Assalamualaikum…
Saya ada soalan utk ditanya…
adakah seseorg itu brperangai buruk skiranya trdapat ahli kluarganya yg brperangai buruk???sy menanyakan soalan ini krana sy tlah mghadiri byk ceramah dan pnceramah rata-rata mgatakan skiranya kita hndak mgetahui bgaimana sikap seseorg itu hndaklah kita mlihat kpd kluarganya…bgaimana sikap kluarganya,bgitulah sikapnya…benarkah pernyataan trsebut???
sy mohon mklum bls…
syukran…
assalamualaikum…
***********************************************
Wa’alaikum salam warahmatullahi wabarakaatuh.
Terima kasih Nur kerana bertanya soalan ini.
Rasulullah s.a.w pernah berkata yang bermaksud,
“Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
Hadis direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.
Hadis tersebut memberi maksud seperti pepatah Melayu lama ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’.
Berdasarkan hadis di atas, apa yang saya fahami dari maksud penceramah itu ialah tabiat semulajadi seseorang sedikit sebanyak akan diwarisi dari ahli keluarganya. Tabiat itu merangkumi tabiat yang baik dan tabiat yang kurang baik. Bukan tabiat buruk sahaja yang akan diwarisi dari keluarga.
Sebagai contoh, lazimnya ibubapa yang peramah akan mewariskan sikap peramah itu kepada anak-anaknya. Sikap peramah itu secara umumnya dipandang positif namun jika peramah tidak bertempat maka akan memberi kesan negatif. Begitu juga jika ibubapa mempunyai tabiat yang garang dan kasar, ia akan diwariskan kepada anak-anaknya. Pepatah Melayu ada menyatakan, “Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Sebab itulah ibubapa dan anak-anak akan mempunyai persamaan sikap yang positif dan negatif. Bukan itu sahaja, sekiranya diperhatikan, kesan dari tabiat ibubapa, umumnya adik-beradik turut berkongsi sifat atau perangai yang sama seperti lemah lembut, tegas, keras, penyayang, mudah mengalah dan lain-lain.
Walau apa pun, semua sikap tersebut masih boleh dibentuk ke arah yang lebih baik atas usaha individu itu sendiri setelah dia membesar dan dewasa. Sikap positif warisan keluarga perlu dikekalkan dan ditambah baik lagi dan sikap yang negatif boleh dikurangkan dengan latihan demi latihan yang berterusan. Sikap-sikap itu juga masih boleh dibentuk dengan memilih rakan yang baik dan ikhlas memberi teguran. Atau dengan perkataan lain memilih ‘biah solehah’ – yakni persekitaran yang baik. Sebaik-baik asuhan dan cara membentuk diri ke arah yang lebih baik ialah mendekatkan diri kepada Allah dan teman-teman yang juga ingin mendekatkan diri kepada Allah.
Perumpamaan berkawan dengan orang yang baik dan orang yang jahat, adalah seperti pembawa minyak wangi dan peniup dapur tukang besi. Pembawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikannya kepadamu atau kamu akan membeli daripadanya, atau mungkin kamu akan mendapati aroma harum daripadanya. Adapun peniup dapur, mungkin dia akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau busuk daripadanya.
Hadis direkodkan oleh Sahih Bukhari dan Muslim
Ramai juga ibubapa yang menyedari kekurangan diri dalam mendidik anak-anak berusaha menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau sekolah yang baik. Jadi dalam hal begini, anak-anak perlulah memahami bahawa tabiat negatif yang ada pada ibubapa bukanlah disengajakan sehingga anak-anak perlu menurut semua perkara yang ada pada mereka. Umumnya ibubapa suka jika anak-anak memilih yang baik untuk diikuti dan perkara yang buruk dijauhi. Bak kata pepatah, “Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan”.
Antara langkah mendekatkan diri kepada Allah ialah menambah ilmu bermula dari aqidah, ibadah dan akhlak. Setelah berilmu, ilmu itu hendaklah diamalkan seupaya yang boleh. Hanya dengan ilmu, kita mampu membezakan antara yang hak dan yang batil, antara yang baik dan yang buruk menurut pandangan Allah swt.
Sejarah telah membuktikan bagaimana Umar al-Khattab yang terkenal garang dan kasar itu akhirnya menjadi antara 10 sahabat Rasulullah s.a.w yang dijamin syurga. Umar al-Khattab semasa kafirnya membunuh anak perempuannya hidup-hidup namun menjadi insan pengasih dan penyayang selepas memeluk Islam serta mendapat tarbiyah langsung dari Rasulullah s.a.w. Walaubagaimanapun, dia masih terkenal dengan sikap kerasnya namun sikap kerasnya itu banyak dipositifkan untuk membela Islam. Ia berbeza dengan Abu Bakar r.a yang terkenal lemah lembut kerana sejak kecilnya dia memang bersahabat rapat dengan Muhammad bin Abdullah.
Ketegasan Umar al-Khattab r.a juga banyak menjadi asbab turunnya wahyu yang memutuskan hukum bagi sesuatu perkara. Antaranya ialah mengenai hijab wanita. Setiap sahabat Rasulullah s.a.w dengan tabiatnya masing-masing menjadi penyumbang kepada perjuangan Islam. Hamzah dengan semangat juangnya dan berani. Abu Ubaidah dengan sikap pemurahnya dan lain-lain lagi. Semua sikap semulajadi yang sukar diubah itu dipositifkan dan disepadukan untuk meninggikan kalimah Allah swt. Oleh sebab itu, kita perlu meraikan setiap kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap individu. Asalkan kekurangan tidak dijadikan alasan untuk melakukan maksiat kepada Allah swt dengan sengaja.
