K.nur ana ade satu persoalan yang agak menimbulkan sedikit confuse dan ana nak mintak pendapat dari k.nur.
Soklan yg pertama yg berkaitan dengan aurat antara muslimah dengan perempuan non muslim, seperti mana yg kita maklum aurat muslimah dengan perempuan non malay sama dengan aurat antara muslimah dengan lelaki ajnabi/ bukan mahram. Tapi ana nak mintak penjelasan dan pendapat dari k.nur dalam konteks situasi semasa di asrama di tempat ana menuntut sekarang ini yg mane bil student non malay sama byk dengan malay sekarang ini. Di asrama ana tinggal satu aras dengan non malay dan Alhamdulillah tidak sebilik dengan mereka. Dan ana mmg la selalu terserempak dengan mereka apabila keluar bilik dan especially time ke toilet dan kat bilik mandi.
Ana mohon penjelasan dari k.nur.syukran
Mawar Larangan
18 Mac 2010
###############################################

Wa’alaikum salam warahmatullah,
Alhamdulillah. Moga Allah perkenankan doa tersebut untuk kita semua.
Persoalan yang dikemukakan sudah jelas pada pengetahuan Mawar mengenai khilaf pendapat yang wujud mengenai batas aurat muslimah di hadapan wanita non muslim.
Khilaf itu berdasarkan tafsiran berbeza ayat 31 Surah Al-Nur. Perbahasan secara ilmiah mengenainya sudah banyak dibicarakan di laman-laman web lain.
Majoriti fuqaha’ mengatakan aurat muslimah di hadapan wanita non muslim sama seperti aurat di hadapan lelaki ajnabi.
Pendapat kedua ialah yang mengatakan muslimah boleh berpakaian seperti pakaian biasa yang dipakai di dalam rumah. Pakaian yang biasa dipakai di dalam rumah ialah baju berlengan pendek, skirt labuh melepasi lutut, seluar panjang (bukan ketat), gaun labuh berlengan pendek dan seumpamanya.
Pandangan ketiga ialah yang mengatakan sama seperti aurat sesama wanita muslimah yakni selain antara pusat hingga lutut.
Bagaimana cara kita memilih antara 3 pendapat di atas? Untuk membuat keputusan terbaik buat diri kita ialah dengan melihat objektif menutup aurat itu sendiri yakni menjaga maruah dan kesopanan wanita Islam.
Oleh itu perlu dilihat kepada akhlak wanita non muslim itu sendiri. Jika dia seorang yang menjaga kesopanan dan menghormati kita, maka pendapat kedua adalah baik diamalkan agar terangkat perkara yang menyusahkan dari diri kita.
Jika wanita non muslim itu seorang yang tidak baik dan sentiasa mencari kelemahan muslimah untuk disebarkan kepada orang lain, maka wajiblah menutup aurat seperti biasa.
Apabila menyebut tentang akhlak, isu ini turut terbuka kepada sesama muslimah dan kanak-kanak sekali pun. Jika wanita Islam atau kanak-kanak sama ada lelaki atau perempuan yang tidak baik, maka tetap wajib menutup aurat seperti biasa di hadapan mereka. Dibimbangi mereka bercerita tentang aurat kita di hadapan lelaki ajnabi.
Lebih-lebih lagi di zaman ‘handphone’ berkamera ini, foto mudah dicuri dan disebarkan kepada orang lain. Justeru berhati-hati adalah lebih baik. Namun usah terlalu risau kerana negara kita mempunyai undang-undang yang menjaga kepentingan (maruah) individu. Ikhlaskan niat berhijab semata-mata kerana Allah, insya Allah, Allah akan sentiasa menjaga kita.
Khusus untuk menjawab persoalan ini, saya bertanya pandangan seorang muslimah yang revert dari agama Kristian mengenai persepsinya terhadap aurat wanita muslimah sebelum memeluk Islam. Ini petikan jawapan yang diberikan dalam Facebook,
Saya tinggal di asrama dari sekolah menengah dan matrik, roommate dengan Muslim. kemudian di U, hanya sekejap roommate dengan Muslim. Bukanlah yang menutup aurat betul2 tapi kira oklah. Tidak terfikir apa2 pun bila melihat aurat mereka. Rasa biasa saja. setahu saya rakan2 dan keluarga pun tak fikir apa2. cuma kawan2 saya dan kakak saya pernah cakap dengan saya tentang kawan Muslim mereka yang bila buka tudung, rambut bau semacam..”
Muslimah tersebut boleh dikunjungi di blognya .
Melihat kepada pandangan yang dikemukakan di atas, rasional untuk memperhatikan moral yang baik di kalangan wanita non muslim adalah relevan sebelum memilih mengamalkan pendapat kedua.
Mengenai komen non muslim yang merungut tentang kebersihan muslimah selepas membuka tudung, kita sama-sama mengambil iktibar untuk menjaga kebersihan diri sesuai tuntutan Islam agar muslimah cantik bukan semata-mata kerana berhijab. Semoga ia menjadi dakwah secara amalan kepada non muslim.
Amalkan memakai tudung selepas rambut dikeringkan. Jika rambut basah dan perlu keluar segera, pakai minyak rambut terutama yang diperbuat dari minyak zaitun. Insya Allah, rambut tidak berbau hapak dan juga mengelakkan dari berbuah. Menggunakan pengering rambut adalah tidak digalakkan kerana akan merosakkan rambut. Boleh guna jarang-jarang sekali.
Kesimpulannya ialah dalam situasi yang dihadapi kebanyakan pelajar sekarang di Malaysia, harus (yakni dibolehkan) bagi pelajar muslimah berpakaian biasa (sebagaimana yang sudah dihuraikan pada point kedua berkenaan apa yang dimaksudkan ‘pakaian biasa’) di dalam kawasan asrama di hadapan pelajar non muslim KECUALI didapati secara jelas bahawa mereka tidak amanah dalam menjaga maruah pelajar muslimah.
Wallahua’lam.
Ummu Abbas
12.15pm
8 Rabiul Thani 1431H
Isu yg bgs, tapi pada yg bertanya, harap dpt bezakan antara Malay dan Muslim. Perkataan yg sesuai adalah non Muslim.
Syukran k.nur atas penjelasan ttg isu tersebut. Syukran juga kpd akhi Eijam atas peringatan antara malay dan Muslim.
jawapan yang bagus dan mudah. jzkk
salam. ustzh & semua.
klu dpt sebilik dgn non-muslim sy ikut pdgn ke2 tu dgn doa dia hormat kita + amanah. tp bla klua bilik, sy suka anggap mcm kat hotel (hostel+-hotel:) atau anggap kluar dpd rmh pangsa teres yg open. sure kna ttp aurat.
Assalamualaikum.. moga kak nur dan family sihat sejahtera iman dan fizikal 🙂
Mahu berkongsi perkara yang sangat penting,
Janganlah bergambar tanpa menutup aurat dengan kawan perempuan non Muslim sekalipun dengan Muslim walaupun di tempat tertutup. Masa sekolah menengah, beberapa kawan Muslim bergambar dengan saya tanpa pakai tudung, mujurlah saya ni bukan jahat (hehe). Dengan Muslim sekalipun jangan bergambar tanpa menutup aurat sebab kita tidak tahu bagaimana hidup masing2 kemudian hari. Mungkin kawan kita itu suatu hari tidak lagi memakai tudung dan tanpa segan silu menayangkan gambar kita bersama kepada umum contohnya facebook seperti yang berlaku kepada rakan saya.
Salam ziarah…terima kasih atas penjelasan…agar menjadi rujukan buat yang di sana.
Jazakillah khairan kathira.Perkongsian yang baik dan bermakna.
Salam ukhti.
Syukran jiddan! Penerangan yang sangat simple, tapi padat.
Saya sekarang menuntut di Australia, jadi, sekali sekala ada juga rakan2 non muslim yang saya jemput makan-makan di rumah. Sebab tu saya cari hukum ni. Ada kawan yang kata takpe tunjuk rambut kalau dia tak men’dedah’kan kita kepada ajnabi. Jadi, lepas baca penerangan di atas, saya lebih jelas.
Syukran (^_^)
Salam,
Saya sedang mencari hadis atau surah yang menyatakan/menjelaskan bahawa kaum muslimah perlu menutup aurat ketika dalam bilik air. Minta bantuan ye ! Tq.
bagus blog ni..teruskan ‘berjihad’ dgn blog
assalamualaikum….
terima kasih atas penerangan tetang aurat wanita diatas
sekiranya terdapat nas-nas daripada al-quran atau hadis lebih menyakinkan sesiapa sahaja untuk menerangkan kepada hamba allah yang masih keraguan…
wasalam…
assalamualaikum.
terima kasih bg penerangan yang mudah difahami.
saya sebilik dengan orang yang non-muslim, saya takde pengalaman lagi. sebab tu saya cuba google.
dan ini hasilnya.
insyaallah saya akan lebih berhati-hati. 🙂
I like too..
assalamualaikum
terima kasih banyak2
alhamdulillah,sekarang masalah saya sudah selesai
mohon share ye
Wa’alaikum salam warahmatullah.
La syukran ‘ala waajib.
Alhamdulillah.
Silakan 🙂
Assalam.. maaf ye nk tanya.. mcmana yg pergi buat facial dimana kebanyakkan saloon kecantikkan dimiliki dan pekerja dia bukan Islam..
Jazakumullahukhoirankatseer..:)
Fiza, bergantung sejauh mana rawatan facial itu penting untuk dilakukan. Jika penting, keutamaan memilih ialah mencari rawatan yang disediakan oleh muslimah terlebih dahulu. Jika tiada, baru memilih wanita non muslim.
Jika tidak penting, lebih baik cuba buat sendiri di rumah.
assalamualaikum…boleh sya minta untuk terangkan mengenai…”HARUS bagi pelajar muslimah berpakaian biasa di dalam kawasan asrama di hadapan pelajar non muslim”..saya masih kabur lagi biarpun berulang-ulang kali sya baca post diatas…perkataan harus itu bagi saya agak keliru sedikit…
Wa’alaikum salamwarahmatullah Ain.
🙂
Saya jarang jenguk blog ini sekarang. Mohon maaf atas kelewatan merespon.
Terima kasih atas pertanyaan. Saya sudah edit dan tambah jawapan dalam entry. Boleh rujuk semula ya.
As Salam. Saya suka blog ni. Banyak yang saya perlu pelajari.
Resend