Siapa teman musafir anda?
Niat mahu mendekatkan diri kepada Allah dan melihat kebesaran ciptaanNya merupakan salah satu perkara menjadikan musafir kita sebagai ibadah. Di dalam Islam, terdapat tajuk khusus mengenai permusafiran dan adab-adabnya.
Antara faktor utama saya berhasrat melawat Beijing ialah mahu melihat kesan sejarah Islam dan melihat sendiri kehidupan saudara seaqidah di sana. Bermusafir juga mencabar diri sendiri untuk berakhlak lebih baik kerana lazimnya perjalanan jauh sentiasa terdapat perkara-perkara yang menyusahkan.
Setelah genap bilangan anggota yang diperlukan. Saya bertanya khabar suami siapa sebenarnya yang menyertai rombongan ini.
Pada mulanya, rasa ralat juga sebab sejak berkahwin, tidak pernah bermusafir ke luar negara dengan orang lain selain keluarga sendiri. Paling tidak, yang pernah bersama kami ialah mak (ibu suami), adik ipar dan anak saudara sebelah suami.
Saya teringat privasi saya sebagai muslimah berpurdah akan sedikit terganggu terutama semasa mahu makan. Saya biasa makan di kedai atau restoran bersama suami. Jarang sekali disertai orang lain. Itu pun hanya dalam majlis-majlis tertutup.
Apa pun, saya bertawakkal kepada Allah dan memohon bantuannya agar memelihara rombongan ini dari sebarang fitnah. Lagi pun saya sendiri berlatar belakang pendidikan “fiqh dan usul fiqh”. Jadi saya tahu apa yang harus dilakukan. Syukur kepada Allah yang memberi petunjuk agar saya mendalami bidang usul fiqh. Dengan ilmu usul fiqh, ia banyak membantu saya menelusuri hidup ini berlandaskan syariat. Fiqh Islami juga bersifat anjal dan boleh berubah menurut situasi tapi masih berpijak di atas prinsip yang tegas berlandaskan tauhid kepada Allah.
Sebagai muslimah berjiwa pendakwah, saya gembira dengan penyertaan Dr Jamsani, pelajar sarjana perubatan yang memang dikenali berminat dengan dakwah kepada non muslim. Menurut suami, Dr Jamsani tekun mempelajari perbandingan kitab Bible dan al-Quran. Kami pernah juga belajar namun tidak lama. Orang yang menjadi guru kami dalam ilmu ini ialah Brother Shah Kirit Kakulal Govindji, Brother Lim dan beberapa yang lain. Kebanyakan mereka berasal dari non muslim. Kemudian revert kepada Islam. Lihat profile lanjut Bro Shah di sini http://www.shahkirit.com/about-brother-shah/ .
Siapa yang bermusafir bersama kita adalah penting agar perjalanan berjalan lancar dan segala urusan dimudahkan Allah. Antara kriteria yang mesti dimiliki ialah mereka menjaga solat lima waktu dan tidak melakukan perkara-perkara yang haram. Sudah tentu saya tidak menyelidiki tentang hal ini kepada anggota rombongan. Cukuplah saya bersangka baik sahaja kerana mengenali suami juga seorang yang teliti dalam memilih kawan. Dia lebih mengenali staf di jabatannya.
Oleh kerana perjalanan ini asalnya program famili dan suami yang menguruskan segala urusan perjalanan maka secara automatik suamilah yang menjadi ketua rombongan. Hal ini adalah menurut sunnah Rasul yang menyatakan,
“
-
Jika kamu tiga orang dalam satu-satu pelayaran, maka hendaklah kamu lantik seorang menjadi ketua.”
Tujuan mengadakan ketua rombongan adalah untuk mengurusi anggota rombongan dan mengambil berat hal ehwal mereka. Jika terdapat sebarang kesulitan maka menjadi tanggungjawab ketua menyelesaikannya.

- Musafir Kelana
Album : Qiblat
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com
Berjalan bermusafirlah
Melihat keagungan Allah
Meninjau menitilah
Rahsia ciptaan Allah
Ziarahilah makam kekasih Allah
Kenangilah Rasulullah
Bangunkan jiwa jihad Islami
Semangat syuhada ilahi
Marilah bermusafir
Laksanakan tuntutan jiwa
Bermusafir berkelana
Luaskan pandangan saujana
Bermusafir berkelana
Kenal tuhan maha pencipta
Allah hu robbi 8x
Berbekal keimanan
Penyuluh disepanjang jalan
Mengharap keredaan
Doa menjadi kelaziman
Penat lelah mainan safar
Tempuhi ranjau banyak bersabar
Letih lesu tidak menentu
Syurga menjadi idaman kalbu
Lagu : Hasnulhadi
Lirik : Hasnulhadi
Ummu Abbas
3.00pm
9 Rabiul Awwal 1431H
Subhannallah…betapa btuah nya akak krn byk bpluang bmusafir ni, mmg xdnafikan byk hikmah dr bkelana@bmusafir ni.dtemani pula dgn org yg bkn sembrangan, maksud sy b’ilmu pulak tu.bak kata pepatah jauh bjalan,luas pndangan. sy sukadgn lgu dr kumpln rabbani ni, klu dgr @ nyanyikn bsemgt rasanya. moga2 Allah juga mberi sy pluang & dpt menafaat kan sebaik mgkin usia yg dberikn. insyllah..
terima kasih kak ummu di atas p’kongsian pjalanan musafir akak sekeluarga ini. walaupn sy xmenyertainya, hikmah dr pemusafiran akak tu,dpt jugak sy rasakan. betapa lausnya bumi &ilmu Allah ini.
salam.
Teringat masa kita bermusafir ke turkey…. cek gozel….
Blog bila sauh dibongkar telah berpindah ke alamat baru seperti berikut:
http://sauhdibongkar.blogspot.com/
Pohon update link tuan. Terima kasih.
Benar kata ustzh..memilih sahabat dalam rehlah dan kehidupan penting kerana ia mempengaruhi hidup seseorang hamba.Teringin sangat nak ziarah negara China..belum ada kesempatan.