Rumusannya, apa yang diperkatakan oleh penceramah itu benar. Cuma perlu ditambah yakni perlu juga dilihat siapa rakan-rakan rapat seseorang itu dan persekitaran ia dibesarkan.
Sekian. Wassalam.
Ummu Abbas
11.13pm
26 Dzul Qi’dah 1431H
Glenroy, Melbourne.
MAJLIS MAWLID : http://wp.me/piAx4-3md dan Majlis ilmu Surau AlHidayah : http://wp.me/piAx4-3mf dan Tiada Penghalang Melihat Allah : http://wp.me/piAx4-3lW
salam..
bagi saya tidak..:)..mmg betul kalau nk tgk bagaimana perangai org itu..tgk sahabat2nya…:)..
bagi saya…setiap yg berlaku itu adalah ujian masing2 yg sudah ditentukan..
sbb tu ada org..mak bapak jahat..ank baik…
ada org…mak bapak baik…ank lak jahat…..
bg saya…kalau lah sy nih baik…sy akan kawan ngn org jahat…supaya leh sebarkan kebaikan sy kepada dia juga…xdelah saya nh membiarkan dia terus dlm jahatnye….
sbb kalau kita tgk..masyarakat kita bercakap ikut keadaan dimana dia berada….
kalau anak dia baik.::::seorang ibu akan berkata…jgn kawan ngn bdk2 jahat…x elok..nnt terikut…
kalau anak dia jahat:::seorang ibu akan berkata::cubalah kawan dengan bdk2 baik….ko nih duk kwan ngn bdk jahat tu wat pe….
bgaimana si jahat tu nk kawan dgn yg baik???bgaimana si jahat tu nk jadi baik???lalu terus la si jahat itu dengan kawan2 jahatnya…dan si baik itu terus dgn kawn2 baiknya…
pesanan utk diri sy::::
kebaikan itu bukan diukur sejauh mana kita mengutuk kejahatan orang dan menjaga kebaikan kita….tapi sejauh mana kita dapat menyebarkan kebaikan kita kepada si jahat sehingga dia juga akhirnya menjadi baik…:)..
p/s:::sowie panjang..ahakss
Wa alaikumussalam,
Perangai buruk keluarga tidak semesti di warisi, begitu juga dengan perangai baik. Di sinilah tarbiyah memainkan peranan penting, manusia perlu muhasabah diri sendiri. Mesti ada azam dalam diri untuk menjadikan hari seterusnya lebih baik dari sebelumnya.
Jika seseorang itu memerhati dalam keluarganya ada tabiat buruk dia mesti berusaha untuk tidak meneruskan tabiat tersebut, may be suatu hari dia akan cuba menegur ahli keluarga tentang buruk sikap tersebut, hatta kalu ia dilakukan oleh ibu bapanya sendiri. Amar maaruf nahi munkar tidak pilih bulu.
Manusia boleh berubah jika dia mahu, sama ada menjadi lebih baik atau lebih buruk. DAlam surah as-syams Allah berfirman… ” Fa alhamaha fujuroha wataqwaha, qad aflahamanzakkaaaha, waqodkha baman dassaaha.., Lihatlah terjemahannya. So kalu kita mahu jadi org bertaqwa, kita mesti berusaha ke arah tersbut termasuklah menjauhi tabiat buruk dalam keluarga, InsyaAllah
Assalamu’alaikum wbt….
Kadang2 terasa confuse dgn kenyataan ” pilihlah sahabat dr kalangan yg baik2″…
Kita rasa kita dah memilih kwn di kalangan yg baik2, dgn harapan dia akan membimbing kita ke jln Allah tp sebaliknya berlaku… kita dijadikan bahan pelampias nafsu (bersms lucah dsb)….bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi, benar! tp kalau dah hari2 disuap dgn ayat2 begitu, akhirnya tunduk juga…. beliau hamba Allah yg pd zahirnya & pd mata kasar seorg yg dikategorikan yg warak, ahli Quran (guru kelas2 pengajian Al Quran) & juga Imam… Sy berpegang kpd kenyataan ” manusia tidak maksum”, tetap diuji & diduga dgn dugaan, lebih2 lg golongan2 alim ulama’ spt ini… tetapi amat memeranjatkan bila saya dah berkwn dgnnya, rupa2nya dia ni kaki perempuan & ramai yg telah menjadi mangsa
(saya dapat tau, bila kes kecoh, dia akan tinggalkan perempuan A dan akan mencari perempuan B pula, begitu la selanjutnya), saya pernah bertanya pd tuan bdn tetapi disangkal, katanya dia difitnah. pd mulanya saya ingatkan, khabar angin saja @ mungkin org jealous melihat kami berkwn (beliau adalah suami orang), tapi bila dah terkena & merupakan salah seorg dr beberapa org mangsa, br lah saya membuat rumusan apa yg saya dgr cerita kwn2, itu ada benarnya…. bermakna, ini bukan kes pertama, malah byk kali terjadi….saya pernah mendengar & membaca, satu pepatah? yg menyatakan bhw sekali kita jatuh dlm satu lubang, kita takkan membiarkan diri kita jatuh ke dlm lubang yg sama utk ke sekian kalinya, betul tak? Jadi, bagaimana pula dgn kes spt ini? Adakah ini ujian untuknya yg telah berkali2 melakukan benda yg sama, padahal dia lebih arif dgn hukum hakam agama memandangkan dia seorg ahli agama & hafiz Al Quran? dan perlukah kita meneruskan kelas2 beliau lagi @ bagaimana?
Minta penjelasan. Semoga mendpt hidayah & petunjuk dr Allah swt…. dan berdoa agar diampunkan dosa….
Wallahu’alam