Komunikasi dengan kanak-kanak cara Rasulullah s.a.w

Bismillah.

Suatu hari, saya sedang sujud. Tiba-tiba, terasa ada sesuatu menggelunsur di atas belakang. Rupa-rupanya, Aqil yang berusia 4 tahun menjadikan belakang saya sebagai ‘papan gelunsur’ mainannya.

Marahkah saya kerana anak mengganggu solat? Tidak, tidak sesekali saya marah kerana Rasulullah s.a.w pun tidak marah ketika cucunya memanjat belakangnya semasa Baginda s.a.w sedang solat.

Suami pula boleh bergurau senda dengan anak-anak, membacakan buku untuk mereka, berbelanja makanan dan mainan kegemaran anak-anak. Kadang-kadang, saya pula yang menjadi ‘guard’ meletakkan kembali makanan dan mainan yang diambil anak-anak di supermarket. Makanan dan mainan yang tidak sesuai atau mainan sedia ada masih baru dibeli.

Dalam usaha kami menjadi ibubapa terbaik, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Ia bukan mudah. Apatah lagi ilmu ‘parenting skill’ itu dipelajari sambil melayan anak-anak yang sudah wujud ketika itu.

Menurut pengalaman saya, sewajarnya ilmu keibu-bapaan dan ilmu psikologi anak-anak ini dipelajari sebelum menempuh alam rumahtangga. Zaman sekarang, ilmu dihujung jari sahaja. Ia menjadi lebih mudah. Google sahaja, insya Allah, akan berduyun-duyun keluar pelbagai entry dan artikel berkaitan. Persediaan mental ini penting agar anak-anak kelak lebih selamat dari menjadi mangsa ‘kejahilan’ ibubapanya. Jika berpeluang mempraktikkannya kepada adik-adik dan anak-anak saudara, ia lebih baik.

Tidak bercadang berceloteh panjang di sini, saya lampirkan satu video menarik mengenai cara Rasulullah s.a.w melayan kanak-kanak. Video dirasakan lebih berkesan kerana contohnya dihidupkan di depan mata. Antara mendengar sahaja dengan mendengar sambil melihat, mendengar sambil melihat lebih mudah difahami dan ditanggapi. Justeru itulah Rasulullah s.a.w pada zamannya menjadi role model terbaik ummat dalam memahami Islam secara menyeluruh.

Bagi mendapat hasil terbaik pula, kekuatan diri mengawal cara berfikir dan membendung emosi adalah penting. Akhirnya pugari usaha dengan senjata doa. Sesungguhnya kita hanya berusaha membentuk acuan pada lahirnya, Allahlah yang membentuk pada batinnya.

Sama-sama kita beristighfar atas dosa-dosa kita terhadap anak-anak disamping usaha menambah baik ‘parenting skill’.

Astaghfirullah… astaghfirullah… astaghfirullah.

Jom layan video 6 minit 50 saat ini. Sekejap sahaja demi emosi dan jiwa  positif anak-anak yang berpanjangan sehingga mereka dewasa.

Ummu Abbas
11.09am, Melbourne.
25 Dzul hijjah 1432H
21 November 2011

4 thoughts on “Komunikasi dengan kanak-kanak cara Rasulullah s.a.w

Add yours

  1. assalamualaikum
    maaf,kenapa videonya nggak bisa di tampilkan?

    Wa’alaikum salam warahmatullah.

    Saya boleh aja klik videonya… jadi saya nggak tau gimana lagi mahu mengeditnya… Sesiapa boleh bantu?

  2. Assalamualikum kak saya amat-amat tertarik dgn tajuk ini ….saya mempunyai 4 org PUTERA ..yg berusia 9/8/4 dan 1 tahun 8 bulan..yg sulung tengah dan yg bongsu alhamdulilah senang dilentur masalahnya anak saya yg ke-tiga seringkali mencabar kesabaran saya…contoh tidak menepati janji suka megacau baby… membuatkan saya sering meninggikan suara… adakah tips-tips lebih bagi megatasi masalah ini…

  3. Wa’alaikum salam warahmatullah Rita.

    Saya bukanlah yang terbaik untuk berikan pandangan berkenaan anak-anak. Apatah lagi, saya juga sedang memperbaiki diri untuk berlaku lebih baik kepada anak-anak.

    Saya akan cuba berikan pandangan setakat yang termampu. Jika Puan dapati ia sesuai diaplikasikan, ambillah ia. Jika tidak sesuai, abaikan ia.

    Pada pandangan saya, usia 4 tahun adalah usia yang belum mumaiyyiz. Jadi anak tersebut belum dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Dia belum faham erti ‘tidak menepati janji’ dan juga ‘apa itu mengacau baby’. Usaha yang perlu Puan lakukan ialah mencari idea untuk menerangkan kepada anak seusia 4 tahun agar dia faham maksud ‘tidak menepati janji’ dan juga makna ‘mengacau baby’.

    Selain itu, usaha yang lebih perlu difokuskan kepada diri sendiri. Saya sebenarnya pernah juga lalui pengalaman sedemikian tetapi bila difikirkan semula, saya rasa saya yang perlu lebih sabar dan berusaha bercakap dengan bahasa yang mereka boleh fahami. Kita juga perlu mengulang-ngulang tanpa jemu sehingga mereka mampu faham sesuatu yang kita mahu mereka faham.

    Anak saya yang berusia 4 tahun sekarang suka makan di ruang tamu; roti, biskut, nasi dan sebagainya. Kadang2 baru sahaja saya membersihkan ruang tamu, dia makan biskut. Saya meminta dia makan di dapur sahaja tetapi tidak diendahkan. Kebanyakannya saya yang terpaksa mengalah… cuma selepas itu saya bersihkan semula atau ajak dia buat sekali. Saya teringat pesanan ibu mertua, usia 5 tahun ke bawah ini, kena ikut sahaja anak-anak selagi perkara itu tidak memudaratkan mereka. Kita tidak akan menang dengan mereka. Ia juga salah satu faktor melembutkan hati mereka. Bila usia mereka tambah meningkat, barulah kita bertegas sedikit demi sedikit.

    Wallahua’alam.

  4. Terlupa beritahu, setiap anak-anak juga ada kelebihan dan kekurangannya. Layan mereka menurut kelebihan dan kekurangan mereka dan elakkan membandingkan setiap anak dengan anak yang lain pada sikap semulajadi yang ada pada mereka.

    Sebagai contoh: Anak sulung saya mudah menolong melakukan kerja rumah. Jadi bab kerja rumah, saya banyak minta tolong si sulung. Yang kedua pandai mendodoikan baby sampai baby tertidur, jadi bab-bab jaga baby, saya serahkan pada yang kedua. Namun sekali-sekala, saya gilir2kan juga tugasan mereka agar semua dapat merasa.

    Saya percaya anak Puan yang ke 3 itu ada kelebihan yang tiada pada abang kakak nya. Jadi pandanglah pada kelebihannya di samping berusaha memahamkan dia pada perkara yang dia belum faham. Insya Allah, kita akan lebih mudah sejuk dengan anak-anak.

    Wassalam.

  5. Assalammualaikum…akak,blh x sy nk tahu apakah nama doa yg dibaca utk ank di dalam video tersebut..sy nk bc dkt kedua2 ank sy..terima ksh

    Wa’alaikum salam warahmatullah Huda.

    K Nur mohon sedikit masa untuk meneliti semula doa tersebut ye.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: