
Jom Heboh di Kota Bharu Amat Meriah!
Sekian lama si glamour ‘Jom Heboh’ (Dulu ‘Sure Heboh’) tidak dapat memasuki Kelantan, tahun ini julung-julung kalinya karnival anjuran TV3 mendapat lesen oleh Kerajaan Islam Kelantan. Sebenarnya bukan susah sangat bekerjasama dengan Kerajaan Islam Kelantan jika masing-masing mahu taat dan patuh kepada perintah dan meninggalkan larangan Allah Yang Satu. Lagi pula pihak pengurusan TV3 sama aqidah dengan majoriti warga Serambi Mekah.
Jika mereka mahu mencari cara lain yang tidak diredai Allah, itulah yang menimbulkan konflik berpanjangan. Para penguasa di Negeri Cik Siti Wan Kembang hanya melaksanakan amanah sebagai Khalifah Allah di muka bumi. Bila disebut Khalifah, maka mereka dan kita hanyalah wakil Allah di muka bumi. Khalifah juga umpama duta bagi sesebuah negara di negara yang lain. Apabila di sebut duta, maka duta bertanggungjawab membawa aspirasi dan mempertahankan prinsip negara yang diwakilinya. Apa akan jadi jika duta Amerika di Malaysia contohnya tetapi membawa aspirasi dan prinsip negara Iran? Pernahkah berlaku begitu?
Begitu juga dengan konsep Khalifah Allah, manusia hanya boleh membawa idea, perancangan dan mempertahankan prinsip-prinsip yang diwakilinya yakni Allah SWT. Prinsip-prinsip dan doktrin sudah sempurna termaktub melalui Al-Quran dan Sunnah. Adakah ini tanggungjawab beberapa kerat ulama dan pejuang Islam sahaja?
Sudah tentu tidak!!!
Ia tanggungjawab semua individu yang mengaku Islam dan beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi terakhir. Tidak kira mereka TV3, UMNO, Perkasa, mat rempit, ahli korporat, guru-guru, doktor-doktor, petani, penoreh getah, penyapu sampah, pelajar, blogger dan lain-lain.
Tanggungjawab Khalifah Allah itulah yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Islam Kelantan dan sewajarnya mendapat sokongan padu dari seluruh ummat Islam di Malaysia khususnya.
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi”.
Al-Baqarah 2:30
ثُمَّ جَعَلْنَاكُمْ خَلاَئِفَ فِي الأَرْضِ مِن بَعْدِهِم لِنَنظُرَ كَيْفَ تَعْمَلُونَ
Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.
Yunus 10:14

Jom hebohkan ‘Jom Heboh’!
Pihak penganjur karnival TV3 buat pertama kalinya bersetuju mematuhi Enakmen Hiburan Negeri Kelantan. Antara peraturan enakmen ialah; mengasingkan penonton lelaki dan perempuan dan tiada penyanyi wanita dibenarkan buat persembahan. Itulah sebabnya ia julung kali dapat diadakan di sini.
Sebelumnya, karnival Sua Rasa anjuran TV9 dan Perkampungan Hadhari pernah diadakan di Kota Bharu tanpa melibatkan percanggahan dengan dasar kerajaan negeri. Namun kedua-dua program itu saya tidak menghadirinya.
Promosi berterusan di TV3 mengenai karnival Jom Heboh yang akan diadakan di Kota Bharu menarik puluhan ribu pengunjung ke sana. Anak-anak saya turut teruja mahu melihat sendiri karnival ini. Anak lelaki seperti mereka hanya mahu main ‘game’ sahaja. Mereka lihat iklan ada permainan disediakan di sana. Saya sendiri pun tidak tahu.

Hari Jumaat biasanya jalan agak lengang kerana cuti am. Namun petang Jumaat 25 Mac itu menyaksikan jalan jem di mana-mana sekitar Kota Bharu terutama jalan masuk ke stadium, lokasi Jom Heboh diadakan. Kalau bawa roti dengan jem lagi baik. Kenyang la juga sambil tunggu kereta melepasi satu-satu lampu isyarat. Atau bawa Quran dan buku yang baik. Boleh isi masa dengan perkara berkualiti.
Oleh kerana suami ke Phuket, saya ajak adik bongsu (perempuan) untuk menemani. Seorang lagi dua pupu (juga perempuan) mahu ikut serta. Anak sendiri 3 orang dan anak saudara dua orang yang semuanya lelaki. Jadi kami yang perempuan-perempuan dewasa inilah menjaga 5 orang budak lelaki berusia 7 hingga 11 tahun.
Banyak gerai-gerai kecil menjual pelbagai barangan dibuka di sekitar khemah TV3. Saya kira ia bagus untuk para peniaga kecil seperti mereka. Gerai-gerai kecil itu selalunya memang ada bila ada aktiviti besar atau kecil di stadium itu. Jika ada solat hajat, ceramah politik dan lain-lain acara, ia biasa kelihatan. Apa yang membezakan ialah kategori dan jumlah pengunjung sahaja. Semoga keuntungan bertambah-tambah!
Mana kita dapat lihat mat-mat rempit atau remaja perempuan dengan ‘baju adik’ di program ceramah dan solat hajat. Tidak juga famili-famili yang kurang ‘Islamik’. Namun di Jom Heboh… golongan merekalah yang menghebohkan lagi karnival. Saya percaya semua rakyat dari pelbagai kefahaman politik bersatu KAKI melangkah ke Jom Heboh. [Kalaulah mereka bersatu HATI mendokong aspirasi Kerajaan Islam melaksanakan Islam? hu..hu..hu..]
Bukan itu sahaja, di sini juga dapat kita lihat masih ramai muslimah warga Serambi Mekah yang ‘free hair’ dan ‘free body’ (bukan bogel tetapi berpakaian seperti telanjang). 20 tahun bersama Kerajaan Islam, masih ramai yang belum ‘mengIslamkan’ diri sendiri. Hidayah sudah di depan mata, adakah mereka mahu persiakan nikmat terbesar di dunia ini begitu sahaja sehingga dijemput tunang kematian?
Anak-anak mencari ‘game’ yang diiklankan namun hampa… rupa-rupanya ia terbuka untuk remaja dan hanya dibuka pada siang hari. Kami ke sana pada waktu malam sedangkan banyak juga ‘booth’ yang ditutup terutama ‘booth’ TV3 sendiri. Gerai yang paling menarik perhatian saya tentunya kepunyaan kerajaan negeri dengan temanya, “Membangun Bersama Islam”.
Jom Hebohkan Konsep Membangun Bersama Islam!
Dalam banyak-banyak acara, adakah wujud ruang promosi konsep Membangun Bersama Islam? Saya dimaklumkan adanya ‘talk show’ dari wakil-wakil kerajaan. Oleh kerana tidak menghadirinya, saya tidak tahu sejauh mana sambutan yang diberikan dan seluas mana skop capaian maklumat dapat diperolehi oleh rakyat?
Umum mengetahui, TV3 banyak memburuk-burukkan Kerajaan Islam di Kelantan terutama setiap kali hampir pilihanraya. Sampai-sampai mereka digelar TV3/4 dek kualiti berita yang teruk. Harapnya selepas ini mereka lebih berlembut dan menyediakan ruang yang lebih luas untuk wakil-wakil Pakatan Rakyat menjelaskan misi dan visi mereka di kaca televisyen. Beranikah mereka? Atau ia seperti mengharapkan kucing bertanduk?
Jika Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima, Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan memahami konsep dan tanggungjawab Khalifah Allah seperti yang diterangkan secara ringkas di atas, saya percaya dan yakin beliau tentu tidak keberatan memberi laluan kepada Kerajaan Islam Kelantan bersiaran secara langsung dengan rakyat di seluruh negara. Jika Dato’ Ahmad Farid rasa Media Prima bukan milik Dato’ dan hanya bekerja dengan orang lain, oleh sebab itu Dato’ hanya perlu melaksanakan misi dan visi mereka, maka Dato’ tentu faham bahawa semua manusia dan dunia ini hanya milik Allah swt. Jadi ‘tuan’ mana yang harus dipatuhi terlebih dahulu? Visi dan misi siapa yang perlu ditinggikan dan diutamakan, ciptaan manusia atau peraturan Allah? Susah benarkah mahu memahami perkara ini sedangkan kita mengucap dua kalimah syahadah yang sama sekurang-kurangnya 9 kali sehari semalam lewat ucapan tahiyyat yang dilafazkan?
