Alkisahnya Goyang Gerudi Inul

Jarang dilihat wanita UMNO bersikap penyayang kepada remaja dengan usaha membantah perkara-perkara yang boleh merosakkan masyarakat. Namun hari ini, satu berita menarik perhatian penulis untuk meluahkan pendapat.

     
     
    Wanita Umno: Haramkan Inul, ‘gelek gerudi’
    Mei 22, 10 9:01pm  

     
    Pergerakan Wanita Umno bahagian Kalabakan hari ini meminta pihak berkuasa supaya membatalkan konsert ‘ratu gelek’ Indonesia Inul yang dijadual berlangsung pada 29 Mei ini di Kompleks Sukan Tawau. 
     Ketuanya Datuk Hamisa Samat berkata pergerakan itu bimbang kehadiran penyanyi dangdut tersebut akan menyumbang kepada keruntuhan akhlak khususnya pada kalangan anak-anak muda di sana.“Wanita Umno Kalabakan difahamkan bahawa persediaan sedang diatur untuk membawa ratu gelek Indonesia, Inul ke Tawau,” katanya semasa berucap pada Program Juara Rakyat Wanita dan Keluarga 1Malaysia anjuran Umno Kalabakan, di Tawau hari ini.
     
     Beliau juga menyarankan agar pihak berkuasa mengharamkan terus Inul atau nama sebenarnya Ainul Rokhimah yang terkenal dengan tarian ‘gelek gerudi’daripada mengadakan persembahan di daerah itu.Semalam beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat di Masjid Al-Khauthar di sini bagi membantah konsert tersebut dan mendesak pihak bekuasa membatalkannya.

    — Bernama

    Sumber:  Malaysiakini.

 

Setelah sekian lama Malaysia dilambakkan dengan konsert dan hiburan berbudaya hedonisme, hari ini kesan kerosakan kepada remaja sangat berleluasa dan bagai menarik segala bala Allah agar ditimpakan ke Bumi Malaysia. Segala bentuk maksiat dapat disaksikan seperti mendedahkan aurat, makan pil kuda, mengamalkan seks bebas, minum arak, gadis lesbian, berwatak pondan, pemuda homoseks, gigolo, pelacuran, merakam aksi lucah, menonton web lucah dan lain-lain.

Wanita boleh menari tetapi untuk tontonan sesama wanita sahaja atau di hadapan mahram.

Saya merakamkan tahniah kepada Wanita UMNO Kalabakan dan berharap usaha sebegini turut mendapat perhatian dari Wanita UMNO di peringkat pusat. Usaha membantah hiburan (realitinya bukan hiburan tetapi azab yang menggelisahkan jiwa) ini juga harus konsisten untuk semua jenis hiburan yang melalaikan termasuk konsert artis tempatan, rancangan hiburan realiti di kaca TV seperti Akademi Fantasia, dan juga pentas hiburan yang disediakan UMNO bagi tujuan kempen pilihanraya.

Saya percaya kebanyakan Wanita UMNO juga merupakan seorang ibu. Sebagai ibu normal, saya percaya tiada ibu yang sanggup anaknya digigit walau oleh seekor nyamuk, apatah lagi mahu menghulurkan api mancis yang kecil itu ke kulit anaknya. Jika perkara menyakitkan seperti itupun kita tidak sanggup membiarkan dirasai oleh anak-anak, bagaimana pula dengan azab Allah di alam barzakh dan di alam akhirat?

Apa kata Rasulullah s.a.w tentang pakaian wanita?

 

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

 

Abu Hurayrah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata,

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan menggalakkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini pasti tidak dapat memasuki syurga, serta tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”
 
 

 

Hadis direkodkan oleh Muslim.

 

Perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya masih berbogel ini usahkan mahu memasuki syurga, mencium baunya sahaja tidak layak. Sedangkan haruman syurga itu dapat dicium dari jarak yang jauh. Jika kita meletakkan pewangi di dalam rumah pun, harumannya tidak sampai ke luar rumah. Adakah kita akan berpuas hati hanya menikmati kediaman yang selesa di dunia tetapi di akhirat kelak, kediaman yang sesuai untuk kita hanyalah neraka?

Hari ini ramai wanita menyembur pewangi sebanyak-banyaknya dan melenggang –lenggokkan punggung bagi menarik perhatian lelaki ajnabi. Berbaloikah berwangian dan melenggang di dunia yang sementara sedangkan  kebusukan azab yang amat menunggu di akhirat kelak?  Menahan nafsu di dunia pula hanyalah bersifat sementara sedangkan kebahagiaan di akhirat kekal abadi.

