perlu disesuaikan dengan selera anak-anak juga. Suami membuat senarai program kami di sana;
1. Zoo Panda (Panda Zoo)
2. Kota Larangan (The Forbidden City).
3. Ski Resort
4. Tembok Besar China (The Great Wall)- Antara 7 binaan ajaib di dunia.
5. Halal Peking Duck.
Ini adalah antara senarai yang dicadangkan sejak awal semasa menghubungi agensi pelancongan. Kami membuat satu surat dan menghantar melalui faks dan email kepada lebih 5 agensi. Ada yang memberi maklum balas. Ada yang tidak.
Pakej yang ditawarkan bermula dari lebih RM2000/seorang sehingga RM700/seorang. Pakej yang bernilai lebih RM2000 mungkin termasuk harga tiket. Kami tidak bertanya lanjut kerana ada syarikat yang menawarkan harga lebih ekonomi. Kami mula berbincang dan berurusan dengan agensi yang menawarkan harga paling rendah untuk perjalanan 7 hari 6 malam di Beijing.

Saya tidak ketinggalan menghubungi waris (kerabat yang ada hubungan kekeluargaan) yang juga mempunyai agensi pelancongan yakni Al Quds Travel. Al-Quds Travel dikenali dengan servisnya yang bagus meskipun lazimnya pakej yang ditawarkan sedikit mahal dari yang lain. Bagi kami, kami utamakan syarikat yang menawarkan pakej yang sesuai dengan bajet yang ada dan juga servis yang diberikan.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, akhir tahun 2009, Al-Quds mengadakan promosi sempena ulangtahun syarikat ke 10.
- Al Quds Travel Welcome You :-
- “AL QUDS TRAVEL FAIR 09”
- Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am – 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
- Tel No : 609-747 9999
- Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!
Pakej lawatan di Beijing dibuka bermula dari RM290 untuk 5 hari 4 malam. Kami segera menghubungi Al-Quds dan berbincang mengenai harga pakej untuk 7 hari 6 malam. Akhirnya Al-Quds memberikan harga RM380/seorang dengan syarat minimum perserta dewasa ialah 10 orang.
Keluarga kami seramai 7 orang dikira 4 dewasa termasuk anak yang berusia 11 dan 10 tahun. 2 orang lagi anak mendapat potongan harga 85% dari harga dewasa menjadikan jumlahnya RM323/seorang. Si kecil 2 tahun dikecualikan. Jadi kami perlu mencari sekurang-kurangnya 6 orang lagi peserta bagi mencukupkan 10 orang dewasa. Jika kurang dari 10 orang, harga pakej lebih RM600/seorang.
Sebenarnya semasa menempah tiket, kami mewar-warkan juga kepada beberapa orang adik beradik jika mereka mahu turut serta. Namun dua orang kakak mengajar di sekolah. Jadi sukar untuk mereka mendapat cuti di awal tahun persekolahan. Mahu membawa kedua ibubapa, kami tidak mampu.
Akhirnya tanpa pengetahuan saya, suami mengiklankan lawatan kami kepada staf di jabatannya, Jabatan Mikrobiologi. Allah sudah takdirkan rezeki untuk kami dan anggota rombongan yang lain, 4 orang staf menyatakan keinginan mereka untuk turut serta. Seorang staf membawa isterinya. Sementelah pula pada waktu itu, Air Asia sekali lagi membuat tawaran tiket murah ke Tianjin berharga RM720 pergi dan balik KB-KL-Tianjin-KL-KB. Sedangkan waktu berbaki lebih kurang sebulan dari tarikh bertolak. Meskipun begitu, harga tiket mereka sudah menjadi lebih 2 kali ganda harga tiket kami. Peserta terakhir rombongan ini menyatakan persetujuannya namun jualan murah sudah habis tempohnya. Jadi harga tiketnya ialah RM1300 pergi dan balik KB-KL-Tianjin-KL-KB.
Demikianlah manual mengenai kos perjalanan satu rombongan berlainan harga. Ia berlaku tanpa dirancang. Saya berharap dari tulisan ini, mereka yang berminat mengadakan lawatan ke luar negara dapat merancang dengan lebih sistematik dan ekonomi buat semua anggota.
Kos lain yang diperlukan ialah;
1. Visa ke China – RM90.
2. Passport – bagi mereka yang belum memilikinya harga passport antarabangsa 32 mukasurat ialah RM100 untuk tempoh 2 tahun. Kanak-kanak harganya lebih rendah. Boleh lihat di sini http://www.imi.gov.my/index.php/en/services/citizens/103-mohon-pasport-malaysia .
3. Perbelanjaan membeli pakaian musim dingin jika lawatan pada musim dingin. Atau pinjam sahaja dari keluarga atau rakan-rakan yang menyimpannya. Lagi pun kita hanya akan menggunakannya untuk sementara waktu sahaja.
4. Bajet untuk tip pemandu pelancong sebanyak ><RM10 sehari/seorang atau USD2/sehari/seorang. [RM10 x 7 hari = RM70].
Pakej yang ditawarkan sudah termasuk penginapan, pengangkutan, makan minum 3 kali sehari dan tiket masuk ke tempat lawatan.
Purata keseluruhan kos untuk keluarga kami ialah RM1000/seorang tidak termasuk si kecil 2 tahun. Untuk anggota lain, perbezaannya bergantung pada harga tiket yang dibeli sahaja.
Peringatan; Semua perbelanjaan yang telah disebutkan di atas akan berubah menurut situasi ekonomi semasa.
Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan Allah. Akhirnya anggota rombongan genap 10 dewasa dan 3 kanak-kanak.
Ummu Abbas
12.57pm
7 Rabiul Awwal 1431H
Berjalan bermusafirlah, melihat kebesaran Allah, ciptaan Allah. Dapatlah kenal Tuhan Maha pencipta.
assalamualaikum ummu,
sy jg bminat melancong…tapi tak pandai nak menguruskan…
alangkah bertuahnya kalau dapat menumpang pergi mana mana aje ikut rombangam ummu abbas….seronoknya dengar pengalaman ummu…bila lah agaknya sy dan anak anak pula dapat melihat negara orang???kalau ada lagi kemana mana tempat yg ok boleh tak cuba offer kat saya…cthnya macam nak cukupkan group…. wassalam.
Ya Allah kak..
sy pun org kelantan..
bestnya akak dpt pegi China..
saya pelajar uitm dungun kak..
hujung tahun dpn saya dan kwn2 sekelas bercadang utk ke Beijing
sempena hbs pelajaran kami..
terima kasih kak atas segala info yg diberikan..
sgt2 berguna..
harap saya pun dipermudahkan olehNYA seperti akak.. 🙂
terima kasih..
oh ya, saya pun ada blog: http://pepelungu.blogspot.com
Salam,
Macamana dengan journey ke Beijing, seronok? Bagus tak agency tersebut punya arrangement. Saya rasa berminat pulak nak ambil pakej agency tersebut.
salam,..nak tau harga tiket untuk dewasa dan kanak2
Salam, wah best juga kalu cam tu ….ada pakej untuk cuti sekolah yang akan datang ni… bulan Jun
Penting juga kita membaca ilmu sejarah utk mengetahui tempat2 kita lawati..mungkin ada kaitan dgn sejarah org2 soleh atau nabi2 dan rasul2….contohnya siapakah shih huang ti yg membina tembok besar china…yg hidup sebelum kedatangan nabi isa AS..ada yg kata beliau seorang saleh..rangkaian tembok itu ada yg kata ia turut berfungsi bagi menghalang org2 gasar (kemungkinan besar yakjuj dan makjuj) sebagaimana tembok Zulqarnaian..(Alexander The Great / Mcedonia).Sila rujuk buku Alexander The Great adalah Zulqarnain…Keperibadian mrk yg bersih sebenarnya dicemari tangan2 kotor masyarakat barat…sebagaimana mrk mencemari keperibadian Nabi Isa AS..
Salam, saya dan suami bercadang keBeijing bulan Oktober nanti, bagaimana cuaca disana kerna saya kurang selesa kalau cuaca terlalu sejuk.
Sesuai tak melancong ke Beijing bulan Disember? Musim apa kat sana?
Tiket 2 pegi blk ke or just pegi shj?mknan dlm flight ok x?harga order awal lg murah or sm je kalo order atas flight?
salam.insyaallah kalau takde ape2 aral melintang mungkin saye akan ke Beijing pada bulan 12ni.tapi disebabkan grup saya membuat tempahan agak lewat jadi kami tak dapat harga yang murah seperti puan.
mengikut pakej puan ni,kiranya puan beli tiket penerbangan sendri la ye..tanpa bantuan agensi pelancongan ye?kalau tolak duet untuk tiket berapa jumlah bersih yang puan kene bayar untuk seorang.?
hem.macam mana ye penyediaan dgn pakaian.macam sya,saya belum ade sebarang baju sejuk lagi.ok tak kalau saya hanya membawa sehelai baju sejuk dan saya mungkin membeli 2 lagi di sana(Beijing)?mahal tak baju2 sejuk di sana? *maaf.terlalu bertanya banyak.harap puan sudi menjawap.syukran (:
salam…
saya tidak pernah melancong ke luar negara, tapi saya mendpt kesempatan untuk melancong ke Beijing pada awal tahun depan… masalahnya kasut bagaimana yang sesuai dipakai untuk keadaan bersalji di sana…
As-salam
boleh saya tahu berapa jam penerbangan yang diambil untuk sampai ke china…
Saya juga org kelantan akak 🙂
saya nak ke beijing bulan 6 ni dan ambil pakej dengan al quds juga.
harga paker rm 99/pax min 10 pax.
tpi tiket tak book lagi.
saya risau jika tiket air asia takde promo lg sebab flight ke tianjin ada 1 je utk 1 hari.
boleh saya tnya pendapat akak,
better sy book je tiket regular atau tunggu juga promo sebab travel lambt lagi.
terima kasih kak.
salam.
Terima kasih kak 😀
salam, saya sgt teruja baca post ziarah ke Beijing, saya juga ada berhasrat utk ke sana merasai musim sejuk,tp xtau camana nak mula.Puan sggh bertuah m’dpt pakej yg murah dan sgt bagus.Agency Al Qud boleh uruskan ke kalau sy tggl di Penang.terima kasih
terima kasih byk sudi berkongsi info, jasa baik puan amat saya hargai
harga pakej termasuk penginapan ke????
assalamualaikum…akak saya teringin nak ajak mak dan ayah saya melawat ke beijing pada bulan 3/5 ni..mak saya teringin nak pergi sana jadi saya ingat nak buat surprise untuk mereka…tapi saya masih peljar jadi tiada pengalaman untuk menguruskannya…emm
selepas tempah tiket,
Akak berurusan dengan al-quds travel kan?emm apa yang perlu diminta(pandangan) daripada al-quds?maksud saya diorang tolong tempahkan hotel dan lawatan perjalanan kita ke?
saya harap akak dpat membantu saya…sekian
emm akak kalau nak tempah untuk bulan 10-11,harga tiket lagi murah ke?sebab mak saya minat musim luruh…bile terfikir balik lebih baik saya pergi bulan 10-11 kot..hehe…syukran ye akak kongsikan maklumat akak ke sana
assalamualaikum akak,saya seorang pelajar dan masih belum mempunya pengalamn untuk uruskan hal melancong ni..saya nak mintak sedikt pandangan dari akak..saya nak ajak mak dan ayah saya pergi bersama saya ke beijing bulan 10/11 ..saya ingtkan nak buat surprise untuk mereka guna duit biasiswa yang saya dapat jadi saya nak cuba kurangkan kos memandangkan saya baru berusia 19 tahun..jadi saya nak tanya akak emmm lepas akak tempah tikt tu,akak minta bantuan dari al-quds travel,,em apa yang diorang akan uruskan?adakah perjalann kami akan diuruskan mereka?
