Posted in Gadisku, Islamika

Berkemban dan berbikini, Saya bangga dengan gadis ini…

Bismillah…

Oopsss… jika anda pembaca lelaki yang gemar menatap foto lucah, mohon maaf kerana entry ini tidak menyediakan hidangan syahwat tersebut.   Meskipun dengan tujuan sekadar hiasan.  Matlamat tidak menghalalkan cara… betul?

 Jika saya melakukannya bererti saya mengkhianati mata saudara yang bukan milik saudara.  Bahkan milik Allah SWT yang hanya dipinjamkan buat sementara waktu… yang mana di akhirat kelak, ia akan ditanya… ke arah mana ia digunakan?  Tangan saya pula akan ditanya,  foto apa yang telah saya up loadkan di dalam blog untuk tatapan pengunjung…   saya tidak mahu tergagap-gagap menjawab soalan-soalan munkar nakir di dalam kubur…tetapi menjawab dengan penuh konfiden sama seperti saya pernah jawab soalan SMU di sekolah dahulu.  Dengan izin Allah.

Ok… saya sayangkan mata saudara sama seperti saya sayangkan mata saya sendiri… jadi bawa-bawalah melihat perkara yang boleh menyucikan hati dan mendekatkan diri kepada Pencipta mata tersebut… boleh? 

Namun begitu,  jangan serik untuk meneruskan bacaan… mungkin ia berguna jika saudara memiliki adik beradik perempuan, anak-anak perempuan, isteri dan saudara mara perempuan.

Ekoran isu artis berkemban, Fasha Sanda berbikini, nama artis wanita seperti Lisa Surihani dan lain-lain menduduki tempat pertama dalam carian google Malaysia, saya merasa terpanggil untuk menulis buat semua gadis yang dikasihi kerana Allah semata.

Sepanjang menjadi pengguna internet dan selepas membuka akaun Facebook, antara perkara ketara yang dapat dilihat ialah perlumbaan dari para gadis dan wanita menonjolkan kecantikan masing-masing kepada umum.

Jika yang bertudung tetapi berwajah jelita, maka wajahnya itulah yang menjadi taruhan.  Entah kepada siapa mahu dihidangkan kejelitaan masing-masing itu dan kepada siapa sebenarnya senyuman dilemparkan…   ???

Biarlah persoalan ini dijawab sendiri oleh empunya diri.

Jika yang kurang jelita, zaman sekarang banyak alat make upnya dan foto juga boleh diedit untuk kelihatan cantik.  Wajah berjerawat tampak licin dalam gambar.  Jeragat dan parut jerawat boleh disembunyikan.  Yang gelap nampak putih melepak.  Bab-bab make up ini, bukan lagi menjadi tabiat para wanita, bahkan para jejaka juga tidak ketinggalan bermake up untuk kelihatan menarik semasa bergambar.  Akhirnya semuanya tampak serba sempurna.  Foto-foto yang sudah mengalami pengubah suaian inilah yang diup-load ke dalam blog dan akaun-akaun sosial.

Itu belum diambil kira soal gaya semasa bergambar.   Perhatian siapa yang diraih sebenarnya?

Hanya empunya diri yang lebih mengetahui jawapannya.

Hari ini, melalui medium internet, para gadis dan wanita menjadi bertambah murah. 

Jika dahulu, bukan main susah para jejaka yang meminati seseorang mahu mendapatkan walau sekeping foto gadis tersebut, hari ini, klik mouse dan copy paste sahaja… sudah selesai.  Selepas itu bolehlah dibesarkan kepada saiz berapa pun dan print sahaja…siap!

Selepas itu, bergantunglah kepada tahap keimanan masing-masing… mahu simpan di dalam dompet, tampal dalam almari, ‘hadiah’ kepada bomoh, edit semula dan gabungkan dengan tubuh bogel orang lain kemudian disebarkan kepada umum dan pelbagai ragam lagi.

Memang begitukah sifat dan fitrah wanita?  Suka dirinya menjadi bahan tatapan ramai lelaki dan dirinya dipergunakan dengan sewenang-wenangnya??? 

Jawablah sendiri… kerana anda lebih mengenali diri sendiri.

Berada di dunia  yang menghampiri kiamat yang mana jumlah lelaki fasik lebih ramai dari lelaki beriman ini, sikap murahan ramai gadis-gadis hari ini lebih mengundang penyakit kepada diri sendiri.  Penyakit itu bukan sekadar menimpa individu, bahkan menjadi virus kepada masalah sosial masyarakat dan negara. 

Kesan sikap suka menonjol tidak bertempat ini juga mengakibatkan tempias fitnahnya mengenai hati-hati lelaki yang mahu menjaga imannya.  

