Saya ingin menyertai lebih 30,000 orang pengguna laman web sosial Facebook yang telah keluar darinya. Walaupun mereka keluar atas alasan Facebook tidak menjaga data peribadi ahlinya, namun saya tidak begitu terasa dengan faktor tersebut. Memandangkan saya sendiri hanya memasukkan maklumat peribadi secara ringkas sahaja.
Faktor utama saya mahu keluar ialah kerana membantah tindakan Israel membedil rombongan Freedom Flotilla. Mereka berjaya membunuh paling kurang dua puluh sukarelawan kemanusiaan menuju Gaza!
Bantahan dalam bentuk ini adalah inisiatif peribadi dan saya tidak bermaksud mempengaruhi rakan-rakan yang lain kerana setiap orang ada pro dan kontranya sendiri dalam menggunakan Facebook.
Pertama kali saya mendaftar di Facebook hanya kerana mahu lihat sendiri apa yang ada dalam Facebook. Saya memang lewat menyertainya kerana tidak berminat dengan laman sosial tersebut. Seorang sahabat meminta saya melihat sendiri Facebook dan peranan yang boleh dimainkan di sana. Setelah mendaftar, didapati ada perkara positif dan negatif dalam Facebook. Saya bertahan dahulu kerana sayangkan hasil positif daripadanya.
Saya juga baru menubuhkan satu kumpulan Kempen Jangan Dekati Zina dua hari yang lalu serta menjemput semua kawan untuk menyertai kempen tersebut. Tanpa Facebook, saya akan tetap meneruskan kempen tersebut melalui blog ini.
Hati saya tersayat dan dirundung sedih setelah membaca berita kapal yang membawa bantuan kemanusiaan dibedil Israel di perairan antarabangsa. Dengan apa lagi cara kita dapat mengajar haiwan bertopengkan Zionis tersebut? Mereka bangsa yang dilaknat Allah dan kita wajar memberi tekanan terhadap Israel dengan apa cara yang termampu.
Kenapa Facebook?
Bukan hanya Facebook yang dikaitkan dengan Yahudi yang bersengkongkol dengan Israel, bahkan banyak lagi produk ekonomi yang mempunyai sumbangan langsung kepada musuh Allah tersebut. Kita buat apa yang termampu dalam bidangkuasa yang terhad.
Mahu diharapkan kepada Kerajaan Malaysia bertegas dengan Israel seperti menunggu tikus bertanduk. Kerajaan sudah terlena dalam dakapan APCO… apa lagi yang boleh dilakukan dari manusia yang bergantung kepada Yahudi itu sendiri?
Nyawa saudara kita seaqidah bagai nyawa kita sendiri. Selain doa, kita sama-sama berusaha membantu dari mana-mana sudut yang terdaya seperti derma kepada saudara Islam di Palestin, kempen dan menekan ekonomi Yahudi.
Saya akan keluar dari Facebook dalam masa 3 hari lagi kerana memerlukan masa mengambil beberapa maklumat untuk disimpan.
Ummu Abbas
12.05pm
18 Jumadal Akhir 1431H






Tinggalkan komen