Laporan BBC Kelantan mengenai kejayaan karnival Jom Heboh menarik untuk dikongsi bersama.

KOTA BHARU, 28 Mac – Penganjur Konsert Jom Heboh yang berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, di sini malam tadi mengotakan janji untuk mematuhi syarat dikenakan kerajaan negeri, antaranya pengasingan tempat duduk antara penonton lelaki dan perempuan.
Ummu Abbas-Alhamdulillah.
Selain itu hanya artis lelaki – tiada artis perempuan sebagaimana lazimnya – yang membuat persembahan pada konsert Jom Heboh pertama selepas pelancaran di Stadium Bukit Jalil hujung Februari lalu.
Ummu Abbas- Ianya kerana meninggikan kedudukan wanita di Negeri Kelantan. Wanita bukan alat hiburan kepada umum tetapi ekslusif untuk suaminya sahaja. Wanita bukan untuk diperdagang dan dipertontonkan kepada umum secara percuma, sebaliknya untuk dipelihara dan dijaga rapi di rumah-rumah mereka oleh para wali mereka seperti bapa, suami dan lain-lain. Sebuah kerajaan Islam pasti melindungi kaum wanita mereka dan bukan memperalatkannya untuk nilai komersial. BERHENTIlah memperdagangkan kaum wanita. Ia amalan kuno lagi ketinggalan zaman. Juga bukan pilihan insan intelek dan bermaruah.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima, Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan, pihaknya bercadang untuk menjadikan konsert Jom Heboh di Kota Bharu sebagai model bagi konsert seterusnya di negeri-negeri lain bermula di Johor Bahru selepas ini.
Ummu Abbas- Alhamdulillah. Moga saham Dato’ di dunia dan di akhirat kelak bertambah untung kerana mempromosi kaedah hiburan yang memelihara moral dan akhlak masyarakat.

Sambil melahirkan rasa kagumnya di atas sambutan amat menggalakkan Ahmad Farid secara jujur mengakui Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya bagi penganjuran program Jom Heboh selama dua hari.
Ummu Abbas- Itu baru program Jom Heboh. Kalau TV3 promosi Konsep Membangun Bersama Islam secara langsung di medianya, insya Allah, TV3 akan meraih keuntungan berlipat kali ganda. Yakin pada Islam… Allah pasti membantu.
Sebenarnya sudah banyak kejayaan yang diraih Kerajaan Islam Kelantan tetapi tidak mendapat tempat sepatutnya di TV3. Sambutan terhadap Jom Heboh hanyalah juzuk kecil yang Dato’ Ahmad Farid pernah saksikan. Tiada siapa yang dapat nafikan sejarah bahawa Kelantan menjadi guru dan model politik Islam di Malaysia.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan Insya-Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan negeri,” katanya.
Ummu Abbas- Itulah sikap orang Kelantan sebenarnya. Peramah, mudah mesra dan menghormati tetamu. Buat baik, dibalas baik. Jika Kerajaan Islam di ancam dengan pelbagai fitnah, tunggulah pembalasan dari Allah. Semakin kuat fitnah dilemparkan, TV3 dan sekutunya akan bertambah dibenci. Oleh itu lebih baik ‘swing’ kempen-kempennya selama ini kepada kempen Islam, Islam dan Islam. Di dunia, dikasihi Allah. Di akhirat, balasannya syurga, insya Allah.
Insya Allah, kelulusan diberikan sekiranya nilai-nilai Islam diikuti secara istiqamah.
Ahlan wasahlan.
Menurut beliau, pihak penganjur tiada masalah untuk memenuhi syarat dikenakan kerajaan negeri termasuk pengasingan tempat duduk lelaki dan wanita serta tiada persembahan melibatkan artis wanita.
Ummu Abbas- Tau tak pe…

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. kita akur akan syarat dikenakan.. begitu juga Baginda Tengku Mahkota Kelantan yang berangkat pada hari pertama program (Jumaat).. Baginda sangat gembira melihat rakyat negeri ini mengambil kesempatan membawa bersama keluarga masing-masing khasnya bagi mengikuti program Al-Kulliyyah.
Ummu Abbas- Kalau mampu akur dengan syarat kerajaan negeri yang kuasanya hanya sekangkang kera, tidak mustahil Media Prima mampu akur kepada kuasa Allah yang meliputi 7 petala langit dan 7 lapisan bumi. Terlalu banyak rancangan yang tidak bermoral dipaparkan oleh Media Prima setiap hari. Meski pun terdapat rancangan yang baik, namun wajarkah makanan yang baik dicampur najis?
“Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Kelantan sekiranya selama dua hari Jom Heboh berada di Kelantan ada sedikit sebanyak kekurangan yang berlaku dan ia akan ditingkatkan pada masa akan datang.
Ummu Abbas- Yang terlebih berhak ‘saya’ memohon maaf ialah kepada Allah swt kerana berapa banyak mata dan minda rakyat dipalsukan dengan fatamorgana rancangan-rancangan melalaikan di stesen-stesen milik Media Prima. Sebagai alternatif, Media Prima boleh mempromosi filem, drama, animasi, hiburan, rencana dan iklan yang Islami serta membuat permintaan kepada penerbit-penerbit muslim yang wujud di Malaysia khususnya.
“Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka di bahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui sejurus konsert berakhir malam tadi.
Ummu Abbas- Alhamdulillah, saya tumpang gembira. Kegembiraan itu lebih bermakna lagi apabila semua manusia bertaraf hamba dapat ‘menggembirakan’ Allah swt. Apa gunanya jika hanya kita yang gembira tetapi Allah memandang kita dengan penuh murka? Seronokkah merasa gembira di atas kemurkaan Allah swt?

Dianggarkan lebih 50,000 penonton, kebanyakannya golongan muda mudi membanjiri segenap ruang Stadium Sultan Mohd Ke-IV untuk mengikuti konsert Jom Heboh yang pertama kali berlangsung di negeri ini.
Ummu Abbas- Golongan muda-mudi itu bakal pelapis kepimpinan Negara. Wajar sekali mereka dibimbing dengan cara yang betul oleh penguasa yang ada sekarang. Setiap penguasa akan disoal tentang perkara yang dikuasainya di akhirat kelak. Sayang sekali mereka yang muda remaja, gagah perkasa dan berdaya intelek yang tinggi dibius dengan budaya Hedonisme secara rakus. Akhirnya ramai antara mereka menjadi penagih candu, penzina, pembuang bayi, pembunuh bayi dan pelbagai jenayah lagi. Pemilik stesen-stesen TV dapat memainkan peranan besar untuk memulihkan mereka dan mengembalikan mereka ke jalan yang benar.
Jika Sultan Muhammad al-Fateh menawan Kota Konstatin dalam usia sekitar 21 tahun demi meluaskan dakwah dan keadilan Islam, sayang sekali kebanyakan remaja muslim sekarang hanya berbangga dapat memuaskan hawa nafsunya mabuk dengan dadah, berzina dan membuang anak.
Antara artis yang mengadakan persembahan malam tadi termasuk Kumpulan Raihan, Yassin (bekas anggota kumpulan nasyid Brothersa), Jamal Abdillah, Jay Jay dan artis dikir barat tersohor negeri ini, Megat Nordin.
Rujuk: BBC Kelantan
Berita berkaitan: Jom Heboh di Kelantan ada Kelainan
***********************************************
Malam ini Konsert Jom Heboh di Kota Bharu akan ditayangkan di TV3. Saksikan kelainannya…
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan serta kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.
Al-Taubah 9:105
Ummu Abbas
12 Rabiul Thani 1431H
5.13pm
Terima kasih kak nur tolong buat ulasan sangat bernas..
Alhamdullillah.. pujia-pujian milik Allah
Assalamualaikum semua,
Ya Allah hebatnya perancangan Mu dan tahniah utk Tuan Guru. Memang kagum dengan Kelantan. Semoga ia menjadi contoh utk yang lain. Alhamdullilah.
Tapi akak tak dapat tengok kat tv konsert tu cuma dapat tengok kat blog ni je..
Wassalam.