Contoh menonjol yang bertempat ialah sebagaimana watak Anna Althafunnisa’ dalam novel Ketika Cinta Bertasbih atau peranan yang dimainkan oleh Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar dan sebagainya lagi.  

Bukan itu sahaja, melihat usikan-usikan kepada isteri-isteri orang yang berwajah jelita di akaun Facebook juga adalah satu perkara biasa.  Di balas mesra pula oleh empunya diri.  Entahlah, belum cukup lagikah perhatian suami yang sah anugerah Allah itu?

Mungkin juga silap suami, kedekut pujian kepada isteri sendiri… akhirnya isteri merasa suka dipuji oleh lelaki lain.

Memang ‘confirm’… dan 2 x 5… dalam ramainya gadis dan wanita bertambah murah… lelaki pula ramai bertambah dayus.   Membiarkan aurat anak gadis, adik beradik perempuan dan isteri terdedah secara percuma kepada lelaki ajnabi.  Biar pun lelaki itu tunggang terbalik menghabiskan masanya di masjid, atau hafal 30 juzuk al-Quran, atau janggut panjang hingga ke lutut, atau sijil agamanya berjela-jela sampai master atau PhD… namun tiada ertinya semua itu jika tidak mampu bertegas dengan ahli keluarga.  Yang mana dibimbangi ahli keluarga perempuan yang tidak diajak sama menyintai Allah dan RasulNya itu akan lebih kuat tarikannya menuju ke neraka… na’uzubillah.

Jika itu menjadi pilihan hati… apa yang boleh diperkatakan lagi…

Nasib baiklah para Ummahatul Mukminin dan para tokoh mukminah solehah tidak mempunyai walau sekeping gambar untuk dilihat generasi selepasnya.  Maka sejarah mereka hanya diperkatakan tentang mantapnya aqidah mereka, mulianya akhlak mereka, hebatnya ibadah mereka dan sumbangan mereka terhadap Deenul Islam.  Walaupun sebahagian mereka disifatkan sebagai jelita, namun tiada gambaran fizikal diberikan; hidung mancung bak seludang, pipi bagai pauh dilayang, bibir bak delima merkah dan sebagainya lagi… sama sekali tidak ada!!!

Wajah-wajah mereka juga selamat dari teknik ‘super impose’ dan pelbagai lagi unsur khianat yang mungkin boleh dilakukan oleh para musuh Islam.

Ia bukan objektif wanita dijadikan… untuk dipuja kecantikan lahiriah semata… Sebaliknya untuk menjadi pasangan yang halal kepada lelaki, memberikan ketenangan di dalam rumahtangga serta melahirkan zuriat yang soleh.

Apabila para gadis@wanita kembali  memenuhi peranan mereka sesuai dengan objektif mereka dicipta, jadilah harga diri mereka mahal bahkan lebih mahal lagi dari nilai bidadari syurga.

Saya bukan mahu membahaskan hukum boleh bergambar atau tidak di sini.  Jika ia foto yang tidak menutup aurat, sudah jelaslah hukumnya jika dipaparkan kepada umum.

Bukan juga mahu membicarakan harus atau tidak memaparkan foto masing-masing di khalayak ramai.  Jika foto mendedah aurat dan pose menggoda, maka jelaslah haramnya.

Persoalan yang perlu dijawab kepada diri sendiri ialah sejauh mana keperluan berbuat demikian?

Apakah manfaatnya lebih besar atau mudaratnya mengatasi manfaatnya?

Bukan itu sahaja, paling penting sejauh mana ia mampu membersihkan hati dari mazmumah dan memenuhi hati dengan mahmudah?  Kerana hati inilah yang akan dibawa menemui Allah SWT.

Apakah jiwa merasa tenang semasa melakukannya atau merasa tidak sedap hati atau merasa was-was, betul atau tidak cara dan tujuannya?

Semuanya hanya mampu dijawab oleh diri anda sendiri.

Dalam kegawatan ramai gadis berlumba-lumba mempertontonkan diri masing-masing, saya tertarik kepada seorang gadis yang menggelarkan dirinya Nona.  Nona merupakan pembaca blog ini dan menghantar komen di bawah pada 16 Ogos 2009 di bawah entry ini.  Sengaja saya paparkan di sini untuk renungan bersama terutama dari para gadis.   Saya merasa terhibur bila mendapati ada lagi gadis seperti ini pada hari ini.  Juga merasa bangga dengannya.  Gadis ini mengenali dirinya sendiri, mempunyai jati diri,  mengetahui hak serta memelihara maruahnya sendiri. 

” Assalamualaikum.

Saya kagum dengan entri akak ni.  Saya jangka tak ada orang dalam malaysia ni yang berpemikiran macam akak ni. Saya sebenarnya tak setuju dengan program2 pertandingan kecantikan muslimah ni.

Saya sendiri dah beberapa kali di tawarkan jadi model muslimah, dan banyak kali di “suggest” untuk masuk pertandingan contoh seperti pertandingan yg dianjur majalah muslimah, The Most Beautiful Woman in Malaysia, etc.

Tapi bagi saya, apa gunanya bertudung, jika saya dijadikan tatapan khalayak?

Apa gunanya menutup aurat, jika foto2 saya boleh disimpan oleh peminat2 lelaki yang menampal poster saya di dinding mereka atau menyimpan foto saya dalam wallet mereka sambil mereka berkata, “Ahh……. cantiknya Cik Nona ni… Mata bulat, bibir huuuhhhhhh…. kulit putih wow!” Apa gunanya ya?

Sebab hakikatnya macam tulah model2 dan selebriti2 muslimah di negara kita ni dipuja- sama macam model2 dan selebriti2 tak bertudung.  Bezanya, model2 muslimah ni bertudung.  Siapa boleh nafikan yang ramai lelaki “minat gila” kat Wardina- contohnya?  Malah kebanyakan model2 dan selebriti2 muslimah/bertudung sering dikaitkan dengan kecantikannya yang luar biasa… dan tentulah, mereka ni ramai peminat2 lelaki yang “tergila-gilakan” mereka.

So what’s the point of covering your awrah in the first place, if you will yourself to be admired and idolised for your beauty and ATTRACTIVENESS???  Doesnt it defeat the purpose of covering your awrah and being modest in the first place???

Mungkin saya ni agak ekstrim, tapi rasanya model ratu akhlak tu pun tak perlu. 

Islam telah mengangkat martabat wanita supaya sama macam lelaki.

Setiap lelaki dihargai kerana keunikan masing2- tiada istilah siapa paling kacak atau paling budiman untuk dipertandingkan.  Jadi kenapa perlu dibuat pertandingan2 ni untuk wanita??  Cuba bayangkan kalau pada zaman nabi ada pertandingan ratu perempuan? (ratu cantik bertudung, ratu akhlak, etc ec)- pelik tak??

Islam mengangkat martabat wanita supaya dia dihargai dan dilayan bak ratu yang sebenar-benarnya yakni bak puteri raja.   Tiada pertandingan “puteri cantik” di kalangan puteri2 raja- kerana mereka semua istimewa.

Kita tidak perlu pertandingkan arwah Puteri Diana contohnya, kerana kalau dipertandingkan dia lawan Cindy Crawford atau Tyra Banks, maka tak jadi puteri lah dia sebab dinilai dan dibanding2 kan apakah lebih cantik atau lebih berakhlak dari yang lainnya pada kaca mata “juri2 bertauliah/berakhlak/beragama/berpengalaman/etc)

Allahu’alam

Wa’alaykum salam wbh,

Bagus!  Akak setuju dengan Nona. Moga Nona diberi rahmat dan diberkati Allah hingga ke penghujung hayat.

Sepanjang usia akak lebih dari suku abad ini, akak perhatikan ramai si rupawan tertipu dengan kecantikan kurniaan Allah padanya.  Sedih memang sedih bila mereka hanya dijadikan alat pemuas nafsu lelaki meskipun mereka bertudung.  Akak sangat bersyukur kerana Allah tidak golongkan akak dalam kategori gadis-gadis cantik yang menjadi kegilaan ramai lelaki.  Tenang jiwa akak menuju Allah.  Tidak perlu fikirkan sangat ramai lelaki mahukan kita.  Bestkan…

Akak akan cemburu bila lihat gadis cantik yang solehah… sudahlah cantik, warak pula.  Namun susah betul cemburu jenis ini datang bertandang sebab susah benar mencari bunga yang cantik tapi harum baunya.

Benarlah perumpamaan Allah yang menciptakan banyak bunga yang cantik tiada bau yang harum.  Si Melur yang kecil molek dan hanya berwarna putih itu, kuat pula harumannya.  Begitu juga Si Cempaka yang tidak menarik itu.  Zahirnya tidak menarik perhatian si rama-rama namun harumnya memikat jiwa.

Nona adikku fillah,

Akak doakan Nona menjadi gagak putih di celah gagak hitam.

Moga Allah bersamamu selalu.

 

Gadis Tsunami Acheh yang jelita.

Mungkin ramai yang masih ingat peristiwa tsunami Acheh yang melanda pada 26 Disember 2004.  Juga tentu ramai masih ingat betapa banyaknya mayat-mayat bergelimpangan dalam keadaan menggelembung serta berbau busuk.  Namun saya kira tidak ramai yang mengetahui, di sebalik ribuan mayat yang membengkak itu, terdapat satu mayat gadis yang tidak seperti kebanyakan mayat-mayat lain.

Mayat ini dikatakan elok serta tidak berbau busuk seperti kebanyakan mayat-mayat lain.  Namun semasa ia ditemui, ramai orang yang tidak mengenalinya. Selepas diselidik, akhirnya ditemui orang yang mengenali gadis ini.  Orang itu menceritakan bahawa semasa hayatnya, gadis ini hanya suka diam di rumah.  Maksudnya, dia tidak keluar mempertontonkan dirinya di khalayak ramai tanpa ada urusan mustahak.  Dunianya hanya rumahnya.   Ramai orang kampungnya sendiri tidak mengenalinya.

Melihat kepada ciri-ciri yang ada padanya, mungkin ramai orang pada hari ini menganggap ia satu tingkah laku yang ketinggalan zaman, tidak up to date dan sebagainya… sedangkan realitinya, apa yang dilakukan bertepatan dengan tuntutan al-Quran dan hadis dalam menggariskan dasar buat para mukminah yang mengharapkan reda Allah.

Apakah dia tuntutan wahyu tersebut?

Tunggulah di entry akan datang insya Allah.

Ummu Abbas

13 Safar 1431H/ 17 Januari 1432H

Melbourne.

Advertisements

Pengarang:

Seorang isteri, ibu, permaisuri rumah, anak kepada Ma dan Abah yang masih hidup, penulis dan da'ie, insya Allah. Menyintai ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah.

20 thoughts on “Berkemban dan berbikini, Saya bangga dengan gadis ini…

  1. apa makna ‘contoh menonjol yg bertempat tu’..bagus sgt ke jenis pompuan yang macam tu..

    Rasanya sudah diberi contoh secara umum dalam entry. Sila rujuk. Jika masih belum faham, harap majukan soalan dengan spesifik.


  2. Assalamualaikum…

    Sangat setuju dengan entri ni.. tepat sekali apa yang ingin saya katakan/nasihatkan utk adik2 saya.. boleh saya kongsi entri ni di blog saya?

    Terima kasih

    Wa’alaikum salam wbh…

    Dipersilakan. Sudah ada lampu hijau di widget.


  3. Inilah dunia.. Sebenarnya kehidupan ini sgt indah tapi keindahan itu seringkali dicacatkan oleh nafsu..bahkan kehidupan zaman skrg semakin jauh tersasar dr peradaban.garisan dan sempadan menjadi simbol semata..mungkin yg namanya manusia semakin lalai dan hanyut.utk yg masih ingat dan waras,bertahanlah..godaan sgt hebat..

  4. Assalamu’alaikum wbt…
    Shukran atas perkongsian ini..Sangat bermanfaat untuk golongan muslimah di luar sana termasuk diri..
    mungkin ini juga sifat wanita, suka dilihat dan dipuji.
    Tapi untuk apa? Alangkah rugi bagi mereka yang telah mendedahkan diri pada golongan yang tidak dikenali khususnya kaum Adam walaupun lengkap menutup aurat.
    Na’uzubillah..Moga kita semua, terutamanya kaum Hawa terselamat dari fitnah yang sentiasa mengundang mangsanya..
    Ya uhkti, mohon share di ruangan blog saya.
    Jazakillah…

    Wa’alaikum salam wbh…

    Tafaddhalii…


  5. Assalamualaikum dan salam perkenalan
    Alhamdulillah penuh dengan pengisian…:)
    teruskan menulis ye..saya mengikuti sbg silent reader…Insya ALLAH

    Wa’alaikum salam wbh…

    Oh ye… saya baru terima Ummu Hanani sebagai rakan FB tadi…

    Terima kasih.