Daripada hadis di atas, dua perkara yang selalu berlaku dalam mana-mana konsert melibatkan artis wanita ialah tidak menutup aurat (seperti mendedahkan rambut dan bentuk badan) dan juga cenderung kepada maksiat serta merangsang orang lain untuk melakukan maksiat. Azab yang disediakan bagi kesalahan tersebut tidak terperi dan tidak mampu ditanggung oleh diri kita yang kerdil ini.

Wanita Adalah Penyayang.

Dalam diri wanita, Allah letakkan sesuatu yang amat berharga yang tiada pada kaum lelaki yakni RAHIM. Rahim itu diberi nama kepada alat wanita untuk mengandungkan anaknya. Rahim itu ertinya penyayang. Al-Rahim pula merupakan salah satu nama Allah yang dimasukkan dalam lafaz Bismillah.

Rahim dan wanita sangat signifikan bagi menyambung keturunan manusia. Justeru itu wanita dikenali dengan insan yang kaya dengan sifat pengasih dan penyayang. Wanita juga adalah insan yang paling layak mengasuh dan mendidik anak-anak sehingga mereka dewasa. Berbekalkan fitrah ini, kita harus memanfaatnya untuk menyebar kasih sayang di muka bumi, bukan sahaja untuk anak-anak kandung sendiri, tetapi juga untuk anak-anak yang berada dalam masyarakat kita.

Kasih sayang yang paling bernilai di sisi Allah ialah yang mahu menyelamatkan diri sendiri, keluarga dan masyarakat dari azab Allah baik di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Atas dasar inilah saya berharap Wanita UMNO dapat konsisten dalam membantah semua perkara yang boleh memudaratkan anak-anak kita di luar sana.

Saya percaya dalam hati kita semua yang mengaku Islam boleh sama-sama setuju tentang pentingnya kasih sayang kita sebagai wanita dapat digunakan untuk menyelamatkan masyarakat dari azab Allah… sama seperti kita memelihara bayi kecil kita dari gigitan nyamuk dan bahaya-bahaya lain.  

Bukan goyang gerudi Inul sahaja yang bersifat lucah, bahkan goyangan badan penari dan penyanyi wanita di Malaysia juga bersifat lucah dan mengundang bencana pada setiap mata lelaki ajnabi yang melihatnya.  Ia sudah lama dihidangkan ke dalam masyarakat sejak filem zaman P Ramlee sehinggalah sekarang. Perkara yang haram adalah racun kepada manusia baik individu mahu pun masyarakat. Ia akan membunuh ruh yang suci sedikit demi sedikit hinggalah ruh itu hampir kepada kekufuran. Na’uzubillah. Pembunuhan ruh-ruh yang suci ini lebih dahsyat dari letupan C4 kerana ia yang telah memusnahkan sebahagian besar moral rakyat Malaysia hari ini.  

Lelaki yang mahu menonton tarian wanita, hantar sahaja isteri ke kelas tarian dan tontonlah tarian isteri sepuas-puasnya di tempat ekslusif untuk mereka sahaja. Mahu gelek gerudi kah atau goyang skru kah tiada siapa yang akan kisah lagi.

Selain bantahan kepada pihak berkuasa, Wanita UMNO Kalabakan juga disyorkan mengadakan solat hajat beramai-ramai di mana-mana kawasan lapang bagi membantah konsert tersebut. Solat hajat bertujuan memohon kepada Yang Maha Berkuasa dari segala pihak berkuasa di dunia ini agar memperkenankan hajat kita. Ini kerana di Semenanjung, pihak polis sering memberi bantuan dan kawalan kepada konsert-konsert yang diadakan.

Dalam era bencana Allah ditimpakan di seluruh dunia melalui gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, banjir besar, puting beliung dan pelbagai azab lagi ini, sama-sama kita kembali kepada satu-satunya teraju hidup yang menyelamatkan yakni memahami dan mengamalkan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Bawalah hati mengenal Allah, nescaya bahagia dan tenang abadi.

Semoga senyum dan tawamu berpanjangan hingga ke alam akhirat.

Semoga kesedihan dan air matamu berlalu pergi tatkala ummah dikembalikan pengabdian mereka kepada Allah secara mutlak.

Ummah adalah milik Allah, maka bawalah mereka kembali kepada empunya diri mereka.

Salam ukhuwwah dan salam sayang,

Ummu Abbas

8.10pm

9 Jumadal Akhir 1431H

2 thoughts on “Alkisahnya Goyang Gerudi Inul

Add yours

  1. Tahniah juga kpd Wanita UMNO Kalabakan kerana telah berani keluar dari kebiasaan UMNO. Insyaallah makin lama kesedaran Islam makin meluas dalam UMNO bakal merubah minda dan pendirian mereka terhadap perjuangan cara hidup Islam yang syumul.

    p/s: Chik suka ayat ni “Mahu gelek gerudi ke goyang skru…” 🙂

    Aamin… moga doa Chik dimakbulkan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: