Assalamu’alaikum warahmatullah.
Saya agak kurang sihat sekarang… simptom yang dialami ialah pening, muntah dan sering keletihan, demam…dan juga… rasa tidak berminat untuk membuka ‘laptop’… 🙂
Bau-bau masakan jiran yang dahulunya membuatkan saya tertanya-tanya apa yang dimasak mereka… sekarang ini terasa begitu menyakitkan… uwek…uwek…uwek… apa lagi, kalau tidak dimuntahkan kembali apa yang ada di dalam perut meskipun sekadar air dan angin apabila terbau bauan yang menyucuk hidung…
Mula-mula alahan datang, mengidam makan Nasi Kerabu… dua tiga hari selepasnya… dek asyik teringat… semasa mahu memohon terjemahan lesen memandu di JPJ Panji, saya berpusing mencari Nasi Kerabu Hitam kegemaran. Kedai berhampiran rumah yang saya suka Nasi Kerabunya sudah lama tidak menjual Nasi Kerabu Hitam dengan rasa serainya. Jadi terpaksa ‘round’ tempat lain untuk mendapatkannya. Biasanya saya minta suami carikan apa-apa yang saya mahu makan… namun kali ini, dia begitu sibuk… saya pun seboleh-bolehnya kena kurangkan bermanja dan kurang membebankan dia.
Haa… Alhamdulillah jumpa juga Nasi Kerabu Hitam…
“Makcik… Nasi Kerabu dua bungkus”
Itu dia… dua bungkus sekali pesan… ada keropok tapi ikan celup tepungnya sudah habis…
“Makcik… letakkan sekali ‘habuk’ ikan goreng tu ye…”
Dua bungkus Nasi Kerabu dalam genggaman… mahu segera makan, tiada tempat yang sesuai untuk ‘landing’… Hmmm… tak apa lah… selesaikan urusan di JPJ dulu. Nasib baik tidak lama… sebab dokumen yang diperlukan tidak cukup. Selepas ambil borang… segera kembali ke rumah. Alhamdulillah… dapat ‘pekena’ Nasi Kerabu pagi sekali dan tengahari sekali. Puas hati…
Betul kah kata-kata orang tua yang menyatakan jika ibu hamil mengidam itu tandanya janin dalam perut yang mahukan semua itu… jika tidak dipenuhi… selepas lahir… bayi itu akan selalu berair mulutnya? Entahlah saya rasa semua itu khurafat… saya yang hamil… saya yang mengidam… sayalah yang mahu makan semua itu.
Selepas itu, tidak ingat lagi Nasi Kerabu… hai… perasaan lain pula yang datang… mahu Nasi Arab pula… di Kelantan hanya ada dua restoran makanan Arab yang saya tahu… pertama Tarbus dekat Billion dan kedua Arabesque di Jalan Dato’ Lundang. Namun kedua-duanya saya rasa makanan Arabnya tidak seasli yang saya pernah makan di Jordan walaupun chefnya orang Arab sendiri. Saya mahu masak sendiri… lagilah jauh dari rasa aslinya… jadi nasi ayam bolehlah…
Akhirnya, kerana asyik teringat… saya mencemar duli juga berkunjung ke Arabesque. Selepas melihat menu, saya menempah Nasi Mandi Kambing, Nasi Mandi Ayam dan syawarma daging campur ayam. Ada humus sekali. Jika ikutkan, di Tarbus, harga makanan lebih murah… tapi Arabesque lebih dekat dengan rumah. Ok… selepas ‘pekena’ Nasi Mandi… sudah boleh lupakan nasi Arab… selepas ini saya tidak tahu apa lagi yang akan saya mengidam… lazimnya ia tidak akan berakhir sehinggalah bayi keluar dari ‘rumahnya’. Masya Allah…
Itulah sedikit sebanyak kerenah ibu hamil yang dapat dicoretkan di sini.
Alhamdulillah dan insya Allah… anak kelima saya, Aqil akan dapat adik lagi. Kandungan baru berusia 8 minggu. Bagi memujuk hati agar sabar dan reda pada situasi alahan yang di alami sekarang, saya selalu teringatkan perkataan Allah, “wahnan ‘ala wahnin”… hmmm benar… Allah yang paling memahami diri saya saat ini…bukan saat ini sahaja… malah dulu, kini dan selamanya…
Pengalaman hamil sebanyak 5 kali sebelum ini dengan ragam alahan yang pelbagai menyebabkan saya begitu menghargai ayat 14 dari Surah Luqman yang berbunyi,
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Buat semua anak-anak, sama-sama kita berbakti kepada kedua ibubapa selagi hayat mereka dikandung badan. Usah tunggu sehingga mereka meninggal dulu baru mahu menyesal.
Buat anak-anak gadis yang masih tinggal bersama ibubapa, rajin-rajinlah menolong ibubapa di rumah tanpa perlu disuruh… lakukan kerana Allah dan dengan wajah yang manis… kelak hidupmu akan diberkati Allah dan sentiasa mendapat perlindungan dariNya. Rezekimu juga mudah mendekatimu. Jodoh yang baik juga akan didekatkan Allah kepadamu… tentu kamu suka begitu… bukan?
Jika anak-anak gadis hanya tahu membuta di pagi hari, membiarkan ibu yang sudah tua memasak untuk mereka setiap hari, membiarkan ibu mengurus rumah seorang diri dan hanya tahu melepak di luar rumah dengan rakan-rakan… tunggulah masanya Allah menyempitkan rezekimu… segala usaha duniamu menjadi sukar… jodohmu semakin jauh… dan jika ia datang sekalipun, suamimu itu bakal menggoncangkan kehidupanmu… pada saat itu, jangan kau mencari salah orang lain KECUALI dirimu sendiri…
Buat anak-anak lelaki, kedua ibubapamu lebih utama dari rakan-rakan dan isterimu sendiri… maka peliharalah hati kedua mereka selagi dalam perkara mentaati Allah swt. Ziarahilah mereka secara berkala dan hubungilah mereka selalu jika tidak berkesempatan menghadirkan jasad di hadapan mereka. Kelak hidupmu akan bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki serta diberkatiNya.
Jika engkau melebihkan isterimu dari ibumu… tunggulah Allah memporak porandakan kehidupanmu… segala usahamu menemui jalan buntu… isteri dan anak-anakmu mungkin akan menderhakaimu… rezekimu disempitkan… pada saat itu… jangan kau cari salah orang lain KECUALI dirimu sendiri…
Ingatlah… menyakiti hati kedua ibubapa berdosa besar di sisi Allah… Apabila mereka merasa kurang senang denganmu… Allah juga kurang menyenangi dirimu… saat itu… meskipun mereka tidak pernah mendoakan keburukan buatmu… namun Allah tetap akan menjadi pembela bagi kedua mereka…
Ingatlah… jika kamu menderhaka kedua ibubapa… sebenarnya kamu menderhakai Allah dan sedang berperang dengan Allah itu sendiri… lalu tali pergantungan mana lagi yang akan menyelamatkan kamu di dunia dan di akhirat kelak??? Meskipun kamu solat 5 waktu dan berpuasa penuh di bulan Ramadan… semua itu tidak bererti jika ibadah itu tidak memberikan kesan kepadamu untuk mentaati kedua ibubapamu setulus hati.
Carilah dunia dengan reda Allah dan kedua ibubapamu…
DAN
Burulah akhirat dengan reda Allah dan kedua ibubapamu…
Wassalam.
Ummu Abbas
8 Syaaban 1431H/ 20 Julai 2010
11.37am
Assalamu’alaikum Ummu Abbas,
Alhamdulillah. Tahniah 🙂
Moga dipermudahkan segalanya sehingga bersalin.
assalamualaikum k.nur.
mabruk kak! alhamdulillah… betul sangkaan chik bila k.nur update fb kata tak sihat. nampaknya anak australia la kali ni hehe. bagaimana persiapan nak ke sana? dalam keadaan k.nur yg mabuk-mabuk tu tentu susah payah juga. moga-moga Allah permudahkan.
pasal buku2 tu, insyaallah boleh letakkan di MariBaca. k.nur buatlah senarai tajuk buku, kuantiti dan harganya sekali. chik tak dapat balas SMS sebab kehabisan kredit.
insyaallah usrah 30hb nanti chik hadir. rindu sangat dah pada usrah tu.
harapan n nasihat untuk suami-suami tak de ke? 🙂
Assalamualaikum,K.Nor.
Ingat saya lagi x?Fatin,yg pernah usrah dgn k.nor sepanjang praktikal kat HUSM.alhamdulillah..akak pregnant rupenye.InsyaAllah,ada masa,nk dtg ziarah k.nor.Alhamdulillah,saya akan sambung belajar di Zaqaziq,Mesir.Lps rya baru fly.Sementara ada kat umah ni,saya ada join bisnes baju T-Muslimah.Sume ni dihasilkan olh senior sy semasa bljr kat penang dahulu.Akak pn blh join kalau berminat!
KLIK http://t-muslimah.com/aff/?id=13923
Blh menjana pendapatan halal,sambil meluaskan perspektif fesyen muslimah kepada masyarakat!
Assalamualaikum semua,
Wah! tanhniah Ummu Abbas.
Mabruk Kak Nor, semoga Allah pelihara kak Nor dan anak yang dikandung dengan baik dan selamat.
Saya pernah baca perihal mabuk-mabuk/alahan dan keinginan terhadap makanan/minuman dsb. sewaktu mengandung dari sudut psikologi. Kesimpulan yang ditulis oleh rencana tersebut, ibu yang hamil yang mengalami sindrom tersebut berasa kurang kasih sayang samada dari suami ataupun perhatian yang dirasakan berkurangan sewaktu tempoh tersebut dari ahli keluarga/yang rapat menyebabkan psikologi si ibu beralih kepada perkara lain samada utk menarik perhatian ataupun mengubat kekurangan tersebut. Itu tulisan rencana itu yg saya baca sewaktu mengandungkan anak sulung 8 tahun dulu.
Terima kasih di atas nasihat dan peringatan terhadap ibu. Kita yang telah jadi ibu ini pun juga sering lupa dan mudah terlalai untuk menyempurnakan hak kita kepada ibu yang mengandungkan kita ini dan asyik membebankan mereka yang telah tua dengan dunia kita hari ini.
assalaamu’alaikum kak nur,
lama betul xjumpa kak nur… very interesting topic to share with other muslimah. skarang ni baru tau keperitan n kesakitan seorang ibu membesarkan kita. baby aini br nak masuk 4 bulan skarang ni… memang penat jd seorang ibu, tu pun baru ada sorang anak,….klu ramai? mesti lebih2 lg….BESARNYA PENGORBANAN SEORANG IBU!!!
salam akk…syukran di atas prkongsian ilmu ini..mnjadi peringtan kpd semua…jazakallahu khairan kathira,,,=)
Alhamdullilah. Mabruk kak Nur!!! 🙂 Ingatkan kenapalah tak sihat, risau juga. Bawa seorang mujahid/mujahidah lagi seorang rupanya InsyaAllah. Sampai bertemu lagi, jaga diri kak Nur. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kak Nur sekeluarga.
salam ziarah. memang best…
Assalammualaikum…
Saya tertarik dengan artikel puan. klo bleh saya nk gunakan ia untuk dikirimkan ngan kawan2 sbg peringatan dan kesedaran buat semua…harap puan izinkan ye…
rezeki tuhan bagi…terima dengan hati yang terbuka…saya saja yang tertunggu bila rezeki itu akan sampai..
tapi saya sangat percaya..rezeki itu akan sampai jua kepada saya dengan izin-Nya
K.nur mengandung rupanya ya…
tak boleh dekat ni takut berjangkit…hehe…
moga jdi panduan untuk orang bujang untuk masa depan…
usia kndungan sy dah msuk 3bln.tp msh lg rasa alahan tu.mkn byk muntah byk.paling bt sy rimas bau masakan dr dapur.entah bila la ianya berakhr kdg kala sy menyesal kahwin awal mcm sy x brsedia lg hadapi semua ini.tapi skrg sy kena brsbr apa yg trjd adalah kehendak Allah.