emm tips pemandu pelancong tu rm10 sehari maknanya kite cuma bayar rm10 sehari ke/bagaimana dengan kos pemandu pelancng untuk kesana maksudnya penginapan dan tiket…adakah ditanggung oleh al-quds?
pakej bermula rm290 itu untuk seorang ke?maknanya harga tu akan ditambah dengan tiket,kos pemandu pelancong dan lain2
saya harap akak dapat membantu saya..syukran
maaf akak saya hantar komen byk sgt2…saya ingatkan x masuk sebab saya tgk balik xde komen saya…ohh syukran jiddan sebab sudi tolong saya…semoga ALLAH memberikan rezeki yang murah pada akak sekeluarga.
2 minggu lebih saya bertugas di Tianjin,China pada bulan Sept & awal Oct,saya balik ke Malaysia sebab dah hampir masuk musim dingin. Sukar untuk mendapatkan makanan Halal & masjid juga jauh di bandar Tianjin, saya tinggal di daerah yang lebih kurang 25km dari bandar Tianjin. Tidak ramai ataupun sukar mengenali orang muslim di sana berbanding Beijing.
Saya ke Beijing pada 1st Oct, kebetulan Hari Kemerdekaan China pada hari itu, barangan diskaun sehingga 80% selama 6 hari di sana. Ini adalah masa yang paling baik untuk bershopping di sana. Di Beijing,ada beberapa masjid dan kelihatan orang-orang China muslim di sana.
Di Tianjin, keadaan bandarayanya yg selamat berbanding dengan KL, walaupun di tengah malam anda boleh berjalan seorang diri tanpa gangguan. Cuma masalah komunikasi sahaja di sana,rata2 mereka tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.
Tetapi tiada masalah utk mendapatkan makanan ‘halal’ jika kita pergi melalui Agensi Pelancongan.
Assalamualaikum…seronok mendengar pengalaman puan ke Beijing…Insyaallah, kalau tiada aral dalam bulan 3 nanti saya pun akan ke sana…apakah dalam bulan 3 nanti, masih musim sejuk? Apa perlu saya beli ‘long john’ atau cukup sekadar baju tangan panjang saja, kemudian pakai baju tebal diatasnya?
assalammualaikum…saya dan suami tengah plan untuk melancong ke china. dah baca banyak forum tapi tak pasti dengan tempat lawatan yang di tetapkan oleh travel agent. ada yang kata tempat yang wajib pergi adalah goverment shop di beijing macam kedai jade, kedai mutiara dan tempat urutan kaki selain tempat historical dia. kalau tak nak pergi tempat tempat tu ok ke? saya tak nak pergi tempat mcm tu, purpose cuma nak pergi tempat historical aje. harap dapat membantu.
Kenangan yang sangat manis bila berada di beijing….
http://duniadalamjaket.blogspot.com/2011/07/jalan-jalan-beijing-disember-2009.html
SALAM KAK,
AGAK-AGAK KALAU PAKAI SELUAR JEANS BOLEH TAHAN SEJUK X?
Salah satu cara nak berjimat ketika di Beijing, China adalah dengan menggunakan Flexiroam.. Tak percaya sign up dulu kat http://www.flexiroam.com
Salam akak..
Insya Allah pd bln dpan, saya,suami & anak berpeluang untuk pergi ke China tapi tidak melalui mana2 agensi pelancongan..justeru, mungkin susah bagi kami untuk mencari restoran yg halal & tempat penginapan yg elok juga berpatutan..boleh saya bertanya, ada tak restoran yg halal di tianjin & di beijing?boleh tak akak cadangkan tempat penginapan yg elok & berpatutan yg terdapat di beijing?
terima kasih
Salam akak..