Assalamualaikum w.r.t
Pada pandangan sy, jom heboh di kelantan oklah sikit (dari segi maksiatnya) jika dibandingkan dgn area2 ibu kota…tp, dlm pada tu, ada jugak anak2 remaja (yg mungkin pernah hidup di KL), berkelakuan mcm org sana pd mlm tu(mlm akhir)…Alhamdulillah, dgn rasa kasih sayang, kami geng2 Nisa’ Kelantan membuat rondaan pd mlm tu utk pantau adik2 kita yg duduk berdua-duaan di sekitar stadium…ramai juga adik2 remaja dinasihati oleh geng2 Nisa’ mlm tu…ada di kalangan mereka yg sejuk tangan bile bersalaman dgn kami…mgkn terkejut dgn kehadiran kami ketika mereka asik berdua-duaan…mereka2 ini mudah aje mendgr nasihat. mgkn dari baka yg baik, cumanya mrk di uji seketika atau mereka jahil…selain tu, kami juga di arahkan oleh pengarah Nisa’ Kelantan, Kak Ilvira utk merakam gambar2 tu…(mgkn utk tujuan tertentu).
Sememangye…byk hikmah jom heboh dibenarkan utk diadakan di kelantan…antaranya, kt boleh tengok remaja2 kt yg mcm tu…dari sini, sy terfikir masih banyak lg kerja yg kita perlu dilakukan…;(
hebohnye nor, heh heh
thank n congratulation for pimpinan tok guru atas kejayaan jom heboh dikelantan….we love tok guru..membangun bersama islam.
alhamdulillah… semoga menjadi ikutan negeri2 lain..
meme dok nnitah lasung lah situh… dok brehi pah tu dok stuju anging… banyok hok tok molek pado hok molek etek… meme dok sokong yak dulu lagi…
cuma nok maroh lah… pasal male ahad tu… tok leh gi stediung… skalo duk lepok situ tengok bola nga saing-saing… tapi doh jeng… dokleh masuk lah… huhuhu…
pah so lagi… pasal pagar hok guno wak asing penoton tu… pinje nga pejabak haiwe etek… sek tu guno wak pagar lembu… hehehe… 😛
kato banyok jugok kih ragut tuh… dok ore rama, brepek-epek lagih… ralit sapa tok kaba doh ko beg pitih..
Majlis Haul Tokoh -Tokoh Ulama Kg kuala Tekal ke 14 : http://wp.me/piAx4-1lq
Pergi Dalam Jalan Keridhoan Allah-Habib Munzir : http://wp.me/piAx4-1lG
Tafaqquh Fiddin Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin : http://wp.me/piAx4-1lI
Buku Sahih Solat Nabi : http://wp.me/piAx4-1jf
Syarahan Perdana Bersama DR. SYEIKH SALIM ALWAN AL-HASANIY(Pengerusi Tertinggi Islam Australia) : http://wp.me/piAx4-1k2
Allahamdulilah , Inilah yang kita mahu. berhibur tapi tidak melekakan. bila dua insan yang berdarah muda diasingkan, sudah tentu maksiat tidak terjadi, apabila berlangsungnya sesuatu rancangan, baik rancangan ilmu maupun hiburan.
mantap… sesuatu yg membuka mata
harap selepas ini, jom heboh di tempat lain pun mcm ni. happynye dijadikan sbg wanita. eksklusif. sbb tu la kene tutup aurat utk memastikan kekalnye eksklusif itu. ade kelas gitu. :).
terima kasih atas penjelasan.
ianya seolah olah apa jua yang dibuat di negeri Kelantan semuanya ok, kerna telah mendapat kebenaran tok guru kita.
fikirkan la…
adakan ianya begitu…
salam KL.
sbab Jom Heboh yg bodohnya buat blakng hospital..sepupu2 sya yg rushing nk p hspital kna kes emergency x sampai ontime..sbab ada traffic jam Jom Heboh..sebab tu la datuk saya yg telah mnggal dunia x dpt ckp kata2 akhir kpd sepupu2…harap org2 Jom Heboh happy yg majis mereka cipta sejarah utk semua org…terima kasih sngat2 sbab pandai sngat buat majlis brdekatan nagn hospital… =)