[Nota: Untuk melihat entry terbaru, sila skroll ke bawah. Harap maklum]
Bismillah.
Assalamu’alaikum
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi kelapangan hati dan juga ruang masa untuk menyiarkan sesuatu yang amat berharga buat kita semua.
Saya memerapnya sejak Julai 2009. Namun setelah melihat perkembangan masyarakat hari ini, yang mana institusi rumahtangga semakin hari, semakin merudum, saya merasa terpanggil untuk berkongsi ilmu-ilmu dasar kekeluargaan dalam Islam.
Bukankah Islam itu bererti selamat, tenang dan membahagiakan? Jika anda yakin begitu, ayuh… kita sama-sama merujuk piagam lengkap dari Yang Maha Sempurna untuk membina ‘Rumahku Syurgaku’ [Baiti Jannati]. Jam Melbourne sekarang menunjukkan 12.55 am, hari ini waktu Subuh ialah jam 4.12am… awalnya! Iya memang awal… sebab sekarang musim bunga di sini. Siangnya bertambah panjang. Jadi catatan saya ringkas sahaja dahulu. Ada masa, kita jumpa lagi di lain rancangan ya…
Tuan-puan pembaca yang berminat dan rasa memerlukan, bolehlah ke halaman baru yang diwujudkan di atas; PIAGAM KELUARGA ISLAM. Saya siarkan mana yang sempat diedit dahulu. Insya Allah, akan menyambungnya lagi dan berceloteh sedikit mengenai sinopsisnya. Agaknya ramai yang tidak menyedari, dalam Islam ada piagam sehebat ini.
Ok… hamba beransur dahulu.
Wassalam.
Ummu Abbas
Melbourne. 1.04am
24 Dzulhijjah 1432H
20 November 2011






Tinggalkan komen