Sy akn ke beijing pd bln 12 ni..insyaAllah..sy akn bw anak berusia 1 thn 5bln..sy agk risaukn anak sy xdpt thn dgn cuaca sejuk..boleh akak beri sdikit nasihat utk sy mhadapinya..terima kasih.
salam..pn.haida
sya penah pergi beijing 6hari 5 mlm, bulan 4 2011 hari tu.
tak pakai egen perlancongan main redah je
kos dia sume sekali termasuk visa,tiket kapalterbang, keretapi laju, tiket bas&keretapi(tiket cam touch n go) makan minum n hotel baru RM750.00 je sorang
Duduk kat king’S joy hotel, meishi street, dekat Qiamen/dat. Tienanmen
Makan muslim hari-hari kat kaw. Neujie (naik bas no 48 depan hotel)
pergi tembok besar naik 2 kali tukar bas kos dia dalam RM12 je pergibalik
tapi kalu bawa family disarankan ikut pakej hotel dalam RM80/org
Depan hotel ada mcm pasar malam, macam-macam ada
siang pergi pusing beijing.. malam2 shopping
Di silk market (lupa lak kat kaw. mana tapi ada maps kat hotel) banyak barang2 dengan harga berpatutan
nak tanya apa2 baik rujuk di mana2 kaunter hotel pasal diaorang boleh cakap BI
polis2 kat sana pun susah nak cakap BI tapi sedia membantu.
Memang best pergi beijing..
assalamulaikum wrh wbt….
saya ingin mencari kawan-kawan yg ingin bersama-sama saya bergi ke Tianjin/Beijing pada 23-27 Januari 2012 nnt….pakej murah je 299/sorang termasuk hotel, makan minum dan tour guide, kenderaan kat sana…
harga x termasuk tiket flite, tipping dan visa….sapa2 yg berminat boleh join sy n wife pegi…bukan sy yg arrage, sy ikut travel agensi je…tapi kalo berminat contact sy untuk detail..sy blh bg info pasal pakej ni…jom tgk bunga apai..sebab time ni chinese new year..
askum kak, sy nk pergi ke beijing dalam hujung bln mac atau awal bulan april….musim aper u n baju n kasut yg sesuai.
ok..tqvm kak
salam. menarik sekali post akak kat sini 🙂
btw sy xpnh travel ke oversea so,tahu ape2 ttg nk travel ni..huhu
boleh x akak suggestkan cane nak cari travel pakej ke beijing yg murah n bagus perkhidmatannye?
sy nak pergi berdua je..tp kebanyakan pakej nak 10 org..cane tu ye?
OK, Tq..
sy dah tanya dgn agensi yg akak pergi ni, die ckp Untuk harga ground RM 330 + Visa RM 110 + Tips untuk pemandu pelancong RM 60 = RM 500*/Seorang. nk tanya lebih lanjut tp die kate kene tunggu ada group yg nak pergi (bulan yg saya nak tu die kate xde group lagi)..erm..sy xfaham harga ground.ape yg temasuk dlm harga ni ye?hotel dan makanan termasuk ke x?
katakanlah sy dah tempah tiket2 awal2 dan baru cari agensi mcm akak, mcm mana ye?die xkan skali ngan kite kt lpgn terbang smpai ke beijing ke?kite kene pandai2 cari diorang kat sana ke?
maaf byk sgt tanye (T.T)
owh..ok..tq banyak2 ye kak 😀
salam saya nak pergi ke bangkok…. ingatkan nak ambil tourist guide org di sana je. ada contact number yg saya blh hubungi. tq
salam , saya dan rakan2 akan ke beijing pada minggu ke 3 bulan Jun ini.