  6. MAJLIS BERSAMA ULAMA SYIRIA
    SYEIKH MUHAMMAD KURAYYIM RAJIH
    Syaikhul Qurra’ Asy-Syamiy
    (Ketua Ulama al-Quran di Syiria)

    DI MASJID AL-FALAH USJ 9

    pada :
    RABU , 19 JAN 2011
    LEPAS MAGHRIB
    (jadual asal pada Isnin 17 jan tetapi ditunda ke tarikh baru seperti di atas)

    biodata ringkas : (dipetik dari pada : http://www.islam-dz.com/vb/t1761.html )

    * Lahir pada tahun 1344 h = 1926 m di Hayyul Maidan, Damsyik, Syiria .
    * Mula mempelajari dan menghafaz al-Quran semenjak kecilnya dengan Ibunya sendiri yg seorang alimah.
    * Kemudian berpindah berguru kepada masyaikh , antaranya: Syeikh Yaasin az-Zarzuur, Syeikh Hasan Habannakah (Ulama terkemuka ketika itu), Syeikh Husain Khitab, Syeikh Sulaim al-Hilwaniy (Syeikh Qurra ketika itu).
    * Mendalami pengajian Qiraat Sepuluh Kecil (Toriq Syathibiyyah dan ad-Durrah) dengan: Syeikh Sulaim al-Hilwaniy. kemudian dengan Syeikh Ahmad Sulaim al-Hilwaniy (setelah wafat ayahnya). kemudian dengan Syeikh Mahmud Faiz Ad-Dir ‘Atthoniy dan ramai lagi.
    * Meneruskan pengajian Qiraat sepuluh Besar (Toriq Toyyibah) dengan Syeikh Abdul Qadir Quwaydir .
    * Diisytiharkan sebagai Syeikhul Qurra’ pada tahun 1408 h oleh Syeikh Abdul Razzak al-Halabi (Ulama Besar ketika itu) di Masjid Bani Umaiyyah (Masjid Utama di Damsyik), setelah dipersetujui oleh para Ulama dan para Qurra ketika itu termasuk Syeikh Abul Hasan al-Kurdiy dan lainnya.
    * Kekallah beliau sebagai Syeikh Qurra hingga kini .
    * Beliau menjadi Pakar Rujuk di dalam bidang Qiraat di negara Syiria dan seleruh dunia amnya .
    * Sehingga dengan bantuan beliau terhasilnya kitab: Qiraat Sepuluh yang Mutawatir (dijadikan rujukan utama pengajian Qiraat al-Quran) dan al-Muyassar Qiraat Empat Belas .. lihat gambar di bawah :
    * Karangan beliau : Ringgkasan Tafsir Ibnu Kathir , Ringkasan Tafsir al-Qurthubi, Audhohul Bayan Fis Syarhi Wat Tafsir al-Quran dan lain-lain.
    * Antara murid beliau yang terkenal adalah : Syeikh Muhammad Fahad Kharuf (juga menantu beliau), Taufiq Haddad, Yusof Farih , Muhammad as-Syafii’
    * Giat menyebarkan dakwah : Mengajar di Maahad al-Fath al-Islami di Damsyik (bahagian Takhassus). Memberi fatwa di masjid-masjid sekitar Damsyik , seperti Masjid al-Hasan dan Masjid al-Mansur .
    * Semoga Allah panjangkan umur beliau dan dikurniakan keberkatan dan rahmat Ilahi di dalan usaha dan khitmad beliau untuk Islam dan umatnya , khususnya untuk al-Quran .
    * Diharapkan ziarah beliau buat kali pertama ini akan menghasilkan faedah yang banyak dan berjaya dimanfaatkan oleh umat Islam di negara ini.

    Tuan puan adalah dijemput hadir dan tolong sebar-sebarkan maklumat ini.
    wassalam

    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : BLOG PONDOKHABIB

  7. Assalammualaikum Ummuabbas,

    Salam ukhuwwah.

    Artikel yang sangat menginsafkan. Mohon izin letak pautan ini di laman saya.

    Wa’alaikum salam wbh,

    Alhamdulillah.

    Sesiapa yang melakukan kebaikan, kebaikan itu adalah untuk dirinya sendiri, begitulah jua sebaliknya.

    Dipersilakan. Keizinan sudah ada dalam wijet.

  8. assalamualaikum…kak nor, saya baru layari blog akak ni…terima kasih atas perkongsian info yang sgt berguna…semoga dengan info dan pandangan dlm blog ini akan dapat membantu saya menjalani kehidupan sebagai seorang hamba ALLAH yang tidak sombong dan bongkak..NAUZUBILLAH..masalah saya adalah kadangkala timbul riak dan takabur dalam diri walaupun tidak menzahirkannya dalam bentuk perbuatan….YA ALLAH..semoga dengan melayari blog sebegini dapat mengurangkan rasa tersebut dan dapat mengukuhkan lagi keimanan dlm diri ini..INSYA ALLAH…Ameen

  9. peringatan yang amat berguna..terime kasih mengingati sesama umah..insyaallah same2 amar makruf nahi munkar..amin..

  10. waw ……. girls who like to wear … pakayan such a way to attract people’s attention ….. he uncovered the body beautiful to all people …. not ashamed to expose the body to everyone …….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s