rakan-rakan yang nak join bole email saya di kyra_akydo@yahoo.com
total cost MYR 1,200 lengkap semua . 🙂
salam..saya brcadang ingin melancong ke beijing bulan nov 2012 nt.saya ingat nk pergi tanpa travel kerana ank2 saya sgt fasih berbahasa manderin.boleh tak puan bagi tip apa yg perlu saya sediakn spt visa,,hotel,,restaurant halal dn pengangkutan yg perlu semasa melancong d sana. sekian terimakasih.
slm, terima kasih ats perkongsian pengalaman menarik di beijing. InsyaAllah sy jg akn ke sana cuti sek mac nanti. Nak tanya cukup tak utk shopping dgn tukaran wang RM1000 sj kat M’sia dan bawa selebihnya dlm RM, boleh tak shopping dlm ringgit M’sia semasa kat sana?
Assalamualaikum,
Saya dan suami bercita-cita ingin membawa anak2 bercuti ke beijing. Sedang tercari2 pakej ground yg murah dan waktu yg sesuai, lebih bagus kalau dpt merasa musim salji disana. Almaklumlah nak ke eropah merasa salji belum mampu. Saya minta pendapat Ummu abbas atau sahabat2 yg lain, bulan berapa bermulanya dan berakhirnya musim salji. T.kasih.
sy sgt terharu dengan sambutan puan terhadap alquds travel. smemangnya alquds sering saja mengadakan promosi terutamanya dlm UMRAH SUPER ECONOMY dn sy yakin alquds mmpu utk mnarik lbh rmai lg org ramai slps ini.
http://biz.yellowpages.com.my/alqudstravel/location.html
Ana Lina,
Lepas ini kena bagi komisyen lah kat saya ye 🙂 Bos Al-Quds kerabat saya lagi…
Assalamualaikum,
saya baru je dpt cabutan bertuah annual dinner ofis mlm td tiket kapal terbang ke Beijing so mencari la ground pakej je tetiba jupe tips akak ni…tpi terkejut sy tgk seorg RM1000…pengsan gak saya,huhu…
Wa’alaikum salam.
RM1000 tu harga termasuk tiket. Harga pakej tanpa tiket just RM380. Tolong baca semula ye..
salam, sy akan ke beijing bulan 19 april ni..bagaimanakah cuaca disana?adakah sy perlu memakai baju yg tebal atau sederhana sahaja?
Salam, saya dan keluarga baru balik melancong ke korea bulan 3 hari tu…Kami tak pakai pakej, main redah je…cukup murah n senang nak jalan-jalan kat sana… kat seoul, banyak train bawah tanah…. Bayang kan untuk sorang, harga tiket rm850+ (penginapan, makan n transport) rm650 je…Kami pergi 1 family (12 dewasa n 7 kanak-kanak).
Tahun depan, ingat nak ke beijing pulak….tapi rasanya kena ambil pakej…
Terima kasih nagan tip yang Puan bagi…Saya n famili boleh merancang
bugdet utk ke sana tahun depan….
salam..sy nak tanya..kami ingin membuat lawatan antarangsa ke beijing,china..kami pergi kesana bertujuan utk mempelajari n mengenali kehidupan masyarakat Islam di cna utk dikongsikan bersama dengan masyarakat Islam kita di malaysia..kami telah bercadang hendak kesana pd bulan julai 2013 dlm 5hari..sy nak tanya ttg travel al-quds..kalau kita pegi lebih dr 10org..bape jumlah keseluruhan sorg kene bayar termasuk tiket penerbangan..penginapan..makan minum..pemandu pelancong..visa dan seumpama dgnnnya..kami mgkin pergi seramai 40 org..setahu sy byk agensi perlancongan yg boleh kita ikuti..tp xtahu mane servis yg plg murah dan mudah..maklumla..kami nie kn student..nak la dpt yg plg murah utk jimatkan kos pembelanjaan kami..bagi pandangan Ummu abbas..ok x kalau al-quds travel sbg pilihan kami..mgkin ade x diskaun utk student?hehe..papepon mohon penjelasan ummu abbas..syukran..=)
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.